Pengikut

Sabtu, Januari 30, 2010

semekar

    Semekar adalah singkatan yang digunakan bagi singkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Renek.Nama ini di berikan oleh cikgu Arsyad yang berpindah ke Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah Besut.Sebelum adanya sekolah lain seperti SMK Guntong Setiu,Smk Jabi Besut,SMK Tok Dor Besut,pelajar dari sekitar akan menyambung sekolah menengah disini.Jumlah pada waktu ini mampu melangkau lebih 2000 orang pelajar.
    Sekolah ini telah dirasmikan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1986 lagi.Setelah wajudnya sekolah di sekitar pelajar semakin berkurangan sehingga tidak mampu mencapai jumlah 1000 orang pelajar.Ruang dan peluang ini telah diambil kesempatan oleh tuan pengetua SMK RENEK untuk membangunkan sekolah sehingga sekolah ini menjadi antara sekolah harian biasa yang antara terbaik di Besut.
( pengetua SMK RENEK,bersongkok. )
   Tingkatan 6 hanya ditubuhkan hanya pada tahun 2007 dan saya adalah anak kedua sekolah ini yang mengambil STPM.Banyak kenangan yang kami dapat di sekolah ini yang tidak akan didapati di sekolah lainnya terutamanya pada hari guru dimana pada hari ini guru dan pelajar ibarat bersahabat.Guru dan pelajar akan saling membalas lontaran belon air kearah satu sama lain sehingga cikgu di sekolah lain pun pelik dengan keakraban yang di bina di sekolah ini.Tuan Pengetua Haji Abdul Rahman  Jusoh adalah pengetua yang berlainan dengan pengetua yang lainnya dimana walaupun usia lanjut beliau lebih suka berada diluar dengan melukis didinding berbanding berada di bilik.Beliau akan besara pada bulan 8 ini dan di harap yang menggantikannya mampu meneruskan perjuangannya memurnikan sekolah mengengah Renek.
( PK KANAN 1,En Zainuddin Salleh,bersongkok )   Dalam urusan akademik pelajar peranan penting dimainkan oleh PK kanan 1 en Zainuddin Salleh.Beliau amat mengambil berat soal akademik pelajar.Pidatonya amat ditunggu oleh pelajar terutamanya pelajar lelaki kerana ada mempunyai benda yang menarik perhatian.
Puan Salbiah bekas kaunselor SEMEKAR.
LENCANA SEMEKAR.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters