Pengikut

Rabu, September 10, 2014

Kaedah Pengajaran KOMSAS - Sinopsis

Sistem pendidikan Malaysia pada waktu ini telah mengalami fasa perubahan teknik pembelajaran dan pengajaran. Jika dulu guru akan bercakap di depan sehingga kelas tamat, namun sekarang kaedah itu sudah tidak sesuai lagi. Ini disebabkan fokus murid lebih pendek dalam kira-kira sekitar 7 minit sahaja. 

Oleh itu, guru perlu memperbagaikan kaedah pegajaran. Saya lebih suka mengajar sebagai "pemudah cara" sahaja. Dalam kaedah ini, guru hanya menjadi fasilitator kepada pelajar dan pelajar akan melakukan aktiviti berdasarkan kretiviti mereka sendiri.

Untuk pengajaran sinopsis, saya akan :

1. meminta pelajar membentuk kumpulan

2. setiap kumpulan akan diberikan bab tertentu untuk mereka hadam.

3. ambil seorang secara rawak dalam setiap kumpulan untuk menerangkan sinopsis bab demi bab.


cara ini sangat sesuai terutamanya kepada guru yang ingin "remind" semula pelajar mengenai pembelajaran dan juga kepada guru yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan solibus.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters