Alhamdulillah saya baru sahaja melawat Masjid Sri Petaling,walaupun telah berhajat sejak sem lepas lagi namun Allah hanya menunaikannya pada sem ini.Masjid Sri Petaling merupakan markas bagi gerakan tabligh di Malaysia.Masjid terletak bedekatan sahaja dengan stadium Bukit Jalil.Sesungguhnya Allah telah menurunkan rahmat dan barokahnya di Masjid ini dimana setiap kali solat tidak kurang dari seribu jemaah sembahyang jemaah.Setiap kali selepas solat akan diadakan kuliah yang disampaikan oleh maulana dari dalam mahupun luar negara.Semasa semasa kuliah disampaikan tidak kurang dari 7 kelompok bahasa pendengarnya.Tazkirah akan diterjemah kedalam bahasa ibunda masing-masing bahkan juga turut di terjemah kedalam bahasa isyarat unuk mereka yang pekak dan bisu.Masjid hidup 24 jam dengan amal ibadat.Makanan juga disediakan dengan 8 ringgit sedulang dan jika tambah hanya perlu tambah 2 ringgit sahaja.Hanya mereka yang pergi sahaja yang tahu tentang haibat yang diberikan oleh Allah ke atas masjid ini.
Dibawah pada masjid ini juga disediakan banyak gerai untuk keperluan diri seperti jubah,kain sandang,serban,kopiah,minyak artar cincin dan sebagainya yang mana ia merupakan perkara sunnah.Bank Rakyat juga turut menyediakan mesin ATM bagi kemudahan para jemaah masjid ini...
Hanya mereka yang pernah menjejakkan kaki kesini sahaja yang tahu akan kehaibatan yang Allah kurniakan pada masjid ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan