Pengikut

Jumaat, April 15, 2011

Buddha Di China


Agama Buddha telah diasaskan oleh Sidaharta Gautama Buddha sekitar 2500 tahun yang lalu. Ia hidup sekitar 563 S.M-483 S.M. Beliau merupakan anak kepada raja kerajaan Kosala iaitu Cudhodana yang mana kerajaan ini berpusat di Kapilawartu. Buddha sebenarnya bukanlah nama namun panggilan kepada sang Buddha yang telah mencapai tahap nirwana yang tertinggi. Buddha telah dilahirkan di Taman Lumbini utara India berdekatan banjaran Himalaya yang kini berada di Nepal semasa bulan purnama. Buddha dikatakan anak kepada seorang pembesar di sana namun lebih berminat terhadap spiritual. Buddha meninggalkan isteri iaitu Yasodhara dan anak iaitu Rahula yang baru dilahirkan untuk melakukan pertapaan di hutan Uruvela. Buddha telah bertapa dibawah pokok Bodhi yang mana pokok ini dianggap suci oleh penganut Buddha. Sidharta Gautama hanya mendapat gelaran Buddha selepas enam tahun menjalankan pertapaan iaitu semasa berumur 35 tahun.  Buddha telah mengajar selama 45 tahun tanpa mencatat apapun dan itu semestinya akan merugikan agama tersebut. Maka selepas kematian Buddha telah diadakan satu persidangan antara sangha untuk menyepakati apa yang dikatakan Buddha dan ia berlangsung selama beberapa bulan. Buddha telah dibawa masuk ke China oleh Fa Hsien pada tahun 399 S.M. Ajaran Buddha semakin berkembang selepas kitab-kitab ajaran Buddha diterjemahkan kedalam bahasa Cina.
Agama Buddha terpecah kepada 2 mazhab yang besar iaitu Mahayana dan juga Hinayana. Mazhab ini berlaku selepas kematian Buddha. Ajaran Hinayana dikatakan mirip kepada ajaran Buddha yang asal. Manakala Mahayana lebih kepada pengkajian mengenai cara hidup Buddha dan bagaimana untuk mencapai nirwana. Mazhab Mahayana ialah yang berkembang ke kebanyakan negara Asia seperti Tibet, China, Jepun dan lain-lain.
    Semasa pemerintahan Wangsa Tang,Maharaja Tang Tai Sung telah berjaya melakukan beberapa pembaharuan sehingga dinasti ini dianggap sebagai dinasti yang paling agung di China. Banyak kawasan berjaya ditakluk seperti Bukhara,Samarkand dan Manchuria. Serangan daripada orang Turki dan Mongolia juga dapat dipatahkan. Kehebatan ini menyebabkan pengaruh China mula mula tersebar ke luar dari Tanah Besar. Agama Buddha tidak terlepas daripada mengalami proses ini dimana Ajaran Buddha ini telah tersebar ke Jepun dan Korea.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters