Pengikut

Jumaat, April 15, 2011

Falsafah Undang-Undang

Falsafah ini telah diasaskan oleh Han Fei atau lebih dikenali sebagai Xun Zi yang meninggal pada tahun 233 S.M. Beliau telah mengarang satu buku yang bertajuk Hanfeizi yang bermaksud Book of Master Hanfei. Beliau asalnya mengamalkan ajaran Konfusius namun telah kembali menentang Konfusius. Dalam ajaran Konfusius,semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik namun dalam ajaran legalisme menganggap semua manusia dilahirkan dalam keadaan yang jahat. Falsafah ini digunakan pada zaman dinasti Qin oleh Qin Shi Huang. Semasa pelaksaan falsafah ini kebanyakan daripada pengikut ajaran falsafah lain telah mengalami penderitaan teruk termasuklah pengikut Konfusius. Kebanyakan karya-karya Konfusius telah dibakar begitu juga dengan sumber sejarah kerajaan lain Dalam bukunya ini,beliau mengecam falsafah yang berunsur moral kerana baginya falsafah moral ini hanya berjaya mempengaruhi sedikit daripada penduduk sedangkan kebanyakan penduduk tidak berpegang kepada ajaran itu menyebabkan kerajaan terpaksa menghadapi penduduk yang ramai. Oleh itu, baginya falsafah undang-undang amat penting untuk mengawal keadaan masyarakat pada waktu itu. Ini dibuktikan lagi dengan kejayaan Shih Huang Ti menyatukan China dibawah dinasti Qin. Baginya,hanya kekerasan dapat menundukkan ego dan mampu mengawal keadaan masyarakat. Kekuatan Dinasti Qin ini adalah hasil daripada disiplin tentera dan kerja kuat sebagaimana yang terdapat dalam falsafah legalisme sehingga aspek ini mempengaruhi kerajaan Qin mewujudkan sekolah falsafah legalisme. Legalisme amat menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan dimana raja harus mempunyai kuasa yang kuat untuk memaksa menteri mematuhi peraturan yang ditetapkan olehnya. Ajaran ini melarang keras subjek sejarah diajarkan kerana pada mereka tidak perlu tahu apa yang berlaku pada masa lepas. Muzik dan sebarang kesenian juga ditentang kerana dianggap sebagai melalaikan rakyat.

    Dinasti Qin sememangnya berpegang kuat dengan ajaran legalisme ini. Ini dapat dibuktikan apabila dinasti ini telah menghapuskan sistem feudal yang diamalkan China selama ini. Ying Zheng telah bertindak menyatukan China melalui beberapa cara iaitu dengan menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan pemerintah tentera bagi mentadbir wilayah. Beliau juga telah bertindak memindahkan 1 200 keluarga diraja ke beberapa kawasan di China untuk melemahkan kuasanya yang mungkin akan menentangnya,buku-buku Konfusius telah dibakar,rakyat telah dilarang menyimpan senjata bagi mengelakkan pemberontakan,mengenakan cukai tanah dalam bentuk hasil pertanian,cukai turut dikenakan kepada bangsawan dan pengenalan kod undang-undang baru,penyelarasan terhadap sistem timbangan,tulisan,serta ukuran,sistem pembinaan jalan raya dan saliran turut diselaraskan dan pembinaan pusat pemerintahan di Hsian Yang dekat dengan sungai Wei. Segala tidakkan yang diambil oleh Ying Zheng adalah tindakan yang berbentuk kekerasan demi mengekalkan kuasanya daripada dirampas. Pembinaan tembok besar China ,contohnya telah menyebabkan 300,000- 1000 000 orang rakyatnya terkorban akibat penyakit dan juga keletihan. Namun begitu,falsafah legalisme telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan tamadun China. Selapas kejatuhan Qin dan diganti dengan kerajaan Han,maka falsafah legalisme mula luntur pengaruhnya dalam kalangan masyarakat apabila wangsa Han mula menggunakan falsafah yang lebih bermoral dan beretika dalam membentuk rakyatnya.
    Selain daripada ajaran Han Fei terdapat dua lagi falsafah yang seakan sama dengannya iaitu Yang Chu yang lahir dalam ensklopedia pertengahan abad ke 3. Dalam falsafah ini lebih mementingkan kesihatan dan juga umur yang panjang bahkan bagi falsafah ini kehilangan empayar lebih baik dari keguguran rambut. Doktrin ini juga menekankan bahawa lebih baik meneruskan hidup yang sedia daripada menjadi pegawai dan mengahdapi pelbagai risiko yang mungkin berlaku. Bahkan ini selari dengan kehendak orang Cina itu sendiri yang mementingkan kesihatan.
    Selain daripada gerakan Yang Chu,Gerakan Nong Xia yang terdiri daripada petani telah mendesak supaya cukai dihapuskan dan kerajaan mencari hasil sendiri. Golongan ini menentang pemusatan kuasa dan juga birokrasi yang berlaku. Walaupun ia hanyalah gerakan rakyat biasa namun ia mampu menggugat kerajaan. 


Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters