Pengikut

Sabtu, April 16, 2011

Ajaran Shinto Jepun


Shinto atau “ Jalan Tuhan” merupakan agama asal dari kepualaun Jepun. Shinto dikatakan berasal daripada perkataan Shen yang bermaksud roh dan Tao yang bermaksud jalan. Ajaran Shinto sekarang ini bukanlah ajaran asli agama tersebut tetapi terhasil daripada pelbagai campuran ajaran dan juga agama seperti Buddha, Toiesme dan juga pengaruh daripada Siberia. Ajaran Shinto terbahagi kepada 5 bahagian yang mana terdapat 4 bahagian yang awal dan satu bahagian yang lahir zaman pemerintahan Meiji. Bahagian utama agama Shinto ialah Shinto keluarga diraja ( Koshitsu Shinto ), Shinto Keramat ( Jinju Shinto ), Shinto Mazhab ( Kyoha Shinto ) dan juga Shinto Rakyat ( Minkan Shinto )  dan semasa pemerintahan Meiji telah digabung Shinto keluarga diraja dan Shinto Mazhab menjadi Shinto Negara. Shinto Negara ini adalah satu propaganda pihak kerajaan Jepun pada masa itu dengan menggunakan khidmat rahib. Shinto Negara ini masih diamalkan pada waktu sekarang seperti dalam upacara kerajaan seperti melawat ke keramat Yasukuni iaitu tempat bagi memperingati rakyat Jepun yang terkorban masa Perang Dunia ke 2 dan juga dalam menjalankan upacara perkahwinan.
    Perkembangan ajaran Shinto hakikatnya berasal daripada kepercayaan Minkan Shinko iaitu kepercayaan rakyat mengenai kami. Kami yang asalnya disembah ditempat yang sering berbeza telah berubah tempat penyembahannya apabila masuk zaman Konfu dimana kami dikaitkan pula dengan asal usul keturunan keluarga. Oleh itu,setiap keluarga pada masa itu memiliki kami dan mempunyai tempat penyembahan khas untuk keluarga. Semasa pemerintahan raja Yamato, bentuk ajaran Shinto yang diamalkan sekarang telah dibuat kerana raja Yamato sendiri adalah penyembah kami negara berteraskan Amaterasu. Pada zaman pemerintahan Yamato ini,bangunan kekal untuk penyembahan mula didirikan dan barangan seperti cermin,pedang dan barangan kemas dianggap mewakili kami yang disembah. Kojiki dan Nihongi menjelaskan bahawa pada abad ke 7 , Amaterasu telah dianggap sebagai sebagai kami yang agung dalam ajaran Shinto.
    Antara cara yang digunakan untuk menyembah kami ialah dengan kaedah Matsuri. Matsuri ialah ritual yang dilakukan untuk penyembahan terhadap kami.Penyembahan kami dilakukan di rumah ( kamidana ) dan juga di jinja atau rumah penyembahan. Dalam ritual Mitsuri ini, terdapat 4 unsur penting iaitu Penyucian atau harai,persembahan,pembacaan doa dan juga pesta makan namun sekarang ini bukan hanya Jinja yang mengadakan Mitsuri namun turut diadakan oleh pihak gereja.  Pembinaan Jinja atau kuil adalah daripada pengaruh China keatas Jepun. Jinja dibina dengan menggunakan kayu dan sentiasa dibina contohnya di Ise, setiap 20 tahun Jinja baru akan dibina berhampiran monument sebelahnya. Upacara Matsuri di Jinja dilakukan dengan mengarakkan simbol kami kesekeliling Jinja.
    Ajaran Shinto mula menerima pengaruh Buddha sejak zaman Heian dan zaman seterusnya. Kedatangan Buddha telah menyebabkan kedua agama ini saling melengkapi. Ajaran Shinto digunakan melakukan ritual dan agama Buddha untuk moral. Ini kerana ajaran Shinto bukanlah ajaran yang memiliki sifat moral dan etika. Namun dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia tulisan Ghazali Darusalam pula menyatakan bahawa ajaran Shinto berdasarkan kitab Nihong yang memuatkan kisah para dewa dan pendapat ini bertentangan sama sekali dengan tulisan daripada ahli sejarah yang lain. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters