Bismillah wal Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana telah menganugerahi kemenangan kepada perjuangan ini,perjuangan yang menuntut penat lelah,perjuangan yang menuntut jalan istiqamah,jalan yang menuntut redha yang panjang.
Tahniah dan Takziah diucapkan kepada calon yang menang yang akan memperjuangankan hak dan keadilan untuk mahasiswa dan yang akan mencuci segala kekotoran yang dilakukan pihak "mereka" selama ini. Perjuangan kita adalah perjuangan yang manis selepas beberapa tahun kita menanti untuk mewujudkan kerajaan yang mana sebelum ini kita tidak pernah mengharapkannya. Selepas kemenangan pro-kebajikan Upsi tahun 2004/2005 dulu kita telah meniti jalan dan liku-liku yang panjang untuk mencapai ketahap ini. Kemanisan bukan hanya disebabkan kampus kita mencapai kemenangan yang gemilang bahkan diseluruh kampus yang lain seperti UMS,UMK,UKM,UM,UPSI,UMSKL,USM Kubang Kerian dan banyak lagi kampus dan dikatakan sebanyak 8 kampus telah dikuasai oleh Pro-M. Cuma beberapa kampus penting sahaja yang kita tewas seperti USM,UTM dan UPM.
UM: MENANG [Menang 23 dari 43 kerusi]
UKM: MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK: MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 29 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMSKAL: MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
UPM: KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM K. Kerian: MENANG [Menang bersih]
USM Penang: KALAH [Menang 15 dari 39 kerusi]
Kebangkitan mendadak mahasiswa universiti ini mungkin telah menyebabkan ketakutan pihak kerajaan tambahan lagi dalam suasana yang ingin menghadapi pilihanraya umum dan pilihanraya sarawak yang akan datang tidak lama lagi. Cuma sekarang kita ingin melihat sejauh mana usaha kerajaan untuk membaiki intitusi mahasiswa yang selama ini mereka perlekehkan. Revolusi yang berlaku di luar negara sedikit sebanyak memberi kesan untuk anak muda yang sedar untuk bangkit menyatakan hak mereka.Perbezaan yang ketara berlaku dalam pilihanraya kampus kali ini terutamanya Upsi ialah dalam perkara manifesto. Kebanyakan calon pro-M kurang menyatakan manifesto yang biasa-biasa tetapi menyatakan manfesto yang membawa agenda yang besar. Malah agenda pencerahan terhadap pemikiran mahasiswa lebih ditumpukan berbanding dengan aspirasi yang lebih menumpukan isu dalaman seperti memperbanyakkan watercooler dan memperbanyakkan parking motosikal dilihat sudah tidak relevan lagi untuk menggula-gulakan mahasiswa yang sudah punyai fikiran yang matang.
Kejatuhan kampus-kampus ketangan pro-M diharapkan dapat mengendurkan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kepada mahasiswa. Ini kerana kejatuhan sesebuah kerajaan kebanyakan dimulakan oleh golongan cerdik pandai yang dikenali sebagai mahasiswa. Oleh itu,saya merasakan bahawa kerajaan tidak berani untuk mengambil risiko ini dan diharapkan pihak kerajaan akan mula melonggarkan tekanan-tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa termasuklah AUKU. Auku pada masa kini sudah tidak relevan lagi untuk mahasiswa. Auku telah menyebabkan kelesuan dan ketakutan kepada mahasiswa sehingga kita hanya mampu melahirkan mahasiswa yang terpelajar bukannya mahasiswa yang memimpin dan ini merupakan satu kerugian kepada negara kita.
Mahasiswa telah buktikan bahawa mereka boleh bangkit dan mereka juga boleh buktikan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja kerana mahasiswa adalah seorang yang terpelajar yang mampu berfikir dan mampu mencari pengaruh dalam kalangan masyarakat dan mahasiswa adalah bakal pemimpin anak muda,bakal pemimpin negara yang akan memimpin negara dengan jalan kecerdikan dan menjadi seorang pemimpin yang bermaruah bukannya pemimpin roti canai...
~Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan