Bismillah wal Alhamdulillah.... Selepas kempen agresif yang dilancarkan selama 3 hari berturut-turut dan diakhiri pada malam ini,esok tibalah masa untuk kita menjalankan pengundian untuk memilih 23 orang MPP setelah 6 orang menang tanpa bertanding. Dalam Islam memilih pemimpin adalah sesuatu perkara yang besar sehinggakan ini menjadi perkara yang diutamakan dalam Islam. Contohnya semasa kewafatan Nabi S.A.W hanya beberapa orang keluarga yang terdekat sahaja yang pergi menguruskan jenazah Nabi dan kebanyakan sahabat besar yang lain pergi ke tempat untuk melantik khalifah yang baru.. Ini menunjukkan bahawa melantik khalifah @ pemimpin adalah sesuatu yang besar dalam Islam kerana bukan hanya berkait mengenai menjaga sebuah pentadbiran,bukan hanya mengenai menjaga kebajikan rakyat,bukan hanya menjadi ekonomi negara tetapi ia berkait dengan kebangkitan Islam,ia berkait dengan Hak Allah ,ia berkait dengan amanah agama Islam. Menjadi pemimpin bukanlah perkara yang mudah sebagaimana mengupas kulit kacang dan sebagainya namun ia adalah sesuatu yang susah dan sukar kerana perlu menjaga yang dipimpin daripada pelbagai aspek. Malangnya selepas zaman-zaman kegemilangan Islam ramai daripada umat Islam berebut-rebut untuk menjadi pemimpin sedangkan mereka jahil dalam fikrah Islam,sedangkan mereka tidak mengerti menjaga umat Islam sebagai satu jemaah.
Pemimpin yang wajib dipilih oleh semua umat Islam samada pemimpin itu pemimpin negara,negeri,kampung mahupun hanyalah MPP adalah pemimpin yang sedaya upaya mahu menjadi amanah Allah dan amanah umat islam dan amanah rakyat. Pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang mahu melaksanakan Islam dalam kehidupannya dan kehidupan sekalian orang dibawahnya. Setiap pilihan terhadap pemimpin akan dipersoalkan oleh Allah. Jika pemimpin yang kita pilih itu mengabaikan agama Allah dengan menjadikan maksiat sebagai perkara biasa maka dosa-dosa yang dilakukan pemimpin itu akan turut ditanggung oleh kita. Dan jika pemimpin itu melakukan kebajikan , pahala -pahala yang dibuat oleh pemimpin itu turut diterima oleh kita.
Persoalan pilihanraya kampus juga idak terlepas daripada ini. Ia bukanlah hanya mengenai memilih seorang Mpp dan ia bukanlah mengenai memenangkan calon daripada fakulti mahupun kos yang sama tetapi ia berkaitan dengan persoalan amanah,persoalan dosa pahala,persoalan amanah dan sebagainya. Adakah kita yakin dengan mengundi mereka yang daripada fakulti sendiri akan menjalankan amanah pelajar?.akan menjalankan amanah Islam? akan menjaga kebajikan pelajar? akan menentang kemungkaran yang berlaku?..Pentingnya memilih pemimpin yang mempunyai fikrah Islam wlaaupun mereka bukanlah seorang yang islamik,mereka bukannya seorang yang hafiz,mereka bukannya seorang alim dalam agama. Namun mempunyai fikrah Islam sudah diyakini akan menjaga amanah Allah. Saya yakin ramai daripada kawan-kawan sendiri yang tidak yakin dengan perjuangan saya terutamanya golongan yang telah "dibrainwash" namun pada saya fikrah Islam dan kebajikan pelajar yang ingin dibawa lebih utama daripada persahabatan dan ia bukanlah bermakna cubaan memutuskan persahabatan. Saya sama sekali tidak akan kecil hati dengan mereka kerana mereka mempunyai ideologi yang berlainan. Biarlah mereka menjalankan gerakan untuk tidak mengundi saya tapi dalam hati kecil tetap bimbang mereka akan tersilap pilih pemimpin yang akan merosakkan akhlak peljar. Ini bukanlah brmakna saya akan menohmah orang lain dengan tohmahan yang tidak patut.
Sya tidak mengatakan perjuangan mahasiswa pendidik ini perjaungan yang suci tapi saya yakin dalam mahasiswa pendidik ada roh islam yang ingin dibawa. Dan inilah menjadi perjuangan sya. Saya memahami kebanyakan yang menyerang saya kerana bertanding atas tiket mahasiswa pendidik adalah mereka yang tidak memahami perjuangan dibawa. Mereka ini berkata janganlah kata bahawa golongan yang berbeda pendapat dengan mahasiswa pendidik sebagai golongan yang tidak bersih... Dan saya juga meminta mereka ini untuk tidak mengtakan juga mahasiswa pendidik sebagai tidak bersih. Kita mempunyai perbeaan pendapat dan saya mengakui itu dan jadikanlah sebagai sempadan. Saya bukannya taksub dengan mahasiswa pendidik tetapi saya yakin perjuangan ini menegakkan syariat Allah,menjadi kebajikan mahasiswa dan menentang sedikit sebanyak kemungkaran yang berlaku.
Sya secara peribadi dan bukan peribadi tidak berminat langsung dengan kerusi MPP tapi disebabkan kerusi Mpp inilah ramai yang menyerang sya dan saya meredhai perkara itu kerana mngkin merasakan saya "gilakan" kerusi tu. Saya tidak pernah ingin dan tidak pernah terfikir sejauh itu. Saya bertanding kerana sayangkan Islam,saya x mahu islam ditindas dibumi Upsi. Saya x mahu artis-artis seksi masuk upsi.Saya sakit hati dengn kezaliman terhadap Islam ini. Dan cukuplah islam diperlakukan dengan biadap diluar negara. Takkanlah kita sanggup memperlakukan Islam dengan kejamnya demi memuaskan hawa nafsu?... Saya bertanding demi Islam dan kebajikan plajar bukannya kerana Mpp...... Moga Islam akan terus subur di Upsi..
~ Mahasiswa Pendidik: Harapan dan Perubahan ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan