Bismillah wal Alhamdulillah.... Pemilihan siapa yang sebeanrnya layak untuk menjadi Ydp telah selesai. Kita melihat banyak strategi dan tektik dimainkan untuk menguasai kerusi tertinggi itu. Dan sesuatu yang menyedihkan ialah apabila orang yang dijangka untuk menjadi Ydp Mpp telah tersingkir bahkan yang menjadi Ydp ialah seorang yang tidak dijangka langsung untuk menjadi Ydp bahkan yang menjadinya bukanlah seorang yang mencatatkan undi popular dalam kerusi umum. Rata-rata mahasiswa kecewa dengan keadaan yang berlaku bahkan ramai yang mempersoalkan apa yang terjadi.
Walauapa pun yang diluahkan ,ia telah berlaku dan diharapkan Mahasiswa Pendidik pada masa akan datang dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Tindakan awal dan strategi perlu dirancang sebaiknya supaya kerusi yang penting itu dapat kepada Mahasiswa Pendidik. Tetapi persoalannya,adakah smile merupakan tajaan aspirasi?. Ini kerana bajet yang digunakan oleh smile bukanlah sedikit bahkan mampu untuk memberikan button badges percuma kepada pengundi. Jika diperhatikan dimana smile mendapat tajaan?. Adakah tajaan datangnya daripada Aspirasi?.Persoalan yang sukar dijawab . Walaubagaimanapun,diharapkan barisan pro-M mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan bersiap sedia dalam menghadapi situasi yang sama lain kali.Jika dilihat kepada pengundian ,dpat kita melihat bahawa ada daripada Mpp pro-M yang tidak menyokong pro M itu sendiri dan sesuatu pihak yang menyedihkan.
CALON YDP: Zahar (7), Afiq (17), Aman (3), Amirul (2)
CALON TYDP: Hazimah (14), Aman (7), Faizal (5), Azli (3)
CALON NYDP: Azli (15), Aman (4), Amirul (1), Zahar (9)
Laman Kami Sokong Zahar jadi Ydp Mpp telah diwujudkan tanda tidak puas hati pelajar terhadap perkara ini. Dalam masa tidak sapai satu hari,lebih 200 orang telah like laman ini dan ia sesuatu yang amat menakjubkan bagi laman begini. Walau apapun yang berlaku ,semua telah terjadi,cuma kita sekarang ini berdoa supaya Mpp kali ini mampu menjalankan amanah yang baik. Pastikan perkara logistik pada kali ini tidak akan berlaku pada masa yang lain,... Tetapi mahu tidak mahu kali ini kebanyakan mahasiswa betul-betul tidak berpuas hati dengan kabinet Mpp.....
Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan