Bismillah wal Alhamdulillah..... Keputusan Prk Upsi telah selesai berlangsung dengan pengumuman keputusan di dewan Sitc. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mencapai kemenangan dan semoga segala janji akan ditunaikan kerana mahasiswa sekarang sudah berani untuk menuntut hak mereka.
Pada pilihanraya kali ini mencatatkan satu persaingan yang sengit di mana kerusi umum sahaja mencatatkan hanya 3 ribu lebih sahaja untuk undi tertinggi. Undi paling tinggi dicatatkan oleh Amirul Afzan daripada Mahasiswa Pendidik yang mencatatkan undi sebanyak 3947 undi diikuti oleh Aman Yasser yang mencatatkan undi sebanyak 3800 undi,Zahar 3411 undi, Afiq daripada Parti Senyum dengan 2921 undi,Faizal Amir dari Parti Tapir 2305,Abdullah daripada mahasiswa pendidik 1976 undi,Nadia dari MP 1907 dan seorang calon LMP di tempat yang ke 10 dengan undi 1667 undi. Ini merupakan satu kebangkitan mahasiswa Upsi bahkan calon-calon Aspirasi untuk kerusi umum telah kalah teruk.
Pada pilihanraya kali ini seramai 7070 pelajar Upsi telah "menanda" Undi masing masing ditempat yang disediakan. Daripada itu, fakulti FSK seramai 2136 pelajar yang keluar mengundi daripada 3212 orang pelajar. Fakulti sains sukan dan kejurulatihan seramai 332 pelajar menanda undi daripada 505 orang pelajar,Fakulti pendidikan dan Pembangunan manusia mencatatkan 1179 pelajar keluar mengundi daripada 1746 pelajar,FSMT mencatatkan 835 keluar mengundi daripada 1219 pelajar,Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mencatatkan seramai 103 keluar mengundi daripada 130 orang pelajar,FPE pula seramai 449 daripada 683,Fakulti Teknikal dan Vokasional mencatatkan 653 daripada 1097,FBK 837 daripada 1326 orang pelajar dan FSKIK seramai 546 daripada 922 pelajar. Peratusan mengundi sekitar 60% lebih sahaja.
Pada pilihanraya kampus kali ini mencatatkan seramai 11 orang calon daripada perikatan MP dan LMP telah berjaya dalam pemilihan kali ini dan jaun meninggalkan parti lain. Peluang untuk membentuk kerajaan adalah amat cerah pada kali ini jika kebanyakan parti yang menang dalam jumlah yang kecil itu bergabung dan membentuk kerajaan. Kejayaan yang disambut oleh Pro-M Upsi seiring dengan kemenanagn di kampus yang lain seperti UM dan Usim.
Calon pro-M yang menang di Fakulti ialah saufi ( LMP ) Fasiha ( MP ) Suhaila ( MP ) Fauzi ( LMP ) Ain Balqis ( LMP ) dan Nur fatin ( MP ). Hanya seorang calon fakulti daripada LMP tewas pada kali ini. dan juga 2 orang daripada kerusi umum. Tahniah dan Takiah kepada yang mencapai kemenangan pada kali ini. Semoga harapan dan impian mahasiswa akan dapat dilaksanakan dengan amanahnya....
Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan