Pengikut

Sabtu, April 16, 2011

Buddha di Jepun


Agama Buddha sebagaimana yang diterangkan diatas adalah agama yang lahir di utara India atau lebih tepat di Nepal. Ajaran ini telah tersebar ke negara China dan disini pendeta Buddha di China menyebarkan pula ajaran ini kepada negara sekitar seperti Korea,Jepun,Vietnam dan lain-lain. Mengikut rekod, ajaran Buddha telah tiba ke Jepun pada abad ke 6 lagi melalui Korea. Namun begitu, pada abad ke 7 hingga abad ke 16,rahib-rahib Jepun telah datang ke China untuk belajar terus daripada pendeta di Tanah Besar. Jepun sememangnya memiliki penduduk yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat.
    Ajaran Buddha di Jepun adalah ajaran Buddha yang telah mengalami proses asimilasi dengan budaya tempatan dan sekaligus mempunyai perbezaan dengan ajaran Buddha di China mahupun India. Penyebaran dan perkembangan ajaran Buddha di Jepun telah mendapat sokongan daripada Putera Mahkota Shotoko. Maharaja Nara contohnya amat berminat dengan ajaran Buddha  iaitu Sutra of the Golden Light dan menjadikannya sebagai panduan dalam pemerintahan. Semasa zaman Heian,ibu negara telah dipindahkan ke Kyoto,dan agama Buddha pada masa ini bertapak lebih kukuh di Jepun. Ajaran Shinto dan Buddha telah dicampurkan adukkan oleh masyarakat Jepun dimana di setiap rumah bukan hanya memiliki tempat penyembahan ajaran Shinto tetapi juga tempat penyembahan untuk agama Buddha. Orang Jepun lebih suka mengamalkan ritual ajaran Shinto dalam majlis perkahwinan dan ajaran Buddha dalam ritual pengebumian. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun ini bermula dalam kalangan golongan bangsawan dan kemudian diterima oleh penduduk tempatan. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun semakin dramatik pada zaman Kamakura dimana agama Buddha telah mengalami tranformasi yang dilakukan oleh 4 orang pemikir agama itu iaitu Honen,Shinran,Dogen dan Nichiran yang mana telah melahirkan mazhab Buddha yang baru iaitu Nichiran dan Zen. Mazhab yang baru ini telah menyebabkan berlakunya pertentangan dalam agama Buddha di Jepun. Pertentangan yang jelas berlaku dengan 2 lagi mazhab Buddha iaitu Tendai dan Shigon. Perkembangan mazhab Zen pada kurun ke 14 hingga 19 telah menyebabkan kerajaan menaunginya sekaligus menyebabkan mazhab Buddha yang lain bersaing sesama sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah.
    Mazhab Tendai dan Shigon menekankan kepada upacara ritual semata-mata. Mazhab Zen dan Nichiran ini lebih memudahkan pemahaman orang awam untuk memahami ajaran Buddha bahkan mereka menunjukkan jalan kepada orang awam untuk mencapai Nirvana melalui jalan yang mudah. Pada pendapat ajaran Shinran, seorang perlu juga memiliki keluarga dan menekankan konsep Amida Buddha. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun amat berbeza dengan perkembangan ajaran Buddha di India mahupun China. Walaupun Buddha di China turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan namun ia bukanlah satu perkara yang menonjol bahkan ajaran Buddha ini mempunyai pengikutnya yang taat tersendiri berbanding dengan ajaran Buddha di Jepun yang mengalami asimilasi yang banyak dengan budaya penduduk tempatan. 

Ajaran Shinto Jepun


Shinto atau “ Jalan Tuhan” merupakan agama asal dari kepualaun Jepun. Shinto dikatakan berasal daripada perkataan Shen yang bermaksud roh dan Tao yang bermaksud jalan. Ajaran Shinto sekarang ini bukanlah ajaran asli agama tersebut tetapi terhasil daripada pelbagai campuran ajaran dan juga agama seperti Buddha, Toiesme dan juga pengaruh daripada Siberia. Ajaran Shinto terbahagi kepada 5 bahagian yang mana terdapat 4 bahagian yang awal dan satu bahagian yang lahir zaman pemerintahan Meiji. Bahagian utama agama Shinto ialah Shinto keluarga diraja ( Koshitsu Shinto ), Shinto Keramat ( Jinju Shinto ), Shinto Mazhab ( Kyoha Shinto ) dan juga Shinto Rakyat ( Minkan Shinto )  dan semasa pemerintahan Meiji telah digabung Shinto keluarga diraja dan Shinto Mazhab menjadi Shinto Negara. Shinto Negara ini adalah satu propaganda pihak kerajaan Jepun pada masa itu dengan menggunakan khidmat rahib. Shinto Negara ini masih diamalkan pada waktu sekarang seperti dalam upacara kerajaan seperti melawat ke keramat Yasukuni iaitu tempat bagi memperingati rakyat Jepun yang terkorban masa Perang Dunia ke 2 dan juga dalam menjalankan upacara perkahwinan.
    Perkembangan ajaran Shinto hakikatnya berasal daripada kepercayaan Minkan Shinko iaitu kepercayaan rakyat mengenai kami. Kami yang asalnya disembah ditempat yang sering berbeza telah berubah tempat penyembahannya apabila masuk zaman Konfu dimana kami dikaitkan pula dengan asal usul keturunan keluarga. Oleh itu,setiap keluarga pada masa itu memiliki kami dan mempunyai tempat penyembahan khas untuk keluarga. Semasa pemerintahan raja Yamato, bentuk ajaran Shinto yang diamalkan sekarang telah dibuat kerana raja Yamato sendiri adalah penyembah kami negara berteraskan Amaterasu. Pada zaman pemerintahan Yamato ini,bangunan kekal untuk penyembahan mula didirikan dan barangan seperti cermin,pedang dan barangan kemas dianggap mewakili kami yang disembah. Kojiki dan Nihongi menjelaskan bahawa pada abad ke 7 , Amaterasu telah dianggap sebagai sebagai kami yang agung dalam ajaran Shinto.
    Antara cara yang digunakan untuk menyembah kami ialah dengan kaedah Matsuri. Matsuri ialah ritual yang dilakukan untuk penyembahan terhadap kami.Penyembahan kami dilakukan di rumah ( kamidana ) dan juga di jinja atau rumah penyembahan. Dalam ritual Mitsuri ini, terdapat 4 unsur penting iaitu Penyucian atau harai,persembahan,pembacaan doa dan juga pesta makan namun sekarang ini bukan hanya Jinja yang mengadakan Mitsuri namun turut diadakan oleh pihak gereja.  Pembinaan Jinja atau kuil adalah daripada pengaruh China keatas Jepun. Jinja dibina dengan menggunakan kayu dan sentiasa dibina contohnya di Ise, setiap 20 tahun Jinja baru akan dibina berhampiran monument sebelahnya. Upacara Matsuri di Jinja dilakukan dengan mengarakkan simbol kami kesekeliling Jinja.
    Ajaran Shinto mula menerima pengaruh Buddha sejak zaman Heian dan zaman seterusnya. Kedatangan Buddha telah menyebabkan kedua agama ini saling melengkapi. Ajaran Shinto digunakan melakukan ritual dan agama Buddha untuk moral. Ini kerana ajaran Shinto bukanlah ajaran yang memiliki sifat moral dan etika. Namun dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia tulisan Ghazali Darusalam pula menyatakan bahawa ajaran Shinto berdasarkan kitab Nihong yang memuatkan kisah para dewa dan pendapat ini bertentangan sama sekali dengan tulisan daripada ahli sejarah yang lain. 

Jumaat, April 15, 2011

Minkan Shinto - Kepercayaan Awal Masyarakat Jepun


Minkan Shinko merupakan satu falsafah yang banyak melahirkan ritual dan Matsuri yang diamalkan oleh masyarakat Jepun. Minkan Shinko bermaksud kepercayaan rakyat iaitu amalan agama yang merupakan reaksi kepada keperluan harian masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Minkan Shinko merupakan amalan penduduk semata-mata dan tidak mempunyai doktrin mahupun kitab suci untuk dibuat rujukan bahkan ia merupakan campuran kepada beberapa ajaran yang diamalkan penduduk Jepun seperti Buddha,Shinto,Tao, dan Konfucius. Ia melambangkan kemakmuran,kesuburan,perlindungan dan pelbagai lagi perkara yang mendatangkan kebaikan dalam kehidupan.
     Masyarakat Jepun zaman awal amat percaya bahawa setiap daripada sesuatu daripada ala mini mempunyai semangat ataupun roh. Mereka amat percaya bahawa hujan,api,petir,hutan dan banyak lagi mempunyai roh sehingga melahirkan konsep kami. Mereka menyembah apa yang dikatakan sebagai kami tanah,kami tempat,kami keluarga namun daripada banyak kami hanya kami bendang dan kami menuai sahaja yang amat popular kerana masyarakat Jepun pada masa itu bergantung kepada sumber pertanian. Mereka juga menyembah kami tempat dan juga kami keturunan. Kami keturunan iaitu nenek moyang akan berada mengikut musim yang berlaku. Jika musim sejuk kami keturunan ini akan berada di gunung tetapi apabila masuk musim bunga kami ini akan turun ke bendang untuk menjadi kami bendang,kami kesuburan dan juga kami produktiviti. Apabila menerima peyembahan daripada anak cucu mereka percaya kami ini akan kembali semula ke gunung. Walaupun Minkan Shinko tidak mempunyai satu panduan seperti kitab suci namun dalam menjalankan upacaranya ia mempunyai beberapa pantang larang seperti mereka yang mengalami pengebumian dan yang datang haid dilarang keras untuk mengikuti upacara ini. Perayaan ini terus diraikan sehingga sekarang bagi mengenang tradisi lampau masyarakat itu pada masa ini. 

Kristian di China


Agama Kristian yang diajarkan di China pada peringkat awal bukanlah agama Kristian yang dibawa masuk pada kurun penjajahan di China namun agama Kristian ini merupakan agama Kristian yang bermazhab Nestorian yang bertapak di Asia Barat. Agama Kristian ini telah diajar secara bebas kepada masyarakat China sehinggalah agama ini di sifatkan sebagai agama Barbarian oleh pemerintah China pada abad ke 9. Masyarakat China merupakan sebuah masyarakat yang amat mengagungkan maharaja kerana ajaran kosmologinya yang menganggap maharaja merupakan anak tuhan. Oleh itu,perintah yang dikeluarkan oleh istana telah menyebabkan penyebaran agama Kristian di China telah terbantut.
    Tekanan yang dihadapi oleh agama Kristian ini mula kendur apabila Mongol berjaya mewujudkan dinasti Yuan dan mengamalkan dasar yang liberal terhadap pengamalan agama. Kerajaan Mongol tidak mampu bertahan untuk 100 tahun. Selapas kejatuhan yang dialami telah menyebabkan sekali lagi agama Kristian tidak diterima oleh Pemerintah. Agama Kristian mula dibawa masuk pula oleh orang barat sekitar abad ke 16-17 oleh orang Itali. Penentangan oleh Maharaja mungkin kerana orang Kristian menganggap Pepe sebagai kuasa agung sekaligus bertentangan dengan ajaran bahawa China adalah middle Kingdom.

Buddha Di China


Agama Buddha telah diasaskan oleh Sidaharta Gautama Buddha sekitar 2500 tahun yang lalu. Ia hidup sekitar 563 S.M-483 S.M. Beliau merupakan anak kepada raja kerajaan Kosala iaitu Cudhodana yang mana kerajaan ini berpusat di Kapilawartu. Buddha sebenarnya bukanlah nama namun panggilan kepada sang Buddha yang telah mencapai tahap nirwana yang tertinggi. Buddha telah dilahirkan di Taman Lumbini utara India berdekatan banjaran Himalaya yang kini berada di Nepal semasa bulan purnama. Buddha dikatakan anak kepada seorang pembesar di sana namun lebih berminat terhadap spiritual. Buddha meninggalkan isteri iaitu Yasodhara dan anak iaitu Rahula yang baru dilahirkan untuk melakukan pertapaan di hutan Uruvela. Buddha telah bertapa dibawah pokok Bodhi yang mana pokok ini dianggap suci oleh penganut Buddha. Sidharta Gautama hanya mendapat gelaran Buddha selepas enam tahun menjalankan pertapaan iaitu semasa berumur 35 tahun.  Buddha telah mengajar selama 45 tahun tanpa mencatat apapun dan itu semestinya akan merugikan agama tersebut. Maka selepas kematian Buddha telah diadakan satu persidangan antara sangha untuk menyepakati apa yang dikatakan Buddha dan ia berlangsung selama beberapa bulan. Buddha telah dibawa masuk ke China oleh Fa Hsien pada tahun 399 S.M. Ajaran Buddha semakin berkembang selepas kitab-kitab ajaran Buddha diterjemahkan kedalam bahasa Cina.
Agama Buddha terpecah kepada 2 mazhab yang besar iaitu Mahayana dan juga Hinayana. Mazhab ini berlaku selepas kematian Buddha. Ajaran Hinayana dikatakan mirip kepada ajaran Buddha yang asal. Manakala Mahayana lebih kepada pengkajian mengenai cara hidup Buddha dan bagaimana untuk mencapai nirwana. Mazhab Mahayana ialah yang berkembang ke kebanyakan negara Asia seperti Tibet, China, Jepun dan lain-lain.
    Semasa pemerintahan Wangsa Tang,Maharaja Tang Tai Sung telah berjaya melakukan beberapa pembaharuan sehingga dinasti ini dianggap sebagai dinasti yang paling agung di China. Banyak kawasan berjaya ditakluk seperti Bukhara,Samarkand dan Manchuria. Serangan daripada orang Turki dan Mongolia juga dapat dipatahkan. Kehebatan ini menyebabkan pengaruh China mula mula tersebar ke luar dari Tanah Besar. Agama Buddha tidak terlepas daripada mengalami proses ini dimana Ajaran Buddha ini telah tersebar ke Jepun dan Korea.

Falsafah Undang-Undang

Falsafah ini telah diasaskan oleh Han Fei atau lebih dikenali sebagai Xun Zi yang meninggal pada tahun 233 S.M. Beliau telah mengarang satu buku yang bertajuk Hanfeizi yang bermaksud Book of Master Hanfei. Beliau asalnya mengamalkan ajaran Konfusius namun telah kembali menentang Konfusius. Dalam ajaran Konfusius,semua manusia dilahirkan dalam keadaan baik namun dalam ajaran legalisme menganggap semua manusia dilahirkan dalam keadaan yang jahat. Falsafah ini digunakan pada zaman dinasti Qin oleh Qin Shi Huang. Semasa pelaksaan falsafah ini kebanyakan daripada pengikut ajaran falsafah lain telah mengalami penderitaan teruk termasuklah pengikut Konfusius. Kebanyakan karya-karya Konfusius telah dibakar begitu juga dengan sumber sejarah kerajaan lain Dalam bukunya ini,beliau mengecam falsafah yang berunsur moral kerana baginya falsafah moral ini hanya berjaya mempengaruhi sedikit daripada penduduk sedangkan kebanyakan penduduk tidak berpegang kepada ajaran itu menyebabkan kerajaan terpaksa menghadapi penduduk yang ramai. Oleh itu, baginya falsafah undang-undang amat penting untuk mengawal keadaan masyarakat pada waktu itu. Ini dibuktikan lagi dengan kejayaan Shih Huang Ti menyatukan China dibawah dinasti Qin. Baginya,hanya kekerasan dapat menundukkan ego dan mampu mengawal keadaan masyarakat. Kekuatan Dinasti Qin ini adalah hasil daripada disiplin tentera dan kerja kuat sebagaimana yang terdapat dalam falsafah legalisme sehingga aspek ini mempengaruhi kerajaan Qin mewujudkan sekolah falsafah legalisme. Legalisme amat menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan dimana raja harus mempunyai kuasa yang kuat untuk memaksa menteri mematuhi peraturan yang ditetapkan olehnya. Ajaran ini melarang keras subjek sejarah diajarkan kerana pada mereka tidak perlu tahu apa yang berlaku pada masa lepas. Muzik dan sebarang kesenian juga ditentang kerana dianggap sebagai melalaikan rakyat.

    Dinasti Qin sememangnya berpegang kuat dengan ajaran legalisme ini. Ini dapat dibuktikan apabila dinasti ini telah menghapuskan sistem feudal yang diamalkan China selama ini. Ying Zheng telah bertindak menyatukan China melalui beberapa cara iaitu dengan menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan pemerintah tentera bagi mentadbir wilayah. Beliau juga telah bertindak memindahkan 1 200 keluarga diraja ke beberapa kawasan di China untuk melemahkan kuasanya yang mungkin akan menentangnya,buku-buku Konfusius telah dibakar,rakyat telah dilarang menyimpan senjata bagi mengelakkan pemberontakan,mengenakan cukai tanah dalam bentuk hasil pertanian,cukai turut dikenakan kepada bangsawan dan pengenalan kod undang-undang baru,penyelarasan terhadap sistem timbangan,tulisan,serta ukuran,sistem pembinaan jalan raya dan saliran turut diselaraskan dan pembinaan pusat pemerintahan di Hsian Yang dekat dengan sungai Wei. Segala tidakkan yang diambil oleh Ying Zheng adalah tindakan yang berbentuk kekerasan demi mengekalkan kuasanya daripada dirampas. Pembinaan tembok besar China ,contohnya telah menyebabkan 300,000- 1000 000 orang rakyatnya terkorban akibat penyakit dan juga keletihan. Namun begitu,falsafah legalisme telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan tamadun China. Selapas kejatuhan Qin dan diganti dengan kerajaan Han,maka falsafah legalisme mula luntur pengaruhnya dalam kalangan masyarakat apabila wangsa Han mula menggunakan falsafah yang lebih bermoral dan beretika dalam membentuk rakyatnya.
    Selain daripada ajaran Han Fei terdapat dua lagi falsafah yang seakan sama dengannya iaitu Yang Chu yang lahir dalam ensklopedia pertengahan abad ke 3. Dalam falsafah ini lebih mementingkan kesihatan dan juga umur yang panjang bahkan bagi falsafah ini kehilangan empayar lebih baik dari keguguran rambut. Doktrin ini juga menekankan bahawa lebih baik meneruskan hidup yang sedia daripada menjadi pegawai dan mengahdapi pelbagai risiko yang mungkin berlaku. Bahkan ini selari dengan kehendak orang Cina itu sendiri yang mementingkan kesihatan.
    Selain daripada gerakan Yang Chu,Gerakan Nong Xia yang terdiri daripada petani telah mendesak supaya cukai dihapuskan dan kerajaan mencari hasil sendiri. Golongan ini menentang pemusatan kuasa dan juga birokrasi yang berlaku. Walaupun ia hanyalah gerakan rakyat biasa namun ia mampu menggugat kerajaan. 


Khamis, April 14, 2011

Ajaran Toisme



Ajaran Tao pada asalnya adalah sebuah falsafah namun sebagaimana Buddha ajaran ini telah berkembang menjadi sebuah agama. Ajaran ini telah diasaskan oleh Lao Tze atau nama sebenarnya Li Yeh pada 604 S.M dan juga Zhuang Zi. Beliau dikatakan berada dalam perut ibunya selama 84 tahun dan dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang sudah tua dan hidup selama 200 tahun. Semasa pemerintahan Dinasti Chou beliau pernah dilantik sebagai ahli pustakawan. Beliau memiliki satu kitab iaitu Tao Te Ching yang memuatkan ajarannya dalam aspek astronomi dan ramalan yang merupakan kepakarannya. Ajaran Tao hakikatnya kurang mendapat sambutan kerana rakyat jelata tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh falsafah ini. Tetapi ajaran ini mula berkembang selepas kelemahan dinasti Han oleh tukang sihir dan ahli astronomi dengan menggunakan kitab Lao Tze. Selepas kemasukan ajaran Buddha ke China pada abad pertama sebelum masihi, ajaran ini telah mendapat saingan dengan Buddha sehingga beberapa aspek telah diubah seperti turut membina biara seperti juga agama Buddha.
Menurut falsafah Taoisme, alam semesta dibentuk oleh dua kuasa kosmis yang berlawanan iaitu yin dan yang. Air merupakan unsur yang paling yin dan api merupakan unsur yang paling yang. Mengikut kepercayaan Tao,ala mini terdiri daripada lima unsur utama iaitu air,api,angin,tanah dan logam. Unsur Yin dalam kepercayaan Taoisme ialah merujuk kepada bumi,perempuan,keadaan yang pasif,sejuk gelap dan sebagainya manakala unsur Yang pula merujuk kepada sesuatu yang bertentangan dengan unsure Yin seperti Syurga,lelaki,cerah,panas dan sebagainya.         
                                               

Konfusius di China


Ajaran Konfusius telah diasaskan oleh Kung Fu Tze atau nama sebenarnya Kung Chiu pada tahun 551 S.M semasa pemerintahan Wangsa Chou di Negeri Lu. Beliau anak kepada Shuh Liang Heih daripada keturunan Kung dan Chiang Tsai dan merupakan golongan bangsawan namun bukan golongan yang kaya. Konfusius merupakan salah seorang daripada sekalian banyak sarjana yang terkenal semasa dinasti Chou. Beliau hidup dalam kesusahan dengan ibunya kerana ayahnya telah meninggal semasa beliau berumur 3 tahun dan pernah bekerja sebagai pengembala kambing,pengembala lembu,kerani dan peyimpan kira-kira  namun pada umur 17 tahun beliau berjaya menjadi pegawai kerajaan. Beliau telah berjaya dalam bidangnya sehingga berjaya naik pangkat dan pernah menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri bagi Negeri Lu namun falsafah yang cuba dibawakannya tidak dapat diterima oleh pemerintah. Konfusius telah bertindak meletak jawatan dari kerajaan dan mengembara. Apabila tua,beliau telah kembali ke negeri Lu dan mewujudkan satu sekolah akademik untuk menyebarkan pengaruhnya. Dikatakan beliau memiliki 3000 orang murid dan 72 orang pengikut yang setia. Beliau banyak menulis mengenai kesusasteraan,sejarah ,moral dan falsafah. Ajarannya banyak ditulis oleh pengikutnya didalam buku analects yang merupakan tulisan klasik yang menggunakan nama Konfusius. Beliau telah meninggal pada tahun 479 S.M di Chii fu.  Semasa pertengahan terakhir dinasti Chou Timur ( 770 S.M- 221 M ) negara China telah berpecah kepada banyak negara dan saling berperang sehingga digelar zaman “Negara-Negara Berperang”. Pada zaman ini raja-raja amat memerlukan buah fikiran daripada pelbagai golongan masyarakat bagi mengamankan negara. Falsafah Konfusius pada masa itu tidak mendapat tempat berbanding pendapat yang lain. Tetapi falsafah “perundangan” telah mendapat pada masa itu dan telah berjaya mengamankan negara. Falsafah Fang atau undang-undang itu telah berjaya membantu kerajaan membentuk satu kerajaan yang kuat dengan angkatan tentera yang besar.
    Namun ajaran ini telah menjadi satu ajaran terpenting kepada China sehinggalah sekarang. Semasa pemerintahan dinasti Chin,pengikut falsafah Konfusius telah ditekan teruk termasuklah ada yang dibunuh,kitab-kitab Konfusius telah dibakar membuktikan bahawa falsafah Konfusius telah berkembang kerana masyarakat awam tidak bersetuju dengan dasar keras yang diamalkan oleh kerajaan. Namun ia sekali lagi berubah selepas zaman dinasti Han ( 206 S.M-220 M ). Liu Pang yang merampas kuasa daripada Wangsa Qin telah bertindak menitik beratkan sistem nilai dan falsafah Konfusius dan agenda membangunkan rakyat. Dinasti Han telah mengambil pendapat menentang dinasti Chin yang dianggap kejam dan mengangkat falsafah Konfusius untuk dijadikan panduan.  Pengikut Konfusius pada zaman ini telah berjaya mempengaruhi Maharaja Wu Ti untuk menjadikan Konfusius sebagai panduan negara bahkan cucunya telah membawa masuk guru-guru falsafah ini kedalam istana. Pada zaman Han,sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan perlu mahir dalam falsafah Konfusius dan lama-kelamaan ia menjadi wajib untuk mengambil peperiksaan kerajaan. Perkembangan falsafah Konfusius dalam bidang pendidikan tidak dapat diabaikan kerana falsafah ini telah diguna pakai dalam solibus peperiksaan. Liu Pang telah bertindak mengambil pegawai daripada golongan cerdik pandai untuk membangunkan negara. Aspek Pendidikan amat dititik beratkan sebagai bukti ialan perkembangan pelbagai disiplin ilmu seperti kesusasteraan,seni lukis,muzik,falsafah dan sebagainya.  Namun selepas kejatuhan kerajaan Han falsafah ini telah dipandang sepi dan hanya wujud pada nama sahaja apabila kemasukan agama Buddha dan juga serangan orang gasar dari utara.
    Ajaran Konfusius menekan lima aspek iaitu Jen ( kebaikan hati dan keperimanusiaan ), I ( kesetiaan dan kebaktian ),Li  ( adat tatacara ),Shih ( kecerdasan ),Chih ( kejujuran ). Sifat ini menekankan tentang hubungan sosial dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Anak-anak ditekankan untuk berbuat baik dan menghormati ibu bapa dan juga orang tua. Dengan menekankan lima aspek itu seseorang akan mencapai cita-cita seorang Chun-Tzu ( orang baik-baik ). Ajaran ini menekankan kesedarhanaan dalam setiap tindakan yang diambil. Selain itu,Konfusius menekankan aspek kesetiaan kepada negara dan juga ketaatan kepada ibubapa. Falsafah ini telah terbahagi kepada tiga zaman yang tersendiri iaitu zaman Konfusius sendiri,zaman Mencius dan juga Neo-Konfusius.
    Pengikut Konfusius yang terpenting ialah Mencius atau Mengzi yang hidup sekitar tahun 372 S.M-289 S.M . Sumbangan utama Mengzi ialah dalam pembangunan moral masyarakat. Bagi Mencius jika kerajaan berada dalam tangan lelaki yang budiman maka negara tersebut akan dapat memastikan kebajikan rakyat tercapai. Bagi Mencius,kejahatan yang dilakukan adalah daripada pengalaman malang kemudian dicorakkan oleh masyarakat dan kawan. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menjadi baik. Mencius melihat kerajaan harus dipimpin oleh jungzi atau lelaki budiman dan jika raja itu jahat maka menteri harus membantah dan jika tidak menjadi harus berhenti dan berkhidmat dengan kerajaan lain. Sumbangan Mencius terhadap pemikiran rakyat adalah besar. Mencius menyeru supaya kerajaan memerintah dengan adil dan pembahagian tanah mestilah sama rata dan jika kerajaan tidak bertanggungjawab maka perlu dijatuhkan sahaja.  Dalam ajaran Konfusius,raja yang zalim sepatutnya tidak mendapat mandat dari syurga untuk memerintah.

Rabu, April 13, 2011

Islam di China


Tidak ada satu tarikh yang tepat mengenai bila Islam datang ke China. Ada juga mengatakan bahawa sejak zaman Rasulullah telah menghantar utusan untuk berdakwah di China seperti Saad bin Abdul Qais,Qais ibn Hudhafah,Urwah bin Uthman dan Abu Qais bin Al Harith. Namun dalam “ Buku Lama Dinasti Tang” menyatakan bahawa khalifah Uthman telah menghantar satu lawatan rasmi ke China semasa pemerintahan Maharaja Tang Zuan Zong. Utusan yang dihantar ialah Saad bin Abi Waqas. Utusan ini dihantar dengan maksud supaya China tidak lagi memberi bantuan kepada Parsi yang diserang hebat oleh tentera Islam. Perkembangan Islam di China semakin pesat semasa pemerintahan Khalifah Walid Ibn Malik yang mana panglima Islam pada masa itu seperti Qutaibah bin Muslim berjaya membuka kawasan Samarkhan,Khawarazim dan Farqana yang menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tengah. Kejayaan penaklukan ini berjaya membuka laluan perdagangan dan penyebaran Islam di China. Pada tahun 755,berlaku pemberontakan An Shi yang menyaksikan banyak kota-kota telah ditawan sehingga memaksa raja China turun taktha dan digantikan dengan anaknya Tang Suzong. Bagi memadamkan pemberotakan yang semakin kuat ini, Tang Suzong telah meminta bantuan tentera Islam dalam jumlah yang besar dan mampu memadamkan pemberontakan tersebut.
     Maharaja Tang Suzong amat menghargainya dan telah membenarkan tentera Islam untuk tinggal di Fang dalam wilayah Xian. Perkembangan Islam berlaku di sini apabila ramai tentera Islam berkahwin dengan penduduk tempatan. Bukti perkembangannya Islam ialah terbinanya banyak masjid oleh umat Islam dan juga atas perintah Maharaja dan nama masjid itu turut diberikan oleh maharaja China. Perkembangan Islam lebih pesat berlaku semasa dinasti Yuan. Pemerintahan Dinasti Yuan di China hakikatnya tidak memiliki kekuatan ketenteraan sehingga menyebabkan mereka mencari rakyat luar China seperti Parsi dan Asia Tenggara untuk mengisi jawatan kerajaan. Banyak orang Islam telah dilantik menjadi pegawai tinggi pada masa itu. Walaupun Islam pesat tersebar semasa dinasti ini namun masih wujud pemberontakan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri yang dipimpin oleh Jeneral Kok Tzen Hind dan kemudian menyerahkan kuasanya kepada menantunya Chu Yuan Chang sehinggalah diganti oleh Wangsa Ming. Dinasti Ming telah mencatatkan keagungan Islam apabila maharajanya iaitu Hong Wu adalah seorang yang beragama Islam. Maharaja Hong Wu memiliki seramai 10 orang jeneral yang beragama Islam. Agama Islam amat dihormati oleh Orang China sehinggalah abad ke 19. Contohnya keluarga Syed Ajjal telah dilantik untuk memimpin Yunnan dan Syed Ajjal sendiri pernah menjadi Gabenor Yunnan pada 1259.
    Selain daripada perkahwinan tentera Islam dengan penduduk tempatan,sejarah juga mencatatkan perkembangan Islam melalui kegiatan perdagangan.Orang Arab yang tinggal di Kanton telah memeluk Islam dengan bantuan Saad bin Lubaid. Semasa misi dakwah ini berlaku,2 buah masjid tertua telah didirikan di China iaitu masjid Kwang Tah Se di Kanton dan Masjid Chee Lin Se . Semasa dinasti Ming,umat Islam terus diberi tempat bahkan Maharaja Ming telah menulis pendahuluan kepada artikel yang bertajuk “ 100 perkataan yang memuji Rasulullah.
    Pada masa ini muncul empat orang ulama yang terkenal di China iaitu Wang Daiyu,Yusuf Ma Zhu,Liu Zhi,Yusuf Deixin. Mereka banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di China contohnya Wang Daiyu telah mengasingkan antara budaya China dengan budaya Islam. Mereka banyak mengarang buku seperti “Penjelasan Yang Benar Mengenai Agama Yang Betul”, “ Arah Dalam Islam”,Etika Dalam Islam dan banyak lagi. Masyarakat Islam bertapak kukuh di Yunnan dan kawasan yang dikenali sebagai Muslim Belt seperti di Xinjiang,Qinghai,Gansu dan Ning Xia. Manakala penganut Islam terdiri daripada suku Tajik,Turk,Hui dan Mongolia.
    Pada zaman dinasti Qing,dasar anti-Islam telah diamalkan. Penduduk Islam yang tertindas telah memulakan pemberontakan dibawah pimpinan Sulaiman Tu Wenxiu,Ma Hualong,Ma Zhanao dan Bei Yanhu. Namun pemberontakan ini tidak berjaya sehingga menyebabkan lebih kurang 2 juta umat Islam dibunuh sepanjang 12 tahun. Umat Islam dikawasan Bandar telah dihalau keluar dari kawasan Bandar seperti di Qinghai,Shanxi dan Ninxia Gansu. Semasa dinasti ini sebanyak 5 siri peperangan antara orang Mancu dengan Orang Islam iaitu perang Lanchu 1821-1828,Perang Che Kanio 1830,Perang Sinkiang 1847,Perang Yunnan 1857 dan juga perang Shansi 1861. Siri peperangan ini telah menyaksikan banyak masjid dibakar dan penduduk Islam diseksa sehingga ramai yang berhijrah keluar dari China. Namun penyeksaan ini berkurangan selepas kejatuhan Qing pada 1911 dan orang Islam mula menggiatkan kembali pengamalan ajaran Islam dan telah mula menghantar anak mereka ke luar negara untuk mempelajari Islam.

Sitem Kepercayaan Masyarakat China



Masyarakat China walaupun mengamalkan falsafah dan agama namun mereka tetap tidak terlepas untuk mempercayai beberapa konsep kosmologi seperti Tian,Ti,Tao,Yin Yang,Zhongyong dan Datung. Kepercayaan mereka ini telah dibentuk sejak nenek moyang mereka lagi sehingga menjadi berakar umbi. Mereka amat percaya kepada konsep tien ataupun syurga. Tien pada asalnya bermaksud langit. Mereka percaya bahawa dewa berada di langit dan menggunakan istilah tien untuk merujuk kepada kosep syurga. Sejak zaman dinasti Chou lagi,kerabat diraja sering mengaitkan mereka daripada keturunan syurga dan mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah. Masyarakat China percaya bahawa Tien ini merupakan dewa yang terpenting yang mengatur seluruh kehidupan mereka sehinggakan dalam ajaran Konfusius mereka mengatakan bahawa Tien menentukan keseluruhan hidup manusia.
    Selain percaya kepada langit ( tien ) masyarakat China juga percaya kepada konsep Ti yang bermaksud Bumi. Dalam perkahwinan masyarakat China mereka akan menyembah langit dan bumi menandakan bahawa konsep ini berkait rapat dengan kehidupan mereka. Tien dikatan mencipta makhluk manakala Ti pula menjaga makhluk. Bagi masyarakat biasa,mereka menganggap bahawa Ti itu sebagai dewa yang tertinggi yang menguasai dewa yang lain.
    Selain penyembahan objek alam dan dewa,masyarakat China juga tidak terlepas daripada penyembahan terhadap roh nenek moyang. Sebagai mana tien,masyarakat Cina juga percaya bahawa roh manusia adalah hidup dan boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa roh nenek moyang perlu disembah kerana beranggapan nenek moyang mereka telah banyak berjasa kepada keturunannya. Mereka menyediakan makanan dan minuman alam penyembahan roh nenek moyang itu kerana beranggapan dapat mengembirakan roh tersebut. 

Ahad, April 10, 2011

Sentimen


Kalau setakat sentimen balik kampung la? kata pensyarah saya

Kebanyakan daripada kita sudah lumrah akan menyokong sentimen kita dan menentang sentimen yang tidak menyokong kita. Jika kita mencemuh sentimen orang lain atau orang lain mencemuh kita jika diminta bukti atau konsep untuk setiap percakapan kita itu,nescaya kita tidak akan mampu untuk memberikan bukti itu.

Sebagai ahli akademik atau orang yang belajar akademik haruslah menjauhi sentimen kerana ia akan membutakan hati kita untuk menerima kebenaran. Sentimen yang paling banyak adalah dalam bidang politik.

Kita sering mendengar cikgu-cikgu atau ahli politik yang mencemuh penjajah yang datang ke negara ini kerana mencuri hasil negara kita? kerana mengabaikan rakyat? kerana mengabaikan agama?.

Masalahnya disini,pertama sekali kita sudah tidak dapat megelakkan daripada dijajah, berikan satu contoh negara yang tidak dijajah?.. ada yang mengatakan Siam tidak pernah dijajah sedangkan hakikatnya Siam pernah dijajah oleh Burma dan dijajah pentadbirannya secara tidak langsung oleh British. Jadi kita tidak dapat menafikan penjajahan bahkan terpaksa menerima kerana perkara sama berlaku di seluruh dunia.

Jadi jika kita tidak mengikut sentimen kita akan berterima kasih kepada penjajah.. kerana

1. telah membina jaringan jalan
2. memperkenalkan struktur pentadbiran yang moden
3. pengenalan sistem ekonomi baru dll

Kita bersyukur kerana kita dijajah oleh British yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling bermoral dalam kalangan negara-negara penjajah. Jika kita perhatikan apa yang berlaku di negara-negara yang penjajahnya bukan dalam kalangan bangsa Inggeris?... lihat sejarah mereka . tidak perlu pergi jauh sekadar melihat indonesia dan filifina.

Ada yang berkata,jika penjajah tiada kita pun boleh buat jalan keretapi...
Lihat betapa angkuhnya kenyataan ini, kenpa saya berkata begitu...

Jika anda melihat adakah negara-negara amerika,rusia,britain ingin berkongsi cara semua jenis teknologi yang mereka ada?... jawapanna tentu tidak sebab itulah kita belum berjaya menghasilkan enjin walaupun sudah beribu orang yang dihantar keluar negara untuk belajar teknologi.
Sebagaimana sekarang itulah zaman dulu, adakah anda menyangka barat akan memberikan teknologi keretapinya kepada kita? ataupun teknologinya kepada kita?..jawpaannya tentu tidak melainkan dengan bayaran yang teramat mahal

Adakah barat mengaut hasil bumi kita?
Tidak perlu kita ungkitkan dengan penjajah yang lain kerana portugis,belanda hanya mengusai kawasan persekitaran melaka sahaja,jepun menguasai sebentar sahaja. Kita berbicara soal British yang menguasai pantai barat kemudian kawasan lain sehingga jatuhnya johor kepada british..
Memang British mengangkut hasil bumi kita.... tapi adakah ia percuma? adakah timah yang diangkut itu percuma?.... jawapannya tidak kerana timah yang diangkut itu telah dibayar cukai@hadiah kepada Sultan. Soal sedikit atau banyak pada masa itu berdasarkan kecerdikan pemerintah kesultanan yang mendesaknya. Jika British mengambil hasil dengan harga yang murah,adakah salah mereka selaku pemborong?.. sudah tentu bukan salah mereka tetapi salah kita yang tidak tahu langsung mengenai pasaran.

British telah memperkenalkan tanaman baru,dan ianya amat penting kepada penduduk negara ini speperti getah dan kelapa sawit. Jika british tidak membawa masuk adakah kerajaan kita akan membawa masuk?...
H.N.Ridley di cemuh sebagai gila kerana mendesak rakyat tanah melayu untuk menanam getah.. jadi jika keranjaan sekarang yang memperkenalkannya adakah ia akan mendapat sambutan rakyat?.... kenapa indonesia tidak popular dengan getah? kenapa vietnam tidak popular dengan getah?.... kenapa indonesia ada sistem tanaman kultur, kenapa filifina ada sistem tanaman polo. saya tinggalkan persoalan ini untuk anda rungkaikan....  semua tulisan pendapat penulis sahaja...

Sabtu, April 09, 2011



Apakah Cinta?

Kata Shah Rukh Khan cinta tu sahabat.

Jadi adakah sahabat itu cinta atau
Ia menjdi sahabat apabila ia berCinta

Jika sahabat dan cinta pula berbeza bagaimana?

Dan bagaimana pula jika menCintai sahabat?
Atau sahbat mencintai kita?

Adakah perlu putuskan persahabatan itu untuk cinta Atau
Putuskan Cinta untuk persahabatan?

Bolehkah Cinta dan sahabat ia berjalan serentak?

Atau bercinta dulu baru bersahabat atau
bersahabat dulu baru bercinta?

Payah-payah...

Kalu begitu baik mencintai sahbat.
- jawapan yang mudah.


Jumaat, April 08, 2011



Negara didunia digolongkan kepada tiga golongan iaitu negara Dunia Pertama,Dunia Kedua dan negara Dunia Ketiga. Negara dunia pertama merujuk kepada negara-negara yang sudah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang contohnya Jepun,Amerika Syarikat,dan beberapa negara Eropah. Negara Dunia kedua pula merujuk kepada blok Komunis seperti China, Cuba,Vietnam dan juga Korea Utara manakala Dunia ketiga pula merujuk kepada negara yang sedang membangun/mundur seperti Malaysia dan sebagainya. 
Negara Dunia pertama atau negara maju ini adalah negara yang bertindak mengeluarkan barang atau sekarang ini  lebih kepada pengeluaran buah fikiran. Sedangkan pengeluaran terhadap buah fikiran itu dilakukan di negara-negara Dunia Kedua dan Dunia Ketiga atau negara semi-pengguna dan negara Pengguna. Ini kerana eropah sudah lama mengalami keadaan pencemaran akibat daripada perindustrian. Oleh itu mereka mencara satu tempat yang jauh daripada eropah untuk melonggokkan pencemaran tersebut dan negara yang menjadi mangsa adalah negara Dunia Kedua dan ketiga. Bagi masyakat kita, jika ada kilang BMW atau kilang Mercedes itu adalah membanggakan sedangkan di negara barat ia sesuatu yang tidak membanggakan langsung kerana mereka sudah meninggalkan mentaliti yang sekarang ini dipakai oleh negara dunia kedua dan ketiga sejak lama dulu. 
Jika dinegara Asia,kereta merupakan perkara/barang/harta yang paling bernilai sehinggakan Sultan Brunie memiliki beratus buah kereta,tetapi dieropah kereta adalah sampah bagi masyarakat mereka. Jika kita melihat kereta yang hebat-hebat di eropah kebanyakan adalah milik masyarakat Asia seperti orang Arab. Bagi masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama,seperti Jepun dan U.K pengangkutan awam adalah pilihan utama kerana mereka melihat beberapa kesan yang mungkin berlaku jika semua warganya memiliki kereta. Tahukah anda bahawa di U.K harga sebuah kereta yang disini mencecah 70-80 ribu yang second hand disana hanya boleh dibeli dengan harga 50 pound sahaja. Kereta amat tidak  bernilai di eropah dan negara minda kelas pertama tetapi amat berharga kepada negara yang memiliki minda kelas ketiga. Banyangkan di Jepun,kereta mereka hanya boleh berada di atas jalan hanya selama 5 tahun sahaja selepas itu akan dipotong. Oleh itu, kebanyakan masyarakat Jepun akan menjual kereta mereka dalam jangka waktu 3-4 tahun dan kereta yang sudah mereka gunakan itu akan dieksport ke negara ini dengan sedikit pengubahsuaian supaya nampak baru. Sebab itulah kereta luar negara yang kita beli mudah rosak.
Adakah masyarakat Singapura maju?
Maju dalam pentafsiran antarabangsa ialah maju dari segi individu barulah maju dari segi material dan sebagainya. Jika melihat kepada konteks Singapura, kita tidak dapat menafikan kemajuannya dalam konteks material,tetapi jika dilihat daaripada konteks sahsiah mereka amat teruk sehingga diwujudkan pelbagai undang-undang yang tidak perlu untuk mengawal rakyat mereka contohnya undang-undang memakan chew gum. Rakyat Singapura bukanlah rakyat yang berdisiplin,buktinya semasa menaiki jalan raya mereka akan memandu mengikut suka hati sahaja sehingga banyak saman yang dikeluarkan untuk rakyat mereka. Oleh itu,jika mengikut penafsiran antarabangsa Singapura masih tidak layak untuk mendapat gelaran negara maju. Jika dilihat kepada beberapa negara maju contohnya Jepun, rakyat mereka begitu berdisiplin dan menjaga peraturan yang ditetapkan. Di eropah pelbagai undang-undang diwujudkan kebiasaannya untuk mengawal pelancong atau orang asia. Denda melanggar lampu merah di U.k sudah mencecah 2000 pound. 
Seorang sarjana membuat penyelidikan tahap kebiadaban masyarakat. Beberpaa perkara yang diambil kira iaitu telefon diletakkan merata-rata untuk mengesan jika ada yang mencuri, tong sampah ditumbangkan untuk melihat jika ada yang mengangkatnya dan beberapa lagi ujian. Dalam senarai kebiadapan masyarakat ini, negara -negara maju seperti Jepun mendapat kedudukan pertama manakala negara yang memilki kelas pemikiran ketiga menduduki tangga yang terakhir. Malaysia menduduki tangga ke 30 daripada 33. Malulah menjadi rakyat Malaysia yang diiktiraf sebagai paling biadap.
Jika kita mahu mencapai taraf negara maju seperti yang dilaungkan oleh kerajaan,perkara yang pertama ialah kita perlu mengubah minda kita untuk mencapai taraf ketamadunan yang lebih terkehadapan. Jika secara materialnya maju tetapi pemikiran dan sahsiah teruk maka kita masih tidak layak untuk mendapat gelaran negara maju.

Selasa, April 05, 2011

Ni Ai Wo Xiang Shui dengan Terjemahan Bahasa Melayu






Zhi shi you yi dian chao
Aku Hanya Sedikit Bising

Ru guo ni gan dao ji mo
Jika Kamu Rasa Keseorangan

Wo dai gei ni re nao
Saya Boleh Membawa Kegembiraan kepada Kamu

Wei ni rao yi rao
Aku akan pergi Berkeliling untuk kepentingan kamu

Mei you shen me da bu liao
Ini bukan masalah besar

Que ke yi rang ni wei xiao
Sekurangnya aku boleh membuatkan kamu senyum

Qi shi wo hen fan nao
Sebenarnya saya rasa sangat terganggu

Zhi shi ni kan bu dao
Hanya kamu yang tidak dapat melihatnya

Ru guo wo ye bu kai xin
Kerana saya juga menjadi tidak gembira

Pa ni zhuan shen jiu tao
Kerana saya takut kamu kembali kepada saya dan kemudian melarikan diri

Ai shang yi ge ren
Untuk mencintai seseorang

Yi ding yao rang ta xiang xin
Mesti buat dia percaya

Zhe shi jie duo mo mei hao
Betapa besarnya dunia ini

Dui mei ge ren dou shuo hai hao
Kepada semua orang saya akan katakan baik

Wo de xin wo de qing ni bu xu yao ming liao
Kamu tidak perlu faham hati saya,perasaan saya

Zhi yao wo dui ni hao zhe yang de wen rou ni yao bu yao
Jadi selama ini aku melayan kamu dengan baik. Adakah kamu suka dengan layanan ini

Qi shi ni ai wo xiang shei
Jadi yang manakah bahagian diriku yang kamu sukai

Ban yan shen me jiao se wo dou hui
Saya boleh memainkan peranan yang anda suka

Kuai bu kuai le wo wu suo wei
Saya tidak peduli samada gembira atau tidak

Wei le ni kai xin wo wang ji le lei bu lei
Selama anda merasa gembira,saya lupa akan semua keletihan

Qi shi ni ai wo xiang shei
Jadi yang manakah bahagian diriku yang kamu sukai

Ren he de biao qing wo dou neng gei
Aku boleh memberikan semua ekspresi

Zai ni shen shang xue hui liu yan lei
Dengan kamu,saya sudah belajar menangis

Isnin, April 04, 2011

Duke of Mountion Deer 2000


 Disebabkan semua asgment siap awal, sebagaimana sem-sem lepas waktu sebegini akan diisi dengan tengok semula drama-drama yang disimpan. Bao Zheng 1&2, Condor Heroes dah lama habis dan sekarang giliran Duke of Mountion Deer 2000 yang ditonton buat kali kedua dalam masa setahun. Drama ini diadaptasi daripada sejarah China semasa pemerintahan Dinasti Qing semasa Maharaja Kangxi berkuasa. 
Wei Xiao Bao telah dilahirkan di Pusat pelacuran Li Chun di Yangzhao pada 1656 semasa pemerintahan dinasti Qing. Beliau telah dibawa oleh Hao Da Fu iaitu ketua sida ke istana untuk bekerja dibawahnya dengan gelaran Xiaoguizi. Beliau telah berkenalan dengan maharaja setelah berlaku perkelahian dengan maharaja Kangxi. Pada masa itu beliau yang buta huruf tidak mengetahui yang berkelahi dengannya itu adalah maharaja. Beliau telah "bermain" dengan puteri Jianning sehingga puteri tersebut mengandung. Oleh itu,bagi menyellamatkan puteri tersebut daripada dikahwinkan dengan anak Wu Sangui,beliau telah berpakat dengan puteri untuk memotong anu Wu Yingxiong. Cerita ini banyak mengisahkan kejayaan Xiabao menolong maharaja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh maharaja itu tetapi dalam masa yang sama beliau juga telah menganggotai kumpulan pemberontak yang memaksa beliau membunuh mahajara. Adegan sedih dalam drama ini ialah kematian puteri Jianning ( ruby Lin ) boleh menyebabkan penonton menangis ( maksudnya saya )


Nama Gelaran

Little White Dragon
Xiaoguizi
Duke of Tongchi Island
Duke of Deer Cauldron
General Huachai Huachai

Isteri

Su Quan
Fang Yi
Puteri Jianning
A'ke
Zeng Rou
Mu Jianping
Shuang'er

Anak

Wei Hutou
Wei Tongchui
Wei Shuangshuang


Sabtu, April 02, 2011

Raja Farouk 1 - Raja Terakhir Mesir



Raja Farouk 1 telah dilahirkan pada 11 Febuari 1920 dan meninggal pada 18 Mac 1965. Beliau merupakan anak kepada Raja Fuad 1 daripada Dinasti Muhammad Ali Pasha. Baginda merupakan cucu kepada Muhammad Ali Pasha kemander Ottoman yang diperintahkan untuk memerintah Mesir tetapi telah memisahkan diri daripada kekuasaan Mesir. Muhammad Ali Pasha merupakan keturunan Albania dan ibunya keturunan daripada Mesir. Baginda telah ditabalkan sebagai raja Mesir pada umur 16 tahun lagi dan baginda merupakan orang pertama yang melakukan ucapan di radio.
RajaFarouk merupakan raja yang paling bermewah dalam sejarah moden Mesir. Baginda memiliki beribu ekar tanah,berpuluh istana dan beratus buah kereta namun tetap tidak dapat memuaskan hatinya sehingga sering ke eropah untuk membeli belah. Beliau amat dibenci oleh rakyat mesir kerana sikapnya yang suka bermewah dan mengabaikan kebajikan rakyat. 
Beliau telah djatuhkan oleh rakyat mesir melalui revolusi 1952, yang dilakukan oleh gamal abdul nasir dan juga kelompok ikhwanul muslimin kerana beberapa sebab seperti terlalu tunduk kepada Brisitsh dan juga kerana kekalahan memalukan tentera mesir dalam perang arab-israel 1948. 

Selepas kejatuhannya,baginda telah mengistiharkan anaknya yang masih bayi untuk menjadi raja dengan gelaran raja Fuad 2 namun hakikatnya sistem beraja selama 150 tahun telah termansuh. Baginda telah dibuang ke Monaco kemudiannya di Italy.Kematian Raja Farouk dikatakan kerana terlalu kuat makan namun ada sumber menyatakan kerana diracun dan yang pastinya tiada bedah siasat dilakukan pada waktu itu. Baginda telah dikebumikan di Italy apabila kerajaan Mesir pada waktu itu tidak bersetuju ia di kebumikan di mesir. kerajaan arab saudi bersetuju untuk mengebumikan di negara tersebut. selepas desakan rakyat mesir,baginda telah dikebumikan kembali di mesir di kawasan pemakaman muhammad ali pasha.

Gembira

Bismillah wal Alhamdulillah.....

Selepas agak lama tidak membuka email tiba-tiba dirumah kawan aku tergerak untuk membuka email. Dan ada satu berita yang begitu menggembirakan... nak tahu?.. xperlu tahu kot....
tapi ia berkenaan salah satu impian aku sejak kecil lagi... mudahan akan tertunai impian itu..
~ngee~

Jumaat, April 01, 2011

Dalil Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan juga Allah telah berfirman dengan mafhum:
“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )
Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman maksudnya :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”
( Surah An Nisa ayat 36 )


Dan jika kedua memaksamu mempersekutukan sesuatu dgn Aku yg tidak ada pengetahuanmu tentang Aku maka janganlah kamu mengikuti kedua dan pergaulilah kedua di dunia dgn cara yg baik dan ikuti jalan orang-orang yg kembali kpd-Ku kemudian ha kpd-Ku lah kembalimu maka Aku kabarkan kpdmu apa yg kamu kerjakan” [Luqman : 15]

Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters