Pengikut

Selasa, November 30, 2010

Syed Qutb - Perjuangan dan Sumbangan bhg 1

    Syed Qutb merupakan salah seorang pejuang Ikhwanul Muslimun Mesir. Beliau merupakan antara tokoh pejuang yang amat dikenali di seluruh dunia elain daripada Imam Hasan Al Banna. Walaupun popularitinya  tidak setanding dengan Imam Hasan Al Banna namun Syed Qutb tetap menjadi satu ikon yang tersendiri kepada fikrah perjuangan Islam seluruh dunia. Syed Qutb merupakan salah nama yang sering meniti di bibir setiap mereka yang memperjuangkan fikrah Islam di seluruh dunia. Daripada Mesir nama Syed Qutb terus dikenali didunia sehingga ke Nusantara. Pengaruh Syed Qutb lebih cepat tersebar apabila kitab tarsir Al Qurannya iaitu Fi Zilalil Quran digunakan di seluruh dunia. Selain itu,pengaruh Sayyid Qutb terus tersebar ke Nusantara apabila di bawa oleh pelajar Melayu di sana. Kebanyakan pelajar Melayu yang belajar di Mesir secara langsung mahupun tidak langsung akan terpengaruh dengan gerakan perjuangan Ikhwanul Muslimun.
       Beliau mula menjadi ahli kepada gerakan Ikhwanul Muslimun pada sekitar akhir tahun 1940-an. Beliau amat terpengaruh dengan keperibadian yang dimiliki oleh pengasas kepada Ikhwanul Muslimun iaitu As Syahid Imam Hassan Al Banna yang terbunuh akibat di tembak yang di percayai oleh kerajaan Mesir.Selain terpengaruh dengan perjuangan Imam Hassan Al Banna beliau juga turut terpengaruh dengan dengan aliran Akkad iaitu aliran pujangga sastera dan beliau bersama dengan aliran ini sehingga akhir hayatnya.
     Disini kami akan membincangkan tentang perjuangan Syed Qutb sebagaimana tajuk kami iaitu Perjuangan Syed Qutb.Kami akan menjelaskan tentang siapakah Syed Qutb dan juga cara dan langkan perjuangannya dalam mendaulatkan sistem khalifah sehingga idea beliau menjadi ikutan kepada fikrah perjuangan Islam sehingga kini. Kami juga sebolehnya akan menghuraikan tentang idea dan seruan yang di bawa oleh tokoh ini.
      Syed Qutb telah menyertai Ikhwanul Muslimun pada tahun 1951 lagi dan beliau mula terkenal melalui penerbitan karya dan tulisan.Beliau juga orang pertama yang membaiah Hassan Hudaibi selaku Mursidul Am kedua Ikhwan Muslimun Mesir.Tindakan ini sebenarnya amat penting bagi mengelakkan perpecahan kepada anggota Ikhwan.Tindakan Syed Qutb membaiah Hassan Al Hudaibi dikira langkah yang cukup bijak kerana pengaruhnya yang kuat dalam jemaah Ikhwan itu sendiri.Jika Syed Qutb membaiah semestinya rakannya atau pengikutnya akan turut membaiahnya.

 Biodata Syed Qutb
    Nama sebenar Syed Qutb ialah Al-Maqhfurulahu Al-‘Arif Billah As –Syahid Sayyid Ibn Qutb Ibrahim. Syed Al-Qutb telah dilahirkan di kampung Musyah, daerah Asyut, Mesir. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1906. dia dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kedudukan terhormat di kampung. Keluarga beliau juga merupakan keluarga yang mengikut ajaran agama. Selain itu, bapanya iaitu Haji Qutb Ibrahim merupakan seorang yang banyak berbakti kepada orang fakir miskin. Bapanya juga merupakan seorang yang disegani.Ayah kepada Syed Qutb bukanlah seorang yang kaya,beliau hanyalah seorang petani biasa yang perpegang kuat kepada ajaran Islam.Ini telah dinyatakan oleh Syed Qutb dalam buku yang dibuat untuk ayahnya yang berjudul Masyahid al Qiyamah fi al-Quran yang bermakna hari kebangkitan dalam al Quran.Didalam kitabnya al Taswir al Fanni fil al Quran                         ( cerita keindahan dalam Al Quran ) pula ada menyatakan harapan ibunya kepada Allah supaya menjadikannya hafaz al Quran dan dapat membacakan untuk ibunya dengan merdu.
            Ayahnya sering mengadakan majlis-majlis jamuan di rumahnya bagi menyambut hari kebesaran Islam seperti Nisfu Syaaban,Hari Ashura,Israj Mikraj bahkan sepanjang bulan Ramadhan para qurra akan membacakan Al Quran di rumahnya. Ayahnya juga sering mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan. Ibunya juga merupakan seorang yang amat menyintai al-quran. Ini telah menarik minat anaknya iaitu Syed Qutb untuk mendalami al-Quran. Syed Qutb merupakan seorang yang mempunyai ingatan yang kuat. Ini telah terbukti apabila beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dalam usia yang sangat muda iaitu sebelum usianya mencecah 10 tahun.Beliau merupakan seorang yang berbakat dan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi ini dapat dibuktikan dengan kejayaannya sering menang dalam pertandingan tilawah Al Quran. Ini telah terserlah sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Ini telah menyebabkan guru-gurunya kagum dengannya sehinggakan beliau naik kelas satu tanpa menghabiskan kelas persediaan.Selepas habis sekolah ini yang hanya berlangsung selama 5 tahun beliau ingin pergi ke Kaherah namun satu revolui yang berlaku sejak 1909 belum selesai sehinggakan beliau menangguhkan pengajiannya. Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa mendampingi Al-Quran. Ini telah menyebabkan beliau pergi memasuki kuliah Darul Ulum. Darul Ulum merupakan sebuah pusat pengajian tinggi Islam dan sastera arab yang terkenal. Ini telah menyebabkan kefahamannya mengenai Al-Quran dan Islam menjadi semakin baik.Sebelum itu,beliau belajar di madrasah Muallimin al awwaliyya iaitu sebuah sekolah perguruan yang terletak di Kaherah ketika berusia 15 tahun dan tinggal bersama bapa saudaranya yang bernama Ahmad Husayn Uthman seorang lulusan Al Azhar.Selepas habis belajar di sini beliau telah menjadi tenaga pengajar sekolah rendah.Walaupun berhajat untuk menyambung pelajaran di Kaherah namun disebabkan tidak mampu beliau hanya memendam rasa tambahan pula ayahnya meninggal semasa beliau belajar di sini. Di Muallimin al awwaliyah juga,beliau telah berkenalan dengan seorang penulis yang bernama Abbas al Aqqad.Semasa disini juga juga beliau telah menulis di majalah parti Wafd yang bernama Balagh.Semasa di Dar al ulum pula beliau menjadi pengarang kepada majalah fikr al jadid.Beliau telah masuk ke sekolah persediaan ke Dar al Ulum pada umur 22 tahun iaitu pada tahun 1928 dan pada tahun 1930 barulah beliau masuk ke Dar Al Ulum.Beliau mengambil jurusan Bahasa Arab dan juga Ulum al Syari’ah.
            Selepas beliau menamatkan pengajiannya, beliau telah melibatkan dirinya dalam bidang perguruan dan penulisan. Beliau telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran di Kementerian Pelajaran di Kaherah pada tahun 1939. Pada tahun 1948 sehingga tahun 1950, beliau telah dihantar ke Amerika untuk mempelajari sistem pengajian dan pembelajaran di Colorado State College of Education. Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika, beliau telah menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian Islamiah. Pada tahun 1951-1964, merupakan masa peralihan beliau. Pada ketika ini, lahirnya karya-karya agung yang menjadi buku warisan Islam. Tafsir “Fi Zilalil Quran” merupakan karya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan intelektualnya. Beliau telah mengambil masa selama 8 tahun. Pada tahun 1945, Syed Al-Qutb telah menyertai Gerakan Islam Ikhwan. Syed al-qutb pernah ditangkap tetapi telah dibebaskan oleh Jamal Abdul Nasir. Namun selepas setahun dibebaskan, Syed Al-Qutb dan rakan-rakannya telah ditangkap semula. Pada tahun 1966, beliau dan rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Syed Al-Qutb telah menemui ajalnya pada pagi isnin pada 29 ogos 1966.Namun selepas Mahkamah Tentera Mesir menjatuhi hukuman gantung  ia telah menggemparkan seluruh dunia.Banyak pertubuhan luar negara mendesak supaya hukuman itu di tarik balik antaranya Parti Jamiat e Islami Pakistan,Majlis Pertubuhan Islam,Liga Awami,Liga Islam,Kesatuan Ikatan Britain,Setiusaha Agung Parti Islam Lubnan ( Fathi Yakan ) dan 40 orang ulamanya,Majlis al Ummah Tunisia serta mufti negarnya,Putera Mahkota Jordan,Persatuan Asas Sudan,Ilal al Fasi,Pengerusi Parti Kemerdekaan Morocco,Ketua Rabitah al Ulama Iraq,Syeikh Ahmad al Zahawi dan 3 orang ulama besarnya namun disebalik rayuan mereka itu semua Rejim Gamal Abdul Nasir tetap melaksanakan hukuman terbabit.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters