Pengikut

Jumaat, Januari 14, 2011

Konflik di Terengganu


      Terengganu merupakan antara negeri yang paling lewat menerima pengaruh British.Terengganu menganggap dirinya sebagai negeri yang bebas dan mempunyai hubungan yang baik dengan Siam.Bunga emas yang dihantar ke Siam bukan menandakan berada di bawah Siam tetapi sebagai tanda persahabatan.Siam juga sering menghantar hadiah yang setimpal ke Terengganu.Hubungan tersebut diteruskan oleh seorang Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin 111 yang memerintah dari tahun 1881 hingga 1918.Semasa kebakaran yang hampir memusnahkan Terengganu,Siam telah memberi bantuan sebanyak 2000 dolar bagi membantu membangunkan semula Terengganu.Pada 1887,Raja Siam telah melawat Terengganu dan menghadiahkan gelaran darjah kehormat Siam kepada Sultan Zainal Abidin 111.Semasa Sultan Terengganu melawat Singapura,Siam meminjamkan sebuah kapal perang untuk pelayaran tersebut.Tetapi sebelum itu sekitar tahun 1830,Siam telah menganggap Terengganu sebagai sebuah negeri di bawah naungannya.Frank Swetteham telah melawat Terengganu pada 1902 untuk memaksa Terengganu menerima residen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian British-Siam 1902.Sultan Zainal Abidin telah menolak hasrat British atas alasan tidak mengetahui perjanjian itu.Pada 1909,sekali lagi British memaksa Sultan menerima residen berdasarkan Perjanjian Bangkok 1909.Untuk membantah tindakan itu,baginda telah pergi sendiri ke Singapura.Atas desakan siam dan British,pada 22 April 1910 satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Terengganu dan British bersama menghapuskan orang yang melakukan jenayah,Terengganu tidak boleh mengadakan hubungan dengan negara lain tanpa kebenaran British dan pihak British akan membantu Terengganu sekiranya diserang dan Terengganu perlu menerima seorang Residen/Penasihat British.
    Bagi mengelakkan British bertindak lebih lanjut,Baginda telah mengarahkan supaya dibuat satu perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri.Kawat telefon juga telah dipasang selain menurap jalan disekitar Kuala Terengganu.Baginda telah mangkat pada 26 November 1918.Sepanjang pemerintahan Baginda British tidak mampu untuk menguasai Terengganu.Tetapi pada tahun 1919 British berjaya menempatkan penasihat yang kuasanya sama dengan residen.
    Di Terengganu berlaku juga penentangan terhadap British yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di kawasan Ulu Terengganu.Penentangan ini bermula apabila British berhasrat ingin membina sebuah balai polis di kawasan Kuala Telemong.Sultan atas arahan British telah menghantar 2 orang pembesar iaitu Datuk Lela dan Tengku Nara Wangsa ke Alor Limbat tempat tinggal Haji Abdul Rahman Limbong untuk berunding bahkan sultan sendiri turun untuk berunding namun tetap gagal.Pada masa itu,pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menyerang Pejabat Daerah Kuala Berang dan bergerak untuk menyerang bandar yang mana hanya menempatkan 37 orang polis sahaja untuk mengawal.Selepas beberapa lama dan bantuan dari Kuala Lumpur sampai menyebabkan kekalahan Haji Abdul Rahman Limbong yang akhirnya dibuang daerah ke Mekah.
    Penentangan ini berlaku disebabkan peraturan tanah yang dikuatkuasakan oleh British dilihat bertentangan dengan Syara’.Penentangan yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ini turut melibatkan Mat Zin Mat Min,Haji Karia,dan Lebai Leman yang semuanya berasal dari Telemong.Pihak kerajaan pada masa itu telah bertindak tegas kepada mereka yang membuka tanah dimana 43 orang telah ditangkap dan dibicarakan.Haji Abdul Rahman Limbong bertindak menjadi peguam untuk mereka itu.Atas kehebatan beliau kes tersebut tidak dapat diputuskan oleh mahkamah.Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan hujah agama sehingga mahkamah sendiri tidak mampu untuk melawan hujahnya.Pengadilan itu disaksikan lebih kurang 1000 orang pengikutnya.Pihak British yang masih tidak berpuashati meminta mahkamah mengulang bicara pada 31 Oktober 1922 yang dihadiri oleh ratusan pengikutnya.Keputusan mahkamah hanya dikeluarkan pada 6 November 1922 dimana kemenangan milik Haji Abdul Rahman Limbong.Dengan hujah tanah adalah milik Allah dan kerajaan tidak berhak mengutip cukai menyebabkan semakin ramai rakyat yang tidak mendapatkan pas membuka tanah.Pada 3 Mei 1925,seramai sekitar 300 hingga 500 orang telah berkumpul di Telemong untuk membersihkan tanah yang didakwa milik Tengku Nik Maimunah tanpa kelulusan dari kerajaan.Tengku Nik Maimunah merupakan adik kepada Sultan Zainal Abidin 111 dan saudara kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.Pada kebangkitan kali ini tidak berlaku tindakan drastik oleh kerajaan British.

    Kebangkitan rakyat pada tahun 1928 bermula apabila seorang guru agama bernama Haji Musa bin Abdul Ghani atau Haji Musa Minangkabau mengbangkitkan isu kafir mereka yang bekerja dengan British.Kebangkitan kali ini lebih besar berbanding dengan kebangkitan yang pertama.Tempat perhimpunan ialah di Kuala Berang dan juga di Kampung Pelam Telemong.Haji Abdul Rahman Limbong tidak terlibat secara langsung dalam kebangkitan ini namun ketua kebangkitan sering mendapatkan nasihat daripadanya.Antara mereka yang bangkit ialah Penghulu Salleh,Tahir Pasir Pelandang,Abu Bakar Chinting,Mmat Tok Pintas,Drahman Haji Daud,Abdullah Jurukaka dan Ismail Kuala Por.Kebangkitan ini akibat peraturan baru yang dikenakan,perhimpunan diadakan untuk ke Kualan Terengganu beramai-ramai bagi memaklumkan Sultan Sulaiman tentang kesusahan rakyat.Mereka perlu mendapatkan pelbagai pas untuk mendapatkan hasil hutan antaranya ternakan perlu diika,dapatkan pas sebelum menanam padi huma,tebang kayu,ambil daun rumbia,nipah,kajang,daun kelapa dan salak yang mana tanah yang tidak diukur oleh kerajaan.Mereka juga tidak dibenarkan mengambil daun palas,rotan dan kayu.Pada 28 Mei mereka menyerang Pejabat Tanah di Kuala Berang,seramai 500 orang pegawai kerajaan lari ke Kuala Terengganu.Pada 23 Mei mereka bergerak ke Kuala Terengganu dan pasukan dari Kampung Pelam juga turut bergerak dan jika mengikut rancangan mereka,mereka akan bertemu di Kampung Kebakang.Penasihat British dan Menteri Besar telah menghantar pasukan polis yang dipimpin oleh Dato Sri Lela Di Raja,Dato’ Pahlawan dan juga Dato’Panglima Dalam bagi menyekat kemaraan penentang dan menawan kembali Kuala Berang.Pasukan Polis itu tidak sempat ke Kuala Berang tetapi membina kubu di Padang Kachong Telemong.Di Padang Kachong,mereka telah diberi amaran untuk tidak meneruskan perjalanan namun tidak diendahkan mereka.
    Pasukan polis telah melepaskan tembakan secara melulu menyebabkan 11 orang petani dari kumpulan Kampung Pelam.Mendengar 11 orang terbunuh tersebut maka kaum tani dari Kuala Berang pun berpecah dan pulang ke kampung masing-masing.Kerajaan Terengganu meminta bantuan 50 orang polis dari negeri melayu bersekutu untuk menangkap pemimpin penentang.Kesemua mereka berjaya ditangkap dan dibicarakan dihadapan Sultan,setiap mereka duhukum penjara antara 5 hingga 15 tahun.Haji Abdul Rahman Limbong dibicarakan di Istana Maziah atas tuduhan menghasut kaum tani.Haji Abdul Rahman Limbong mengaku tidak bersalah dalam kejadian terbabit kerana beliau pada masa itu berada di Beserah.Namun,kerajaan membenarkan Haji Abdul Rahman Limbong meninggalkan Terengganu sebagaimana pengistiharan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang ditandatangani oleh Sultan Sulaiman pada 2 Jun 1928.Pada 13 Jun beliau dibawa ke Singapura dan dijaga oleh Negeri Selat.Kerajaan Terengganu bersetuju menanggung perbelanjaan Haji Abdul Rahman Limbong ke Mekah dan bersetuju memberi pencen sebanyak 30 sebulan dan dinaikkan kepada 100 dan seterusnya 150 sebulan.Beliau meninggal pada 16 November 1929 di Mekah.




Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters