Pengikut

Selasa, November 30, 2010

Syed Qutb - Perjuangan dan Sumbangan bhg 2

     Sejak menyertai Ikhwan pada tahun 1951,Syed Qutb sudah aktif dalam menjalankan tugas dakwah dan gerakan Islam Mesir.Sejak lulus daripada kuliahnya di Tajhiziyah Dar Al-Ulum (nama asal bagi Universiti Kaherah ) pada 1933 sebagai sarjana dalam bidang pendidikan sehinggalah tahun 1951,beliau tidak terlibat dalam politik Mesir pada waktu itu.Selepas tamat pengajian beliau telah bekerja sebagai pegawai di Kementerian Pendidikan Mesir.Sambil itu beliau juga aktif dalam memperjuangkan hak pekerja melalui persatuan pekerja.Beliau mula menyertai Ikhwan hanya pada tahun 1951.Namun walaupun tidak telibat dengan politik Mesir,beliau telah menjadi seorang pengarang buku yang hebat mungkin kerana minatnya dalam kesusasteraan arab.Bahkan semasa menuntut di Darul Ulum beliau mengambil satera arab.Buku karangannya lebih dilihat islamik berbanding dengan kebanyakan penulis Mesir pada waktu itu yang banyak menulis tentang sosial dan maksiat yang berlaku di Mesir.Sepanjang hidupnya beliau telah mengarang 24 buah buku termasuk novel dan juga seni kritikan sastera.Buku karangan popular baginya ialah Petunjuk Sepanjang Jalan dan juga Fi Zilalil Quran yang mengandungi 30 juzuk yang telah mempengaruhi dunia terutamanya dalam bidang ummah dan juga jihad.
    Peluang belajar di luar negara terbuka baginya semasa bekerja selaku pengawas di Jabatan Pendidikan Mesir.Beliau ke Amerika untuk mendalami segala ilmu pengetahuan terutamanya tentang pendidikan yang sesuai dengan sarjananya selama 2 tahun iaitu dari tahun 1948 hingga 1950.Semasa di Amerika beliau terpaksa membahagikan masa dengan baik baik  untuk belajar di Wilson’s Teacher’s College di Washington, Greeley College di Colorado        ( sekarang dikenali sebagai Universiti Northern Colorado ), dan Stanford University di California. Beliau berpeluang untuk mengunjungi banyak bandar besar di Amerika dan  juga mengunjungi  Britain,Itali serta Swiss.Di Amerika Syed Qutb telah belajar tentang metod pendidikan barat ( Western Methods of Education ).Di sebabkan itu Syed Qutb dapat memahami tentang pemikiran barat dan sekembalinya ke Mesir beliau amat menekankan tentang bahaya perang pemikiran yang dilancarkan oleh barat .Namun hakikat sebenarnya disebalik penghantaran Syed Qutb ke Amerika ialah kerana Syed Qutb telah menulis beberapa artikel yang bertentangan dengan ideologi kerajaan sehingga menimbulkan kemarahan kementerian Pelajaran Mesir.Atas dasar ingin “membasuh” Syed Qutb maka beliau telah dihantar ke Amerika. Semasa di Amerika ini juga  Syed Qutb telah terpengaruh dengan gerakan yang digelar Ikhwanul Muslimun.Perjuangan ahli ikhwan yang sanggup mati kerana perjuangan telah membuka mata Syed Qutb betapa pentingnya melibatkan diri dalam politik.Dalam mengingatkan orang Islam tentang perang pemikiran yang dibuat oleh barat beliau telah menulis :
“ Para penjajah hari ini tidak mengalahkan kita dengan senjata dan kekuatan,tetapi melalui orang kita yang telah terjajah jiwa dan fikiran mereka.Kita dikalahkan oleh dakyah yang ditinggalkan oleh penjajah kepada Kementerian Pelajaran dan Pendidikan serta juga buku-buku mereka.Kita kalah oleh pena-pena yang tenggelam dalam tinta kehinaan dan jiwa yang kerdil ,sehingga pena itu akan bangga jika menulis tentang para pembesar Perancis,Inggeris dan Amerika”.
    Sejak di Amerika Syarikat lagi, Syed Qutb telah melihat tentang sanjungan sebahagian penduduk Amerika kepada seseorang yang mereka tidak kenali secara peribadi iaitu Imam Hassan Al Banna.Di Amerika juga Syed Qutb dapat melihat tentang kehancuran sosial masyarakat dimana masyarakat disana dilihat terlalu bebas dengan budaya yang bertentangan dengan nilai seorang manusia.Di Amerika beliau banyak merantau kebandar-bandar di Amerika dan juga negara sekitar eropah.Apabila pulang ke tanah airnya yakni Mesir,beliau telah mengarang sebuah artikel yang bertajuk “ Amerika yang saya lihat “.Dalam artikel ini,beliau banyak menghuraikan tentang gejalka sosial di Amerika seperti penduduk Amerika yang terlalu mementingkan material,perkauman yang menebal dengan wujudnya kumpulan kulit putih dan juga kulit hitam,sistem ekonomi yang diamalkan,kebebasan individu,perlawanan tinju yang ganas,percampuran bebas termasuk di dalam gereja,larangan penceraian,dan juga kurangnya sokongan penduduk Amerika yang menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.
     Selepas sahaja beliau pulang dari belajar di Amerika,beliau pulang ke tanah air dan melibatkan diri dalam gerakan Ikhwanul Muslimun.Beliau menganggotai ikhwan ini kerana kekagumannya kepada Imam Hassan Al Banna yang juga pengasas gerakan Ikhwanul Muslimun itu sendiri.Imam Hassan Al Banna adalah tokoh ulama muda yang mampu memimpin dan menggerakkan ahli jemaah.Beliau mempunyai sahsiah yang amat baik sehingga di kagumi oleh orang ramai sehingga orang ramai sanggup meleburkan diri dalam jemaah ikhwan.Dalam jemaah ikhwan ini telah digariskan oleh Imam Hassan Al Banna bahawa Ikhwanul Muslimun merupakan satu perjuangan yang lengkap yang meliputi dakwah salafiyyah,tariqat sunniyyah,haqiqah sufiyyah,hai’ah siyasiyyah,jamaah riyadiyyah,wehdatul ilmi dan kebudayaan,perkumpulan ekonomi dan  juga fikrah ijtimaiyyah.
    Mustafa Masyur iaitu Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5 ( 1996-2002 ) pernah menceritakan tentang keperibadian Imam Hassan Al Banna.Selepas lewat malam balik dari berdakwah seharian Mustafa Masyur pun duduk berbaring di atas kerusi sofa sedangkan Imam Hassan berada di biliknya,selepas lama berada di situ,mata Mustafa Masyur sudah tidak mampu untuk dibuka kerana terlalu mengantuk disebabkan berdakwah seharian tanpa henti    ( mengikuti Imam Hassan ).Tiba-tiba Imam Hassan memanggilnya “Mustafa” maka aku menjawabnya “ada apa tuan boleh saya bantu” maka jawab Imam Hassan Al Banna “tiada apa-apa”.Lama kemudian beliau memanggilnya sekali lagi dan Mustafa Masyur pun menjawab dengan perkataan yang sama.Lama kemudian Mustafa Masyur di panggil lagi.Disebabkan terlalu mengantuk maka Mustafa Masyur hanya mendiamkan diri.Selepas itu Imam Hassan Al Banna telah keluar dari biliknya dan ketandas untuk mengambil air sembahyang dan sembahyang sunat.Perwatakan Imam Hassan Al Banna memang mengagumkan dan ini mungkin menyebabkannya mendapat pengikut dan pengaruh yang kuat.Jika dilihat dari aspek lain adalah mustahil seorang yang berumur 20 tahun mampu untuk memimpin sebuah organisasi yang kuat melainkan ada perkara yang mampu membuatkan orang lain kagum dengannya.Beliau telah menubuhkan Ikhwanul Muslimun hanya selepas 4 tahun kejatuhan empayar Islam Turki Othmaniyyah.Imam Hassan Al Banna telah mati ditembak pada tahun 1949 yang dipercayai dilakukan oleh tentera Mesir atas perintah Rejim Raja Farouk yang memerintah Mesir pada masa itu.Sebelum kematiannya,beliau sebenarnya sudah tahu akan dibunuh,ini kerana semua pemimpin Ikhwanul Muslimun telah dimasukkan kedalam penjara sedangkan beliau selaku ketua tidak ditangkap bahkan beliau menyerah diri pun masih tidak ditangkap oleh polis.
      Di peringkat awal penulisan Syed Qutb,beliau banyak menulis tentang buku kanak-kanak yang bersandarkan kepada tauladan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Selepas itu tulisannya makin berkembang kepada beberapa jenis penulisan dan juga hasil sastera seperti sajak,kritikan sastera,cerita pendek dan juga artikel-artikel yang di muatkan dalam majalah.Sebelum mengarang Fi Zilalil Quran,beliau telah mengarang 2 buah buku yang berkisar tentang keindahan yang terdapat dalam Al Quran.Buku tersebut bertajuk at-Taswir al-Fanni fil-Qur’an (cerita Keindahan dalam Al-Qur’an) dan Musyaahidat al-Qiyamah fil-Qur’an (hari kebangkitan dalam Al-Qur’an).Sebelum menulis Fi Zilalil Quran juga beliau telah menulis satu buku penting iaitu al-’Adaalah al-Ijtimaa’iyah fil-islam (keadilan Sosial dalam Islam).Selepas munulis buku ini barulah beliau menulis Fi Zilalil Quran yang ditulis didalam penjara.Walaupun Fi Zilalil Quran mempunyai 30 bab atau juzuk namun ia tidak me nafsirkan Al Quran secara lengkap sebagaimana ulama terdahulu.Beliau hanya mentafsirkan ayat yang terpilih sahaja terutamanya mengenai jihad dan perjuangan serta dalam bab akidah itu sendiri.
     Karya-karya lainnya ialah as-Salaam al-’Alami wal-Islam (Perdamaian antabangsa dan Islam) yang di terbitkan tahun 1951, an-Naqd al-Adabii Usuuluhu wa Maanaahijuhuu (Kritikan sastera,Prinsip dan Dasar, dan kaedah-kaedah), Ma’rakah al-Islaam war-Ra’simaliyah (Perlawanan Islam dan Kaptalisme) yang di ternitkan tahun 1951, Fit-Tariikh, Fikrah wa Manaahij (Teori dan kaedah dalam Sejarah), al-Mustaqbal li Haadzad-Diin (Masa Depan Berada di Tangan Agama Ini), Nahw Mujtnama’ (Perwujudan Masyarakat Islam), Ma’rakatuna ma’al_yahuud (Perlawanan Kita Dengan Yahudi), al-Islam wa Musykilah al-Hadaarah (Islam dan Problem-Problem Kebudayaan) terbit tahun 1960, Hadza ad-Diin (Inilah Agama) terbit tahun 1955, dan Khashais at-Tashawwur al-Islami wa Muqawwamatahu (Ciri dan Nilai Visi Islam) yang telah di terbitkan tahun 1960. Karangan terakhir beliau ialah buku yang menjadi rujukan penting bagi jemaah Islam di seluruh dunia ialah Ma’aalim fith-Thariq ( Petunjuk Sepanjang Jalan ).Ramai beranggapan Fi Zilalil Quran adalah karya agung Syed Qutb,namun sebenarnya Petunjuk Sepanjang Jalan inilah sebenarnya makalah agung yang pernah dihasilkan oleh Syed Qutb. Ini kerana mereka yang terpengaruh dengan ideologi Syed Qutb pasti akan memiliki memiliki buku ini.Petunjuk Sepanjang Jalan juga merupakan menggambarkan tentang manifesto atau cara pemikiran Syed Qutb tentang revolusi Islam.Buku ini juga merupakan karya utama mengenai jihad pada masa kini.
    Pada tahun 1951,pengharaman keatas ikhwan telah ditarik balik.Walaupun Ikhwanul Muslimun ditekan dengan hebat oleh pemerintah, namun mereka tetap mengambil jalan tengah apabila bertindak dengan cermat tanpa menggunakan kekerasan. Syed Qutb telah menyertai Ikhwan pada tahun tersebut dan beliau menganggapnya sebagai tahun kelahiran semula bagi dirinya kerana dapat menemukan asas agama yang pernah diajar oleh kedua ibubapa nya.Beliau masuk jemaah Ikhwanul Muslimun 2 tahun setelah pembunuhan berlaku keatas Imam al Banna dan  secara peribadinya beliau tidak pernah mengenali Imam Hassan al Banna walaupun tahun kelahirannya sama iaitu pada 1906 dan pernah menuntut di tempat yang sama iaitu Dar Al Ulum.Walaupun Al Imam Hassan al Banna tidak pernah mengenalinya namun al Imam pernah membaca satu buku Syed Qutb yang bertajuk “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam” iaitu Keadialan sosial dalam Islam dimana ia ialah buku untuk bacaan masyarakat awam.Maka Imam Hassan al Banna telah membuat kesimpulan bahawa Syed Qutb pasti akan menyertai Ikhwan kerana mereka berdua mempunyai satu kesamaan fikrah dan wehdatul fikr.Wehdatul Fikr ialah kesatuan pemikiran dalam sesuatu jemaah.Selepas menyertai Ikhwan,beliau telah dilantik sebagai pinitia pelaksana dan juga pemimpin bahagian dakwah Ikhwanul Muslimun  pada tahun 1952.Pada tahun 1952,juga beliau dilantik menganggotai Maktab Irsyad dan juga Lajnah Dakwah.Bermula disini beliau telah menjadi penggerak penting kepada jemaah Ikhwanul Muslimun.
    Selepas pembunuhan Imam al Banna,maka pimpinan Ikhwan diserah kepada Syeikh Hassan al Hudaiby selaku Mursyid Am,Abdul Qadir Audah selaku Setiaausaha Agung dan juga Syed Qutb sebagai Lajnah Dakwah yang dianggap sebagai gandingan Idealog bagi Ikhwan pada masa itu.Sepanjang mengetuai Lajnah Dakwah beliau telah menghasikan beberapa buku yang penting dan juga kontroversi seperti Hadha al-Din,Al-Mustaqballihadhaal-Din,Khasa'is al-Tasawwural-Islamiyy,Maalimfil-Tariq dan jugaTafsir Fi Zilal al-Qur'an.Peristiwa yang paling penting pada tahun 1952 ialah penggulingan sistem beraja oleh gerakan yang diberi nama Dubbat al Ahrar yang dipimpim oleh Kolenel Gamal Abdul Naser dan di bantu oleh Ikhwan Muslimin dalam Revolusi Julai 1952.Namun dalam jangka masa panjang ini telah memakan diri pejuang Ikhwanul Muslimin.Revolusi menjatuh kerajaan beraja ini berlaku setelah Raja Farouk telah menangkap sekitar 10,000 pejuang ikhwan yang berjihad di Palestin.Perintah aja Farouk ini dilakukan atas perintah Amerika.Disebabkan tekanan yang kuat dari sistem beraja akhirnya Syeikh Hassan al Hudaiby telah berpakat dengan Kolenel Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan sistem beraja dimana asas perjanjian mereka adalah Islam.Sesudah revolusi beliau telah ditawar dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir.Beliau mahu Majlis Revolusi yang dipimpin oleh Anwar Sadat dan Gamal Abdul Nasir untuk melaksanakan Syariat Islam namun ditolak.Selain itu,Gamal Abdul Naser juga telah menawarkan 3 jawatan untuk diisi oleh Ikhwan dan pada peringkat awalnya di persetujui oleh Hassan al Hudaibi.Namun berlaku kekecohan apabila 2 dari  orang calon Ikhwan telah ditolak.Maktab Irsyad telah bersidang dan menolak meletakkan menteri dari Ikhwan,ini kerana menteri Ikhwan terlalu sedikit dan tidak mampu untuk mendesak supaya dilaksanakan Islam dan selain itu juga kerana kuasa pemutus tidak berada di tangan menteri sebaliknya di tangan tentera revolusi.
    Pada tahun 1953,beliau telah menghadiri konferensi di Suriah dan juga Yordania.Beliau telah menyeru kepada semua orang Islam supaya membaiki dan menjaga akhlak sebagai prasyarat penting untuk kebangkitan umat Islam.Syed Qutb merupakan tokoh yang mampu berpidato dengan baik serta menggunakan ayat yang indah dan cantik sehingga menyebabkan ramai terpegun dengan pidatonya sebagaimana yang telah diungkap oleh Abbas asSiisi           ( 2005)
 Pada suatu hari pejabat Ikhwan di Iskandariah telah dihadiri oleh tetamu istimewa.Beliau ialah penulis besar Islam,Sayyid Qutb yang ingin bertemu dengan beberapa orang di pejabat tersebut,Keesokannya beliau menyampaikan ceramah dan membaca ayat Al Quran sehingga merasakan itu kali pertama kami mendengarnya,ia bagaikan kemuar dari cahaya nan berseri sehingga ahli Ikhwan enggan berkelip,dan telinga mereka hanya mendengar kalimat yang keluar dari mulut Syed Qutb “.
 Sebagai seorang yang penting dalam jemaah,beliau sekali lagi dilantik sebagai sidang redaksi kepada akhbar ikhwan redaksi harian Ikhwanul Muslimun.Namun akhbar ini hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja dimana ia telah disekat oleh Rejim Gamal Abdul Nasir kerana mengkritik kerajaan Mesir terutamanya mengenai perjanjian Mesir-British pada bulan julai 1954..Pada tahun ini juga Ikhwanul Muslimun telah diharamkan atas tuduhan hedak menjatuhkan kerajaan Revolusi yang mana satu tuduhan yang tidak dapat dibuktikan oleh mahkamah hingga sekarang.Setelah pengharaman Ikhwan, orang anggota Ikhwan telah ditangkap iaitu Hassan Hudaibi,Abdul Qadir Audah,Syeikh Muhammad Farghali,dan juga ketua sukarelawan Mujahidin perang Suez.Mereka semua telah dijatuhi hukuman mati kecuali Syed Qutb yang hanya dikenakan kerja berat selama 15 tahun.Syeikh Hasan Hudaibi juga turut dibebaskan kerana beliau mengalami serangan jantung dan doktor telah meyakini Hassan Hudaibi sudah tiada peluang untuk hidup.Peluang ini digunakan oleh Gamal Abdul Naser untuk mengampuninya kerana pada perancangan kerajaan pada keesokan harinya kerajaan akan mengeluarkan belangsukawa atas kematian Hassan Hudaibi.Namun atas perancangan Allah,Hassan Hudaibi masih lagi hidup dan terus memimpin Ikhwanul Muslimin sekaligus menggagalkan agenda kerajaan.
    Pada bulan Mei 1955,beliau telah ditangkap atas tuduhan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Mesir.Pada 13 Julai 1955,beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama lima belas tahun dan kerja berat.   Semasa dalam penjara ini juga Syed Qutb telah didatangi utusan untuk menawarkan pembebasannya dengan syarat tetapi dengan lantang beliau berkata Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”.Namun semasa kunjungan muhibbah Presiden Iraq,Abdul Sakam Arif beliau telah dibebaskan sebagai tanda persahabatan antara Mesir dengan negara Iraq.Ini bermakna bahawa Syed Qutb telah dipenjarakan selama 10 tahun tanpa dibebaskan oleh pemerintah.Hanya selepas setahun dibebaskan,Presiden Iraq pada masa itu Abdul Sakam Arif telah terlibat dengan nahas udara dan terkorban.Oleh itu,kerajaan Mesir sudah mempunyai satu sebab yang kukuh untuk menangkap anggota Ikhwanul Muslimin tanpa adanya sekatan dari Iraq, Kerajaan Mesir telah mengadakan satu operasi pembersihan anggota Ikhwanul Muslimun di seluruh Mesir.Sekali lagi beliau di tangkap bersama dengan 3 orang saudara kandungnya iaitu Aminah,Hamidah dan juga Muhammad Qutb.Selain mereka berempat, 20,000 orang lagi anggota ikhwan atau mereka yang dipercayai bersekongkol dengan ikhwan telah ditangkap.Daripada jumlah itu,seramai 700 orang wanita turut terlibat.Namun menurut kenyataan Syamsu Badran kepada Zainab Ghazali,tahanan Ikhwan adalah sekitar 100,000 orang yang ditempatkan di penjara seperti Penjara Tawanan Perang,Penjara al Qal’ah,penjara Abi Za’bal,penjara al Faiyum,penjara di sekitar Iskandariah dan juga Tanta.Bahkan Ummu Ahmad seorang wanita berumur 85 tahun yang tinggal di Syibra  turut ditangkap.Ummu Ahmad adalah perempuan yang seangkatan dengan Imam al Banna.
    Syed Qutb  telah dituduh sebagai berkomplot dengan musuh negara untuk menjatuhkan kerajaan.Kebanyakan perbicaraaan keatasnya berkisar tentang apa yang di tulis olehnya dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan.Beliau telah dibicarakan di mahkamah tentera dan telah dijatuhi hukuman gantung bersama dengan 6 orang sahabatnya yang lain.Semasa dalam tahanan Presiden Gamal Abdul Naser telah menghantar sekali lagi  utusan kepada Syed Qutb bahawa dia akan memberi pengampunan jika Syed Qutb menulis surat meminta pengampunan dan juga menulis surat bahawa perjuangannya selama ini adalah salah .Syed sememangnya seorang yang bermaruah,beliau telah marah kepada utusan tersebut dan berkata  "Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan  Allah dan Muhamad Rasulullah,tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil,aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan".Kesungguhan Syed Qutb menyebarkan konsep Hakimiyyah telah menyebabkan beliau dituduh sebagai cuba menjatuhkan kerajaan dan telah dijatuhi hukuman gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966 bersama dengan 2 orang lagi rakan baiknya iaitu  Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail.Semasa beliau hendak dijatuhi hukuman gantung seseorang mengajarnya mengucap lantas Syed Qutb berkata “kerana kalimah Tiada Tuhan Selain Allah lah aku dihukum gantung’.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters