Pengikut

Ahad, November 20, 2011

Kerajaan Islam Manila

Umat Islam protes serangan Kerajaan Filipina
keatas MILF
Islam pernah bertapak di kawasan Manila sebelum di tawan oleh penjajah Sepanyol bahkan nama Manila itu sendiri di katakan berasal daripada perkataan Arab iaitu fi amanillah yang bermaksud " dalam perlindungan Allah". Namun begitu, pada sisi satu lagi pendapat menyatakan bahawa nama Manila berasal daripada bahasa Tagalog iaitu May-nilad iaitu sejenis pokok kecil yang berbunga. Kerajaan Islam Manila dikatakan telah wujud sejak tahun 710 Hijrah bersamaan dengan 1310 M dengan penemuan batu nisan raja pertama Manila iaitu Ahmad Timhar. Penjajah Sepanyol telah mula masuk ke Manila semasa pemerintahan Sultan Manila yang ke-14 iaitu Sultan Sulaiman . Kekalahan Sultan Sulaiman ini teladih menyebabkan Sultan Brunei telah menghantar bantuan ketenteraan kepada Manila. Ini mungkin kerana hubungan erat yang terjalin antara kerajaan Manila dengan Kesultanan Brunei pada masa itu. Pada 1572, iaitu 2 tahun selepas kemasukan Sepanyol di Filifina, Brunei telah menyediakan satu angkatan laut yang disokong oleh Portugis yang sememangnya memusuhi Sepanyol untuk menyerang Sepanyol di Filipina. Pada tahun 1574, sekali lagi Brunei menyediakan satu angkatan laut untuk menyerang Sepanyol namun tidak jadi kerana takutkan keselamatan Brunei yang tidak terjamin. Pada tahun 1578 dan 1581, Sepanyol telah bertindak menyerang Brunei untuk memberi amaran kepada Brunei untuk tidak lagi memberi bantuan kepada Manila yang dijajah olehnya. Sepanyol berhasil mendapatkan kawasan Islam di Luzon dan Cebu tetapi tidak pernah berjaya untuk menakluki kawasan Selatan iaitu Sulu sepenuhnya .

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters