Pengikut

Selasa, Mac 22, 2011

Justice Bao Zheng.


  Bao Zheng telah dilahirkan pada 11 April 999 dan telah meninggal pada umur 63 tahun pada 20 mei 1162. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga sarjana di Hefei dalam wilayah Anhui. Pada umur 29 tahun beliau telah lulus ujian diraja dan menjadi Jinshi. Beliau telah dilantik menjadi hakim di Kaifeng ibu negara Song. Beliau membawa watak yang tegas dan menghukum sesiapa saja yang melakukan jenayah. Beliau telah menghukum lebih kurang 30 orang pegwai tinggi kerajaan kerana terlibat dalam pelbagai jenayah. Beliau telah menjadi simbol keadilan kepada masyarakat China sehinggakan semasa kematian beliau penduduk China telah keluar dari rumah mereka dan menangisi kematiannya. Beliau seorang betul-betul menegakkan keadilan walaupun terpaksa mennetang perintah maharaja. Bahkan dalam beberapa kes beliau terpaksa menghadapi maharani dan Menteri Pang yang merupakan guru kepada maharaja. 
Beliau telah menjadi lagenda sehingga kisahnya dibukukan dan juga dipentaskan di opera. Beliau sering digambarkan sebagai berwajah hitam dan mempunyai bulan sebagai tanda lahir. Dalam kisahnya selepas menjadi menteri,beliau sering digambarkan dengan memiliki pemancung berkepala anjing untuk menghukum rakyat,pemancung harimau untuk memamncung pegawai kerajaan dan pemancung naga untuk memancung tokoh besar kerajaan. Beliau telah dianugerahkan pedang maharaja untuk menggambarkan kehadiran maharaja dan dianugerahkan dengan tongkat emas yang digunakan untuk menghukum maharaja sekarang yang mana tongkat itu telah dikurniakan oleh maharaja sebelumnya. Beliau memiliki 4 orang pegawal keselamatan iaitu Zhao Long,Zhao Hu,Ma Han dan Wangcao. Selain itu mempunyai penasihat yang cerdas iaitu Gaosung Ce dan Zhan Zao yang merupakan seorang pesilat yang handal.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters