Badminton
bukanlah sukan baru tetapi merupakan salah satu sukan terawal dalam sejarah
tamadun manusia.Permainan ini dikatakan mula dimainkan di Yunani silam dan juga
di Mesir.Namun begitu,sejarah telah mencatatkan bahawa permainan ini sudah
dimainkan pada zaman China kuno dengan menggunakan raket kayu dan bulu
tangkis.Permainan ini juga telah dimainkan di Istana England pada abad ke 12
dan juga di Poland pada abad ke 18.Namun permainan ini hanya popular di eropah
sekitar abad ke 19.Di Jepun pula,sukan seakan-akan Badminton iaitu Hanetsuki
telah dimainkan sejak abad ke 16 lagi.Sukan ini bukan sahaja bermula di Eropah
namun ia telah bermula dikebanyakan tamadun manusia.Dikawasan Barat,Badminton
berasal dari permainan yang dipanggil Battle and Shuttlecock.Permainan ini
melibatkan 2 atau lebih pemain yang akan memukul bola di udara dengan
menggunakan raket kecil.Di India pula ia dikenali sebagai Poona semasa abad ke
18.
Sukan ini,mula berkembang di Eropah apabila tentera British yang pulang
ke tanah airnya telah mengembangkan permainan ini di Britain sekitar tahun
1860.Pada awalnya sukan ini dimainkan oleh kelas atasan di rumah kediaman
Kebangsaan.Pada 1860,seorang penjual anak patung telah mengarang sebuah buku
yang bertajuk Badminton Battledore-a new game namun tiada cetakan yang
dilakukan terhadap karya tersebut.Sukan ini diperkenalkan pada 1873 di
Gloucestershire yang dimiliki oleh Duka of Beaufort.Pada masa itu sukan ini
dikenali sebagai The Game of Badminton yang akhirnya diringkaskan kepada
badminton sahaja.Sehingga 1887,sukan ini dimainkan di Britain berdasarkan
kepada undang-undang di India.Versi permainan Inggeris hanya berlaku apabila
Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan sukan ini.Undang-undang
permainan ini telah dicipta pada 1887 dan disemak semula pada 1895 dan 1905.Pada
1893 pula,Badminton Association of England telah menerbitkan set peraturan
pertama mengikut ketetapan.Ia seakan-akan menyamai peraturan sekarang dan
secara rasminya sebuah peraturan iaitu di ‘Dunbar’ di Waveley Grove,Portsmouth,England pada 13
September tahun yang sama.Pada 1899.pertandingan badminton terbuka pertama
dunia telah diadakan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka England atau juga
dipanggil sebagai All England.Pada 1934,Pertubuhan Badminton Dunia telah
ditubuhkan yang pada awalnya dianggotai oleh Kanada,Denmark,England,Perancis,Belanda,Ireland,New
Zealand,Scotland dan Wales sebagai Negara pengasas.India hanya menyertinya pada
1936.Sekarang IBF dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan