Pengikut

Sabtu, Februari 12, 2011

Konflik Kedah - Siam Abad ke 19


   Kedah sebuah negeri di utara Tanah Melayu sering menghadapi ancaman Siam dalam pemerintahannya.Disebabkan takut ancaman Siam tersebut maka Pulau Pinang telah ditawar oleh Sultan Abdullah Mukarram kepada British.Penyerahan Pulau Pinang kerana British telah menyebabkan kemarahan Siam kerana Siam menganggap Kedah sebagai negari naungannya dan penyerahan Pulau Pinang menyebabkan Siam tidak dapat meluaskan kawasan taklukannya selain terpaksa pula bersaing dengan kuasa British.Bagi membuktikan kuasanya,Siam telah mengarahkan Kedah menyerang Perak pada 1818 kerana tidak membayar bunga emas kepada Siam.Sultan Ahmad Tajudin 11 pada masa itu,terpaksa melakukan serangan ke atas Perak.Namun begitu Siam masih tidak berpuas hati terhadap Kedah yang semakin tidak mendengar arahannya.Siam telah memanggil Sultan Kedah ke Bangkok bagi menjawab beberapa persolan seperti Kedah membantu Burma dan juga pemberian Pulau Pinang kepada British.Keingkaran Sultan Ahmad Tajudin ini semestinya menyebabkan kemarahan Siam kerana Sultan Ahmad Tajudin naik takhta atas pertolongan Raja Rama 1 yang menghantar tentera ke Kedah untuk menjatuhkan Sultan Dhiauddin.
    Sultan Kedah enggan untuk ke Bangkok menyebabkan Siam merasa marah.Seterusnya,Siam mengarahkan Raja Ligor untuk menyerang Kedah.Sultan Kedah telah meminta bantuan British sebagaimana perjanjian yang ditandatangani dulu.namun British tidak mahu campur tangan kerana ingin menjaga hubungan dengan Siam kerana pada masa itu,Burma dan British mengalami krisis.British bimbang jika Siam dan Burma berpakat untuk menentang British.Siam merupakan pembekal utama kayu balak kepada eropah.Walaupun Siam berjaya menawan Kedah namun Perak tidak berjaya ditawan bahkan pada 1822,Perak dengan Selangor telah berjaya mengusir Siam.Namun kerana bimbang Perak dan Selangor berkrisis maka ditandatangani satu perjanjian yang menetapkan Sungai Bernam sebagai sempada antara kedua negeri.Pada 1821,satu utusan British yang diketuai oelh John Crawford telah tiba ke Siam untuk berunding.Antara perkara yang dirundingkan ialah meminta Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang,Meluaskan hubungan dengan Siam dan mendapat jaminan keluar masuk hasil dari Kedah,meminta Siam mengembalikan takhta kerajaan Kedah dan yang paling penting sekali ialah mengintip kekuatan ketenteraan Siam kerana sememangnya British tidak tahu tentang kekuatan Siam.Utusan ini gagal kerana Putera Kromciat dan Menteri Perdagangan Prahklang tidak mahu bertolak ansur dengan soal perdagangan dan kedudukan Kedah.
    Dari maklumat yang diterima,Siam bukanlah sebuah kuasa yang kuat sehingga boleh menggugat British.Maklumat ini sememangnya penting kerana ia untuk menjaga kepentingan British di Tanah Melayu.Antara tahun 1823-1824,Siam cuba memperluaskan kuasa ke Selangor selain berjaya meletakkan Perak dan Kedah dibawah pengaruhnya.Ini tentu sekali menyebabkan kebimbangan British kerana British mempunyai banyak kepentingan di Tanah Melayu.Oleh itu,British berhasrat untuk menyekat pengaruh Siam yang semakin mara ke selatan Tanah Melayu.Pada tahun tersebut juga,2 perutusan British dihantar ke Ligor untuk meminta bantuan Ligor bagi menentang Burma.Namun kedua-dua utusan tersebut gagal kerana Ligor hanya mendengar arahan dari Siam.Pada Ogos 1924,Gabenor Negeri-Negeri Selat baru dilantik iaitu Robert Fullerton yang terkenal dengan sifat anti-Siam.Pada Jun 1825,Fullerton mendapat tahu bahawa Ligor telah bersiap sedia menyerang Perak dan Selangor.Sebanya 300 buah perahu telah bersiap sedia di Sungai Trang untuk melakukan tugas tersebut.Fullerton telah mengarahkan kapal bersenjata mengawal di sepanjang pantai bagi menyekat kemaraan Siam.Fullerton juga telah memberi amaran bahawa serangan Siam itu bermakna mengistiharkan perang keatas British menyebabkan Siam menarik balik tenteranya.Kapten Burney telah dihantar oleh Fullerton ke India bagi meyakinkan pihak British bahawa perlu menghantar utusan ke Siam.Pada 1825,Gabenor di India telah setuju dan Burney telah ke Ligor untuk berunding.Sesampainya di Ligor,Raja Ligor telah membuat persediaan untuk menyerang Perak dan Selangor sekali lagi.Burney memberi amaran akan campur tangan dalam masalah ini.
    Akhirnya Raja Ligor menandatangani satu perjanjian sementara dengan British bagi mengelakkan Siam diserang.Perjanjian itu,ditandatangani pada Julai 1852.Antara isi perjanjian tersebut ialah,Raja Ligor perlu memberi pilihan kepada Perak dan Selangor samada perlu membayar bunga emas atau tidak,Raja Ligor perlu berjanji bahawa tidak akan menyerang Kedah dan British akan menyelesaikan pertingkaian antara negeri tersebut,Sultan Kedah dibenar kembali ke Kedah dan perlu mengahantar bunga emas 3 tahun sekali selain perlu membayar 4000 dolar setahun sebagai tanah jajahan Siam dan akhir sekali Raja Ligor berjanji bahawa jika Siam bersetuju dengna perjanjian itu maka beliau tidak akan menyerang Kedah.Raja Ligor menjadi wakil British untuk berunding di Bangkok.Rundingan dilakukan selama enam bulan.Perjanjian tersebut ditandatangani pada Jun 1826.Antara isi kandungannya ialah Kedah kekal sebagai jajahan takluk Siam dan British beretuju untuk tidak campurtangan dalam uruan Kedah atau cuba mengembalikan takhta kerajaan Kedah,Sultan Kedah juga tidak dibenarkan tinggal di Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan juga dibawah jajahan takluk Burma,British juga tidak akan membenarkan Sultan Kedah atau penyokongnya menyerang Kedah atau jajahan takluk Siam,Siam mengakui kedaulatan Perak,British tidak akan menyekat Perak dari menghantar bunga emas jika baginda mahu,British dibenarkan menghantar perwakilan ke Perak,Siam mengiktiraf kedudukan British di Pulau Pinang dan Kedah,Siam tidak akan menyekat perdagangan dengan Terengganu dan Kelantan.
    Namun begitu,Perjanjian Burney tetap dikritik oleh Fullerton apabila Sultan Kedah tidak mendapat layanan yang sepatutnya bahkan warga Pulau Pinang pada masa itu juga turut bersimpati dengan Sultan Kedah.Bagi Kedah perjanjian Burney merupakan pengkhianatan kepadanya.Baginda tetap tidak mahu keluar dari Pulau Pinang walaupun British menghentikan bayaran sebanyak 10000 dolar setahun kepadanya.Dengan Bantuan Terengganu dan Kelantan,Sultan Ahmad Tajudin 11 telah menyerang Kedah pada 1831,1836 dan 1838.Kegagalan dalam serangan terbabit kerana British menyekat kemaraan baginda.Sultan Ahmad Tajudin 11 telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Melaka dan dilarang dari meninggalkannya.Pada tahun 1841,Gabenor telah menghantar Putera Kedah iaitu Tengku Daei ke Bangkok untuk berunding disamping membawa surat sokongan dari Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru bernama Samuel Goerge Bonham.Bonham memberi amaran bahawa British tidak akan membantu Siam lagi jika berlaku pemberontakan jika Siam tidak mengembalikan takhta Kedah.Perjanjian tersebut dipersetujui dengan syarat bahawa Kedah tetap berada dibawah kekuasaan Siam dan perlu menghantar bung emas setiap 3 tahun,Perlis perlu dipisahkan dan Siam akan mengambil wilayah Setul.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters