( Raja Le Hoan )
Vietnam telah diasaskan sebelum tahun
masihi lagi.Sejarahnya dalam sistem kerajaan setanding dengan negara China
dimana Vietnam juga pernah dijajah beberapa kali oleh empayar dinasti China
sejak zaman dinasti Qin lagi.Semasa dinasti Qin dibawah pemerintahan Qin Shi
Huang Ti,China telah menghantar Jeneral Chao To untuk menakluk Kwangsi dan juga
Kwang-tong dimana penduduknya terdiri dari orang Annam dan Thailand.Pada tahun
35 masihi,Maharaja China telah menghantar Jin Yin untuk memperkuatkan lagi
proses pencinaan terhadap Annam ( Vietnam ) dan juga Tongking.Semasa dinasti
Qin bergoncang,Jeneral Chao Tao telah bertindak menyatukan negara tersebut dan
menubuhkan sebuah negara baru yang diberi nama sebagai Nan Yue tetapi bagi
masyarakat Annam menyebutnya sebagai Nam Viet.Nama Dai Viet adalah merujuk
kepada negara baru Vietnam yang menjadi satu kuasa baru di tanah besar Asia
Tenggara.Sebagaimana kita sedia maklum bahawa China merupakan negara yang
mempunyai ketamadunan yang paling terkedepan berbanding dengan tamadun awal
dunia yang lain.Disebabkan kemajuan dalam sistem tamadun ini,maka China
sememangnya berhasrat untuk meluaskan tanah jajahannya.Disebabkan dasar inilah
Vietnam telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses
penjajahan China.Vietnam terlibat dalam proses peluasan China disebabkan
Vietnam merupakan jiran terdekat kepada negara China.
Pengaruh China sememangnya tidak boleh
dinafikan dalam sistem pentadbiran Vietnam begitu juga dengan intitusi budaya
dan adat resam.Masyarakat Vietnam sering diasak oleh kebudayaan China
terutamanya bagi mereka yang tahu membaca.Kitab klasik China dalam bidang
kesusasteraan dan juga agama telah dibawa masuk ke Vietnam.Sistem Konfucious
dan Buddha mahayana mula masuk dan diajar di Vietnam.Walaupun sudah ada yang menganut agama Buddha tetapi
masih ramai yang mengamalkan kepercayaan animisme dan menyembah nenek moyang
yang merupakan tradisi bagi masyrakat Vietnam. Begitu juga dengan adat
resam,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Vietnam masih lagi di pertahankan.Sejak
dinasti Ngo sehingga kejatuhan dinasti Li,telah berlaku banyak perkembangan
terhadap pegangan dan kepercayaan masyarakat Vietnam.Semasa pemerintahan raja
kedua dari dinasti Li,baginda telah membawa masuk teks klasik Buddha,dan
menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi bagi menggantikan kepercayaan kolot
masyarakat Vietnam yang mana rata-rata percaya kepada animisme.Ada juga
sebilangan dari masyarakat Vietnam terutamanya yang terpelajar terpengaruh
dengan Konfuciuos dan fahaman Tao. Ini turut disokong oleh William J Duiker dan
Jackson J Spielvoger dalam bukunya Sejarah Dunia edisi kelima.
Selepas penaklukan Han Wu Ti ( pengasas
dinasti Han ) keatas Annam atau Nam-Viet,Canton dan Tongking.Tanah jajahan ini
telah dibahagikan kepada beberapa wilayah.Sejak tahun 939,Nam-Viet telah berada
dalam wilayah China dengan mana Nam-Viet mempunyai kuasa pentadbiran autonomi.Kuasa
autonomi telah diberikan kepada Nan-Yue atau Nam-Viet sejak zaman dinasti Han
lagi namun kuasanya hanyalah samar-samar sebagai kata untuk mengambil hati bagi
mengelakkan Nam-Viet memberontak. Tetapi selepas berlaku pemberontakan terhadap
kerajaan China oleh Nam-Viet,pentadbiran China telah dikenakan keatas Nam-Viet
pada pada 40.Ini disokong oleh William J Duiker dan Jackson J Spielvoger
melalui bukunya World History.Menurutnya lagi selama lebih kurang 1000 tahun
Vietnam menerima pengaruh China dalam pelbagai bidang seperti kesenian, falsafah,
kesusasteraan, senibina, penulisan China, pentadbiran serta kebudayaan China.Selain
itu,ia turut disokong oleh Joseph Buttingger.Menurut Buttingger pengaruh China
keatas Vietnam melebihi seribu tahun.Satu pemberontakan telah berlaku seawal
tahun 39 Masihi yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Chiangtse bagi
menentang proses pencinaan.Maharaja Han Wu Ti telah menghantar Jeneral Ma Yuan
untuk memadamkan pemberontakan tersebut dan Jeneral Ma Yuan berhasil menakluk
Annam dan juga Tongking.Daripada kerajaan Nam-Viet kepada kerajaan Dai-Viet
telah banyak kali berlaku peperangan antara Vietnam lama dengan kerajaan China.
Pada zaman Nam-Viet sahaja telah berlaku
sekurangnya 3 kali penentangan antara tahun 541 hingga 602.Dan sepanjang
pemberontakan tersebut, kuasa kerajaan sering bertukar tangan antara Vietnam
dan China. Vietnam bukan sahaja menghadapi cabaran dalam mempertahankan diri
dengan China tetapi juga menghadapi cabaran mempertahankan diri dari kerajaan
melayu Champa dan juga dari Perancis.Mengikut sarjana Perancis,Vietnam mempunyai
15 dinasti dimana setiap dinasti mempunyai jangka hayat yang pendek
sahaaja.China kalah kepada Vietnam pada
tahun 939 dan dihalau keluar dari negara Dai Viet.Ia merupakan satu menifestasi
panjang pertempuran dan peperangan antara tentera empayar China dan juga
pemberontak Vietnam di lembah Sungai Merah. Dan sebelum penaklukan China
terdapat 4 dinasti yang memerintah Vietnam dan selebihnya selepas penaklukan
dari China. Wan Gu Wu menggambarkan
kedasyatan peperangan dimana menurut bancian kerajaan China sekitar tahun 140M dibeberapa daerah di China terutamanya Annam
menunjukkan sekitar 300,000 orang terkorban.Walaupun peperangan demi peperangan
berlaku dengan China,namun satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh ialah
segala struktur China digunapakai oleh Vietnam.Sebagaimana China,Vietnam juga
mengamalkan sistem monarki dan sistem menteri seperti China.Kuasa kerajaan
Vietnam juga menyerupai China dimana segala kuasa berada di bawah keluarga
diraja.Sistem birokrasi diambil dari China sehinggalah sistem peperiksaan awam
turut di adaptasi dari China.Proses pencinaan ini sebenarnya menyebabkan
ketandusan pemimpin Vietnam untuk berfikir secara kreatif bagi menghadapi
cabaran baru untuk menentang Perancis pada abad ke 19.Menurut Hoang Van Chi (
1964 ),kebudayaan China ini walaupun dilihat berguna untuk rakyat Vietnam namun
sebenarnya ia menghalang segala bentuk kreativiti dan pemikiran bebas.Namun
pandangan oleh Hoang Van Chi telah ditolak oleh Woodside ( 1971 ),menurut
Woodside pemerintah Vietnam sebenarnya
agak bebas dalam membuat pelbagai keputusan dan pengaruh China menurutnya lagi
tidak mampu untuk menyekat daya usaha dan pemikiran masyarakat
Vietnam.Kenyataan oleh Woodside di sokong oleh
Marr ( 1972 ).Menurut Marr,pemimpin Vietnam sebenarnya menghadapi dilema
untuk menerima kemajuan eropah dan bagaimana ia boleh disesuaikan dengan
suasana di Vietnam.Ia bimbang jika kemajuan eropah ini boleh menggugat
kestabilan dalam negara kerana pemikiran masyarakat eropah dan Vietnam adalah
berbeza.Vietnam pernah menghantar cendiakawan ke eropah seperti Nguyen Trong
To,namun pemikiran Trong To membahayakan politik Vietnam.
Dalam sejarah awal Vietnam,pengaruh China
keatas Vietnam semakin kuat selepas China mampu menahan serangan kerajaan
melayu Champa yang berasal dari selatan Vietnam pada tahun 676.Tetapi apabila
pengaruhnya semakin merosot semakin dinasti Tang,China telah gagal untuk
mempertahankan Vietnam dari serangan orang-orang Champa.Champa telah berjaya
menakluk Vietnam di kawasan pesisir pantai antara Col des Nuages dengan Porte
d’ Annam.Pada tahun 939-968,dinasti Ngo telah ditubuhkan setelah orang Annam
berjaya menamatkan penguasaan China keatas Vietnam akibat kelemahan dinasti
Tang.
Walaupun dinasti Ngo telah ditubuhkan tetapi
akibat tidak mendapat pengiktirafan daripada China menyebabkan pembesar
tempatan tidak mengendahkan penguasa pusat.Selepas dinasti Ngo,dinasti Dinh
telah diasaskan tetapi hanya mempunyai jangka waktu pemerintahan yang singkat
sahaja sekitar 9 tahun sahaja iaitu dari tahun 968-679.Walaupun Champa sebuah
kerajaan yang kuat,namun ia telah diserang oleh
Vietnam buat pertama kalinya semasa
dibawah pemerintahan dinasti Le (
979-1009 ) pada tahun 982.Raja dinasti Le iaitu Le Hoan telah menyerang Champa
dan membunuh rajanya serta memusnahkan bandar Inderapura yang merupakan ibu
kota kepada Champa.Serangan keatas Champa telah menyebabkan kematian raja
Champa serta 60,000 tentera Champa dan 60,000 lagi telah ditawan dan dijadikan
hamba.Setelah tewasnya Inderapura,akhirnya Champa membina kota jauh terkeselatan
bagi mengelakkan serangan orang Vietnam. Selepas dinasti Le,Vietnam di perintah
pula oleh kerajaan dinasti Li ( 1009-1225 ).Pada dinasti Li ini,wilayah Annam
yang berada dibawah kerajaan Champa telah di takluk kembali.Pusat pemerintahan
baru Champa iaitu Vijaya telah di takluk dan rajanya turut di bunuh.Kejatuhan
Vijaya menurut sesetengah tokoh sejarah sebagai tanda kejatuhan bagi kerajaan
Champa.Vijaya telah dihancurkan oleh Dai Viet dengan kekuatan seramai 250,000
orang tentera yang telah menyebabkan lebih kurang 90,000 ribu orang Cham
terbunuh dan selebihnya dibawa ke Dai Viet untuk dijadikan hamba.
Selepas dinasti Li,Vietnam diperintah pula
oleh dinasti Tran dari tahun 1225 hingga tahun 1400.Semasa dinasti Tran
ini,perjanjian damai telah di sepakati antara Annam dan juga Champa.Ini berlaku
akibat peperangan antara wilayah Vietnam dan juga Monggol.Bagi menghadapi
tentangan ini,Annam telah berpakat dengan Champa sehinggakan ketiga-tiga
serangan Monggol keatas Hanoi berjaya dipatahkan.Raja Champa telah
diperkahwinkan dengan puteri Annam bagi menunjukkan tanda persahabatan. Selepas
kemangkatan Raja Jaya Sinhavarman,orang Champa mula bangkit menentang Annam
bagi mendapatkan kembali wilayah kekuasaannya di 3 wilayah yang diambil Annam
semasa perjanjian damai.Namun Champa telah tewas dan rajanya telah menjadi
orang tebusan.Peperangan antara Dai Viet dan Champa telah berlaku buat pertama
kalinya pada tahun 982 dan ia merupakan kesinambungan pertembungan kebudayaan
India yang dibawa oleh Champa dan juga kebudayaan China yang dibawa oleh Dai
Viet.Orang Vietnam ini membawa slogan Nam Tien iaitu kemaraan orang Viet ke
selatan.Peperangan ini telah menyebabkan kemarahan China yang pada masa itu
berada dibawah maharaja Cheng Hua dari dinasti Ming.Champa sebenarnya adalah
rakan sekutu sekutu kepada China terutamanya dalam bab politik.
Tidak lama kemudian sekitar tahun 1326
orang Champa telah mendesak China supaya memberikan semula kekuasaannya.Dibawah
pimpinan Che Bong Nga sekitar tahun 1360-1390,Champa telah berjaya menawan
Hanoi yang mana selama ini gagal untuk di takluk oleh tentera Monggol.Che Bong
Nga telah menjadi jaguh dimana beliau telah berjaya menumpaskan Annam dan
berjaya mendapatkan kembali wilayahnya yang selama ini berada di bawah
kekuasaan Vietnam.Namun penguasaan Champa adalah tidak lama.Selepas sahaja Che
Bong Nga mangkat.7 tahun selepas kemangkatan Che Bong Nga,Dai Viet telah
mengistiharkan perang demi perang keatas Champa.Orang Annam telah berjaya
mendapatkan kembali wilayah mereka dan kekuasaan orang Champa keatas negaranya
sendiri semakin lemah. Bukan sahaja Champa,tetapi secara agresif Dai Viet
menyerang negara lain seperti secara agresif seperti Kemboja untuk menguasai
jalan laut.Penaklukan yang dilakukan oleh Dai Viet ini telah memaksa
pentadbiran ala Dai Viet diguna pakai di kawasan jajahannya.Antara proses yang
mempercepatkan proses penaklukan ini adalah akibat perpecahan dikalangan
penduduk Vietnam iaitu perpecahan antara keluarga Trinh dan keluarga Nguyen.
Semasa dinasti Tran,telah berlaku satu
rampasan kuasa yang menyebabkan China mula masuk campur tangan keatas urusan
masyarakat Vietnam.Rampasan kuasa berlaku sekitar tahun 1400 oleh Jeneral La
Qui Li.Disebabkan rampasan kuasa ini maka pengikut setia dinasti Tran telah
bertindak meminta bantuan China yang pada masa itu berada di bawah maharaja
Yung Lo dari dinasti Ming.Atas permintaan ini,maka maharaja Yung Lo telah
menghantar tentera ke Vietnam dan telah berjaya menakluk Hanoi.Oleh kerana
Hanoi telah berada di bawah China maka rakyat China telah masuk ke Annam secara
beramai dan memaksa masyarakat Vietnam menerima adat resam dan budaya
mereka.Pemaksaaan yang dilakukan ini telah menyebabkan masyarakat Vietnam
secara peribadinya telah tidak berpuas hati dan telah melakukan pemberontakan
terhadap China.Seorang pembesar kawasan Thanh Hoa yang bernama Le Loi telah melakukan perang gerila terhadap China
pada tahun 1418.Selepas beberapa kali peperangan dengan China,Le Loi telah
mengistiharkan dirinya sebagai Raja Annam.Le Loi telah berjaya mendapatkan
kembali Hanoi pada tahun 1428.Selepas peperangan tersebut Le Loi telah
bertindak bijak dengan menghantar utusan ke China sebagai tanda kepatuhan dan
taat setia kepada kerajaan China.Akhirnya China telah bertindak membiarkan
peristiwa lalu dan telah mengiktiraf Vietnam berada di bawah kekuasaan Le Loi.Tindakan
ini mungkin akibat kekalahan yang sering berlaku di pihak kerajaan China.Ini
boleh dibuktikan semasa zaman maharaja Cheng Hua.Walaupun dinasti Ming
merupakan sekutu bagi kerajaan Champa,China hanya menolong Champa dari segi
diplomatik sahaja bukannya melalui ketenteraan dan ini turut disokong oleh Ben
Kiernan.Menurutnya,sepanjang tahun 1360-1390 Champa sering menyerang Dai Viet
dan meminta bantuan China,tetapi dinasti Ming sering menolak untuk campur
tangan dalam urusan Dai Viet. Tetapi pada tahun 1406,Dinasti Ming telah
menghantar satu angkatan perang yang besar keVietnam.Dalam tempoh 1 tahun
sahaja Vietnam telah jatuh kembali kebawah kekuasaan China. Pada zaman Le Loi
ini juga Dai Viet telah bebas dari pengaruh China.Sekitar tahun 1679,sekumpulan
besar jong atau kapal yang membawa 3000 pelarian dinasti Ming mendarat di
Tourane.Mereka adalah tentera dinasti Ming yang telah kalah perang yang
diketuai oelh panglima Yang dan Chen.Kedua panglima ini meminta bantuan Vietnam
ini untuk menetap disana dan memajukan sektor pertanian.
Kemerdekaan negeri yang dikecapi Vietnam
hasil pengiktirafan dinasti Ming adalah berkekalan.Namun dalam usaha
membebaskan diri dari kekuasaan China mereka terpaksa menerima adat budaya
China yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat Vietnam.Dinasti Le kedua
boleh dikatakan dinasti yang kukuh bagi Vietnam kerana adanya raja Le Loi dan
juga Le Than Ton.Le Than Ton telah memperkemaskan dan memperkuatkan sistem
pentadbiran seperti membahagikan wilayah Vietnam kepada 13 wilayah supaya mudah
untuk dilakukan pemantauan dan juga pengawasan terhadap aktiviti pembesar
daerah.Selepas kemangkatan Le Tahn Ton,negara Vietnam kembali menjadi lemah dan
terdedah kepada serangan dan penaklukan negara lain seperti China dan Champa.Namun
selepas kejatuhan dinasti Ming,ramai orang
China berhijrah ke Dai Viet kerana tidak sanggup berada dibawah
pemerintahan puak Mancuria.Mereka meminta suaka politik dari Vietnam dan
membantu Vietnam dalam perang menentang Kemboja dan Cham.
Sekitar tahun 1770,banyak berlaku perang
saudara yang melibatkan golongan Tay Son dan juga golongan Nguyen.Menariknya
mereka dari puak Viet ini,menggunakan orang Cam untuk merealisasikan impian
imperialis mereka.Negara Panduranga atau Champa hampir hancur akibat perebutan
kuasa ini.Penduduk Cam yang idak menyokong kedua belah pihak ini akan lari ke
kawasan gunung yang tinggi bagi menyelamatkan diri.Tentera Viet secara dasarnya
tidak menawan kawasan pergunungan ini kerana takut kepada hantu Montagnard yang
mereka anggap sebagai keji dan jijik.Selain itu mereka tidak menawan gunung
kerana bimbangkan wabak malaria yang mudah berlaku pada aras ketinggian 600
meter keatas.Selepas beberapa ketika berlaku perang saudara,kemenangan menjadi
milik Keluarga Nguyen.Nguyen Anh telah mengistiharkan dirinya sebagai maharaja
Viet.Bagi memudahkan pentadbirannya, beliau mendapatkan pengiktirafan daripada
China.Maharaja Nguyen Anh menggelarkan dirinya sebagai Gia Long dan negaranya
diberi gelaran sebagai Vietnam oleh China sekitar tahun 1804.Gia Long telah
bertindak mengembalikan semula Champa dibawah pentadbiran Po Sau Nun Can iaitu
anak kepada bekas pegawai Champa yang juga rakan seperjuangannya dalam
menentang puak Tay Son.Puak Cam juga dibenarkan untuk menubuhkan angkatan
tentera sendiri.
Selepas kejatuhan dn kelemahan China,Vietnam
tidaklah bebas sepenuhnya.Ini kerana semasa Maharaja Gia Long lagi telah
berlaku campur tangan Portugis ke atas kedaulatan Vietnam.Ini bermakna sejak
zaman dinasti Qin tetapi yang dominannya adalah dinasti Han,Vietnam tidak
pernah mengalami satu fasa keamanan yang panjang.Sepanjang sebelum masihi lagi
Vietnam sering menghadapi ancaman China,Champa,Kemboja sehinggalah kepada
ancaman Perancis.Kemerdekaan sebenar yang di capai oleh Vietnam hanya berlaku
selepas bebas dari pengaruh Perancis dan juga selepas perang
Amerika-Vietnam.Ini juga bermakna Vietnam adalah negara yang paling lama terjajah
dan Vietnam juga boleh dikira sebagai negara baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan