Definisi
Ayat
Dalam memperkatakan tentang ayat,ia
merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap
tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka
yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai
melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu
Melayu.Menurut Za’ba :
”ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung
pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap
sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah
susunan yang sempurna maksudnya”
( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm.148 )
Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba
maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini bermakud susunan yang mempunyai hujung dan
pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan
kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai :
“
Apabila kita bercakap,kita menggunakan
perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri
daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua
bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.”
(Abdullah Hassan dan Ainon
Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149
)
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang
panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja
asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah
terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.
Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana
yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu Mutakhir :
“
Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri
dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai
dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan
bahawa ayat itu sempurna dan selesai”.
( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir
dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah
unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan
senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi
bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya
yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan
Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
“Ayat
ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan
atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan”
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm 150 )
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini
pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk
walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji
Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari
beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat
merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh
terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan
kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat
terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga
dikenali sebagai unsur atau konsituen.
5 ulasan:
tiada tulang belakang untuk besandar
Meningkat
Meningkal
Meningkat
Mari kita mulakannya bersama-sama
Catat Ulasan