Di hutan lipur gunung senyum ini terdapat 2 buah kompleks gunung iaitu gunung jebak puyuh dan juga gunung senyum itu sendiri.Di kompleks jebak puyuh tiada penggalian ( ekskavasi ) yang dilakukan walaupun kawasan ini amat berpotensi.Pihak UPSI mungkin akan membuat permohonan untuk membuat cari gali di kawasan jebak puyuh ini.Berlainan pula di gunung senyum,kawasan ini mula di gali cari oleh evan pada tahun 1917 lagi.Beberapa ekskavasi lain menyusul selepas itu yang dilakukan oleh antaranya peacock,zulkifli sulong,dan pihak muzium.Dikawasan gunung senyum memang kawasan yang amat berpotensi untuk di diami kerana keadaannya yang agak terang dan juga mempunyai rock shelter yang cantik.
Beberapa serpihan tembikar lama yang di percayai sejak zaman neolitik ditemui oleh kami.Tapi semuanya diserahkan oleh kami kepada pensyarah sehingga tiada satu pun yang kami bawa balik.
CONTOH KAWASAN YANG TELAH DI GALI CARI.
EKSKAVASI DI GUA TOK LONG
ekskavasi di gua angin
Penggalian terakhir dilakukan oleh UKM.Dikawasan gua angin banyak di temukan artifak purba yang tidak tertanam.
Taqwa bersama serpihan artifak yang dijumpainya.
pemandangan kompleks gunung senyum dari jauh
Sekitar makam Tok Long.Orang asli yang memeluk agama islam.Tok Long adalah seorang pemikat burung.Pada suatu hari dia mendapat burung tekukur berekor emas,dalam pejalanan balik ke kuala krau burungnya itu terlepas dan dia mengikuti burungnya itu sehinggalah ke gua tok long ini.Disini puteri bunian meminatinya dan berkahwin dengannya.Apabila beberapa bulan tidak balik maka dia meminta izin dengan istrerinya untuk balik.Isterinya mengizinkannya untuk balik tetapi melarang menceritakan tentang dirinya.Apabila pulang Tok Long telah memungkiri janji.Apabila ke gua tok longt ,ok long mendapati perkampunan bunian sudah tiada.Dia pun membuat satu lobang di gua itu untuk bertapa dan supaya dapat melihat isterinya semula.Di gua ini ada misterinya terseniri di mana akan ada tapak kaki kiri yang melangkah sebanyak 3 langkah.
perhatikan betul2 akan dapat melihat tapak kaki tersebut.
karen sedang menunjukkan kubur tok long
tinggalan siput yang di percayai dimakan oleh manusia di kompleks jebak puyuh.
yang ni main main saja
seorang arkeologis sedang menunjukkan sepihan tulang haiwan yang dimakan oleh manusia purba,.(sebenarnya hanyalah batang kayu)
tulisan purba di dinding dekat kompleks jebk puyuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan