|
BIL
|
KESALAHAN
|
SEBAB
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
|
1
|
Dari
hari ke sehari
|
Jika
menggunakan hari maka perkataan seterusnya mestilah hari.Jika menggunakan
perkataan sehari maka perkataan seterusnya mestilah sehari
|
Dari
hari ke hari/Dari sehari ke sehari
|
|
2
|
Oleh
kerana
|
Oleh merupakan kata
sendi dan selepas kata sendi mestilah kata nama.Kerana pula merupakan
kata hubung.Oleh itu,kerana tidak boleh diletakkan selepas kata hubung.
|
Oleh
sebab
|
|
3
|
Saling
bantu membantu
|
Lewah.Saling
sudah menunjukkan perkataan banyak.Maka kita boleh memilih sama menggunakan
saling membantu ataupun bantu membantu
|
Saling
membantu/Bantu membantu
|
|
4
|
Nama
saya adalah Mohamed
|
Kata
pemeri adalah untuk FSN dan FA.Manakala ialah merujuk kepada FN.
|
Nama
saya ialah Mohamed
|
|
5
|
Terletak
antara Rawang dan Ipoh
|
Apabila
terdapat penggunaan perkataan antara
maka perkataan yang digunakan selepas FN tersebut mestilah dengan.
|
Terletak
antara Rawang dengan Ipoh
|
|
6
|
Membela
tiga kucing
|
Ketiadaan
penjodoh bilangan bagi merujuk kepada haiwan tersebut
|
Membela
tiga ekor kucing
|
|
7
|
Tolong
jangan
|
Penggunaan
kata yang bertindan antara ayat silaan dengan ayat
larangan
|
Harap
Jangan
|
|
8
|
Menghadiahkan
kakak
|
Sebelum kata nama imbuhan mestilah diakhiri dengan
–i
|
Menghadiahi
kakak
|
|
9
|
Memeroses
dadah
|
Perkataan yang diambil daripada perkataan asing
tidak boleh diubah daripada struktur ayat dasarnya
|
Memproses
dadah
|
|
10
|
Di
masa itu
|
Kata Sendi Nama di digunakan secara
khusus dihadapan kata nama atau FN bagi menyatakan tempat
|
Pada
masa itu.
|
|
11
|
Dikawasan
|
Kata Sendi Nama di tidak boleh ditulis
dekat dengan kata nama
|
Di
kawasan
|
|
12
|
Kereta
itu hadiah dari anaknya
|
Dari hanya
digunakan untuk merujuk kepada masa,tempat dan arah
|
Kereta
itu hadiah daripada anaknya
|
|
13
|
Itu
tidak ibu saya
|
Kata Nafi tidak,tidak boleh digunakan untuk
Kata Nama
|
Itu
bukan ibu saya
|
|
14
|
Perompak
itu melarikan diri tetapi berjaya
|
Kata hubung tetapi tidak boleh digunakan untuk
ayat atau klausa yang tidak bertentangan
|
Perompak
itu melarikan diri dan terbunuh ditembak oleh Polis
|
|
15
|
Penjahat
itu mempunyai dua batang pistol
|
Penjodoh bilangan
batang adalah tidak sesuai bagi menyatakan senjata
|
Penjahat
itu mempunyai dua laras pistol
|
|
16
|
Kanak-kanak
itu menangis mengapakah?
|
Partikel-kah tidak boleh hadir dibelakang
ayat.
|
Mengapakah
kanak-kanak itu menangis
|
|
17
|
Amat
kelapa
|
Kata penguat tidak
boleh hadir di hadapan kata nama dan kata kerja
|
Kelapa
|
|
18
|
Kelapa
itu tinggi dan laut itu banyak ikan
|
Ayat
majmuk
akan menjadi tidak gramatis jika fakta tidak berurutan
|
Kelapa
itu tinggi dan mempunyai buah yg banyak
|
|
19
|
Siaran
itu di hantar ke rakyat Malaysia
|
Ke tidak boleh
digunanakan untuk FN yang merujuk kepada manusia dan binatang
|
Siaran
itu dihantar kepada rakyat Malaysia
|
|
20
|
Kami
datang daripada Kuala Lumpur
|
Daripada hanya merujuk kepada sesuatu yang bukan
tempat ,masa dan arah
|
Kami
datang dari Kuala Lumpur
|
Pengikut
Selasa, Mac 15, 2011
Contoh Kesalahan Bahasa
Ahad, Mac 13, 2011
life IN sANYUAN
Drama bersiri Life in San Yuan yang ditayangkan di TV2 pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 6.00. Ia memaparkan mengenai kisah 3 buah keluarga di Sanyuan yang masing-masing bergaduh untuk mencari pengikut. Drama lucu ini memaparkan dunia wushu,restoran dan terpeljar.
Ayat Terbitan
Ayat
terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau
tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara
iaitu penyusunan semula,peluasan dan pengguguran
Proses Penyusunan Semula
Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah
ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang mempunyai dua objek iaitu objek
tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini ayat akan
mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap sama.Terdapat
tiga proses penyusunan iaitu
a)
Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
b)
Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
c)
Dan juga penyusunan menjadi ayat songsang.
(a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif.
Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila
ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama yang menjadi objek dalam ayat
aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya
Ayat
aktif : Ali menampar adik
Ayat
pasif : Adik ditampar oleh Ali
Ali
menampar adik merupakan ayat aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah
adik.Apabila ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam
contoh ayat pasif tersebut dimana adik telah menjadi subjek dalam ayat
tersebut.
(b) Penyusunan Semula Objek Sipi menjadi Objek Tepat
Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang
mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang mempunyai dua objek.Maka ia
dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah objek yang
berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.
(a)
Ibu memarahi Ali dan Abu.
(b)
Ibu memarahi Abu dan Ali.
Dalam
contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas
dilakukan penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh
(b) dimana Abu pula menjadi objek tepat dan Ali menjadi objek sipi.
(c) Penyusunan Semula menjadi Ayat Songsang
Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan
dengan menyongsangkan ayat tersebut.Contohnya
(a)
Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root.
(b)
Menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root,Ali berjaya.
Jika
perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b),kita akan dapat melihat
kedudukan predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah
bertukar menjadi di belakang ayat.Maka ayat tersebut telah di songsangkan.
Proses Perluasan
Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat
terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila
ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat
beberapa jenis proses perluasan
(a)
Perluasan frasa nama sebagai objek
(b)
Perluasan frasa nama sebagai predikat
(c)
Perluasan dengan kata hubung
(d)
Perluasan melalui proses komplementasi
(a) Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek.
Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku
dengan proses pemancangan yang.Ia
dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya
(a)
Bomba memadam kebakaran
(b) Bomba itu abang saya
(c)
Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya
Dalam
ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat
terbabit maka yang telah dipancangkan
kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang sebenar bomba
tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja
sebagai subjek dalam ayat tersebut.
(b) Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat
Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat
dilakukan dengan memancang frasa relatif yang
bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang
digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a)
Ibu membeli sayur
(b)
Sayur itu segar
(c)
Ibu membeli sayur yang segar
Ayat
(a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan
predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat
apabila frasa relatif yang telah
dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut
telah digugurkan.
(c) Perluasan dengan Kata Hubung
Perluasan ayat dengan kata hubung boleh
berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara
kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana
dan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah
1.
(a) Ali suka belajar
1.(b)
Abu suka belajar
1.(c)
Ali dan Abu suka belajar
Dalam
contoh tersebut kata hubung dan telah
digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
2.(a)
Ali suka belajar
2.(b)
Rakan-rakan Ali suka belajar
2.(c)
Ali serta rakan-rakannya suka belajar
Dalam
contoh 2 kata hubung serta telah
digunakan.
3.(a)
Ali rajin
3.(b)
Ali penyakit lelah
3.(c)
Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah
Dalam
contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan
ayat (b).
Perluasan melalui proses komplentasi
bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkan ayat tersebut
kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimana contoh
dibawah
(a)
Kerajaan memberitahu
(b)
Ekonomi Malaysia meningkat
(c)
Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
Dalam
contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses
komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses
komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.
Proses Pengguguran
Proses pengguguran boleh diertikan sebagai
satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat
dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek mahupun bahagian predikat.Salah
satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang tetapi akan
digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek
yang sama.Dalam hukum bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaiatu
a)
Pengguguran frasa nama sebagai subjek.
b)
Pengguguran frasa predikat
c)
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.
(a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek.
Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh
berlaku dalam dua proses iaiatu
(a)
Pengguguran subjek dalam ayat perintah
(b)
Pengguguran subjek yang sama dalam ayat majmuk
.(a)(a).
Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah.
Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah
ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri nama kedua iaitu kamu,awak,anda
dan yang sama maksud dengannya.Contoh
Ayat
Perintah : Kamu kemari menjadi mari!!.
Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri
daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku pengulangan subjek yang
sama.Oleh itu,salah satunya perlu digugurkan.Sebagaimana contoh dibawah
(a)
Ali suka Aminah
(b)
Ali suka Embong
(c)
Ali suka Aminah daN Embong
Dalam
contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah
digugurkan.
Pengguguran Frasa Predikat
Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu
bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu
(a)
Pengguguran seluruh frasa predikat
(b)
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
.(a)
Pengguguran Seluruh Frasa Predikat
Pengguguran seluruh frasa predikat
bermaksud pengguguran seluruh sebarang predikat dalam ayat majmuk.Contohnya
(a)
Ali suka memancing
(b)
Abu suka memancing
(c)
Abu dan Ali suka memancing
Dalam
contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan
menjadi sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh
berlaku dengan menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa
kerja predikat yang serupa,menggugurkan frasa adjektif dan juga pengguguran
frasa sendi nama.
.(b)
Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat
Pengguran bahagian-bahagian frasa predikat
berlaku dalam empat keadaan iaitu
i)
Oleh+FN dalam ayat pasif
ii)
Kata bantu yang serupa
iii)
FN sebagai objek yang serupa
iv)
FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif
(b)
(i) Pengguguran Objek +FN dalam Ayat Pasif
Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama
oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a)
Perompak itu ditembak oleh pengawal keselamatan
(b)
Perompak itu ditangkap
Dalam
contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran
objek+FN mana ia menjadi sebagaimana contoh di (b)
(b)(ii)
Pengguguran Kata Bantu yang Serupa
Dalam menggabungkan ayat tunggal yang
mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu tersebut boleh digugur sehingga
hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah
(a)
Ali boleh melompat
(b)
Ali boleh menendang
(c)
Ali boleh melompat dan menendang
Dalam
contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan
(b)(iii)
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa
Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang
bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek tersebut akan digugurkan
sehingga tinggal satu sahaja.Contohnya
(a)
Ali menangkap ular itu
(b)
Ali membunuh ular itu
(c)
Ali menangkap dan membunuh ular itu
Dalam
contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah
digugurkan.
(b)(iv)
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna Adjektif
Frasa nama objek yang hadir selepas kata
kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh
digugurkan.Contohnya
(a)
Kemalangan itu menakutkan kami
(b)
Kemalangan itu menakutkan
Dalam
contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja
tersebut membawa makna adjektif.
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Pengguguran frasa nama yang mendahului
frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di relativisasikan dan digantikan
dengan perkataan yang.Contohnya
(a)
Bomba itu ibu saya.Bomba memakai baju seragam
(b)
Bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya.
(c)
Yang memakai baju seragam itu ibu saya
Dalam
ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yang telah berada didepan ayat.
Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama
Kata nama inti yang terbina daripada
KN(inti)+Penerang boleh digugurkan sehingga tertinggal bahagian penerangnya
sahaja.Contohnya
(a)
Kegiatan penyeludupan merugikan negara
(b)
Penyeludupan merugikan negara
Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahajaKhamis, Mac 10, 2011
Teori Masyarakat Asia Tenggara
Mengikut teori, penduduk Asia
Tenggara bukanlah penduduk asal sebagaimana yang dilihat pada hari ini.
Terdapat teori yang menyatakan bahawa penduduk Asia Tenggara pada asalnya
adalah daripada China iaitu daripada wilayah Yunnan yang kemudiannya berhijrah
ke Asia Tenggara sekitar 2500 S.M sehingga 1500 S.M. Pandangan yang di
kemukakan oleh P.E dan F.Sarasin dan juga R.V.Heine Geldern begitu adalah yang
paling popular dan digunapakai. Mengikut teori yang dikemukan ini,masyarakat
Yunnan datang ke Asia Tenggara melalui dua gelombang yang besar yang berlaku
sekitar 4000 tahun lampau. Kelompok pertama yang tiba dikenali sebagai Melayu
Proto. Kedatangan masyarakat Melayu Proto ini menyebabkan masyarakat Vedda
iaitu masyarakat awal di Asia Tenggara telah masuk jauh kedalam hutan.
Masyarakat Melayu Proto ini telah menjadikan kawasan pesisir pantai sebagai
kawasan kediaman. Melayu Proto dikatakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu
Polinesia. yang tersebar dari kepulauan Madagaskar kemudian ke kawasan
kepualauan paling timur di pasifik dan dikatakan berhijrah dari kepulauan
paling selatan China ke Indonesia. Mereka ini dikatakan berasal daripada Yunnan
kemudian imigrasi ke Indo-China,Siam dan kekawasan-kawasan pulau Asia Tenggara.
Gelombang kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Kedatangan mereka ini
telah menyebabkan Melayu Proto pula masuk kedalam pedalaman dan semakin ke
selatan. Melayu Deutro ini dikatakan berasal daripada kawasan utara Indo China
dan ia merupakan satu bangsa yang sudah mempunyai teknologi besi sebagai
senjata. Kemasukan orang Melayu Proto keselatan dan pedalaman ini disebabkan
budaya yang dibawa oleh orang Melayu Deutro lebih terkedepan menyebabkan
masyarakat Melayu Proto tidak dapat menerimanya sekaligus terus meminggirkan
diri daripada masyarakat yang baru itu. Pendapat yang dikemukan ini berpandukan
kepada penemuan kapak batu. Mengikut hipotesis ini,alam Melayu telah bertindak
sebagai laluan utama dalam proses penhijrahan ini.
Namun begitu, Peter Bellwood berpendapat lain daripada pendapat yang
dikemukan oleh F.Sarasin dan R.V.Heine Geldern. Peter Bellwood menerima
kedatangan masyarakat ini daripada China namun menolak teori kedatangan yang
dikemukan oleh tokoh sejarah tersebut. Peter Bellwood berpendapat, pergerakan
penghijrahan ini berlaku melalui Taiwan, kemudian ke Filifina dan kemudiannya
ke Borneo dan seterusnya melebar ke kawasan yang lain. Peter Bellwood
berpendapat demikian kerana persamaan yang wujud antara suku Goshan di Taiwan
dengan masyarakat Asia Tenggara.
Selepas penemuan lebih banyak bukti maka lebih banyak teori mengenainya.
Pendapat tokoh sejarah awal telah disanggah oleh ahli sejarah seperti William
G. Solheim, James T Collins dan Chester Gorman. Menurut tokoh sejarah
ini,penduduk Asia Tenggara merupakan penduduk asal bagi kawasan ini. Ini
dibuktikan dengan penemuan kebudayaan masyarakat Asia Tenggara telah wujud
sejak 10,000 tahun dahulu di Gua Spirit Siam. Penemuan Java Man telah
menyebabkan ahli sejarah berpendapat bahawa manusia awal Asia Tenggara telah
menyebarkan pengaruh ke kawasan sekitarnya.
James T.Collins menggunakan linguistik dalam kajiannya dan beliau
berpendapat bahawa manusia awal berasal daripada Borneo dan menyebarkan
pengaruhnya sehingga ke Filifina.
Berlakunya perkembangan masyarakat di Asia Tenggara tidak terlepas
daripada pertanian. Perkembangan teknologi pertanian tidak boleh ditolak
sebagai unsur utama dalam membantu perkembangan petempatan dan kemajuan
penduduk Asia Tenggara. Daripada pertanian sawah padi ini telah menyebabkan
lahirnya kerajaan dan politi-politi awal di Asia Tenggara seperti Funan.
Perkembangan pertanian menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil pertanian
menyebabkan mereka mula memikirkan bagaimana hendak menggunakan lebihan
tersebut untuk mendatangkan hasil. Oleh itu,wujud pula sistem ekonomi dan
sekaligus mengembangkan sektor perdagangan dalam kalangan politi-politi awal.
Rabu, Mac 09, 2011
Sejarah Ringkas Bola Jaring
Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah mencipta
permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej
Springfield di YMCA
Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu
lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada
1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England yang pada asalnya
dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat popular di eropah
terutamanya di Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat
sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United Kingdom,Kepulauan
Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola
Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal
Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali
sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan ini tidak mempunyai
undang-undang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari
tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong
sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya
dan ini amat menyusahkan pemain.
Selepas 2 tahun permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar
dewan.Kelangkapan permainan juga telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi
menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat garisan.Gelanggang
telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga
telah digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh
itu,baju bagi sukan ini juga telah diperkenalkan dimana pemain dikehendaki
memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-undang
permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas
penciptaannya.Disebabkan permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia
berkembang sekitar awal abad ke 20.Permainan ini telah disebarkan oleh pederi
dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan
New Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand
mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti
oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New Zealand telah bertindak
membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun
1938.Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana
menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New
Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama
yang memenangi pertandingan ini.
Selasa, Mac 08, 2011
Ayat Dasar Bahasa Melayu
Semua perkataan hakikatnya berasal daripada
ayat dasar.Daripada ayat dasar ini akan melahirkan ayat terbitan pula.Ayat ini
menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak terbilang banyaknya dalam
disiplin bahasa.Dalam disiplin bahasa Melayu,semua ayat yang panjang mahupun
pendek,ayat majmuk,ayat tunggal,ayat songsang mahupun ayat biasa semestinya
dapat dikembalikan dalam bentuk dasar.Ayat ini juga dikenali juga dikenali
sebagai ayat mudah dan ayat inti.Antara contoh ayat dasar ialah:
a)
Samad suka main bola
b)
Ali suka berlari
c)
Dia suka belajar
d)
Abu ada kebun di Tanjong Langsat
Ayat ini merupakan ayat dasar apabila ia
tidak mengalami proses untuk menjadi ayat terbitan.Dalam mengenali ayat dasar
ini,kita hendaklah juga mengetahui bahawa ayat dasar mempunyai 4 pola iaitu
a) FN+FN
b)
FN+FK
c) FN+FA
d)
FN+FSN.
(a) Contah ayat bagi pola FN+FN ialah Ahmad
ialah guru.Ahmad merupakan kata kata nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut
tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.
(b) Contoh bagi pola FN+FK ialah Ahmad
berlari.Ahmad merupakan kata nama manakala berlari merupakan kata kerja iaitu
daripada kata dasar lari.
(c) Contoh bagi pola FN+FA ialah Ahmad
tinggi.Ahmad merupakan kata nama manakala tinggi merupakan kata adjektif
ataupun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.
(d) Dan seterusnya pola FN+FSN ialah
Rumahnya disebelah balai Polis.Rumah merupakan kata nama manakala di merupakan kata sendi sendi
nama.Manakala balai polis hanyalah prediket ayat.
Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa
ciri iaitu,boleh terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa.Ini
kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga
bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat dasar
juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat dasar ini biasanya adalah ayat yang
ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan.Ayat ini juga tidak
mempunyai kata hubung yang menyambung antara dua ayat.
Isnin, Mac 07, 2011
Habib Taufiq As Sagoff
Habib Taufiq
bin 'Abdul Qadir bin Husein as-Saqqaf @ as-Segaf, adalah
seorang da'ie kondang yang berasal dari kota santri, Pasuruan, Jawa Timur.
Beliau dilahirkan dalam tahun 1969. Sejak kecil, beliau telah menerima
sebaik-baik asuhan dan didikan agama daripada ayahanda beliau, Habib 'Abdul
Qadir as-Saqqaf rahimahullah, yang merupakan murid kepada Habib Muhammad bin
Hadi as-Saqqaf, murid Shohibul Mawlid, Habib 'Ali al-Habsyi. Begitulah
seterusnya didikan yang diperolehinya melalui majlis-majlis ta'lim dan berguru
langsung dengan tokoh-tokoh ulama dan awliya' yang terkenal di Kota Pasuruan
dan di luarnya. Antara yang menjadi guru langsung beliau adalah Habib Ahmad bin
Hadi al-Hamid dan Habib 'Umar bin Hasyim Ba'Agil, Surabaya.
Setelah menimba ilmu pengetahuan daripada para habaib dan ulama di berbagai daerah di Pulau Jawa, maka akhirnya beliau membuka madrasahnya di Kota Pasuruan, selain dari itu, beliau turut mengelola madrasah yang pernah diasuh oleh ayahandan dan datuk beliau, Habib Ja'far bin Syaikhan. Pada tahun 2003, beliau mengambil inisiatif untuk menaiktarafkan madrasahnya tersebut menjadi sebuah pondok pesantren yang menggunakan sistem halaqah dan mengkaji kitab-kitab salaf (baca: Ahlus Sunnah wal Jama'ah). Pondok Pesantren tersebut didirikannya di Jalan Sidogiri, KM1, Kraton, Pasuruan dan dinamakannya Pondok Pesantren Sunniyah Salafiyah. Pesantrennya kini telah berkembang pesat dengan sekitar 30 cawangan madrasah dan 13 pondok pesantren di berbagai daerah antaranya, Jawa, Bali dan Kalimantan.
Selain
mengasuh madrasah dan pesantren serta majlis-majlis ta'lim, Habib Taufiq, turut
turun gelanggang untuk berdakwah terus kepada massa umum termasuklah di
tempat-tempat minoriti umat Islam seperti di Sampit, Bali, Tengger dan
lain-lain. Bahkan, beliau turut menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai
sasaran dakwahnya dan sering mengirim santri-santrinya ke sana untuk berdakwah
dan mendampingi masyarakat yang masih belum memeluk agama Islam ataupun yang
baharu memeluk agama Islam. Selain
daripada itu, beliau turut mempelbagaikan cara dakwahnya dengan mengadakan
stesyen radio Islami yang dinamakannya Radio Suara Nabawiy.
Melalui siaran radio tersebut, dakwahnya semakin luas jangkauannya ke
masyarakat umum di pelbagai daerah. Beliau juga turut menerbitkan "Cahaya
Nabawiy", sebuah majalah dakwah Islami.
Walaupun mempunyai jadual dakwah yang ketat, Habib Taufiq tetap meluangkan masa beliau untuk mengasuh majlis ta'lim yang sudah berlangsung turun-temurun daripada datuknya, Habib Ja'far bin Syaikhan dan kemudian diasuh oleh ayah beliau, Habib 'Abdul Qadir. Majlis ta'lim ini amat terkenal di Kota Pasuruan, dan diikuti oleh bukan sahaja masyarakat Pasuruan, bahkan juga masyarakat sekitarnya. Teks rasmi majlis ta'lim ini adalah kitab "Ihya' Ulumiddin" karya Hujjatul Islam al-Ghazali r.a., di mana ianya dibaca dan dikaji untuk diamalkan.
Sungguhpun tidak pernah mengecap pendidikan sekolah secara formal, ilmu dan dakwah beliau mengkagumkan ... Allahu ... Allah. Yang ada Phd dalam bidang dakwah pun belum tentu dapat menjalankan dakwah sebagaimana yang beliau lakukan. Sungguh benih yang baik elok, jika dicampak ke laut kan jadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Itu kalau main campak-campak, apatah lagi jika ianya sememangnya disemai elok-elok. Moga Allah sentiasa memberikan inayah dan rahmatNya kepada Habib Taufiq as-Segaf, memberikan beliau istiqamah atas jalan ilmu dan dakwah para salafush sholeh serta memberikan husnul khatimah sebagai hasanatan fid dunya buat beliau sebelum meraih hasanatan fil akhirah... Allahumma aamiin .... bi sirril-Fatihah.
Walaupun mempunyai jadual dakwah yang ketat, Habib Taufiq tetap meluangkan masa beliau untuk mengasuh majlis ta'lim yang sudah berlangsung turun-temurun daripada datuknya, Habib Ja'far bin Syaikhan dan kemudian diasuh oleh ayah beliau, Habib 'Abdul Qadir. Majlis ta'lim ini amat terkenal di Kota Pasuruan, dan diikuti oleh bukan sahaja masyarakat Pasuruan, bahkan juga masyarakat sekitarnya. Teks rasmi majlis ta'lim ini adalah kitab "Ihya' Ulumiddin" karya Hujjatul Islam al-Ghazali r.a., di mana ianya dibaca dan dikaji untuk diamalkan.
Sungguhpun tidak pernah mengecap pendidikan sekolah secara formal, ilmu dan dakwah beliau mengkagumkan ... Allahu ... Allah. Yang ada Phd dalam bidang dakwah pun belum tentu dapat menjalankan dakwah sebagaimana yang beliau lakukan. Sungguh benih yang baik elok, jika dicampak ke laut kan jadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Itu kalau main campak-campak, apatah lagi jika ianya sememangnya disemai elok-elok. Moga Allah sentiasa memberikan inayah dan rahmatNya kepada Habib Taufiq as-Segaf, memberikan beliau istiqamah atas jalan ilmu dan dakwah para salafush sholeh serta memberikan husnul khatimah sebagai hasanatan fid dunya buat beliau sebelum meraih hasanatan fil akhirah... Allahumma aamiin .... bi sirril-Fatihah.
Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.




