Pengikut

Isnin, November 22, 2010

Ayat Majmuk,Ayat Majmuk Pasif,Ayat dan Wacana dan Penanda Wacana


Ayat Majmuk Campuran

    Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat majmuk campuran yang mana ayat ini mengandungi lebih daripada satu tema ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat majmuk campuran terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara mudah untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur dengan pelbagai kata hubung.Antara contoh Ayat majmuk campuran ialah:
a ) Ali amat gembira kerana adiknya yang telah hilang dari kelmarin telah ditemui.
b ) Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat yang mampu menolong rakyat yang hidup susah.
c ) Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya ingin membuka perusahaan sendiri.
d ) Petugas Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mendaftarkan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.
e )           Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya yang keletihan telah lama berehat.
   
     Dalam ayat a) tersebut terdapat dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan juga ayat majmuk pancangan. Ali amat gembira  merupakan ayat tunggal manakala yang telah hilang dari kelmarin merupakan ayat majmuk pancangan dengan adanya yang.
    Manakala dalam ayat b) pula terdapat juga dua jenis ayat iaitu ayat  ayat majmuk pancangan relative dan ayat majmuk pancangan. Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat merupakan ayat majmuk pancangan manakala ayat berikutnya merupakan ayat majmuk pancangan relative iaitu rakyat yang mampu menolong rakyat.
    Dalam ayat c) pula kita dapat melihat terdapat dua ayat yang berbeza iaitu ayat majmuk gabungan dan juga ayat majmuk pancangan relatif. Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan manakala ayat kedua iaitu yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya merupakan ayat pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.
    Pada contoh d) pula,terdapat juga dua jenis ayat yang sama iaitu ayat majmuk pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.Cuba perhatikan. Yang berumur 60 tahun ke atas dan ayat kedua ialah yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat kematian.
    Pada contoh e) pula,terdapat dua jenis ayat yang digunakan iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif.Ayat majmuk gabungan dapat dikenali dengan penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat terbabit.Ayat pertama iaitu Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya telah keletihan manakala ayat kedua pula terdapat perkataan yang sekaligus mejadikannya ayat majmuk pancangan relatif.Ayat tersebut adalah yang keletihan telah lama berehat.
    Di sini jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis tatabahasa sekaligus menjadikannya sebagai bahasa yang amat bernilai

Ayat Majmuk Pasif

    Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif,begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat majmuk pasif.Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata kerja transitif.Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa.
a ) Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.
b ) Ali bekerja sebagai Polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.
c ) Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.
d ) Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.

    Dalam contoh a ) merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan.Contoh ayat tersebut ialah Ali dan Aminah akan melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.Ia merupakan ayat majmuk aktif dan jika ia dipasifkan akan menjadi 12 September depan akan berlangsungnya perkahwinan Ali dan Aminah.
    Dalam contoh b) pula adalah contoh ayat majmuk gabungan sebagaimana dengan contoh a).Ia dapat dikenali dengan adanya kata hubung tetapi. Ali bekerja sebagai polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.Jika ayat majmuk tersebut dipasifkan maka ia akan menjadi Walaupun sebagai adik beradik Ali bekerja sebagai polis manakala Abu sebagai penoreh getah.
     Dalam contoh c) pula,kami membawakan ayat majmuk aktif relatif yang dikenali dengan adanya perkataan yang.Ayat tersebut ialah Ali suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.Manakala jika dipasifkan ayat ini akan menjadi Baju yang bewarna biru kegelapan di sukai oleh Ali.
    Dalam contoh d) pula kami membawakan contoh ayat majmuk aktif komplemen yang ditandai dengan perkataan bahawa.Contoh ayat tersebut ialah Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.Jika dipasifkan ia akan menjadi Ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan sebagaimana diterangkan oleh Kerajaan Malaysia.

Ayat dan Wacana

    Ayat merupakan unit tatabahasa yang telah lengkap.Unit tatabahasa yang paling bawah adalah perkataan kemudian membentuk frasa kemudian membentuk klausa kemudian membentuk ayat.Namun dalam system herarki tatabahasa wacana menduduki herarki yang tertinggi selepas ayat.Ini menunjukkan bahawa walaupun ayat boleh dikira sebagai lengkap namun ada lagi unit tatabahasa yang lebih lengkap.Dalam pelbagai bahasa yang wujud di dunia ini,sejumlah ayat tertentu samada banyak atau sedikit ayat tersebut sudah tentulah hanya membawa satu focus makna yang tertentu.Fokus atau tumpuan makna yang tertentu tersebutlah yang di kenali sebagai wacana.
    Oleh itu,fahamlah kita kenapa wacana melebihi batas ayat.Wacana boleh terdiri daripada lisan mahupun tulisan.Secara lisannya melalui percakapan kita dapat mengatahui makna atau tumpuan maksud yang ingin disampaikan oleh penutuR.Dalam kaedah tulisan pula ia dapati daripada ayat,sejumlah tertentu ayat,ceraian,blog,bab.babad,buku,dokumen dan sebagainya.



















Ciri Utama Wacana
    Wacana yang lengkap atau utuh perlu memiliki dua ciri penting iaitu koheran dan kohesi.Kohes bermaksud tautan manakala koheran bermakud runtutan.Walaupun dua cirri tersebut merupakan cirri penting yang perlu ada dalam wacana yang tuh namun terdapat cirri lain yang tidak boleh dinafikan untuk membentuk satu wacana yang utuh seperti tujuan wacana tersebut,penerimaan pendengar,maklumat yang terkandung yang cuba disampaikan,keadaan yang boleh mewujudkan wacana,perana n wacana-wacana lain atau intertek yang dapat membantu pendengar atau pembaca memahami wacana yang cuba disampaikan.
    Kohesi atau tautan adalah cirri wacana yang membawa keserasian hubungan antara linguistic dengan unsure linguistic lain dalam usaha wacana tersebut untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap.Keserasian ini dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan,hubungan antara frasa mahupun ayat,dengan perkataan frasa atau ayat dalam wacana yang sama.Contoh kohesi ialah Ali dan Abu menjadi mereka atau pergi ke perpustakaan menjadi pergi kesana.Ia membawa makna tumpuan yang sama walaupun ayat yang digunakan adalah berlainan.Ia menunjukkan tautan antara ayat terbabit.
    Koheran pula merupakan runtutan yang merupakan urutan idea antara ayat yang berkaitan yang memaparkan kesinambungan idea yang terdapat dalam wacana sehinggakan menjadikan wacana tersebu tlengkap dan sempurna.Contoh koheran dapat dilihat dalam sesebuah karangan atau jurnal yang mana mempunyai kesinambungan ayat.

Penanda Wacana
    Bagi menunjukkan kesinambungan setiap wacana maka penanda wacana menjadi amat penting.Dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh kita ini terdapat kira-kira lima jenis penanda wacana iaitu
a) Penanda penghubung
b) Penanda rujukan
c) Penanda penggantian
d) Penanda leksikal
e) dan Penanda elepsis atau pengguguran.
    Penanda penghubung membawa maksud perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat yang lain dalam sesuatu wacana.Sekiranya penanda wacana hadir pada awal ayat ,kebiasaannya tanda koma (,) akan digunakan bagi menunjukkan kesinambungan ayat yang cuba disampaikan.Penanda wacana penanda penghubung pula dapat dibahagikan pula kepada empat jenis iaitu
a) Penghubung tambahan
b) Penghubung tentangan
c) Penghubung musabab
d) dan Penghubung tempoh.
    (a) Penghubung tambahan merupakan penanda yang menunjukkan maklumat tambahan diberikan tentang perkara yang dinyatakan sebelumnya.Antara penanda wacana yang tergolong dalam golongan ini ialah dan,lalu,malahan,tambahan pula,lebih lebih lagi,disamping itu dan juga selanjutnya.Antara contoh ayat tersebut ialah
1) Parlimen bukan sahaja tempat ahli parlimen menggubal rang undang-undang malahan ia juga tempat membincangkan masalah rakyat.
    (b) Penanda wacana penghubung tentangan pula bagi menunjukkan pertentangan maklumat antara maklumat baharu dan juga maklumat lama yang diperkatan sebelum itu.Antara golongan penanda wacana jenis ini ialah tetapi,sebaliknya,namun,namun begitu dan walaubagaimanapun.Contoh ayat ini ialah
1) Walaupun polis telah menangkap dua orang penjenayah yang terlibat dalam  kes pembunuhan itu namun polis masih mengesyaki masih ramai yang terlibat.
    (c) Penanda wacana penghubung musabab pula menerangkan tentang sebab berlakunya sesuatu perkara.Contoh penanda wacana jenis ini ialah kerana,oleh sebab,oleh itu,oleh hal demikian,dengan itu dan maka itu.Contoh ayat penanda wacana ini
1) Negara kita sedang menghampiri untuk menjadi negara yang maju oleh itu,kita selaku rakyat Malaysia perlu berusaha lebih.
    (d) Penanda wacana penghubung temph pula menyatakan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.Contoh penanda wacana jenis ini ialah mula-mula ,pertama ,seterusnya ,kemudian ,  selanjutnya,selepas itu,maka dan akhirnya.Contoh ayat tersebut ialah
1) Kereta itu telah melangar pokok dan selepas itu melanggar kereta lain pula.
     Jenis penanda wacana yang kedua pula ialah penanda wacana penanda rujukan.Penanda rujukan ini membawa maksud kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan atau frasa lain.Dalam ilmu tatabahasa Melayu.Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk.Dan kedua-dua kata ganti nama ini dapat menunjukkan penanda rujukan.Contoh ayatnya ialah
1) Ali dan Aminah telah bertunang.Mereka akan mel;angsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.
Perkataan mereka telah digunakan bagi menggantikan Ali dan Aminah.Ia jelas menunjukkan penanda rujukan dimana mereka itu merupakan rujukan kepada Ali dan Aminah.
    Seterusnya,Penanda wacana penanda penggantian.Penanda pengantian ialah perkataan atau frasa yang bertindak menjadi pengganti kepada perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.Penanda wacana jenis ini boleh terdiri daripada frasa nama,frasa kerja dan juga klausa.Contoh penanda wacana jenis ini ialah
1) Merokok membahayakan kesihatan.Perbuatan tersebut adalah ditegah oleh agama.
Perkataan yang di italikkan merupakan penanda penggantian.Frasa kerja merokoktelah digantikan dengan perkataan perbuatan.Walaupun perkataan ditukar namun ia masih mendokong makna yang sama.
    Penanda wacana jenis keempat ialah penanda wacana penanda leksikal.Ia melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata.Unsur pengulangan boleh terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama ,pengulangan perkataan yang mempunyai sama makna atau sinonim,pengulangan yang melibatkan perkataan umum maknanya dengan perkataan yang khusus seperti hiponim,dan juga pengulangan perkataan yang saling berkaitan atau kolokasi.Contoh perkataan yang melibatkan pengulangan perkataan yang sama ialah
1) Ali menghadiahi Abu sepasang kain.Kami juga berbuat demikian.
Contoh pengulangan Sinonim ialah,
1) Ali amat menggemari bola sepak manakala Abu pula suka bermain piano.
Contoh pengulangan hiponim ialah
1) Malaysia mengeluarkan pelbagai jenis kereta seperti kancil,saga,wira,alza dan sebagainya.
Contoh pengulangan kolokasi ialah
10 Ahmad amat suka menangkap ikan.Dia paling suka menangkap ikan dengan menggunakan jala.
    Manakala penanda wacana jenis terakhir ialah penanda elisis atau pengguguran yang mana ia melibatkan pengguguran perkataan atau frasa sebagaimana yang telah disebutkan dalam frasa yang sebelumnya.Contoh penanda wacana jenis ini ialah
1) Ahmad sekeluarga telah bertolak balik ke kampong.Kami juga akan berbuat demikian.
Dalam ayat diatas telah menunjukkan belaku pengguguran dimana telah bertolak balik ke kampong telah digugurkan.
   
   


Ahad, November 21, 2010

Ahlan Wasahlan Syeikh al Bouti


         Bismillah wal Alhamdulillah..Marilah kita umat Islam di seluruh Malaysia khususnya memeriahkan Majlis Syarahan Perdana yang kan disampaikan oleh Syeikh Said Ramadhan Al Bouti yang merupakan seorang ulama yang hebat pada abad ini dan juga pernah menjawat jawatan mufti Syria.....

E-Voting- Antara Kemudahan dan Ketidakyakinan


     Penggunaan e-voting dalam sistem pemilihan MPP di semua Universiti di Malaysia telah menjangkau tempoh 7 tahun.Namun begitu,suara yang tidak puas hati dengan pelaksanaan sistem ini masih lagi kedengaran terutamanya dari pihak Pro-Mahasiswa yang amat tidak yakin dengan sistem.Pro-Mahasiswa menentang keras penggunaan kaedah ini kerana kemungkinan manipulasi undi akan berlaku dan sekaligus akan mematikan semangat Pilihanraya Kampus.Selama ini,sistem pengundian kertas telah dijalankan dan tiada tentangan diterima kerana kesukaran untuk memanipulasikan kertas undi tersebut.
      Atas rasa tanggungjawab,pelajar terutamanya Pro-Mahasiswa di 2 buah universiti ternama di lembah Kelang iaitu Universiti Malaya ( UM ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) telah mengadakan demontrasi bagi melahirkan rasa tidak puashati mereka.Walaupun begitu,dalam harian Metro keluaran 16 Sept 2004 telah menyiarkan artikel tentang pelaksanaan e-voting ini.Rata-rata naib caunselor berpuas hati dengan pelaksanaan sistem ini kerana lebih ramai mahasiswa/i yang turun untuk mengundi mengjangkau 80-90% yang mana boleh dianggap sesuatu yang mustahil dicapai dalam penggunaan kertas undi,namun yang menjadi persoalannya,adakah jumlah undi yang dicapai itu telus?.
     
    Perasaan yang dilahirkan oleh sebilangan pelajar tersebut pada saya mempunyai asas yang kukuh apabila dalam sistem itu sendiri kita tidak tahu siapa yang mengendalikannya dan tiada juga wakil-wakil calon atau persatuan yang memerhatikan perjalanan sistem terbabit.Penyelewangan boleh saja berlaku dalam keadaan begini.Tetapi malangnya pihak universiti dan juga pihak kerajaan dilihat masih tidak mendengar masalah mahasiswa ini.Jika kita melihat kepada 2 buah universiti di Lembah Kelang ini,kita akan mendapati bahawa Um dan UKM adalah universiti yang berprestij tinggi di Malaysia dan juga sebagai penentu keadaan politik negara.Analisis mengenai kecenderungan pengundian mahasiswa dalam pilihanraya umum boleh dirujuk dengan melihat kepada pengundian mahasiswa dalam 2 buah universiti ulung negara ini.Jadi secara tidak langsung,manipulasi undi juga boleh berlaku.
    Pihak Pro-Mahasiswa juga telah mengumpul tandatangan mahasiswa/i bagi menentang sistem e-voting ini 
http://petitions.tigweb.org/e-votinguum    . Dalam menjelaskan secara lebih lanjut sebab perasaan tidak puas hati mereka terhadap sistem e-voting,kumpulan Pro-Mahasiswa telah menggariskan beberapa perkara iaitu :
1. Sistem Mudah Dimanipulasi.
2. Masalah kebolehupayaan.
3. Masalah Kawalan Penuh Oleh TNC dan HEP
4. Tiada Badan Bebas yang Memantau PRK dan E-Voting
5. Calon atau Wakil Calon tidak Dibenarkan Berada di Tempat Pengundian
6. Calon atau Ejen Calon tidak di Beri Hak Untuk Terlibat dalam Pengiraan Undi.
7. Tiada Senarai Daftar Mengundi
8. Kos Untuk Membangunkan E-Voting adalah sangat Tinggi.

     Kebimbangan yang dilahirkan oleh sebilangan mahasiswa itu perlu diambil seriu oleh pihak yang bertanggungjawab.Pelaksanaan e-voting sememamngnya mudah untuk dimanipulasikan sehingga menyebabkan penentangan oleh mahaisswa.Perasaan yang tidak puas hati ini akan terus dilahirkan selepas PRK itu sendiri tambahan jika pihak Pro-Mahasiswa mengalami kekalahan.Sistem e-voting ini hakikatnya tidak mampu untuk memenuhi kehendak mahasiswa dan begitu mudah untuk dpertikaikan.Jika sistem kertas undi dilaksanakan maka tidak akan berlaku lagi pertikaian tentang kesahihan PRK itu sendiri.Walaupun dilihat sistem kertas undi itu sudah tidak praktikal pada zaman sekarang namun ia memberi kepuasan hati kepada semua pihak dan tidak boleh sesekali diabaikan penggunaannya.Timbul persoalan..jika sistem e-voting ini berjaya dilaksanakan,adakah PRU akan datang juga akan melaksanakan sistem ini?.
   
Namun begitu,kita tidak nafikan sama sekali sokongan terhadap penggunaan sistem ini oleh mahasiswa.Memang ramai mahasiswa/i menyokong pelaksanaan sistem ini kerana ia tidak membuang masa untuk beratur panjang bagi membuang undi,tapi yakinkah mereka bahawa calon yang mereka pilih itu akan menang?.
    Sistem e-voting juga dilihat memberi tekanan kepada mahasiswa apabila apa yang kita undi akan diketahui,jadi maknanya UNDI ANDA ADALAH TIDAK RAHSIA!!..
~Segala yang ditulis adalah pada pendapat penulis mengenai e-voting ini~..

Sabtu, November 20, 2010

Nota buat Diri


Kaedah Pemujukan/ Persuasif dalam Kemahiran Komunikasi



    Kemahiran pemujukan merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam kemahiran antara perorangan.Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran memujuk,kemahiran membimbing serta kemahiran membimbing.
    Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat penting kerana  pemujukan mampu untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita.Kita seringkali mendengar kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual beli.Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.Dalam kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.Secara mudahnya,kemahiran pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.
   Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua bidang samada dalam bidang pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang politik.Dalam bidang pengiklanan sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan untuk mendorong pengguna untuk membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses pengiklanan ini,tidak semua barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan kerana tujuan pemujukan melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan semata-mata.Manakala kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku apabila anak atau isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran pemujukan bagi memujuk anak yang sedang menangis.Biasanya bagi kemahiran pemujukan ini,banyak kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah juga sisuami akan menggunaakn kemahiran pemujukan apabila siisteri merajuk.Dalam kaedah ini juga,si pemujuk biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan semakin kuat merajuk.Pemujukan ini boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah mengancam.Contohnya jika isteri merajuk,bagi memujuknya ada sesetengah suami mengugut untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan siisteri tadi berhenti dari merajuk.Bagi ahli politik pula,kemahiran memujuk amat penting.Ini kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik berkenaan.Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli politik banyak berlaku semasa pilihanraya.Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.
    Kaedah pemujukan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat,pelbagai laras bahasa digunakan dalam kaedah pemujukan ini.Kemahirang pemujukan ini dikatakan berkait rapat dengan bidang komunikasi dan juga Linguistik.Bahasa yang baik dan dengan cara yang betul penggunaanya akan mampu  untuk diakui oleh dunia.Selain perkara yang dinyatakan diatas,pemujukan juga bertujuan untuk memujuk pembaca,pendengar atau oenerima komunikasi untuk berbuat sesuatu yang diharapkan oleh pemujuk.Terdapat 3 langkah atau ciri khusus yang perlu ada dalam kemahiran pemujukan ini.Ciri yang pertama ialah pemberi komunikasi perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada audien.Ini bermakna,jika pemberi pemujukan itu ingin mengaharapkan tindakan penerima sama sebagaimana yang dikehendaki maka pemberi komunikasi tersebut perlu memberitahu langkah atau tindakan yang perlu dilakukan.Yang kedua ialah pemberi pemujukan perlu mengemukan bukti dan tujuan yang perlu diadun kemas.Ini bermakna pemujuk perlu mengemukan bukti supaya penerima terbabit lebih yakin dan percaya kerana sudah mempunyai bukti yang jelas dan tujuan yang jelas kenapa perlu melakukan perkara tersebut.Dan yang terakhir ialah gaya pemujukan mestilah berkesan ,imaginatif dan juga emotif.Dalam tiga cara ini,teknik emotif amat berkesn kerana mampu untuk mempengaruhi orang ramai.

Pemujukan Rasional

    Pemujukan rasional merujuk kepada perlakuan memujuk oleh seseorang dengan menggunakan fakta atau bukti yang lojik bagi mencapai sesuatu hajat.Pemujukan rasional boleh berlaku didalam pelbagai sektor dan ia amat mudah sekali untuk dikenal pasti.Contohnya seorang bos mahu anak buahnya bekerja dengan lebih kuat lagi maka ganjaran dijanjikan oleh bos tadi kepada anak buahnya.Pemujukan rasional merupakan salah satu daripada pemujukan yang bersifat positif kerana ia mempunyai perangsang kepada yang dipujuk.Ganjaran yang diberikan tidak semestinya bersifat material semata-mata seperti kenaikan gaji atau kenaikan pangkat sahaja bahkan ia juga melibatkan mempelajar ilmu yang baharu.Kita sering menggunakan pemujukan rasional ini tanpa kita sedari,oleh itu,kita boleh menyemak kembali samada kita telah menggunakan pemujukan rasional ini dengan melihat kepada beberapa aspek seperti adakah kita menggunakan alasan alasan yang lojik bagi memenuhi permintaan kita.Jika kita menggunakan alasan yang lojik maka itulah sebahagian daripada pemujukan rasional.
    Alasan yang lojik sering digunakan bagi menguatkan hujah kita supaya berjaya mempengaruhi orang yang dipujuk.Selain itu,kita juga dapat menyemak penggunaan pemujukan rasional ini dengan memerhatikan samada kita pernah menggunakan bukti yang kukuh bagi memastikan hasrat kita terlaksana.Dalam Parlimen,bukti amat penting bagi memastikan hasrat kita tercapai.Contohnya suatu masa dahulu negara kita diriuhkan dengan pendedahan video klip V.K.Lingam.Pihak pembangkang menggunakan pelbagai bukti yang ada di parlimen bagi memastikan Datuk V.K.Lingan disiasat.Jika kita perhatikan disini pihak pembangkang telah menggunakan pemujukan rasional.Selain itu,pemujukan rasional ini berlaku apabila kita menggunakan pendapat yang lebih baik daripada orang lain.Kita akan berusaha untuk memujuk orang lain supaya bersetuju dengan rancangan kita dengan menggunakan hujah yang lebih kuat daripada pencabar kita.Sudah menjadi lumrah manusia untuk menerima pendapat yang lebih baik.Maka disini sebenarnya telah berlaku pemujukan rasional.Selain itu,pemujukan rasional dapat dikenal pasti apabila kita menerangkan masalah dan cara mengatasi masalah tersebut.Cara menyelesaikan masalah tersebut telah menunjukkan kita cuba memujuk orang lain supaya menyokong cadangan kita.

Ucapan Pemujukan
   
    Ucapan pemujukan ialah ucapan yang boleh disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea kita atau dalam erti kata lain ingin menjual idea kita.Ucapan pemujukan mestilah disampaikan melalui nada bahasa yang lembut supaya dapat menarik orang untuk mempercayainya.Ucapan pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang.Ini kerana ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar tentang sesuatu perkara.Ucapan pemujukan paling kerap digunakan oleh ahli politik dalam kempen mereka.Ceramah politik adalah pemujukan yang berjaya menarik pendengar audien kerana manusia ini sememangnya bersifat menyokong sesuatu pihak.Ahli politik menggunkan pentas ini bagi memujuk rakyat atau audien untuk melakukan sesuatu seperti mengundi parti mereka dan sebagainya.Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai untuk mempercayainya.Dalam kaedah pemujukan ini,kaedah psikologi perlu digunakan bagi menakutkan,mengembirakan ataupun menyuruh audien melakukan sesuatu.
    Pengucap perlu mengetahui beberapa perkara mengenai audien tersebut seperti status pendidikan mereka,umur audien,kepercayaan audien dan perlu juga mengetahui tahap penguasaan audien terhadap sesuatu isu.Biasanya,audien yang kurang pendidikan lebih mudah untuk dipengaruhi kerana mereka ini biasanya tidak mengetahui latar sesuatu isu dengan baik.Berlainan pula dengan audien yang berpendidikan tinggi yang memerlukan penggunaan hujah yang kukuh dan kuat bagi meyakinkan mereka.Cara ucapan pemujukan juga perlu mengambil tahu umur audien tersebut.Jika audien yang disampaikan adalah kanak-kanak maka teknik memujuk mestilah halus,tidak berat dan interaksi perlu sentiasa dilakukan.Bagi golongan remaja atau belia,pendekatan pemujukan secara formal boleh dilakukan.
sumber : Dari Asigment yang tak dihantar.

Jumaat, November 19, 2010

Protestan di Eropah

    Dalam agama Kristian sebenarnya terdiri daripada pelbagai aliran yang mana setiap aliran ini saling bertentangan bahkan kafir-mengkafir sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.Agama Kristian berkecamuk dalam mencari siapa yang benar.Disamping itu,dalam intitusi gereja sahaja sudah mengalami banyak perbezaanya.Gereja di Timur mengalami perpecahan kepada gereja Koptik,gereja Yakobit,gereja Nestorian,gereja Maronit,gereja Ortodok Timur,dan juga gereja Armenia.Dalam intitusi gereja di Barat pula terbahagi kepada Katolik Roma dan juga Protestan.Dalam Protestan itu pula terbahagi pula kepada beberapa bahagian iaitu gereja Angelican-Episcopal,gereja Methodis,gereja Lutheran,gerela Bala Keselamatan,gereja Calvinis,gereja Mannonit,gereja Baptis dan banyak lagi aliran yang lainnya.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Protestan adalah sebuah aliran baru Kristian yang dipimpin oleh Martin Luther yang akhirnya menjadi satu aliran terbesar dan tertua dalam aliran Protestan.Sebelum Revolusi yang dilancarkan oleh Martin Luther,sebenarnya sudah ada gerakan pembaharuan gereja sebelum itu seperti yang dipimpin oleh John Wycliffe sekitar tahun 1329-1384 masihi di Britain.Selain itu,pembaharuan ajaran Kristian juga berlaku di Bohemia pada tahun 1373-1415 oleh Johannes Hus.Namun gerakan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak berjaya mungkin kerana pada masa itu,masyarakat Kristian masih berpegang kuat pada Kristian yang mereka anut tanpa mempersoalkan tindakan pihak gereja.
    Pada masa sebelum Martin Luther,kuasa Paus di Rom amat kuat sehingga tiada yang boleh menentang bahkan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka itu menjadi sia-sia.Pada zaman Martin Luther,keadaan masyarakat sudah dikira matang bahkan raja-raja di Eropah sudah mula mahu membebaskan kuasa daripada Paus di Rom.Di Jerman,masih ada raja yang masih setia kepada Paus di Rom tetapi ada sebahagiannya sudah mula menolak kekuasaan Paus.Semangat nasionalis di Jerman sudah berkembang pada masa ini dimana mereka ini sudah tidak mahu tunduk kepada kekuasaan asing yang mana bukan daripada bangsa Jerman.Raja-raja yang menentang kekuasaan Paus telah bertindak menyokong Reformasi yang dilakukan oleh Martin Luther dan kawannya.
    Di Eropah juga pada kurun ke 15 tersebut,gerakan Reinessence sedang rancak kembali.Orang Eropah telah melihat kepentingan pembaharuan yang perlu mereka lakukan.Pembaharuan dilakukan dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan,ekonomi,sosial serta keagamaan.Martin Luther telah berusaha mempelajari Bible dalam bahasa Yunani dan Ibrani dan seterusnya menterjemahkan kepada bahasa Jerman.Selain menterjemahkan Bible Martin Luther bersama kawannya juga telah menterjemahkan banyak karya-karya ketua gereja pada zaman awal Kristian.Pada zaman Renaisence ini juga telah melahirkan pelbagai fahaman baru antaranya fahaman Humanisme yang menggabungkan konsep falsafah Yunani dan juga kepercayaan Kristian.Antara tokoh terkenal  fahaman Humanisme ialah Desiderius Erasmus yang mana Martin Luther sering berbincang dan berdiskusi dengannya dalam pelbagai perkara.Antara pencapaian terbesar dalam Renaisence di Eropah ialah penemuan mesin cetak oleh Johannes Getenburg.Walaupun teknologi percetakan telah lama ditemui oleh orang cina namun di Eropah ia hanya bermula dengan ciptaan Johannes Getenburg di Mainz pada 1454.Perjumpaan mesin cetak ini amat penting kerana ia bertindak sebagai pencepat dalam penyebaran ajaran Protestan.Karya-karya Martin Luther dan kawannya telah tersebar dengan cepatnya kerana bahan-bahan mampu dihasilkan dalam masa yang singkat.

    Martin Luther telah dianggap dan sememangnya merupakan pengasas kepada aliran baharu Kristian iaitu Protestan.Martin Luther telah dilahirkan di Esleban Jerman pada  10 November 1483 dan meninggal pada 1546.Ia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat taat kepada ajaran Kristian Khatolik.Ayahnya bernama Hans Luther dan ibunya bernama Margaretta. Semasa berumur 21 tahun Martin Luther telah melanjutkan pelajaran di Universiti Erfurd dalam bahagian Undang-Undang namun belum sempat memhabiskan pelajarannya,beliau telah bertindak berhenti dari belajar untuk menjadi paderi/rahib di gereja Santo Augustin[5].Martin Luther menamatkan pengajiannya setelah berlaku sesuatu peristiwa dalam hidupnya.Ia dikatakan berjalan dalam keadaan hujan dari Mansfeld ke Erfurd pada 2 jun 1505.Beliau merasa amat takut dan merebahkan diri ke tanah dan berdoa kepada Santa Anna supaya mengelak dari bahaya petir dan bernazar untuk menjadi Biarawan.Akhirnya beliau dengan ditemani oleh kawannya ke gereja Augustine tanpa diiringi oleh kedua ibubapanya kerana tidak bersetuju.Martin Luther amat tegas dalam pembelajaran dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sehingga paderi di gereja tersebut telah memintanya untuk mempelajari teologi Kristian.Dalam masa 2 tahun sahaja beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya dan dilantik menjadi Paderi sekitar tahun 1507.
    Nama beliau naik dengan cepatnya sehingga pada tahun 1512,beliau telah dianugerah dengan gelaran doktor dan menjadi guru besar teologi bahagian Kitab Suci di Universiti Wittenburg[6].Tugas utama beliau disini ialah mentafsir Bible dan juga memeriksa kitab asli.Disinilah,beliau mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Jerman supaya bangsanya dapat menbaca Bible kerana selama ini hanya golongan agama sahaja yang boleh membaca bible dalam bahasa Latin tersebut. 
    Selepas sekian lama terlibat dalam ajaran Kristian,Martin Luther semakin memikirkan tentang cara ingin selamat dalam ajaran Kristian.Oleh itu,beliau telah menafsirkan Bible berlainan daripada tafsiran gereja.Dengan menggunakan penafsiran sendiri Martin Luther merasakan dirinya selamat dalam menempuh ajaran Kristian.Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1514,dimana penafsiran Martin Luther ini bermula apabila beliau menemukan kebenaran melalui kesaksian Paulus dalam Roma 1:16-17.Martin Luther menganggap dirinya sebagai penemu kepada kebenaran dimana segala hukuman yang diterima oleh oleh orang berdosa adalah rahmat Allah yang menerima orang yang berdosa dan putus asa sekaligus menolak mereka yang menganggap dirinya sebagai orang yang baik.
    Pemahaman Martin Luther ini telah menyebabkan beliau mentafsir Bible dalam pemahamannya sendiri,dimana sinilah bermulanya banyak pertentangan dengan puak Katolik.Allah yang difahami oleh Martin Luther adalah Allah yang berbeza yang dipegang oleh puak Katolik dan ajaran Martin Luther ini tersebar di Universiti Wittenburg sekaligus menjadi pusat gerakan Reformasi.Penyebab kepada Reformasi Martin Luther antara lain ialah pengamalan gereja yang bertentangan dengan konsep teologi yang diajarkan.Namun begitu,sebab-sebab diatas bukanlah pencepat kepada berlakunya Reformasi dalam ajaran Kristian.Reformasi hanya berlaku apabila gereja Katolik menjual dan melakukan penyelewengan  surat Indulgance atau surat Alfat oleh Johann Tetzel di Jerman.Bagi melahirkan penentangannya terhadap penyelewengan Johann Tetzel,Martin Luther telah mengumpulan sebanyak 95 dalil atau hujah bagi menentang penyelewengan yang berlaku.Tetapi menurut Ahmad Suhelmi dalam bukunya yang bertajuk Pemikiran Politik Barat:Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara Masyarakat dan Kekuasaan menyatakan bahawa dalil tersebut adalah sebanyak 99 dalil.Dalil tersebut telah ditampal di dinding gereja Universiti Wittenberg pada 31 Oktober 1517 sekaligus diingati sebagai hari Reformasi oleh puak gereja Protestan.Penjualan surat Alfat ini telah melahirkan rasa terhina oleh bangsa Jerman kerana duit dari surat tersebut akan diberi kepada Paus di Rom bagi menampung keborosannya.
    Dalil yang ditampal oleh Martin Luther telah dapat menimbulkan minat orang ramai sehingga dalil-dalil tersebut telah disebarkan oleh awam secara meluas.Dalil-dalil tersebut yang dalam bahasa Latin segera diterjemahkan oleh pelajar Martin Luther kedalam bahasa Jerman dan disebarkan ke seluruh Jerman.Selepas tersebarnya dalil-dalil Martin Luther,penjualan surat Indulgances telah merosot dengan mendadak sehingga telah memaksa Johann Tetzet menemui Paus pada masa itu iaitu Pope Leo x  bagi mendakwa bahawa Martin Luther penyebar ajaran sesat.Bagi mengurangkan ketegangan itu,Martin Luther telah mengutus sepucuk surat kepada Paus bagi menjelaskan tentang dalilnya tersebut.Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Paus di Rom telah memerintahkan supaya Martin Luther ke Rom bagi dibicarakan dalam masa 60 hari dan biasanya hukuman terhadap tuduhan menyebarkan ajaran sesat ialah mati.Sebagaimana yang diterangkan diatas,kebanyakan raja pada masa itu cuba membebaskan diri dari pengaruh Paus di Rom.Inilah yang sebenarnya telah menyelamatkan Martin Luther dari mengahadapi pengadilan di Rom.Raja yang melindungi Martin Luther ialah Raja Freidrick yang memerintah Seksen.Namun begitu Martin Luther tetap dibicakan tetapi di Jerman di kota Augsburg pada Oktober 1518.Ramai pengikutnya meminta supaya Martin Luther tidak pergi kepada pengadilan tersebut tetapi beliau tetap pergi sebagai tanda tidak bersalah.Jerman merupakan satu bangsa yang unik di Eropah.Apabila berbicara tentang Eropah adalah tidak lengkap jika tidak membicarakan tentang bangsa Jerman.Dengan berlakunya Reformasi gereja ini,Jerman sekali lagi menjadi kubu kepada Martin Luther dalam menyebarkan ajarannya.Jerman merupakan negara pertama yang menjadi pusat Protestan.
    Tidak terhenti setakat itu,pada 1520 Bulla atau surat rasmi telah dihantar oleh Paus kepada Martin Luther meminta Martin Luther supaya bertaubat tetapi Martin Luther membakarnya di hadapan kakitangan dan para guru besar di Universiti Wittinburg dan berkata bahawa Bullah tersebut sebagai terkutuk dari anti Kristus.Paus di Rom telah mengistiharkan bahawa Martin Luther sebagai sesat kerana membakar suratnya.Ajaran Martin Luther hakikatnya telah tersebar luas dan beliau mengetahui bahawa beliau semakin banyak menolak pokok ajaran gereja Katolik.Seorang pengikut kepada Martin Luther iaitu Philip Melanchthon telah bertindak menyusun pokok ajaran Martin Luther dan tulisan tersebut diberi nama Pokok-pokok Teologi yang dikeluarkan pada 1521.Buku ini merupakan dogma pertama puak Protestan.Philip Melanchthon banyak membantu Martin Luther dalam melakukan penterjemahan kepada Kitab Bible.Dalam ajaran Protestan,Bible dianggap satu-satunya sumber ajaran gereja yang dianggap benar yang disebut sebagai Sola Scriptura.Oleh itu,segala bahan atau sumber rujukan Kristian selama ini telah dianggap sudah tidak lagi relevan dan hilang wibawa.Menurut ajaran Martin Luther,apa sahaja yang berlawanan dengan Bible dianggap sebaagi terhapus tetapi yang tidak nyata tidak pula dihapuskan,ini disebut sebagai adiafora.Inilah yang kita lihat bahawa tidak banyak perbezaan antara ajarah Lutheran dan Katolik dalam perkara ibadat.
    Kemunculan Reformasi ini tentulah mempunyai sebab.Terdapat sekurang-kurangnya 3 sebab yang mendorong berlakunya Reformasi Protestan.Pertamanya mungkin disebabkan lahirnya negara bangsa di Eropah.Kelahiran Negara Bangsa di Eropah menandakan bahawa bahawa Eropah telah mengalami satu zaman pencerahan dan kesedaran tentang hak masing-masing.Dalam kaedah negara bangsa ini,sempadan sesebuah negara ditentukan dengan kedudukan bangsa tersebut.Apabila sebuah negara tersebut diduduki oleh satu bangsa sahaja maka apabila berlaku penentangan ia semestinya akan melibatkan semua orang dan inilah juga yang mempercepatkan proses Reformasi itu sendiri.
    Sebab yang kedua kemungkinannya tekanan dalam bidang ekonomi di Eropah.Di Eropah sahaja dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 60-80 juta orang tetapi kehidupan di Eropah pada masa itu amat sukar terutamanya golongan bawahan.Wujud golongan ekonomi kapitalis yang dimonopoli oleh golongan Berjuois.Ini bermakna di Eropah pada masa itu,ekonominya hanyalah milik kepada golongan bangsawan sahaja sedangkan rakyat biasa masih mengamalkan kegiatan sebagaimana sebelum zaman Renaison.Kaum tani telah bertindak menyokong agenda Martin Luther kerana sudah bosan hidup dalam keadaan tersebut.Sokongan kaum tani ini amat penting kerana kaum ini merupakan yang dominan dalam masyarakat Eropah.Selama ini mereka takut untuk menentang sistem feudal tambahan disebabkan oleh kepercayaan kuat terhadap gereja.Dengan munculnya ajaran Protestan,mereka bersama dengan Martin Luther menentang penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat Katolik.
    Sebab ketiga yang menyebabkan berlakunya Reformasi Protestan ialah kelemahan sistem Paus.Selepas perang Salib,umat Katolik perlu mengakui bahawa sistem Paus sudah tidak boleh dipercayai lagi.Semasa pejuang Kristien dalam misi perang tersebut,mereka bukan sahaja datang untuk berperang tetapi mereka juga datang dan melihat satu ketamadunan yang tinggi yang masih belum ada di Eropah.Apabila mereka balik ke Eropah,mereka telah menjadi orang yang bebas sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Paus.Mereka balik dan cuba meniru tamadun Islam untuk di praktikkan di Eropah.Paus di Eropah telah melakukan sesuatu yang menyebabkan masyarakat Katolik hilang hormat kepada mereka.Paus menggunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka semata-mata tanpa mempedulikan nasib rakyat biasa.Paus Alexander VI contohnya suka mengumpul emas dan main perempuan.Paus mempunyai 9 orang anak luar nikah yang mana 7 orang dapat sebelum menjado Paus dan 2 orang selepas menjadi Paus.Masalah yang dilakukan oleh Paus Alexander ini amat memalukan puak Katolik.Sebahagian mereka ini merasa kecewa kerana Paus sendiri tidak mengikut ajaran Kristian.Oleh itu masyarakat Kristian berpendapat bahawa perlu dilakukan reformasi terhadap gereja Rom.
    Pengaruh Kristian Protestan tidak hanya tertumpu ditempat lahirnya di Jerman namun turut berkembang ke pelbagai negara seperti British,Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.Kristian Protestan telah menjadi pesaing kepada Kristian Katolik yang telah lama bertapak di dunia Kristian.Kemunculan ajaran Kristian Protestan telah menyebabkan pengaruh gereja Katolik semakin susut sehingga berlaku peristiwa pembunuhan puak Kristian
Protestan di Perancis pada 1572.Orang Kristian Katolik lebih suka merujuk diri mereka sebagai Katolik Amerika bukannya lagi merujuk kepada Katolik Roman.Bahkan Ketua Bishop Ireland dan Kardinal Gibbon menggesa supaya penganut Katolik Amerika supaya menerima cara hidup Protestan.Ini sekaligus menunjukkan kelembutan golongan Katolik yang selama ini sering melancarkan konfrantasi terhadap golongann Protestan.Namun  persoalnnya sekarang,adakah golongan Katolik boleh menerima golongan Protestan sebagai satu mazhab yang ada dalam ajaran Kristian?.


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters