Pengikut

Selasa, Januari 26, 2010

RAPAT UMUM MAHASISWA PENDIDIK

    Sekitar jam 1100 malam tadi turut diadakan rapat umum di KAB dan Khar selepas rapat umum oleh pimpinan bitara.Semasa rapat umum di KAB berlaku sedikit konfrantasi oleh pihak lawan dengan membunyikan enjin motor.Namun konfrantasi itu tidak di layan oleh pihak mahasiswa pendidik.Kehadiran di Khar agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin di sebabkan rapat umum di adakan agak lewat.

Calon umum mewakili mahasiswa pendidik Nik Azrul.Yang sedang menyampaikan ucapannya.Sorak sorai agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin disebabkan menjaga adab.Laungan takbir bergema begitu juga dengan laungan mahasiswa pendidik.

Calon umum,Mohd Zahar.




Walaupun mahasiswa pendidik kali ini menghantar calon yang agak seikit namun gerak kerjanya agak kuat walaupun mengetahui hakikat tidak mampu menguasai MPP.Kekurangan calon yang dihantar bukan sahaja dikesali oleh mahasiswa bahkan oleh Alumni Mahasiswa Islam.









Kehadiran ke rapat umum kurang mungkin disebabkan masa kempen yang masih agak lama lagi.Rapat Umum mahasiswa pendididik banyak di hadiri oleh mereka dari Kos Pendidikan Islam.Namun kehadiran dari Program lain juga tidak mengecewakan.

SUASANA DI RAPAT UMUM PIMPINAN BITARA

     Sempena pilihanraya kampus hampir setiap hari terdapat rapat umum samada di khar,KAB,mahupun di bitarasiswa.Walaupun setiap malam pentas di sediakan untuk calon mahupun wakil calon berucap namun malam tadi barulah bermula rapat umum berlangsung dengan adanya calon yang berucap.Setiap ucapan berkisar tentang manifesto yang akan cuba di buat.Ada manifesto yang agak tidak logik di utarakan,memang begitulah sifat bakal setiap YB di Malaysia.Di Khar ucapan di mulai oleh pimpinan bitara kira-kira dalam pukul 1030 malam tadi.


Mohd Faizal calon dari pimpinan bitara.Walaupiun kehadiran tidaklah terlalu ramai namun boleh dikira agak memuaskan.Dan rata-rata yang hadir ialah orang kuat atau mereka yang bersemangat dalam PRK kali ini.

SHAIHA calon dari pimpinan bitara merupakan orang terakhir yang berucap dari pihak pimpinan bitara.Beliau juga merupakan S/U PERMAS.




Priyatharsini calon tunggal dari bukan melayu yang cuba merebut kerusi umum dalam prk kali ini.


Gelagat penyokong pimpinan bitara yang memegang banner.





Pada malam tadi Mahasiswa pendidik membuat rapat umum terlebih dahulu di KAB dan kemudian khar kira-kira jam 11 lebih malam.Calon-calon dari pimpinan bitara hampir kesemuanya menyamppaikan ucapan pada malam itu.










perang poster bermula


    Apabila saja masa berkempen bermula,masing-masing dari kedua belah pihak telah menampal poster dan kain rentang di tempat yang stategik.Walaupun poster dan banner daripada mahasiswa pendidik ( pro kebajikan ) tapi persaingan dilihat masih lago seimbang.Kurangnnya poster dari mahasiswa pendidik ini mungkin disebabkan oleh kurannya calon dari mahasiswa pendidik.Mahasiswa pendidik hanya menghantar 2 orang calon umum sahaja dalam prk ini bagi merebut 5 kerusi umum.Ini juga telah meresahkan sebilangan mahsiswa yang mahu mengundi kerana terpaksa juga mengundi 3 daripada calon pimpinan bitara ( aspirasi ).

Mohd Amin Sidik calon mahasiswa pendidik bagi fakulti bahasa.Perang poster di Khar banyak berlaku di kawasan laluan antara blok kerana ini merupakan kawasan yang paling stategik.

Sebahagian mahasiswa yang memasang banner herwana herman calon bagi mahasiswa pendidik bagi kerusi fakulti.

Banner dari pimpinan bitara ( aspirasi ).Kempen yang agak panjang kira-kira 6 hari mungkin agak menyebabkan persaingan sengit dari segi kempen dan pemasangan poster.Namun pagi hari ini sudah tidak lagi dilihat poster baru yang di tampal di kawasan khar.

Sebilangan muslimat yang dilihat memberi sokongan kepada petugas muslimin yang sedang memasang banner.Jangkamasa kempen kali ini hampir menyamai kempen pilihanraya umum dan ini mungkin satu latihan bagi mahasiswa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Calon fakulti sains dan teknologi Herwana Herman ( tengah ) mungkin sedang mengatakan sesuatu. Disisi kananya ialah pelajar UPSI yang sedang menjalani praktikum iaitu kak teh.Kak teh juga datang membantu kempen mahasiswa pendidik.


PRK pada kali ini juga mencatatkan penyertaan seorang dari bangsa india iaitu priyatharsini a/p darmalinggam.Dia juga merupakan calon tunggal bagi masyarakat india yang mewakili pimpinan bitara.

poster yang jatuh berdekatan lif di blok 2.

Eddy Safbree merupakan Presiden Permas ( persatuan sejarah ).Selain eddy,terdapat 2 orang lagi pimpinan permas yang bertanding iaitu naib presiden samuel yang menang tanpa bertanding di kerusi etnik mewakili mahasiswa pendidik,dan juga s/u permas iaitu shiha yang mewakili mahasiswa pendidik.

seorang mahasiswa terpaksa memanjat pagar bagi menggantung banner herwana herman.

Pada kali ini juga kempen turut dibantu juga oleh jmk ( jawatan kuasa mahasiswa kolej ).JMK LPS ( latihan dan pembangunan sahsiah ) semestinya akan membantu calon dari mahasiswa pendidik.Kelihatan bendahari jmk KUO ( kolej ungku omar ).

kelihatan dari jauh jmk lps kolej harun aminurrashid sedang memerhatikan pemasangan banner.

Sebahagian dari 8 orang calon yang bertanding kerusi umum.Nombor 1dan 3 merupakan calon dari mahasiswa pendidik iaitu mohd zahar dan nik azrul.
AKHIR KALAM JANGAN LUPA MEMILH YANG BETUL PADA 28 HARIBULANINI.JANAGN LUPA UNDI   "MAHASISWA PENDIDIK "

Khamis, Januari 21, 2010

LOGO PERSATUAN DI UPSI

    Sememangnya walau dimana sekalipun mesti ada persatuan.Seorang pemikir inggeris pernah mengatakan bahawa bahawa manusia ini ialah haiwan yang bersosial.Dalam arab pula mengatakan manusia ini sebagai haiwan yang boleh bercakap.Di sebabkan kita perlu bercakap dan bersosial maka kita juga perlukan pertubuhan untuk merealisasikan keperluan tersebut,Dimana-mana pun banyak sekali persatuan termasuklah di upsi.Saya hanya measukkan sebahagian kecil logo persatuan upsi di sini.



{ persatuan mahasiswa sejarah (permas)}


( persatuan pendidikan khas )


( persatuan bahasa arab )


( persatuan pendidikan Islam )


( persatuan kakitangan akademik )


( persatuan mahasiswa geografi )

( persatuan mahasiswa sains )

PEMBUBARAN MPP




        Sebagaimana yang termaklum oleh semua pelajar UPSI kerusi MPP telah terbubar pada hari pada 20.01.10.Borang untuk calon akan dijual pada esok hari dan penamaan calon bermula pada hari jumaat sekitar jam 8 pagi..Notis pembubaran telah di muatkan didalam portal UPSI dan adalah termaklum bahawa kita mempunyai 25 orang perwakilan samada meliputi kerusi umum,kerusi etnik mahupun kerusi fakulti. Berikut adalah notis pembubaran MPP pada kali ini.


NOTIS
PERISYTIHARAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Pendidikan
Sultan Idris, maka saya mengisytiharkan bagi pengetahuan semua pihak yang berkenaan bahawa satu
Pemilihan untuk memilih seramai 21 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 28
Januari 2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar tersebut adalah untuk mewakili :
A. Kawasan FAKULTI Jumlah Perwakilan
1. Fakulti Bahasa - 2 wakil
2. Fakulti Seni & Muzik - 2 wakil
3. Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia - 2 wakil
4. Fakulti Sains & Teknologi - 2 wakil
5. Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi - 2 wakil
6. Fakulti Perniagaan & Ekonomi - 2 wakil
7. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan - 2 wakil
8. Fakulti Sains Sukan - 2 wakil
B. Kawasan UMUM - 5 wakil
Jumlah kerusi yang dipertandingkan - 21 wakil
C. Kerusi Lantikan Untuk ETNIK
Cina - 1 wakil
India - 1 wakil
Sabah - 1 wakil
Sarawak - 1 wakil
- 4 wakil
JUMLAH KESELURUHAN KERUSI UNTUK SESI 2009/2010 - 25 WAKIL
OLEH HAL YANG DEMIKIAN DENGAN PENGISYTIHARAN INI, MAKA MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR BAGI SESI 2008/2009 DIBUBARKAN MULAI TARIKH 20 JANUARI 2010.
Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010

Rabu, Januari 20, 2010

TARIKH PENTING PILIHNRAYA KAMPUS UPSI

   
               UPSI akan mengadakan satu pilihanraya kampus ( PRK ) pada 28.1.10 ini dan suasana sekarang agak panas dimana masing-masing kumpulan sedang giat menjalan tugas masing-masing.Di sini saya bawakan tarikh penting bagi pilihanraya kampus ini yang mana setiap pelajar UPSI perlu mengambil perhatian.

MAKLUMAT-MAKLUMAT MENGENAI PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010


TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT

20/01/2010
(Rabu) -
NOTIS Perisytiharan
PEMBUBARAN MPP
2008/2009 DAN
PEMILIHAN MPP 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
Kampus Induk dan Kolej-Kolej
Kediaman.

21/01/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang
Tempoh penjualan Borang
Pencalonan
Bilik Mesyuarat Utama, Aras
Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.

22/01/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
11.00 pagi

HARI PENAMAAN CALON
Bergambar
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
12.00
tengah hari
Pengumuman calon-calon
yang layak bertanding Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
2.45 petang
hingga
3.45 petang
Rayuan, bantahan dan
penarikan diri pencalonan
Bitarasiswa
(Bilik Sekretariat
Pencegahan Rasuah)
4.45 petang

PENGUMUMAN AKHIR
CALON YANG LAYAK
BERTANDING
(JIKA ADA PERUBAHAN)
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
5.30 petang
Taklimat kepada calon-calon
yang layak bertanding dan
wakil calon-calon
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
6.30 petang
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman

23/01/2010
(Sabtu)
hingga

 
27/01/2010
(Rabu)
8.30 pagi
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman
Lampiran 1b
28/10/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang

HARI PEMILIHAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR
(MPP) SESI 2009/2010
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Dewan Serba guna Kolej
Za’ba
4. Dewan Serbaguna KUO
5. Foyer Kolej Harun
Aminurrashid
6. Perpustakaan Tuanku
Bainun
7. Foyer KDP
5.30 petang

PENGUMUMAN
KEPUTUSAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2009/2010
Dewan SITC

29/10/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
10.00 pagi
Rayuan dan bantahan
keputusan Pemilihan
(jika ada)
Bilik Mesyuarat RMC
Aras 3
Bangunan Canselori
12.00
tengahari
Keputusan rasmi dan
muktamad Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
kampus induk dan kolej-kolej
kediaman dan Laman web
3.30 petang Taklimat kepada MPP Sesi
2009/2010

Selasa, Januari 19, 2010

PERJUANGAN SYED QUTB


     ( syed qutb )

      Dalam kuliah sejarah Islam di Asia Barat abad ke 19 hingga 20 saya mendapat asigment yang Syed Qutb.Agak susah untuk mendapatkan buku tentang Syed Qutb jadi terpaksalah mencari sumber dari internet juga walhal ia tidak digalakkan dalam penulisan sejarah kerana kadar ke bertanggungjawaban itu kurang.Siapakah Syed Qutb yang menjadi ikon kepada gerakan Islam sehingga kini.
    Syed Qutb dilahirkan pada tahun 1906 di wilayah As-yut Mesir.Sejak sekolah rendah lagi beliau telah hafal Al Quran iaitu pada umur 10 tahun lagi. Beliau telah meneruskan pengajiannya di Universiti Of Cairo Mesir.Sejaka dari sekolah rendah beliau minat mengarang buku dan buku pertamanya terbit sekitar umurnya 25 tahun.
      Beliau sebenarnya terpengaruh dengan aliran akkad iaitu aliran sastera pujangga dan beliau meminatinya sehingga mati.Pengaruh besar Hassan Al Banna telah menempias dirinya dan beliau telah leburkan diri dengan jemaah ikhwan muslimun.Beliau pernah diberi kepercayaan untuk mengarang majalah ikhwanul muslimun iaitu suara rasmi ikhwan di mesir.Antara karya agungnya ialah FI ZILALIL QURAN dan PETUNJUK SEPANJANG JALAN.Beliau telah dihukum gantung bersama 2 orang sahabatnya iaitu Yusuf Hawasy dan Abdul Fattah Ismail.Beliau dihukum gantung oleh mahkamah tentera selepas beberapa bulan sahaja dibebaskan.

Isnin, Januari 18, 2010

PTPTN masuk untuk tahun 2006 dan 2007




     PTPTN yang akan masuk pada 20.1.10 hanya kepada peminjam pada tahun 2006 dan 2007 sahaja.Peminjam tahun 2008 dan 2009belum dimaklumkan bila akan masuk pinjaman tersebut..Berikut adalah kenyataan jabatan bendahari yang di ambil dari portal UPSI..
"   Adalah dimaklumkan mengikut maklumat yang diterima dari pihak PTPTN, hanya pelajar Ijazah sarjana muda bagi tahun 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima wang pinjaman PTPTN pada 20 Januari 2010. Walaubagaimanapun bagi pelajar Tahun 2008 dan 2009, wang pinjaman tidak dapat dikreditkan pada tarikh tersebut kerana terdapat masalah teknikal di pihak PTPTN.
Pihak Bendahari akan sentiasa merujuk ke PTPTN bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebarang maklumat yang diterima akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Sekian, harap maklum."

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters