Pengikut

Khamis, Januari 21, 2010

PEMBUBARAN MPP




        Sebagaimana yang termaklum oleh semua pelajar UPSI kerusi MPP telah terbubar pada hari pada 20.01.10.Borang untuk calon akan dijual pada esok hari dan penamaan calon bermula pada hari jumaat sekitar jam 8 pagi..Notis pembubaran telah di muatkan didalam portal UPSI dan adalah termaklum bahawa kita mempunyai 25 orang perwakilan samada meliputi kerusi umum,kerusi etnik mahupun kerusi fakulti. Berikut adalah notis pembubaran MPP pada kali ini.


NOTIS
PERISYTIHARAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Pendidikan
Sultan Idris, maka saya mengisytiharkan bagi pengetahuan semua pihak yang berkenaan bahawa satu
Pemilihan untuk memilih seramai 21 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 28
Januari 2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar tersebut adalah untuk mewakili :
A. Kawasan FAKULTI Jumlah Perwakilan
1. Fakulti Bahasa - 2 wakil
2. Fakulti Seni & Muzik - 2 wakil
3. Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia - 2 wakil
4. Fakulti Sains & Teknologi - 2 wakil
5. Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi - 2 wakil
6. Fakulti Perniagaan & Ekonomi - 2 wakil
7. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan - 2 wakil
8. Fakulti Sains Sukan - 2 wakil
B. Kawasan UMUM - 5 wakil
Jumlah kerusi yang dipertandingkan - 21 wakil
C. Kerusi Lantikan Untuk ETNIK
Cina - 1 wakil
India - 1 wakil
Sabah - 1 wakil
Sarawak - 1 wakil
- 4 wakil
JUMLAH KESELURUHAN KERUSI UNTUK SESI 2009/2010 - 25 WAKIL
OLEH HAL YANG DEMIKIAN DENGAN PENGISYTIHARAN INI, MAKA MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR BAGI SESI 2008/2009 DIBUBARKAN MULAI TARIKH 20 JANUARI 2010.
Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters