Pengikut

Selasa, Januari 26, 2010

RAPAT UMUM MAHASISWA PENDIDIK

    Sekitar jam 1100 malam tadi turut diadakan rapat umum di KAB dan Khar selepas rapat umum oleh pimpinan bitara.Semasa rapat umum di KAB berlaku sedikit konfrantasi oleh pihak lawan dengan membunyikan enjin motor.Namun konfrantasi itu tidak di layan oleh pihak mahasiswa pendidik.Kehadiran di Khar agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin di sebabkan rapat umum di adakan agak lewat.

Calon umum mewakili mahasiswa pendidik Nik Azrul.Yang sedang menyampaikan ucapannya.Sorak sorai agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin disebabkan menjaga adab.Laungan takbir bergema begitu juga dengan laungan mahasiswa pendidik.

Calon umum,Mohd Zahar.




Walaupun mahasiswa pendidik kali ini menghantar calon yang agak seikit namun gerak kerjanya agak kuat walaupun mengetahui hakikat tidak mampu menguasai MPP.Kekurangan calon yang dihantar bukan sahaja dikesali oleh mahasiswa bahkan oleh Alumni Mahasiswa Islam.









Kehadiran ke rapat umum kurang mungkin disebabkan masa kempen yang masih agak lama lagi.Rapat Umum mahasiswa pendididik banyak di hadiri oleh mereka dari Kos Pendidikan Islam.Namun kehadiran dari Program lain juga tidak mengecewakan.

SUASANA DI RAPAT UMUM PIMPINAN BITARA

     Sempena pilihanraya kampus hampir setiap hari terdapat rapat umum samada di khar,KAB,mahupun di bitarasiswa.Walaupun setiap malam pentas di sediakan untuk calon mahupun wakil calon berucap namun malam tadi barulah bermula rapat umum berlangsung dengan adanya calon yang berucap.Setiap ucapan berkisar tentang manifesto yang akan cuba di buat.Ada manifesto yang agak tidak logik di utarakan,memang begitulah sifat bakal setiap YB di Malaysia.Di Khar ucapan di mulai oleh pimpinan bitara kira-kira dalam pukul 1030 malam tadi.


Mohd Faizal calon dari pimpinan bitara.Walaupiun kehadiran tidaklah terlalu ramai namun boleh dikira agak memuaskan.Dan rata-rata yang hadir ialah orang kuat atau mereka yang bersemangat dalam PRK kali ini.

SHAIHA calon dari pimpinan bitara merupakan orang terakhir yang berucap dari pihak pimpinan bitara.Beliau juga merupakan S/U PERMAS.




Priyatharsini calon tunggal dari bukan melayu yang cuba merebut kerusi umum dalam prk kali ini.


Gelagat penyokong pimpinan bitara yang memegang banner.





Pada malam tadi Mahasiswa pendidik membuat rapat umum terlebih dahulu di KAB dan kemudian khar kira-kira jam 11 lebih malam.Calon-calon dari pimpinan bitara hampir kesemuanya menyamppaikan ucapan pada malam itu.










perang poster bermula


    Apabila saja masa berkempen bermula,masing-masing dari kedua belah pihak telah menampal poster dan kain rentang di tempat yang stategik.Walaupun poster dan banner daripada mahasiswa pendidik ( pro kebajikan ) tapi persaingan dilihat masih lago seimbang.Kurangnnya poster dari mahasiswa pendidik ini mungkin disebabkan oleh kurannya calon dari mahasiswa pendidik.Mahasiswa pendidik hanya menghantar 2 orang calon umum sahaja dalam prk ini bagi merebut 5 kerusi umum.Ini juga telah meresahkan sebilangan mahsiswa yang mahu mengundi kerana terpaksa juga mengundi 3 daripada calon pimpinan bitara ( aspirasi ).

Mohd Amin Sidik calon mahasiswa pendidik bagi fakulti bahasa.Perang poster di Khar banyak berlaku di kawasan laluan antara blok kerana ini merupakan kawasan yang paling stategik.

Sebahagian mahasiswa yang memasang banner herwana herman calon bagi mahasiswa pendidik bagi kerusi fakulti.

Banner dari pimpinan bitara ( aspirasi ).Kempen yang agak panjang kira-kira 6 hari mungkin agak menyebabkan persaingan sengit dari segi kempen dan pemasangan poster.Namun pagi hari ini sudah tidak lagi dilihat poster baru yang di tampal di kawasan khar.

Sebilangan muslimat yang dilihat memberi sokongan kepada petugas muslimin yang sedang memasang banner.Jangkamasa kempen kali ini hampir menyamai kempen pilihanraya umum dan ini mungkin satu latihan bagi mahasiswa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Calon fakulti sains dan teknologi Herwana Herman ( tengah ) mungkin sedang mengatakan sesuatu. Disisi kananya ialah pelajar UPSI yang sedang menjalani praktikum iaitu kak teh.Kak teh juga datang membantu kempen mahasiswa pendidik.


PRK pada kali ini juga mencatatkan penyertaan seorang dari bangsa india iaitu priyatharsini a/p darmalinggam.Dia juga merupakan calon tunggal bagi masyarakat india yang mewakili pimpinan bitara.

poster yang jatuh berdekatan lif di blok 2.

Eddy Safbree merupakan Presiden Permas ( persatuan sejarah ).Selain eddy,terdapat 2 orang lagi pimpinan permas yang bertanding iaitu naib presiden samuel yang menang tanpa bertanding di kerusi etnik mewakili mahasiswa pendidik,dan juga s/u permas iaitu shiha yang mewakili mahasiswa pendidik.

seorang mahasiswa terpaksa memanjat pagar bagi menggantung banner herwana herman.

Pada kali ini juga kempen turut dibantu juga oleh jmk ( jawatan kuasa mahasiswa kolej ).JMK LPS ( latihan dan pembangunan sahsiah ) semestinya akan membantu calon dari mahasiswa pendidik.Kelihatan bendahari jmk KUO ( kolej ungku omar ).

kelihatan dari jauh jmk lps kolej harun aminurrashid sedang memerhatikan pemasangan banner.

Sebahagian dari 8 orang calon yang bertanding kerusi umum.Nombor 1dan 3 merupakan calon dari mahasiswa pendidik iaitu mohd zahar dan nik azrul.
AKHIR KALAM JANGAN LUPA MEMILH YANG BETUL PADA 28 HARIBULANINI.JANAGN LUPA UNDI   "MAHASISWA PENDIDIK "

Khamis, Januari 21, 2010

LOGO PERSATUAN DI UPSI

    Sememangnya walau dimana sekalipun mesti ada persatuan.Seorang pemikir inggeris pernah mengatakan bahawa bahawa manusia ini ialah haiwan yang bersosial.Dalam arab pula mengatakan manusia ini sebagai haiwan yang boleh bercakap.Di sebabkan kita perlu bercakap dan bersosial maka kita juga perlukan pertubuhan untuk merealisasikan keperluan tersebut,Dimana-mana pun banyak sekali persatuan termasuklah di upsi.Saya hanya measukkan sebahagian kecil logo persatuan upsi di sini.



{ persatuan mahasiswa sejarah (permas)}


( persatuan pendidikan khas )


( persatuan bahasa arab )


( persatuan pendidikan Islam )


( persatuan kakitangan akademik )


( persatuan mahasiswa geografi )

( persatuan mahasiswa sains )

PEMBUBARAN MPP




        Sebagaimana yang termaklum oleh semua pelajar UPSI kerusi MPP telah terbubar pada hari pada 20.01.10.Borang untuk calon akan dijual pada esok hari dan penamaan calon bermula pada hari jumaat sekitar jam 8 pagi..Notis pembubaran telah di muatkan didalam portal UPSI dan adalah termaklum bahawa kita mempunyai 25 orang perwakilan samada meliputi kerusi umum,kerusi etnik mahupun kerusi fakulti. Berikut adalah notis pembubaran MPP pada kali ini.


NOTIS
PERISYTIHARAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 52 Perlembagaan Universiti Pendidikan
Sultan Idris, maka saya mengisytiharkan bagi pengetahuan semua pihak yang berkenaan bahawa satu
Pemilihan untuk memilih seramai 21 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 28
Januari 2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar tersebut adalah untuk mewakili :
A. Kawasan FAKULTI Jumlah Perwakilan
1. Fakulti Bahasa - 2 wakil
2. Fakulti Seni & Muzik - 2 wakil
3. Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia - 2 wakil
4. Fakulti Sains & Teknologi - 2 wakil
5. Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi - 2 wakil
6. Fakulti Perniagaan & Ekonomi - 2 wakil
7. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan - 2 wakil
8. Fakulti Sains Sukan - 2 wakil
B. Kawasan UMUM - 5 wakil
Jumlah kerusi yang dipertandingkan - 21 wakil
C. Kerusi Lantikan Untuk ETNIK
Cina - 1 wakil
India - 1 wakil
Sabah - 1 wakil
Sarawak - 1 wakil
- 4 wakil
JUMLAH KESELURUHAN KERUSI UNTUK SESI 2009/2010 - 25 WAKIL
OLEH HAL YANG DEMIKIAN DENGAN PENGISYTIHARAN INI, MAKA MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR BAGI SESI 2008/2009 DIBUBARKAN MULAI TARIKH 20 JANUARI 2010.
Pengerusi
Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010

Rabu, Januari 20, 2010

TARIKH PENTING PILIHNRAYA KAMPUS UPSI

   
               UPSI akan mengadakan satu pilihanraya kampus ( PRK ) pada 28.1.10 ini dan suasana sekarang agak panas dimana masing-masing kumpulan sedang giat menjalan tugas masing-masing.Di sini saya bawakan tarikh penting bagi pilihanraya kampus ini yang mana setiap pelajar UPSI perlu mengambil perhatian.

MAKLUMAT-MAKLUMAT MENGENAI PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010


TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT

20/01/2010
(Rabu) -
NOTIS Perisytiharan
PEMBUBARAN MPP
2008/2009 DAN
PEMILIHAN MPP 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
Kampus Induk dan Kolej-Kolej
Kediaman.

21/01/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang
Tempoh penjualan Borang
Pencalonan
Bilik Mesyuarat Utama, Aras
Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.

22/01/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
11.00 pagi

HARI PENAMAAN CALON
Bergambar
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
12.00
tengah hari
Pengumuman calon-calon
yang layak bertanding Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
2.45 petang
hingga
3.45 petang
Rayuan, bantahan dan
penarikan diri pencalonan
Bitarasiswa
(Bilik Sekretariat
Pencegahan Rasuah)
4.45 petang

PENGUMUMAN AKHIR
CALON YANG LAYAK
BERTANDING
(JIKA ADA PERUBAHAN)
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
5.30 petang
Taklimat kepada calon-calon
yang layak bertanding dan
wakil calon-calon
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
6.30 petang
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman

23/01/2010
(Sabtu)
hingga

 
27/01/2010
(Rabu)
8.30 pagi
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman
Lampiran 1b
28/10/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang

HARI PEMILIHAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR
(MPP) SESI 2009/2010
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Dewan Serba guna Kolej
Za’ba
4. Dewan Serbaguna KUO
5. Foyer Kolej Harun
Aminurrashid
6. Perpustakaan Tuanku
Bainun
7. Foyer KDP
5.30 petang

PENGUMUMAN
KEPUTUSAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2009/2010
Dewan SITC

29/10/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
10.00 pagi
Rayuan dan bantahan
keputusan Pemilihan
(jika ada)
Bilik Mesyuarat RMC
Aras 3
Bangunan Canselori
12.00
tengahari
Keputusan rasmi dan
muktamad Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
kampus induk dan kolej-kolej
kediaman dan Laman web
3.30 petang Taklimat kepada MPP Sesi
2009/2010

Selasa, Januari 19, 2010

PERJUANGAN SYED QUTB


     ( syed qutb )

      Dalam kuliah sejarah Islam di Asia Barat abad ke 19 hingga 20 saya mendapat asigment yang Syed Qutb.Agak susah untuk mendapatkan buku tentang Syed Qutb jadi terpaksalah mencari sumber dari internet juga walhal ia tidak digalakkan dalam penulisan sejarah kerana kadar ke bertanggungjawaban itu kurang.Siapakah Syed Qutb yang menjadi ikon kepada gerakan Islam sehingga kini.
    Syed Qutb dilahirkan pada tahun 1906 di wilayah As-yut Mesir.Sejak sekolah rendah lagi beliau telah hafal Al Quran iaitu pada umur 10 tahun lagi. Beliau telah meneruskan pengajiannya di Universiti Of Cairo Mesir.Sejaka dari sekolah rendah beliau minat mengarang buku dan buku pertamanya terbit sekitar umurnya 25 tahun.
      Beliau sebenarnya terpengaruh dengan aliran akkad iaitu aliran sastera pujangga dan beliau meminatinya sehingga mati.Pengaruh besar Hassan Al Banna telah menempias dirinya dan beliau telah leburkan diri dengan jemaah ikhwan muslimun.Beliau pernah diberi kepercayaan untuk mengarang majalah ikhwanul muslimun iaitu suara rasmi ikhwan di mesir.Antara karya agungnya ialah FI ZILALIL QURAN dan PETUNJUK SEPANJANG JALAN.Beliau telah dihukum gantung bersama 2 orang sahabatnya iaitu Yusuf Hawasy dan Abdul Fattah Ismail.Beliau dihukum gantung oleh mahkamah tentera selepas beberapa bulan sahaja dibebaskan.

Isnin, Januari 18, 2010

PTPTN masuk untuk tahun 2006 dan 2007




     PTPTN yang akan masuk pada 20.1.10 hanya kepada peminjam pada tahun 2006 dan 2007 sahaja.Peminjam tahun 2008 dan 2009belum dimaklumkan bila akan masuk pinjaman tersebut..Berikut adalah kenyataan jabatan bendahari yang di ambil dari portal UPSI..
"   Adalah dimaklumkan mengikut maklumat yang diterima dari pihak PTPTN, hanya pelajar Ijazah sarjana muda bagi tahun 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima wang pinjaman PTPTN pada 20 Januari 2010. Walaubagaimanapun bagi pelajar Tahun 2008 dan 2009, wang pinjaman tidak dapat dikreditkan pada tarikh tersebut kerana terdapat masalah teknikal di pihak PTPTN.
Pihak Bendahari akan sentiasa merujuk ke PTPTN bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebarang maklumat yang diterima akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Sekian, harap maklum."

Sabtu, Januari 16, 2010

KHASIAT HALIA

HALIA atau dalam bahasa Inggerisnya Ginger dan bahasa Indonesianya di kenal sebagai Jahe adalah adalah sejenis rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan orang melayu, orang-orang timur malam orang barat. Halia adalah dari keluarga Zingiberaceae atau nama botaninya Zingiber officinale Ross.

Pokok halia mempunyai batang berbentuk bulat, bewarna dan agak keras. Daunnya tersusun berselang-selang dan teratur. Tinggi tanaman ini di sekitar 30 – 60cm. Jika tumbuhan ini mendapat cahaya matahari yang mencukupi halianya akan menjadi lebih besar daripada biasa.

Halia adalah antara rempah ratus yang terpenting diperniagaan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang di tanam secara meluas di seluruh dunia. Antara Negara yang mengeluarkan banyak halia ialah India. China, Nigeria, Australia dan Thailand.

Di Negara ini halia diusahakan secara kecil-kecilan dan menjadi tamanan selingan di antara tanaman utama seperti nenas, getah dan kelapa sawit.

Dikalangan orang melayu halia terkenal bahan makanan yang mempunyai nilai perubatan tradisional yang dipercayai dapat menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angina yang terdapat dalam usus besar dan kecil.

Ubat-ubatan yang dibuat daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, margin, sakit gigi, sakit tulang, segugut dan sakit dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diproses untuk mengeluarkan minyak dan ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerois dan eleoresin. Minyak halia boleh dijadikan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.

Lazimnya dalam peruibatan tradisional melayu halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Manakala dalam masakan pula halia digunakan dalam bentuk segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses menjadi sebuk halia, halia jeruk dan bahan perisa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Rabu, Januari 13, 2010

KHASIAT BUNGA CENGKIH




       Apa bila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan. . TG Ayah Sin Pondok Pasir Tumbuh  selalu mengunyah nya sejak berumur 17 tahun lagi dan  beliau yang berumur sudah mencecah 90an masih sihat dan  masih boleh mengaji al quran dan mengajarnya  dengan baik sehingga sekarang.  Cara tuan guru tersebut amal ia lah dengan mengunyahnya 10 kuntum bunga  setiap hari  dan menghisap air nya.  Memandangkan bahan ini mudah diperolehi ,murah dan tidak merbahaya apa salahnya kita mencubanya!

Kajian Saintifik Bunga Cengkih.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah  B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller);  flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan  sesquiterpenes.[9]  . Bunga cengkih  ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama  eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai  antiseptic dan juga  "anaesthetic" .
 Khasiat  Bunga Cengkih.
 

1        Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.
   

2.      Menguatkan jantung
   

3.      Kesihatan Mata
   

4.     Ketahanan Gigi
   

5.     Menguatkan Ingatan
6         Menghilangkan Sakit Gigi

 

Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia
 

7         Menghilangkan rasa mual dan pening
 

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih
 

8        Menghilangkan Bau Mulut

   

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih  kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih  lakukannya tiga hari sekali
 

9      Menghilangkan Bau Peti Sejuk
 

 Cara nya:  Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

 
 

10      Radang Hati
 

Cara nya :  Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.


 

11      Selsema 
 

Caranya  :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
 
 

12      Sembelit

  Caranya :  Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

 
 

13      Mengelak Semut

   Cara :  Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
 

14      Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.
 


TINGKATAN PARA WALI ALLAH

Syaikhul Akbar Ibnu Araby dalam kitab Futuhatul Makkiyah membuat klasifikasi tingkatan wali dan kedudukannya. Jumlah mereka sangat banyak, ada yang terbatas dan yang tidak terbatas. Sedikitnya terdapat 9 tingkatan, secara garis besar dapat diringkas sebagai berikut :

  1. Wali Aqthab atau Wali Quthub

  2. Wali yang sangat paripurna. Ia memimpin dan menguasai wali diseluruh alam semesta. Jumlahnya hanya seorang setiap masa. Jika wali ini wafat, maka Wali Quthub lainnya yang menggantikan.

  3. Wali Aimmah
    Pembantu Wali Quthub. Posisi mereka menggantikan Wali Quthub jika wafat. Jumlahnya dua orang dalam setiap masa. Seorang bernama Abdur Robbi, bertugas menyaksikan alam malakut. Dan lainnya bernama Abdul Malik, bertugas menyaksikan alam malaikat.


  4. Wali Autad
    Jumlahnya empat orang. Berada di empat wilayah penjuru mata angin, yang masing-masing menguasai wilayahnya. Pusat wilayah berada di Kakbah. Kadang dalam Wali Autad terdapat juga wanita. Mereka bergelar Abdul Haiyi, Abdul Alim, Abdul Qadir dan Abdu Murid.


  5. Wali Abdal
    Abdal berarti pengganti. Dinamakan demikian karena jika meninggal di suatu tempat, mereka menunjuk penggantinya. Jumlah Wali Abdal sebanyak tujuh orang, yang menguasai ketujuh iklim. Pengarang kitab Futuhatul Makkiyah dan Fushus Hikam yang terkenal itu, mengaku pernah melihat dan bergaul baik dengan ke tujuh Wali Abdal di Makkatul Mukarramah.
    Pada tahun 586 di Spanyol, Ibnu Arabi bertemu Wali Abdal bernama Musa al-Baidarani. Abdul Madjid bin Salamah sahabat Ibnu Arabi pernah bertemu Wali Abdal bernama Mu’az bin al-Asyrash. Beliau kemudian menanyakan bagaimana cara mencapai kedudukan Wali Abdal. Ia menjawab dengan lapar, tidak tidur dimalam hari, banyak diam dan mengasingkan diri dari keramaian.


  6. Wali Nuqoba’
    Jumlah mereka sebanyak 12 orang dalam setiap masa. Allah memahamkan mereka tentang hukum syariat. Dengan demikian mereka akan segera menyadari terhadap semua tipuan hawa nafsu dan iblis. Jika Wali Nuqoba’ melihat bekas telapak kaki seseorang diatas tanah, mereka mengetahui apakah jejak orang alim atau bodoh, orang baik atau tidak.


  7. Wali Nujaba’
    Jumlahnya mereka sebanyak 8 orang dalam setiap masa.


  8. Wali Hawariyyun
    Berasal dari kata hawari, yang berarti pembela. Ia adalah orang yang membela agama Allah, baik dengan argumen maupun senjata. Pada zaman nabi Muhammad sebagai Hawari adalah Zubair bin Awam. Allah menganugerahkan kepada Wali Hawariyyun ilmu pengetahuan, keberanian dan ketekunan dalam beribadah.


  9. Wali Rajabiyyun
    Dinamakan demikian, karena karomahnya muncul selalu dalam bulan Rajab. Jumlah mereka sebanyak 40 orang. Terdapat di berbagai negara dan antara mereka saling mengenal. Wali Rajabiyyun dapat mengetahui batin seseorang. Wali ini setiap awal bulan Rajab, badannya terasa berat bagaikan terhimpit langit. Mereka berbaring diatas ranjang dengan tubuh kaku tak bergerak. Bahkan, akan terlihat kedua pelupuk matanya tidak berkedip hingga sore hari. Keesokan harinya perasaan seperti itu baru berkurang. Pada hari ketiga, mereka menyaksikan peristiwa ghaib.

    Berbagai rahasia kebesaran Allah tersingkap, padahal mereka masih tetap berbaring diatas ranjang. Keadaan Wali Rajabiyyun tetap demikian, sesudah 3 hari baru bisa berbicara.

    Apabila bulan Rajab berakhir, bagaikan terlepas dari ikatan lalu bangun. Ia akan kembali ke posisinya semula. Jika mereka seorang pedagang, maka akan kembali ke pekerjaannya sehari-hari sebagai pedagang.


  10. Wali Khatam
    Khatam berarti penutup. Jumlahnya hanya seorang dalam setiap masa. Wali Khatam bertugas menguasai dan mengurus wilayah kekuasaan ummat nabi Muhammd,saw.

Selasa, Januari 12, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA FAIZOL DAN FADHIRI

         Kes kemalangan pelajar UPSI pada pagi itu bukan sahaja seorang bahkan dua orang iaitu faizol dan fadhiri dan keduanya merupakan orang yang paling baik sahsiah yang saya jumpa di UPSI.Allahyarham Fadhiri adalah salah seorang pelajar yang sering memakai jubah serban dan kain sandang dan sepanjang pengenalan saya dengannya baru sekali saya berjumpa dengannya dalam keadaan dia tidak memakai jubah.Sebagaimana saudara faizol Allahyarham fadhiri juga seorang yang menjaga tutur kata dan pernah berguru dengan Allahyarham TG Haji Abdullah ( TG HAJI LOH PONDOK LUBUK TAPAH ).Jika ditanya kepada saya siapa mereka paling baik di sini nescaya akan saya kata mereka berdua ini.
          Allahyarham fadhiri merupakan seorang yang lebih suka menerima pendapat orang lain dari mengeluarkan pendapat sendiri.Pada petang zohor 11.1.10 saya dan rakan mengikuti rombongan mengiringi jenazah Allahyarham faizol ke Pasir mas dan satu lagi rombongan ke Tanah Merah iaitu tempat fadhiri.Kami sampai pun agak lewat sekitar pukul 12 malam dan jenazah Allahyarham ditanam sekitar pukul sepuluh lebih.Mungkin menjadi kekesalan saya apabila tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir,.Adik  Allahyarham Faizol,Amin berkata kepada saya apa yang boleh dibuat redha sajalah.Bagaimanapun mereka akan saya ingati terutama sahsiah mereka yang baik dan mungkin sukar untuk saya meniru sahsiah mereka namun sekurangnya ia mendatangkan kesan dan keinginan kepada diri saya untuk menirunya..AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG BANYAK MENABUR BAKTI JUANG DI UPSI.

Isnin, Januari 11, 2010

AL FATIHAH BUAT ALLAYARHAM FAIZOL

        Sekitar pukul 5 pagi tadi saya menerima panggilan dari rakan saya yang menyatakan bahawa akhi faizol kemalangan di simpang empat dekat kedai pau yik mun.Apa yang terfikir dalam fikiran saya bahawa Allayarham hanya luka ringan tetapi apabila sampai di tempat kejadian rupa-rupanya Allayarham telah meninggalkan kami.
       Allahyarham merupakan seorang yang baik dan jika masa terluang lidahnya hanya di basahi dengan zikir.Beliau juga kerap berpuasa sunat dan tutur percakapan amat dijaga.Saya mula mengenali Allahyarham secara lebih rapat semasa menghadiri kem usrah dan Allahyarham pernah mengajak saya untuk mengambil tarekat dengan seorang gurunya bahkan beliau sendiri merupakan seorang pengamal tarekat yang konsisten.Beliau juga pernah berpesan kepada saya supaya merapatkan diri dengan Allah supaya dapat menetang kemungkaran.Paling tidak menyangka saya dengan pemergiannya ialah kerana pada malam itu saya sempat mengambil nombor telepon ustaz kazim elias el hafiz dengan Allahyarham semasa magrib dan itu merupakan perjumpaan sayan dengannya buat kali pertama dan terakhir dengannya buat sem ini.
     AL FATIHAH DAN SEMOGA RAHMAT DAN REDHA ALLAH BERSAMANYA.KAMI AKAN TERUSKAN PERJUANGAN YANG DI TINGGALKANNYA.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters