Pengikut

Jumaat, Mac 04, 2011

Konflik Pembesar Kedah dengan British Abad ke 19

Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..



    Perjanjian Sempadan telah ditandatangani pada 1909 antara British ( Great Britain dalam kertas kerja) dengan Siam.Perjanjian ini amat penting kerana berlakunya peristiwa penyerahan Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.Kertas kerja ini juga menerangkan secara ringkas mengenai bila negeri tersebut menerima Penasihat British.Kertas kerja ini juga mendatangkan konflik antara pembesar Kedah dengan Pegawai British sejak sebelum perjanjian sempadan tersebut ditandatangani lagi.Namun ia hanya melibatkan isu kewangan dimana Kedah pernah meminjam wang dari Siam bagi menampung bajet negara.Dengan itu,Kedah perlu menerima seorang penasihat daripada Siam yang berbangsa Inggeris.Ia bagi mengawal kewangan Kedah supaya Kedah tidak berhutang lagi dengan mana-mana pihak.Peminjaman ini berlaku akibat keborosan Kedah itu sendiri sebagaimana yang tertulis didalam kertas kerja ini:
“Keadaan kewangan Kedah menjadi meruncing selepas upacara perkahwinan diraja lima orang putera dan puteri Sultan Kedah selama 3 bulan pada 1904”.
Keadaan ini sebenarnya menunjukkan keborosan yang dilakukan oleh pemerintah Kedah.Bagaimanakah sesuatu pesta perkahwinan berlangsung dalam tempoh masa yang begitu panjang iaitu 3 bulan,dan ia mungkin menjadi pesta yang paling lama dalam sejarah peradaban manusia.Sepatutnya Sultan Kedah menjalankan pentadbiran secara berhemah dan mengetahui tentang kewangan Kedah itu sendiri.Kedah telah melakukan pinjaman dalam jumlah yang banyak iaitu 2.6 juta dengan kadar faedah 6% setahun.Jika dilihat pinjaman tersebut adalah tersangat besar jika dibandingkan dengan komposisi Kedah ebagai sebuah negeri yang tidaklah terlalu besar tambahan pula perbelanjaan dahulu bukanlah mahal seperti sekarang.
    Perkara ini sebenarnya telah memerangkap Kedah.Kedah terpaksa menerima penasihat kewangan yang akan mengawal penuh kewangan Kedah.Kedah telah menerima penasihat kewangan pada 1905 iaitu W.F.Williamson.Selain itu,Kedah perlu juga membentuk sebuah Malis Mesyuarat Negeri yang tidak lebih lima orang sebagaimana yang disebutkan dalam kertas kerja ini:
“...dan pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri tidak lebih daripada 5 orang”.
Antara ahli Majlis Mesyuarat Negeri ini ialah Raja Muda Abdul Aziz sebagai Presiden,G.C.Hart,Muhammad Ariffin,Haji Ahmad,Syed Abdullah.Namun perlantikan ini mencurigakan British pengaruh Siam akan bertambah kukuh maka British telah mengahantar Meadows untuk bertugas sebagai konsul British di Kedah.

“Pada tahun 1905,jawatan ini digantikan oleh G.C.Hart”.

    Selepas Raja Muda Abdul Aziz meninggal,beliau diganti oleh Tunku Mahmud yang menetang pengaruh asing ke Kedah.Berlaku isu dimana Tunku Mahmud telah member amaran kepada Dr Hoops yang telah bertindak mengedarkan surat kepada ketua jabatan dlaam bahasa Inggeris.Sebenarnya konflik yang berlaku ini sebenarnya adalah konflik untuk mempertahan/mengekalkan jati diri Warga Kedah itu sendiri.Saya berkata demikian berdasarkan peristiwa yang berlaku contohnya peristiwa pengedaran surat dalam bahasa Inggeris.Dilihat disini bahawa Tunku Mhamud merupakan seorang yang tegas dan tidak mungkin akan membiarkan jati diri Kedah yang selama ini menggunakan bahasa Melayu akan tercalar.
    Dalam mengekalkan jati diri Kedah ini juga kita  dapat melihat dimana Tunku Mahmud secara langsung tidak menyukai dengan campur tangan pegawai Siam mahupun British dalam pentadbiran Kedah.Beliau berpendapat bahawa segala campur tangan asing dalam urusan pentadbiran Kedah adalah menyekat kebebasan Kedah;
“…perlantikan Penasihat Siam adalah melampaui bidang tugasnya sebagai Presiden Majlis Mesyuarat Negeri dan bertentangan dengan kebebasan Kedah”.
Jelas melalui perkataan dalam kertas kerja ini bahawa krisis ini berlaku apabila Tunku Mahmud dan sebilangan lagi yang menyokongnya tidak suka dengan campur tangan dari kuasa asing.Tunku Mahmud adalah seorang yang berpandangan jauh dan melihat kepada peristiwa yang berlaku terhadap negeri lain yang tertaklukk kepada kuasa barat yang lain sebagaimana Negeri-Negeri Selat.Beliau mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran supaya Kedah tidak akan jatuh taraf sebagaimana Negeri-Negeri Selat.Konflik ini juga berlaku akibat daripada tindakan Tunku Mahmud cuba menngahapuskan kuasa Penasihat Kewangan yang dilihat beliau sebagai melampaui batas kuasa yang diberikan.Maka disini berlaku  percanggahan pendapat mengenai bidang kuasa sebenar Penasihat Kewangan tersebut.Peristiwa pertelingkahan itu dijelaskan secara panjang lebar oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria dalam kertas kerjanya ini yang bertajuk Sejarah Gerakan Politik Awal di Kedah.




Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters