( Sir Thomas Stamford Reffles )
Pada 28 Januari 1819,Stamford Reffles telah
tiba di Singapura dan meminta kebenaran Temenggung Abdul Rahman penguasa
Singapura untuk membina loji di Singapura.Ini merupakan satu persetujuan awal
yang dibuat kerana Reffles tahu Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau
semestinya tidak akan menyetujui pembinaan loji kerana Baginda berada di bawah
pengaruh Belanda.Pada tahun 1784,Belanda telah menyerang Riau dan mengusir
Bugis dari Riau.Ini menyebabkan Kesultanan Johor dikuasai oleh Belanda
Pula.Selepas itu,Sultan Mahmud yang berkuasa pada masa itu,telah melantik Engku
Muda menjadi Yam Tuan Muda bagi mengukuhkan kuasa orang Melayu.Perlantikan ini
telah menyebabkan perasaan tidak puas hati orang Bugis dan mereka menyerang
kembali dan melantik Raja Ali sebagai Yam Tuan Muda.Selepas itu,Engku Muda
dilantik sebagai Temenggung di Singapura namun ditolak oleh Engku Muda.Bugis
melantik saudara kepada Engku Muda iaitu Abdul Rahman menjadi Temenggung di
Singapura.
Sultan Mahmud mangkat pada 1812 dan
meninggalkan 2 orang putera iaitu Tengku Abdul Rahman ( putera bongsu ) dan
Tengku Husin ( putera sulung ).Para pembesar Melayu menyokong Tengku Husin
sebagai Sultan kerana Putera Mahkota sedangkan orang Bugis mahukan Tengku Abdul
Rahman sebagai Sultan.Di sebabkan pengaruh Bugis kuat maka Tengku Abdul Rahman
menjadi Sultan bagi seluruh empayar Johor-Riau.British telah menawarkan kepada
Tengku Husin untuk menjadi Sultan.Tengku Husin yang disingkirkan selama ini
terus menerima tawaran itu dan diangkat menjadi Sultan Johor pada 1819 dengan
memakai gelaran Sultan Husin Muhammad Shah.Pada 6 Febuari 1819,Sultan Husin
telah bersetuju dengan pembinaan loji British di Singapura dan sebagai saguhati
Sultan Abdul Rahman di berikan 5000 dolar setahun manakala Temenggung Abdul
Rahman telah diberi 3000 dolar setahun.Perjanjian yang ditandatangani pada
tarikh tersebut juga mengandungi beberapa perkara seperti Sultan Husin menjadi
Sultan Johor,Sebarang kuasa tidak dibenarkan membuka tempat di Singapura,Orang
Brititsh tidak boleh mengcampuri hal ehwal Singapura dan Brititsh tidak akan
membantu Sultan dalam peperangan.Pada 1823,Sultan Husin dan Temenggung setuju
menyerahkan hak monopoli perniagaan dan cukai dan sebagai gantinya mendapat
pencn 1500 dalar dan 800 dolar masing-masing.Pada 1824,Sultan Husin dan
Temenggung Abdul Rahman menyerahkan secara langsung segala pangkat dan
kedudukan di Singapura dan sebagai gantinya menerima 33 000 dolar dan pencen 1
300 sebulan manakala Temenggung Abdul Rahman mendapat 28 000 Dolar dan pencen
700 sebulan.Melalui perjanjian yang telah ditandatangani,British telah
menguasai Singapura sepenuhnya.Pendudukan ini telah menyebabkan Belanda tidak
berpuas hati kerana dikatakan melanggar perjanjian London 13 Ogos 1814.Masalah
dengan Belanda selesai selepas perjanjian Inggeris Belanda ditandatangani pada
1824.Residen pertama Singapura adalah Kolonel Furqahar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan