Pengikut

Rabu, Februari 16, 2011

Bismillah wal Alhadulillah... Bersyukur kita kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar syukur. Memahami erti dan makna syukur dab bagaimana untuk bersyukur kepada Allah dengan sebenar-benar syukur, Kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia untuk menjadi pemberi rahmat kepada sekalian alam. Bagaimana jika kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan cahaya Muhammad?,nescaya kita mungkin masih dalam keadaan yang sesat lagi menyesatkan. 
    Atas kapasiti itulah sejak dahulu kala umat Islam telah meraikan satu sambutan yang antara meriah dalam kalendar Islam iaitu maulid Nabi Muhammad kekasih Allah. Sejarah Mencatatkan bahawa orang pertama yang meraikan maulid Nabi S.A.W adalah Abu Said Qakburi seorang gabenor Irbil di Iraq semasa pemerintahan Slahuddin Al Ayubi. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa yang menyuruh melaksanakan perayaan maulid Nabi ini ialah Salahuddin al Ayubi sendiri kerana melihat kelemahan umat Islam pada masa itu ialah kerana tidak mengenali sekaligus mencintai Nabi S.A.W. Disebabkan oleh kurangnya semangat cintakan Rasulullah dalam kalangan pejuang Islam menyebabkan umat Islam pada masa itu amat sukar untuk menang dalam menghadapi perang salib ini. Maulid Nabi S.A.W ini disambut oleh semua masyarakat sunni dan syiah kecuali wahabi yang menghukumnya sebagai  bidaah. Dan Arab Saudi satu-satunya negara yang tidak menjadikan maulid Nabi sebagai hari Libur..... Umat sunni menyambut Maulid pada 12 rabiulawal manakala umat syiah menyambutnya pada 17 rabiulawal bertepatan dengan kelahiran imam keenam syiah. 
  Walaupun golongan yang suka membidaahkannya,ulama silam Islam dan juga ulama yang jujur dengan ilmu pada masa ini tetap meneruskan apa yang dikatakan sebagai melahirkan kecintaan kepada Nabi S.A.W. Antara ulama besar yang membenarkannya ialah  Imam Subki, Suyuthi, atau Ibnu Hajar dan pernah dilakukan oleh Shalahuddin Al-Ayyubi. Ulama-ulama sunni sekarang yanag sememangnya aktif menyambut maulid nabi ialah Habib Umar,Habib Ali,Habib Fuad,Habib Salim,Syeikh Nuruuddin dan banyak lagi. Mereka mempunyai hujah yang lebih kukuh untuk meraikannya. Apakah salah kita menyambut kelahiran Nabi Muhammad yang kita cintai untuk menzahirkan kecintaan kita?.. Allah telah menjadikan seksa Abu Lahab dengan seksa yang kecil pada hari Isnin kerana hanya gembira dengan kelahiran Muhammad S.A.W. 
    

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters