Pengikut

Isnin, September 28, 2009

SIAPAKAH IMAM NAWAWI ?


         Imam Nawawi merupakan seorang ulama yang agung pada daulah umayyah.Nama sebenarnya ialah Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya,beliau di lahirkan di nawa dan kemudiannya
nama tersebut digunakan untuk dirinya.Beliau wafat pada 24 rajab 676H.
      Antara kehebatannya yang terselah ialah peristiwa pemindahan perpustakaan Masjid Umawi.Beliau antara yang kuat menentang perancangan khalifah untuk memindahkan perpustakaan itu.Disebabkan itu beliau telah di panggil ke istana,apabila beliau masuk ke istana khalifah telah mengugut beliau lantas beliau menunjukkan jarinya kearah hamparan permaidani daripada kulit binatang.Permaidani tadi telah menjadi harimau dan beberapa jenis haiwan liar lain.Harimau tadi cuba menerkam pemerintah tetapi pemerintah sempat meminta maaf dan mencium kaki Imam Nawawi.Peristiwa ini berlaku disebabkan Imam Nawawi mengamalkan hizib Nawawi iaitu hizib yang diwariskan oleh nabi kepada Anas Bin Malik dan terus diwarisi sehingga kepada Imam Nawawi.
        Satu lagi peristiwa penting zamannya ialah peperangan yang berlaku antara daulah umayyah dengan tentera monggol.Semasa peperangan negara kehabisan wang dan pemerintah ingin menaikkan cukai.Semua ulama menyokong usaha pemerintah kecuali Imam Nawawi yang menentangnya.Setelah mendapat kemurkaan raja akhirnya beliau menghantar surat kepada raja itu.....
        Antara isi surat itu ialah menceritakan tentang kemewahan raja,Raja mempunyai 1000 orang gundik dan setiap satu mempunyai pakaian yang mahal dan beberapa ketul emas.Raja juga mempunyai 200 jariah yang mempunyai harta yang mahal-mahal.Maka kata Imam Nawawi,bahawa sudah sudah cukup dengan harta hambanya saja untuk biayai perang.Jika tidak cukup baru beliau akan keluarkan fatwa untuk membayar cukai.Akhirnya beliau telah diusir keluar dari Damsyik dengan diiringi tangisan anak muridnya.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters