Utusan Kao Li telah tiba di negeri Song. Kedatangan mereka telah disambut meriah oleh pegawai daerah yang juga merupakan ayah kepada Gongsu Ce. Tarian asal Kao Li telah mengiringi rombongan tersebut yang membawa puteri negara Kao Li untuk dinikahkan dengan Maharaja Song. Namun sebelum sampai ke pekan tersebut,rombongan negara Kao Li telah diserang hebat oleh sekumpulan lelaki yang bertopeng hitam. Negara Song yang sudah lemah tersebut terus menjadi sasaran kemarahan Kao Li. Tengku negara Kao Li amat marah dengan kejadian tersebut dan meminta Yamen/Pejabat Daerah untuk menangkap penyerang terbabit dalam masa yang terdekat jika tidak mahu peristiwa tersebut diberitahu kepada Maharaja Song. Tengku Kao Li telah menghina negara Song yang lemah tersebut namun terus dibantah oleh pegawai daerah tersebut.
“Di negara saya terdapat banyak rakyat yang sedia bekorban,harap Tengku tidak akan meremehkan kerajaan Song” katanya dalam keadaan yang terketar-ketar.
“Apa kata kamu ini,akan saya beritahu perbuatan kamu ini kepada maharaja kamu” kata Tengku Kao Li tersebut dengan angkuh.
“Biarpun hamba tidak pintar namun,masih mencintai negara” balas pegawai daerah tersebut
Tidak lama kemudian majlis tersebut bersurai. Pegawai daerah telah memanggil mesyuarat bersama dengan orang kuat daerah termasuklah dalam perbincangan ini ialah Bao Zheng dan juga anaknya Gongsu Ce.
“Baiklah... hari ini saya memanggil kamu semua datang mencari siapa pelaku perbuatan tersebut?” kata pegawai daerah tersebut.
“Menurut model tombak dan beratnya sama.Setiap tombak beratnya 5 kilogram,yang terkena walaupun tidak mati pasti akan terluka” kata pengawal Sem yang telah membunuh harimau di hutan Syaitan Perempuan.
“Tapi setiap tombak ini dipenuhi dengan racun,siapa yang terkena pasti akan terus mati,mereka ini pasti mengharapkan tengku Kao Li tersebut mati. Siapakah mereka itu?” tambah Bao Zheng lagi.
“Hanya hanya mahu kamu menangkapnya walaupun siapa dia,yang curiga terus tangkap sahaja,,Kalau terjadi sesuatu akan saya hukum..cepat pergi” perintah pegawai daerah tersebut.
“Baik” kata pengawal serentak.
Bao Zheng sememangnya dikenali sebagai seorang yang cerdas dalam menyelesaikan kes. Pegawai daerah telah meminta Bao Zheng untuk membantunya menyelesaikan kes ini. Keadaan dipekan tersebut semakin teruk. Ramai penduduk yang disyaki telah ditangkap oleh pihak kerajaan tempatan. Dalam pada itu,terdapat seorang penilik nasib yang hebat telah datang ke pekan tersebut lantas disoal siasat.
“Tuan datang dari mana” tanya Pengawal Sem kepada penilik nasib tersebut
“Saya datang dari kota dan sudah tujuh hari berada disini” kata penilik nasib tersebut dengan tidak acuh sambil menunjukkan kad merantau kepada Pengawal Sem.
“Perlukan kita tangkap dia” soal Bao Zheng
“Tidak perlu dia mempunyai bukti merantau” kata pengawal Sem.
Pada malamnya sambutan kedatangan utusan Kao Li tersebut berlansung dengan meriah.Tarian daripada budaya Song tidak putus-putus digayakan. Segala makanan yang enak-enak telah dihidangkan kepada semua yang hadir. Selepas persembahan diadakan maka Tengku Kao Li telah merendah-rendahkan negara Song
“Saya sungguh kecewa kerana persilatan negara ini sungguh rendah dan tidak sehebat negara Kao Li” kata Tengku Kao Li dengan angkuh. Tengku Kao Li terus mencabar orang Song untuk menunjukkan kehebatan negaranya. Cabaran yang dikemukan oleh Tengku Kao Li itu telah disambut oleh Gongsu Ce dengan yakin untuk menunjukkan bahawa orang Song mempunyai ilmu yang tinggi bukannya rendah sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Kao Li tersebut.
“oooo.. Baiklah saya akan mengemukan pepatah” kata Tengku Kao Li tersebut.
Sepuluh mulut bermakna hati,
memikirkan negara,rumah dan rakyat,
“Aksara 10 ditambah aksara mulut ditambah aksara hati adalah sebuah aksara niat... Ini memang susah kamu fikirlah perlahan-lahan”kata Tengku Kao Li dengan akngkuh kerana menyangka soalan tersebut tidak akan dapat dijawab. Namun sebelum habis katanya Gongsu Ce telah mengemukan jawapan.
“ Lapan mata menikmati,angin menikmati angin” jawab Gongsu Ce
“Bagus...bagus .... bagaimana dengan kamu pula Bao Zheng” kata pegawai daerah
“ Saya.... baiklah saya jawab... lapan mata ditambah kebahagian,tahun kebahagian,bulan kebahagian menjadi damai” jawab Bao Zheng
Dengan tidak semena-mena seorang pegawai Kao Li menyampuk
“ Bagus.. sangat bagus..jawapannya adalah pokok pinus yang besar”
Jawapan yang diberikan oleh Gongsu Ce dan Bao Cheng telah menyebabkan Tengku Negara Kao Li merasa geram kerana persoalan yang dijangkanya sukar dijawab telah dijawab dengan mudah oleh orang Song.
Orang Kao Li tidak puas hati kerana merasakan mereka telah diremehkan. Untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku, pengawal Sem telah mencabar orang Kao Li untuk berlawan pedang namun selepas lama bertarung pedang yang digunakan oleh pegawai Kao Li hampir mengenai Tengku Kao Li sehingga menyebabkan pertandingan tersebut terus dibatalkan.
Kejadian tersebut telah membingungkan Bao Zheng. Pelbagai andaian telah keluar dalam fikirannya. Adakah penyerang yang berbaju hitam tersebut merupakan salah seorang pegawai Kao Li atau adakah kejadian perlawanan pedang itu tidak disengajakan?.
“Saya berlawan dengannya dan saya dapati permainannya sungguh hebat” kata pengawal Sem.
“Ohhh..baru saya perasan. Semasa serangan tersebut saya dapati pengawal tersebut tidak segera melindungai Tengku Kao Li,dia hanya menjaga disamping tandu” kata Bao Zheng
“Aku juga tidak faham” kata pengawal Sem.
“Aihhhh...lima hari yang dijanjikan oleh Tengku Kao Li telah hampir tiba..bagaimana ni” keluh pengawal Sem.
Tiba-tiba mereka berdua melihat sekumpulan kanak-kanak memukul seorang perempuan yang menghuni Hutan Syaitan Perempuan. Pengawal Sem telah menghalang kanak-kanak tersebut daripada terus memukul perempuan tersebut.
“Pergi..pergi kalau tidak aku akan memukul kamu semua” kata pengawal Sem kepada kanak-kanak tersebut. Perempuan tersebut terus dibawa kerumah Bao Zheng untuk menerima rawatan hasil daripada luka kerana dipukul oleh kanak-kanak tersebut.
“ Waktu Siang Ai dalam kandungan,ibunya digigit serigala,ia telah jatuh sakit dan gila serta mengeluarkan air liur, beberapa orang desa telah digigitnya.. pada malam ibu Siang Ai digigit malamnya Siang Ai telah dilahirkan” terang ibu Bao Zheng kepada Bao Zheng dan pengawal Sem selepas merawat Siang Ai yang menghuni Hutan Syaitan itu. Setelah peristiwa tersebut,ayah Siang Ai telah membawa mereka sekeluarga ke hutan Syaitan. Disana penyakit ibu Siang Ai semakin teruk sehingga turut menggigit suaminya. Ayah Siang Ai yang telah digigit oleh ibunya turut menjadi gila dan sebulan kemudian ayahnya pula meninggal dunia meninggalkan Siang Ai seorang diri tinggal di hutan tersebut.
Suatu hari Tengku Kao Li dan rombongannya telah pergi berburu di kawasan hutan berdekatan. Tengku Kao Li seorang diri telah masuk ke hutan Syaitan untuk memburu disana. Tengku Kao Li secara tidak sengaja telah ternampak Siang Ai yang tengah mandi di sungai berdekatan hutan Syaitan. Disebabkan keinginannya kepada wanita amat kuat,Tengku Kao Li telah mengejar Siang Ai sehingga ke dalam sebuah tokong buruk.
“Banyak wanita ingin menjadi kekasihku,hari ini nasib kau baik akan menjadi kekasihku” kata Tengku Kao Li dengan perasaan yang penuh nafsu.
“Pergi...pergi ..aku tidak mahu menjadi kekasih kau” tempik Siang Ai dalam keadaan ketakutan.
( BERSAMBUNG )
Pengikut
Selasa, Julai 19, 2011
Isnin, April 25, 2011
Apakah Kata Kerja Terbitan
Menurut
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja terbitan ialah kata
sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi
yang boleh menjadi kata dasar untuk menerbitkan kata kerja transitif.
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan bahawa terdapat tiga imbuhan
yang membentuk kata kerja transitif,iaitu ‘per-‘.’-kan’,dan ‘-i’. Setiap
daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151
) medefinisikan sebagai kata kerja yang terhasil daripada proses
pengimbuhan,iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan
melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan
kata kerja terdiri daripada awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian
imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an
imbuhan akhiran –kan,-i dan –an.
Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang
menerima sebarang imbuhan samada daripada kata nama,kata kerja,kata
adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan kata-kata ini menjadi sifat kata kerja
walaupun berasal bukan daripada kata kerja. Kebanyakan kata kerja terbitan
ialah kata kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai kata kerja
terbitan pasif.
.Kata kerja terbitan awalan
Kata
kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-,mempeR-,dan
dipeR-.
Menurut
Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata
kerja aktif,sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat
bentuk varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et
al. 2008:151 ).
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan
kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
(
a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i.
memasak - Ibu memasak
nasi
ii.
menggaul - Kakak menggaul
ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
(
b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
mengembek - Kambing itu dari tadi lagi
mengembek.
(
c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
mencandan - Ismail mencandan
sebagai mata pencarian.
(
d ) menuju sasaran, contohnya :
mendarat - Kapal terbang itu mendarat
di landasan.
(
e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
membelit - Soalan itu telah membelit
fikirannya.
dan
akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua
bahagian iaitu
(
a ) hidup sebagai,contohnya:
menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
(
b ) menjadi,contohnya:
membujur - Ali duduk dalam
keadaan membujur untuk sembahyang.
Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima
awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karim
et al. 2008:161 ). Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata
kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata
kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa
Dewan,apabila awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah menjadi satu r
melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
ber + rantai = berantai
ber + ranjau = beranjau.
Awalan
beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata
kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna
mengikut golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh
membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri sendiri,perbuatan
bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku,membawa makna mempunyai,makna
memakai,mengerjakan sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta
bantuan,berada dalam keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,dan
beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata
dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
berlari. ber-
merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.
Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu
bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata
dasar,contohnya:
nampak
– ternampak
jatuh
– terjatuh
Bagi
kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r
tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter-
,iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi
kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
(
a ) kata kerja transitif
terlihat – Ali terlihat kucing
dilanggar.
(
b ) kata kerja tak transitif
terjatuh - Ali terjatuh dari katil
Bagi
kata kerja pasif pula ialah:
terlanggar- Kereta itu terlanggar
oleh Ali.
Imbuhan
teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan
tersedia.
Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
jahit
– dijahit
Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut
Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus untuk awalan di-.
Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu bentuk,iaitu
memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai awalan per-.(
Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan
kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon
Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak
berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba
– memperhamba
Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar
- memperlebar.
JKR telah memperlebar jalan raya
itu.
Kata
kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menjadikan,menjadikan
lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.
Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif. ( Nik Safiah Karim et
al 2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper-
contohnya:
halus
– diperhalus
Cadangan itu akan diperhalus oleh
Menteri Besar.
Awalan
diper- mempunyai beberapa makna,iaitu dijadikan,dijadikan lebih
atau bertambah dan terdapat sesuatu
Akhiran kata kerja.
Hanya
terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
i.
-kan
ii.
–i
2 Akhiran
–kan.
Akhiran
–kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis ayat
sahaja,iaitu
(
a )dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua contohnya:
tuliskan
– saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
(
b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan
– pastikan lampu dipadam.
Akhiran
–kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi dan melakukan
sesuatu untuk manfaaat orang lain.
. Akhiran
-i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran –i
wujud hanya dalam dua bentuk,iaitu
(
a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai
– Majlis itu akan saya sertai.
(
b ) dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi
– tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran
– i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna menyebabkan jadi
dan juga menyatakan unsur tempat.
Apitan kata kerja
Apitan
ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua bahagian
imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan
juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah Karim et al.
2008:190 ).
Kata
kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-kan,beR-...-an,di-...-kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I,di-...-I,ke-...-an,diper-...-kan,diper-...-i.
(
i ) Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...-kan,meng-...-kan,
dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung dengan
apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-kan
terdiri daripada dua jenis, iaitu;
(
a ) yang menerima satu objek,contohnya:
Abu melontarkan lembing kepada
Ali.
(
b ) yang menerima dua objek, contohnya:
Ibu menjahitkan baju untuk saya
dan kakak.
Apitan
meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat sesuatu,menyebabkan
jadi,dan manfaat.
(
ii ) Pada dasarnya hanya satu sahaja imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan.
Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan
membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
(
a ) beratapkan – Rumah yang dibina itu beratapkan
daun nipah.
Imbuhan
apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu sebagaimana contoh
diatas,
beratapkan
– memberi makna menjadikan atap.
(
iii ) Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata
adjektif,kata tugas dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i
membentuk kata kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis,iaitu:
(
a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
menjahiti
- Ibu menjahiti kami sepasang
baju.
(
b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi
– Saya menolongi makcik membaiki motor.
Sisipan kata kerja
Dalam
bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun
demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif
yang mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses pengimbuhan ( Nik Safiah
Karim et al.2008:217 ). Mengikut Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan
adalah imbuhan yang tersisip di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan
dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi
produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa ini,imbuhan sisipan tidak
dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya amat jarang. Bahkan Abdullah
Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan sisipan tidak lagi produktif kerana
bilangannya yang sedikit.
Dalam
sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata kerja
terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan –em-. Contohnya,
guruh
– gemuruh
sabut
– serabut
getar
– geletar
contoh
ayat :
Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis
pertunangan yang akan diadakan.
Apakah Imbuhan
Perkataan-perkataan
dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar ,iaitu bentuk kata
terkecil yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan,atau bentuk terbitan
,iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi
melalui pelbagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa
tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan
makna nahunya ( Safiah Karim et al.
2008:45 ).
Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:10) menjelaskan
kata terbitan ialah kata yang berasal daripada kata tunggal yang telah
mengalami proses penambahan atau dengan kata lain menggunakan imbuhan.
Dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:45 )
menjelaskan bahawa kata terbitan mempunyai empat bentuk,iaitu
awalan,akhiran,sisipan,apitan,morfem kosong,dan bentuk fleksi. Namun Arbak
Othman ( 1985:3 ) pula menyatakan imbuhan terbahagi kepada empat jenis
berdasarkan lingkungan atau tempat yang didudukinya,iaitu
awalan,sisipan,akhiran dan imbuhan terbahagi. Imbuhan berlaku dalam pelbagai
jenis kata sama ada kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.
Kata-kata ini jika menerima imbuhan boleh menjadi makna yang berlainan daripada
kata dasarnya.
Sabtu, April 23, 2011
Kes Pembunuhan Isteri Saudagar
![]() |
| Bao Zheng/Bao Qingtian |
Selepas
menyelesaikan kes babi yang mencuri,Bao Zheng bergegas ke tempat ibunya membuat
autopsy seorang mayat isteri lelaki yang kaya. Ibu Bao Cheng yang merupakan
seorang tabib memeriksa mayat tersebut dan mendapati isteri saudagar tersebut
dibunuh bukannya mati kerana penyakit jantung yang dialaminya.
“Saya
mendapati mayat ini telah dicekik dan ia mati dalam keadaan yang terseksa” kata
ibu Bao Zheng kepada penyiasat pegawai daerah. Dengan tidak semena-mena saudagar
kaya tersebut telah meluru masuk ke kawasan pemeriksaan mayat seolah-olah tidak
mengetahui punca kematian isterinya.
“Puan,Puan”
saudagar tersebut menjerit.
Namun
ibu Bao Zheng melarang saudagar tersebut daripada mendekati mayat kerana takut
segala bukti berkenaan kejadian tersebut akan hilang. Ibu Bao Zheng lantas
menepuk belakang mayat tersebut dan mendapati terdapat cecair yang keluar
daripada mulut mangsa yang dipercayai sebagai ubat penyakit jantung.
Tidak
lama kemudian Bao Zheng ampai dan terus menanyakan kepada ibunya hasil autopsy
yang dilakukan. Bao Zheng telah menguatkan lagi hujah bahawa perempuan tersebut
dibunuh. Buktinya leher mangsa tersebut mempunyai kesan digantung selepas
dibunuh oleh pembunuhnya.
Soal
siasat terus dijalankan oleh pegawai di pejabat daerah tersebut.
“Saya
tidak tahu. Semalam saya telah pergi mengutip hutang,dan apabila pulang melihat
isteri saya sudah meninggal” kata saudagar Kun.
“
Bagaimana dengan kamu pula” tanya pegawai terbabit kepada seorang pembantu
rumah.
“
Sebelum kekuil,puan telah mnyuruh saya membeli cangkir untuk sembanhyang.
Tetapi selepas itu saya telah melihat pua sudah meninggal” kata pembantu rumah
tersebut.
Pegawai
penyiasat tersebut buntu untuk mencari jawapan kerana semua pekerja termasuk
saudagar tersebut mempunyai alasan dan alibi masing-masing. Tiba-tiba Bao Zheng
telah melihat dua orang pembantu rumah perempuan dan terus bertanya
“
Berapa lama kamu bekerja di sini? “
“
Saya disini telah bekerja disini selama tujuh tahun” kata salah seorang pembantu
tersebut.
“Kamu
pula?”
“Saya
telah bekerja disini selama setengah tahun” kata seorang pembantu lagi.
Bao
Zheng lantas tersenyum dan berkata “ kalau begitu saya sudah tahu siapa
pembunuhnya”.
Bao
Zheng lantas menunjukkan tangan kepada saudagar tersebut. “ Kamulah pembunuh”
katanya.
“Bukan
saya,bukan saya” saudagar tersebut cuba menafikan tuduhan Bao Zheng.
“Tadi
bukanlah kamu kata kamu mengutip hutang diluar dan baru sahaja sampai disini?”
kata Bao Zheng.
“
Betul,betul” kata saudagar tersebut mengiakan kenyataan Bao Zheng.
“Tapi
saya melihat kasut kamu bersih,bukan seperti orang yang berjalan jauh.
Melainkan engkau telah balik malam tadi dan membunuh isteri engkau”.
“Bukan
saya,bukan saya,saya betul-betul tidak melakukannya” kata saudagar tersebut
tegas.
“Baik
kamu masih tidak mahu mengaku ya,aku akan kemukakan bukti” kata Bao Zheng
lantas menakutkan saudagar tersebut.
“Bukti
apa?” kata saudagar tersebut dengan suara yang gementar.
“
Saya melihat cap jari kamu di leher isteri kamu. Lehernya ada lekukan yang
dicekik oleh orang yang memakai cincin dan disini hanya kamu yang memakai
cincin” kata Bao Zheng tegas.
“Jadi
kamulah pembunuhnya,pengawal tangkap dia” tambah Bao Zheng.
“Jadi
adakah kamu tahu kenapakah isterinya dibunuh” tanya ibu Bao Zheng.
Bao
Zheng lantas menunjukkan tangan kearah seorang pembantu rumah yang baru bekerja
selama setengah tahun tersebut jika ingin mengetahui sebab isteri saudagar
tersebut dibunuh.
“Saya,saya,saya
tiada urusan dengannya,kenapa harus saya bunuhnya,saya tidak tahu siapa pembunuhnya”
kata pembantu rumah tersebut dengan nada yang takut bercampur gementar.
“Saya
juga tidak tahu... Tapi kenapa yang sudah tujuh tahun bekerja tetapi masih
memakai baju yang buruk tetapi kamu yang baru bekerja setengah tahun sudah
memakai baju yang cantik” sindir Bao Zheng.
Ibu
Bao Zheng terus pergi dekat dengan pembantu rumah tersebut dan mendapati
pembantu rumah tersebut menyimpan sejenis ubat untuk menggugurkan janin dalam
perut. Ibu Bao Zheng lantas memeriksa nadi pembantu rumah tersebut dan mendapati
perempuan tersebut telah hamil angkara hubungan sulit yang dilakukan dengan
saudagar tersebut. Selepas rahsianya tersingkap,pembantu rumah tersebut terus
melutut dan mendedahkan rahsianya. Dalam nada kesal dan penuh tangisan pembantu
rumah tersebut berkata
“Ini
bukan urusan saya, tapi tuan besar berjanji jika puan mati saya akan
menggantikan tempatnya,kamu tolonglah jangan tangkap saya,saya merayu” rayu
perempuan tersebut.
Pengakuan
yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut sudah cukup untuk merungkai kes
tersebut. Kedua-dua penjenayah tersebut telah dihukum gantung oleh mahkamah
atau Yamen. Pegawai penyiasat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Bao
Zheng dan ibunya kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kerana dengan akal
yang dimilikinya adalah mustahil kes tersebut diselesaikan olehnya.
Semasa
pulang dari tempat kejadian penduduk pekan tersebut telah riuh dengan kehebatan
seorang pengawal daerah tersebut yang berjaya membunuh seekor harimau di Hutan
Syaitan Perempuan. Hutan Syaitan Perempuan adalah hutan yang paling ditakuti
oleh penduduk kerana mereka mempercayai ada syaitan didalam hutan tersebut.
Namun dalam hutan tersebut tinggal seorang perempuan yang disisihkan oleh
masyarakat kerana ibu perempuan tersebut telah dijangkiti penyakit anjing gila
dan memakan daging manusia.
Jumaat, April 22, 2011
Cara Mengelakkan Stress Exam
Bila musim exam pasti akan banyak berlaku kes histeria sehinggakan bekas pengetua Khar meminta untuk diwujudkan pasukan rawatan histeria. Sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan anda daripada tertekan menghadapi exam. Gunakan petua sahaja...
1.Pergi Exam Dengan Tangan Kosong
2. Pastikan Terget Anda
![]() |
| Tangan Kosong |
Anda dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa bahan bacaan semasa pergi exam. Kalau boleh semua barang seperti dompet,ketik kuku,make up dilarang daripada membawanya. Jika anda melihat rakan anda memegang apa-apa bahan bacaan untuk exam pastikan anda menjauhinya kerana ia boleh mendatangkan kesan stress kepada anda. Sebolehnya semasa pergi exam cukuplah anda membawa kad matrik,pen,pensil,pemadam,gorek untuk menajamkan pensil dan juga slip exam. Pastikan semasa menuju ke tempat exam anda tidak membawa apa-apa dan berjalan melenggang....
![]() |
| Pastikan Target Anda |
Bila menghadapi peperiksaan,pastikan anda meletakkan target untuk lulus bukan utnuk mendapatkan A. Apa ada pada A sehingga orang berebut untuknya. Anda perlu berfikir dengan waras, Jika anda tidak mendapat A adakah ada apa-apa kesan kepada anda?. Tetapi jika anda tidak lulus anda perlu repeat semula subjek tersebut dan jika tersilap haribulan boleh dibuang universiti. Jadi pastikan matlamat anda betul.. Letakkan target serendah mungkin. Dalam meletakkan target ini anda kena pastikan bahawa anda tidak akan kecewa/cemburu jika rakan anda mendapatkan A.....
![]() |
| Jangan Baca Saya |
3. Jangan Membaca
Petua mudah untuk mengelakkan stress ialah jangan membaca atau jika anda takut untuk tidak dapat menjawab soalan pastikan anda membaca dengan kadar jumlah yang sedikit. Rasionalnya, tidak semua soalan yang anda baca itu akan masuk dalam exam. Dan jika soalan yang anda baca tidak masuk sekurangnya anda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia dengan membaca sesutau yang tidak keluar dalam exam maka secara tidak langsung anda akan senyum dan stress pun hilang.
![]() |
| Keluar Sekarang |
4. Fikir untuk Keluar Awal
Semasa masuk kedalam dewan pastikan perkara pertama dilakukan ialah melihat masa menjawab. Kemudian tengok soalan dan tentukan jangkamasa anda dapat menyiapkan jawapan anda. Pastikan anda menjawab dengan laju dan jangan sesekali melihat kembali jawapan anda melainkan hanya memeriksaan no matrik dan beberpa perkara yang perlu dikertas jawapan. Selepas siap,terus angkat kaki meninggalkan dewan. Pasti anda kagum dengan diri anda ...
![]() |
| Pastikan Anda Dalam kedudukan selamat |
5. Jangan berada didepan Orang Yang Anda Cintai
Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berada sekelas dengan orang yang anda anggap bakal isteri anda ialah kemungkinan anda akan berada dekat dengan dia semasa berada didalam dewan. Jika anda tidak pemali x apa tapi bagaimana dengan mereka yang pemalu..... Saya tiada penyelesaian kepada masalah ini cuma pastikan anda siap awal dan pastikan orang yang anda anggap bakal pasangan anda itu tunduk tidak melihat anda terutamanya sekali bila anda keluar dewan .. Yang penting jangan difikir apa yang nak dikata... Hidup dengan diri kita sendiri jangan jadi orang lain.....
Gunalah petua ini bagi mengelakkan anda stress dalam menghadapi peperiksaan tetapi saya tidak berani jamin dengan pointer anda....
~ngee~ slmt mencuba
Khamis, April 21, 2011
Bao Zheng - Kisah Pencuri Wang Penjual Pau
![]() |
| Bao Zheng |
Gongsu
Ce merupakan seorang yang pintar. Sebagai seorang cendiakawan beliau sering
sahaja dicabar oleh cendiakawan lain untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat
dari segi keilmuannya dalam bidang muzik,sastera,catur. Sedang asyik beliau
bertanding tiba-tiba keadaan menjadi riuh apabila orang ramai dikeadai terbabit
menjerit bahawa ada seorang yang bijak ingin mengadili seekor babi yang
dikatakan mencuri. Lelaki yang bijak tersebut ialah Bao Zheng yang memiliki
kulit yang hitam dan dan mempunyai bulan sabit di dahi sebagai tanda lahir.
Beliau telah dipanggil oleh ibunya untuk menyiasat satu kejadian bunuh di rumah
seorang kaya di pekan tersebut. Dalam perjalanan Bao Zheng telah melihat orang
ramai di sebuah kedai di pekan tersebut sedang bergaduh mengenai kejadian
kecurian tersebut.
Seorang
pakcik yang menjual pau telah mendakwa seorang lelaki yang membawa babi
tersebut mencuri wang perniagaannya namun lelaki tersebut menafikannya dan
menuduh babinya yang mencuri. Ini telah menyebabkan kekecohan berlaku di pekan
tersebut. Bao Zheng yang kebetulan lalu secara sukarela ingin menyelesaikan
masalah tersebut.
Bao
Zheng dengan selamba mengatakan bahawa babi itulah yang mencuri duit pakcik
yang menjual pau tersebut. Perkara ini telah menyebabkan keriuhan dalam
kalangan masyarakat pekan tersebut. Bao Zheng telah menggunakan kaedah
psikologi untuk mengumpan pencuri tersebut.
Bao
Zheng telah bertindak memukul babi tersebut supaya babi tersebut mengaku bahawa
dialah mencuri wang terbabit. Pakcik yang mencuri wang tersebut terpedaya
dengan helah yang digunakan oleh Bao Zheng.
“Kenapa
kamu mencuri?” Tanya Bao Zheng kepada babi tersebut.
Bao
Zheng telah merapatkan telinganya ke mulut babi untuk mendengar apakah sebabnya
babi tersebut mencuri. Keadaan ini telah menambahkan lagi kepercayaan penduduk
bahawa Bao Zheng boleh berkomunikasi dengan binatang.
“ooo..
kamu mencuri kerana miskin” kata Bao Zheng sendirian setelah mendengar apa yang
dikatakan oleh babi tersebut.
“Tuan-tuan,mari
kita menderma untuk diberikan kepada babi ini” tambah Bao Zheng lagi.
Orang
ramai yang melihat aksi Bao Zheng tersebut telah serta merta dengan sukarela
menghulurkan derma untuk babi tersebut tanpa banyak bertanya kerana orang ramai
masih tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Bao Zheng seterusnya . Bao
Zheng telah mengarahkan supaya derma tersebut diberikan dalam sebuah bekas yang
berisi air. Gongsu Ce sudah lama berada ditempat kejadian telah menjadi orang
pertama yang menghulurkan derma tersebut untuk melihat tindakan yang akan
dilakukan oleh Bao Zheng tersebut. Mereka berdua adalah cendiakawan paling
pintar dalam provinsi Anhui. Cuma Bao Zheng lebih sedikit pintar dalam
merungkaikan kes yang sukar. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan Bao
Zheng lebih diminati kerana bersifat merendah diri mungkin disebabkan
keluarganya miskin berbanding dengan keluarga Gongsu Ce yang merupakan keluarga
pegawai daerah.
Orang
ramai telah menghulurkan derma masing-masing namun pemilik babi yang dikatakan
mencuri tersebut teragak-agak untuk mengeluarkan derma namun selepas desakan
orang ramai akhirnya pakcik tersebut menghulurkan derma tersebut. Apabila duit
tersebut mencecah air sahaja maka Bao Zheng berkata
“Pakcik
inilah yang mencuri”.
Orang
ramai yang setia menunggu pada waktu itu menjadi hairan kerana dengan hanya
memberi derma sudah boleh mengetahui siapa pencurinya. Bao Zheng pantas
menjelaskan bahawa pakcik yang menjual pau tersebut menjual pau dan sering
menerima wang hasil jualannya. Disebabkan pau memerlukan minyak untuk proses
pembuatannya semestinya wang yang dipegang oleh pakcik penjual tersebut turut
berminyak. Semua wang yang didermakan oleh orang ramai tidak berminyak
sedangkan hanya wang pakcik tersebut sahaja yang berminyak sekaligus menandakan
bahawa pakcik yang membawa babi tersebut yang mencurinya. Untuk mengukuhkan
lagi dakwaannya,Bao Zheng telah mengarahkan supaya pakcik tersebut memasukkan
semua wang yang ada padanya kedalam magkuk yang berisi air dan keadaan air
tersebut semakin jelas ia berminyak. Pakcik penjual pau tersebut lantas
mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng.
“Kamu
pasti akan menjadi pegawai suatu hari nanti” kata pakcik tersebut.
Namun
keadaan itu tidak disukai oleh Gongsu Ce kerana akan mengurangkan popularitinya
sebagai seorang cendiakawan.
3 Katogeri Anak dalam Islam...
![]() |
| Mas Kahwin rm 1000 |
Dalam Islam terdapat 3 jenis anak yang dikatogorikan. Mungkin 2 daripadanya kita sudah sering mendengarnya dan satu lagi hanya orang-orang tertentu je yang tahu terutamanya mereka yang menuntut ilmu pada jalannya.
1. Anak Sah Taraf
Anak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan selepas berlakunya akad nikah. Katogeri ini paling banyak terdapat didunia umat Islam. Tetapi tahukah anda bahawa jima' selepas akad nikah adalah haram kerana pada masa itu masih ada imam yang tengok dan juga sanak saudara. Jadi kepada anda berhati-hatilah kepada anda. Pastikan tiada orang dulu baru on. Bagaimana pula jika perkahwinan kita ditentang oleh ayah. Dalam kes ini kita boleh mewakilkan wali hakim atau imam untuk meminta keizinan ayah untuk mengahwinkan anda dan jika si ayah tetap tidak mahu maka boleh diteruskan dengan wali yang lain seperti abang atau datuk. Tetapi sebaiknya jika sudah ada tentangan keluarga baik xpayah nak diteruskan ye.....
2. Anak ibu bapa Haram
Anak Ibu bapa haram merupakan kategori anak kedua paling banyak. Ia berlaku apabila melahirkan anak dalam keadaan belum akad nikah. Menurut rekod di Malaysia, setiap 17 minit akan ada bayi luar nikah ini yang dilahirkan. Semua ini berlaku atas beberapa faktor yang lebih suka saya sebut sebagai mangsa sistem. Tidak semua mereka yang terlibat dalam gejala haram ini kerana kurangnya kesedaran agama, dan saya yakin jika ia islam bukannya tidak tahu bahawa zina tu haram. Jadi antara faktor berlakunya zina ialah ...... Ibu bapa perempuan meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi ( kawe nok cari hok 1000 jah ),, dikatakan terlalu muda untuk kahwin,tentangan keluarga dan seribu sepuluh satu lagi alasan....
3. Anak Wati Syubhah
Anak wati syubhah merupakan bukan anak zina dan juga bukan anak kahwin.. Pelik kan kan kan... Tak payah nak pelik jom kita dengar cerita dahulu... Suatu hari, Abu berkahwin dengan si Mira. Sudah menjadi adat Melayu,malam pertama dan beberpa malam pengantin akan tido di rumah perempuan. Di rumah Mira pulak dia ada kakak dan adik yang sudah berkahwin yang duduk di rumah. Kisahnya bermula begini, pada malam pertama atau dua tama dan seterusnya pun,,, elektrik rumah mira telah terpadam. Dalam samar-samar gelap Abu telah masuk bilik kakak Mira kerana disangkanya sudah biliknya sendiri. Dalam suasana yang gelap gelita, Abu tanpa membuang masa telah melakukan aktiviti yang dilakukan oleh pengantin tanpa mengetahui yang dia lakukan dengan kakak mira bukannya mira. Kakak mira pun pada masa itu ingatkan dia melakukan perbuatan itu dengan suaminya ( walaupun kakaknya dah rasa sedikit pelik tapi x brani bersuara ) . Selepas selesai perbuatan tutttttt.... Tiba3 elektrik hidup semula dan mereka terkejut bahawa mereka bukan pasangan yang sah.. Dalam bab ini mereka bukannya berzina kerana mereka masing3 ingat bahawa ia pasangan masing3 semasa melakukannya. Dan jika hasil hubungan mereka itu melahirkan anak,maka anak itu dipanggil anak wati syubhah.... ( ia bukan dilakukan dengan sengaja ye.. jagan pandai3 nak buat sengaja plak.)
Rabu, April 20, 2011
Apakah Maksud Kata Kerja
![]() |
| Kesan Exam Morfo |
Kata
kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti
menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang
besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan
dan Ainon Mohd ,1994:238 ).
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
( 2008:88 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi
unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif
dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif
dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.
Manakala terdapat empat bentuk pembentukan
kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 )
menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja
tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini adalah
sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 150 ). Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk
tanpa imbuhan yang mana boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah
Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan
kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan
dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai
predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah
kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 )
menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata
ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan (
2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia
berlaku pasa bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada
rangkaian dua morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
Dapatlah difahami bahawa kata kerja
merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.
Panduan Memilih Suami
Jika anda salah seorang perempuan yang masih kompius untuk memilih calon suami,saya cadangkan anda untuk memilih pelajar sejarah untuk dijadikan suami. Pelajar Sejarah amat berkualiti untuk dijadikan suami terutamanya Lelaki Ini...
. Saya mempunyai alasan kukuh berkata demikian kerana terbukti,perempuan yang berkahwin dengan pelajar sejarah semua bahagia.. Apakah sebabnya?
1. Anda akan lebih masa tidur.
Orang sejarah bila membebel akan mengeluarkan semua fakta sejarah yang sudah berusia 2000-2500 tahun lampau. Jika anda tidak berminat dengan sejarah saya jamin anda akan cepat terlena. Disebabkan terlena,anda tidak perlu marah akan suami anda bahkan mampu menyelamatkan rumah tangga daripada pertengkaran dan yang lebih penting anda tidak derhaka kepada suami anda.
2. Menyelamatkan masa tidur selama 2 tahun.
Mengikut kajian yang dilakukan, ibu yang melahirkan anak biasanya akan menghabiskan masa tidur untuk 2 tahun untuk membesarkan anak. Dengan berkahwin dengan bersuamikan lelaki sejarah anda sudah dapat menjimatkan masa 2 tahun tersebut. Dengan hanya mengeluarkan sedikit suara,bayi anda yang menjerit akan terus tidur kerana bosan mendengar suara suami anda dan yang paling penting takut suami anda mengeluarkan fakta sejarah.
3. Seorang yang setia
Biasanya suami yang mempunyai latar belakang sejarah adalah seorang yang setia. Suatu malam semestinya dia akan meminta anda berjanji supaya tidak berkahwin lagi jika dia mati kerana tidak mahu anda menduakannya. Dan jika anda meminta suami anda tersebut berbuat perkara yang sama, saya yakin suami anda akan menarik selimut mengabaikan kemahuan anda kerana walaupun sayangkan anda,didalam hatinya tetap mempunyai hasrat untuk mengambil madu....
4. Menjimatkan kewangan keluarga
Pelajar sejarah biasanya tidak suka bergaya ( jika ada yang bergaya,tu mesti pelajar celup punya ) . Biasanya dia akan memakai baju yang tidak bergosok ( menjimatkan elektrik ) , Seluar hanya dibasuh selepas sebulan dihimpun atau lebih tepat sudah habis pakaian ( jimat air ). Kredit tepon biasanya akan diminta dengan kawan tetapi kebiasaannya anda yang menjadi mangsa.
5. Suka Mengkritik
Pelajar sejarah sudah diasuh untuk melakukan kritikan. Biasanya anda akan menjadi mangsa utama tambahan lagi jika hobi anda adalah berkemban.
Ini merupakan sedikit sebanyak petua yang boleh saya berikan untuk anda. selamat mencuba...
Apakah Akronim Dan Singkatan
![]() |
| Bahasa Jiwa Bangsa |
Kebanyakan ahli bahasa
tidak bersependapat mengenai Akronim dan Singkatan. Akronim. Singkatan dan
pelambangan terletak di bawah proses abreviasi iaitu proses morfologis yang
mengubah leksem atau gabungan leksem menjadi kependekan Prof.Dr.E. ( Zaenal
Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 13 ). Ada ahli bahasa yang
meletakkan akronim dalam ayat tunggal manakala ada yang tidak bersetuju
meletakkan akronim dalam ayat tunggal. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008 :
47) menyatakan bahawa kata tunggal ialah
kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar. Kamus Dewan Edisi Ketiga turut
menyatakan bahawa akronim tergolong dalam kata tunggal ( 2008 : 48 ). Menurut
Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Kemas Kini, akronim terdiri daripada kata
selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Akronim
pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan
( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku
kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai
kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Indonesia contohnya
memiliki banyak sistem akronim dan singkatan. Oleh itu mereka memiliki cara
khas untuk mewujudkan singkatan dan akronim dalam bahasa mereka. Dalam
melakukan rujukan mengenai singkatan dan akronim biasanya mereka akan melakukan
rujukan pada buku Pedoman. Dalam buku Karya Tulis Ilmiah Sosial : menyiap, menulis,
mencermati ( 2004 : 184 ) membawakan contoh pemilu atau pimilihan umum
untuk rakyat Indonesia. Dalam buku itu, penulis telah mempersoalkan ejaan Pemilu
yang ditulis dengan huruf besar (atau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai p
kapital ) sedangkan pemilu bukan nama diri.
Dalam
buku yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1993:21) menyatakan bahawa istilah akronim ialah
gabungan huruf awal perkataan,gabungan suku kata atau gabungan kombinasi huruf
dan suku kata dari baris kata yang diperlakukan sebagai kata contohnya :
a ) Felda –
Federal Land Development Authority ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ).
b ) Mara
– Majlis Amanah Rakyat
c ) Pernas
– Perbadanan Nasional Berhad.
Kamus Tatabahasa
Dewan ( 2008:66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk melalui tiga proses, iaitu
daripada gabungan huruf awal rangkai kata yang membentuk kata nama Khas
contohnya
a ) ABIM –
Angkatan Belia Islam Malaysia
Kedua,akronim
boleh terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan
suku kata dengan suku kata dan merupakan kata nama khas contohnya,
a ) Mara –
Majlis Amanah Rakyat
Ketiga, gabungan
suku kata dengan suku kata yang ditulis dengan huruf kecil kerana buka kata
nama khas contohnya
a ) tadika – taman
didikan kanak-kanak,
b ) pemilu –
pemilihan umum.
Dalam
buku teks untuk Sekolah Menengah Atas Indonesia iaitu Cendikia Berbahasa, memuatkan
juga proses pembentukan akronim yang juga terdiri daripada tiga cara,iaitu:
1 ) Akronim nama
diri yang merupakan gabungan huruf awal deretan perkataan dengan huruf kapital
( huruf besar ) dan cara ini sama dengan cara yang dikemukan oleh Kamus Dewan
pada contoh satu, contohnya
a ) LAN –
Lembaga Administrasi Negara
2 ) Akronim
hasil gabungan suku kata atau gabungan suku kata dengan huruf contohnya
a ) Iwapi –
Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia
3 ) Akronim yang bukan nama diri yang berpa
gabungan huruf, suku kata daripada baris yang ditulis dengan huruf kecil
contohnya
a ) pemilu –
pemilihan umum.
Menurut
Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada
penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata
atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis
dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Singkatan
ialah bentuk istilah yang dipendekkan melalui tiga cara ( Pedoman Umum
Pembentukan Istilah, 1993 : 20 ) iaitu:
i. Istilah yang
terdiri daripada satu huruf atau lebih tetapi bentuk lisannya sesuai dengan
bentuk istilahnya contohnya:
a ) kg –
Kilogram
b ) cm –
centimeter
c ) mm –
millimeter
ii. Istilah yang memiliki satu huruf tetapi
dilisankan dengan satu huruf ke satu huruf contohnya :
a ) Dap –
Democratic Action Party
b ) Mca –
Malayan Chinese Association
c ) Mic –
Malayan Indian Conggress
iii. Istilah
yang dibentuk dengan meninggalkan sebahagian unsurnya contohnya sebagaimana
yang dinyatakan dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah:
a ) ekspress –
kereta api ekspress
b ) lab –
labotarium
c ) harian –
surat khabar harian.
Tujuan penutur menggunakan akronim dan
singkatan ialah supaya penutur kalimat yang dituturkan tidak terlalu panjang (
Prof.Dr.E. Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 14 ).
Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.












