Pengikut

Isnin, Mac 21, 2011

Manusia Kini Sudah Kejam...

    Oleh kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang dilakukan di Vice City. Pembunuhan menjadi perkara yang biasa. Disana penguatkuasaan yang dilakukan oleh polis boleh dikatakan sebagai sia-sia apabila penjahat melakukan kejahatan seperti bergaduh dan membunuh dihadapan polis. Walaupun penguatkuasaan yang dilakukan dibantu oleh Unit Swat dan Unit Udara namun penjahat tersebut sukar untuk ditumpaskan . Disini saya sertakan beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman tersebut. 


Kelihatan penjahat tersebut berbincang sesuatu dengan seorang perempuan dipercayai untuk merancang jenayah.

Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Edi mencuri dompet polis selepas membunuhnya.. Selain polis tersebut, 2 orang pegawai perubatan juga dipercayai dibunuh kejam.
Edy kelihatan menyepak seorang pegawai perubatan selepas pegawaii perubatan tersebut tidak mendngar arahan supaya tidak merawat lelaki yang dipukulnya yang turut dipercayai sebagai musuh ketatnya.
Wanita yang bersekongkol dengan Edy kelihatan takut jenayah yang dilakukannya diketahui. Edy pun kelihatan was-was dengan perbuatannya.
Rakan pakatan Edy memberitahu cara yang perlu dilakukan Edy utnuk membunuh pegawai perubatan tersebut.. Seorang rakan pegawai perubatan tersebut sudah terbunuh.
Selepas menerima nasihat perempuan tersebut. Edy terus membakar semua kereta untuk menutup jenayah yang dilakukannya.
Seorang polis tumpas ditembak oleh senapang patah yang dipercayai dicuri.
Seorang polis hanya membiarkan pergaduhan yang berlaku diantara seorang lelaki dan wanita seksi.. Ini telah menyebabkan Edy marah kepada polis terbut dan terus membunuh polis yang tidak bertanggungjawab itu       ( gambar diatas ).
Disebabkan tidak mampu membayar tambang teksi . Edy telah bertindak membunuh driver teksi tersbut dihadapan beberapa perempuan simpanannya.
seorang polis menangis selepas ditumbuk oleh Edy.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis Vice City kepada pelawat bandar tersebut ialah berhati-hati dengan jenayah yang berlaku kerana sebarang kematian bukan tannggungjawab polis.



Jumaat, Mac 18, 2011

Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari


Nasab Keturunan
Nama sebenar Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdul Rahman al Banjari telah dilahirkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Lok Gabang pada hari khamis 17 march 1710 bersamaan 15 Safar 1122 Hijrah. Menurut Abdulrahman Siddiq yang merupakan seorang mufti Inderagiri, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari merupakan berjalur nasab daripada Alawiyyin daripada Sultan AbdulRashid Mindanao. Beliau merupakan antara sekalian banyak ulama dinusantara yang berketurunan Rasulullah S.A.W. Jalur nasab beliau ialah Muhammad Arsyad al Banjari bin Abdullah bin Abu Bakar bin Sultan Abdurrasyid Mindanao bin Abdullah bin Abu Bakar al Hindi bin Ahmad ash Shalaibiyyah bin Hussien bin Abdullah bin Syeikh bin Abdullah al Idrus al Akbar bin Abu Bakar as Sakran bin Abdurrahman as Saqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali Maula Ad Dark bin Alwi al Ghoyyur bin Muhammad al Faqih Muqaddam bin Ali Faqih Nuruddin bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khaliqul Qassam bin Alwi bin Muhammad Maula Shama’ah bin Alawi Abi Sadah bin Ubaidillah bin Imam Ahmad Muhajir bin Imam Isa ar Rumi bin Imam Muhammad an Naqib bin Al Imam Ali Uraidhy bin Imam Ja’far As Shadiq bin Imam Muhammad al Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Ali dan Siti Fatimah binti Muhammad S.A.W.
    Bapanya Abdullah merupakan salah seorang tokoh yang menentang penjajah kuffar Portugis dan kemudiannya menentang Belanda. Namun disebabkan oleh beberapa faktor,beliau telah melarikan diri daripada ditangkap oleh penjajah sehinggalah beliau sampai ke Lok Gabang bersama isterinya. Semasa ibunya sedang hamilkan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari,bapanya Abdullah sering berdoa kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak yang soleh dan zuhud.

Kisah Hidup
Dikisahkan bahawa semasa beliau masih kecil sekitar berumur 7 tahun Sultan Banjar pada masa itu iaitu Sultan Tahlilullah yang memerintah dari tahun 1700-1734 M telah melawat kawasan Lok Gabang. Dikhabarkan pada masa itu, Syeikh Muhammad asyik melukis dan menggambarkan sesuatu dan dikisahkan juga bahawa pada masa itu tuan syeikh sudahpun diberi Allah Taala kelebihan untuk membaca Al Quran. Ini telah menarik perhatian Sultan Tahilullah untuk mengambil Syeikh Muhammad Arsyad untuk tinggal diistana untuk belajar bersama dengan anak dan cucu baginda. Syeikh Muhammad Arsyad telah mendapat didikan langsung daripada istana sehinggalah beliau berumur 30 tahun. Disebabkan umur Tuan Syeikh pada masa itu boleh dikira agak lanjut maka Tuan Syeikh telah dikahwinkan dengan seorang perempuan yang diberi nama Tuan Bajut.
    Syeikh Muhammad Arshad merupakan seorang yang suka menuntut ilmu agama sehinggakan semasa isterinya mengandungkan anak pertama beliau telah mengutarakan keinginan menuntut ilmu di Mekah kepada isterinya dan dengan berat hati isterinya telah merelakan kepergian Syiekh Muhammad Arsyad ke Mekah.
    Di Mekah Syeikh Muhammad Arsyad telah tinggal di sebuah tempat bernama Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar dan beliau banyak  belajar dengan  guru-guru disana  antaranya ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman,Syeikh Athoillah Ahmad Mishry dan seorang ulama tasauf yang terkenal di kota Mekah pada waktu itu iaitu Arifbillah Syeikh Muhammad bin Abdullah Karim al Samman. Syeikh Muhammad Arsyad telah tekun mempelajari ilmu tasauf daripada itu sehingga beliau mendapat ijazah daripada gurunya itu setelah melalui beberapa latihan rohani dan mujahadah dengan melakukan suluk dan khalwat. Selain daripada ulama yang berketurunan arab,beliau juga banyak belajar dengan ulama Melayu disana seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani. Ilmu yang dituntut beliau merupakan ilmu yang sahih dimana setiap ilmu yang dipelajari olehnya mempunyai sanad.
Setelah 30 tahun beliau menuntut ilmu di Mekah dan 5 tahun di Madinah yang mana perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Sultan akhirnya ,beliau telah mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman di Banjar. Beliau telah sampai ke kampung halaman di Martapura pada bulan Ramadhan 1186 H.
    Pemerintahan pada masa itu telah diambil alih oleh cucu kepada Sultan Tahlilullah iaitu Sultan Tahmudullah II yang mana Sultan ini merupakan seorang sultan yang amat mengambil berat perihal perkembangan ajaran Islam didalam pemerintahan kerajaan Banjar. Kepulangannya itu telah disambut secara besar-besaran oleh Sultan Tahmidullah II kerana ketinggian agama yang dimiliki oleh Syeikh Muhammad Arsyad. Beliau telah mengajarkan segala ilmu yang didapati di tanah suci Mekah kepada segenap lapisan masyarakat di Banjar. Sehingga kini belum ada seorang ulama Banjar pun yang mampu menandingi kehebatannya. Kitannya yang bernama Sabilal Muhtadin telah menjadi rujukan ribuan ulama dan orang awam dalam permasalah hukum agama dalam fiqh Syafie. Nama 2 buah kitabnya telah diabdikan pada nama masjid di Banjarmasin iaitu kitab Sabilal Muhtadin dan juga kitab Tuhfatul Raghibin. Walaupun begitu,Syeikh Muhammad Arsyad banyak mengarang kitab yang semua dalam bahasa jawi kerana ini akan memudahkan orang Banjar untuk memahami isi agama. Antara kitabnya ialah :
1.        Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
2.        Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
3.        Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
4.        Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
5.        Kitab Bab an-Nikah.
6.        Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
7.        Kanzu al-Ma’rifah
8.        Ushul ad-Din
9.        Kitab al-Faraid
10.     Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
11.     Mushhaf al-Quran al-Karim
12.     Fat-h ar-Rahman
13.     Arkanu Ta’lim as-Shibyan
14.     Bulugh al-Maram
15.     Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
16.  Tuhfah al-Ahbab
17.  Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna.

Keturunannya
Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari telah berkahwin sebanyak 11 kali dan melalui 6 orang isterinya beliau telah mendapat anak yang banyak. Perkahwinannya dengan isteri pertamanya iaitu Tuan Bajut telah dikurniakan seorang anak yang bernama Syarifah. Syarifah telah berkahwin dengan seorang yang bernama Usman dan telah dikurniakan seorang anak yang bernama Muhammad As’ad. Dan perkahwinan keduanya dengan Allamah Syeikh Abdul Wahab Bugis telah dikurniakan dengan seorang anak yang bernama Fatimah. Syeikh Muhammad Arsyad telah mengasuh sendiri cucunya dengan pelbagai jenis ilmu.
    Muhammad As’ad telah dilantik menjadi mufti kepada Sultan Martapura dan beliau sendiri memperoleh banyak anak lelaki yang akhirnya turut menuruti jejak langkahnya menjadi ulama antaranya Alimul-Allamah Haji Abu Thalhah, Alimul-‘Allamah Haji Abu Hamid, Alimul-Allamah Haji Ahmad, Alimul-Allamah Mufti Haji M.Arsyad dan Alimul-Allamah Haji Sa’adud-din.
    Hasil perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad dengan isteri keduanya Tuan Baiduri,beliau telah dikurniakan dengan ramai anak yang akhirnya turut menjadi ulama iaitu Kadi Haji Abu Su’ud,Kadi Abu Naim dan Kadi Haji Syihabuddin. Kadi Haji Abu Su’ud merupakan kadi pertama bagi kerajaan Banjar.
    Keturunan Syeikh Muhammad Arsyad sememangnya telah dikurniakan Allah dengan ilmu yang melimpah. Oleh itu banyak daripada keturunannya telah menjadi ulama yang dirujuk oleh orang ramai. Antara keturunannya yang menjadi ulama ialah :
1 . H. Jamaluddin,
2. H. Yusein, anak kandung,
3. H. Fathimah binti Arsyad
4. H. Abu Naim, Qadhi.
5. H. Ahmad, Mufti.
6. H. Syahabuddin, Mufti.
7. H.M. Thaib, Qadhi.
8. H. As’ad, Mufti.
9. H. Jamaluddin II., Mufti.
10. H. Abdurrahman Sidiq,
11. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud
12. H. Thohah Qadhi-Qudhat,
13. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
14. Gunr H. Zainal Ilmi.
15. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
16. H.M. Nawawi, Mufti.




Rabu, Mac 16, 2011

Muka Depan Autobiografi


Bismillah wal Alhamdulillah... Dalam kelas seni mengarang kami telah menkaji banyak mengenai autobiografi tokoh-tokoh tanah melayu mahupun indonesia. Maka kami telah diamanahkan oleh pensyarah untuk membuat  autobiografi diri sendiri sebagai tugasan individu. Antara yang perlu ada ialah kulit kepada autobiografi. maka saya hanya mencongteng setelah lama tidak menggunakan adobe photoshop... 
~ngee~
 sajo nok letok utkk kenangan...

Doa Habib Abdul Qadir Assagof


    Habib Abdul Qadir Assagof merupakan ulama yang soleh yang menjadi rujukan ulama-ulama dan umat Islam yang mencari kebenaran hakiki. Beliau dilahirkan di Seiwun Yaman pada tahun 1913. Pada suatu hari ibunya mengandung,dan seorang ulama terkenal iaitu Habib Ali Al Habsyi telah mengisyaratkan untuk meletakkan nama bayi tersebut dengan Abdul Qadir. Namun bayi itu telah meninggal dunia dan tidak lama kemudian ibunya mengandung sekali lagi dan syeikh Ali al Habasyi juga mengisyaratkan perkara yang sama. Syikh Habib Ali juga mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan itu akan menjadi seorang yang soleh suatu hari nanti. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Habib Ali ini terbukti apabila dalam umur belasan tahun sahaja beliau sudah mengkhatamkan banyak kitab-kitab agama. Namun apabila Yamen selatan dikuasai oleh kuminis,ramai ulama telah ditindas maka beliau telah berhijrah ke Aden selama satu bulan kemudian ke Singapura,Indonesia dan seterusnya ke Hijaz. Beliau telah wafat pada 4 April 2010 selepas hidup selama 100 tahun.
    Doa yang dikarang oleh beliau telah digunakan oleh ribuan orang Islam yang dahagakan untuk bertemu dengan Nabi S.A.W. Ulama zaman berzaman telah mencipta pelbagai syair,pujian mahupun selawat untuk baginda Nabi dan juga untuk sahabat-sahabat baginda dan tidak ketinggalan adalah Habib Abdul Qadir Assagof sendiri. Doa yang dipakai oleh Habib Abdul Qadir ini teramat besar manfaatnya untuk kegunaan umat Islam... Semoga Allah meredhainya...

Selasa, Mac 15, 2011

Contoh Kesalahan Bahasa



BIL
KESALAHAN
SEBAB KESALAHAN
PEMBETULAN
1
Dari hari ke sehari
Jika menggunakan hari maka perkataan seterusnya mestilah hari.Jika menggunakan perkataan sehari maka perkataan seterusnya mestilah sehari
Dari hari ke hari/Dari sehari ke sehari
2
Oleh kerana
Oleh merupakan kata sendi dan selepas kata sendi mestilah kata nama.Kerana pula merupakan kata hubung.Oleh itu,kerana tidak boleh diletakkan selepas kata hubung.
Oleh sebab
3
Saling bantu membantu
Lewah.Saling sudah menunjukkan perkataan banyak.Maka kita boleh memilih sama menggunakan saling membantu ataupun bantu membantu
Saling membantu/Bantu membantu
4
Nama saya adalah Mohamed
Kata pemeri adalah untuk FSN dan FA.Manakala ialah merujuk kepada FN.
Nama saya ialah Mohamed
5
Terletak antara Rawang dan Ipoh
Apabila terdapat penggunaan perkataan  antara maka perkataan yang digunakan selepas FN tersebut mestilah dengan.
Terletak antara Rawang dengan Ipoh
6
Membela tiga kucing
Ketiadaan penjodoh bilangan bagi merujuk kepada haiwan tersebut
Membela tiga ekor kucing
7
Tolong jangan
Penggunaan kata yang bertindan antara ayat silaan dengan ayat larangan
Harap Jangan
8
Menghadiahkan kakak
Sebelum kata nama imbuhan mestilah diakhiri dengan –i
Menghadiahi kakak
9
Memeroses dadah
Perkataan yang diambil daripada perkataan asing tidak boleh diubah daripada struktur ayat dasarnya
Memproses dadah
10
Di masa itu
Kata Sendi Nama di digunakan secara khusus dihadapan kata nama atau FN bagi menyatakan tempat
Pada masa itu.
11
Dikawasan
Kata Sendi Nama di tidak boleh ditulis dekat dengan kata nama
Di kawasan
12
Kereta itu hadiah dari anaknya
Dari hanya digunakan untuk merujuk kepada masa,tempat dan arah
Kereta itu hadiah daripada anaknya
13
Itu tidak ibu saya
Kata Nafi tidak,tidak boleh digunakan untuk Kata Nama
Itu bukan ibu saya
14
Perompak itu melarikan diri tetapi berjaya
Kata hubung tetapi tidak boleh digunakan untuk ayat atau klausa yang tidak bertentangan
Perompak itu melarikan diri dan terbunuh ditembak oleh Polis
15
Penjahat itu mempunyai dua batang pistol
Penjodoh bilangan  batang adalah tidak sesuai bagi menyatakan senjata
Penjahat itu mempunyai dua laras pistol
16
Kanak-kanak itu menangis mengapakah?
Partikel-kah tidak boleh hadir dibelakang ayat.
Mengapakah kanak-kanak itu menangis
17
Amat kelapa
Kata penguat tidak boleh hadir di hadapan kata nama dan kata kerja
Kelapa
18
Kelapa itu tinggi dan laut itu banyak ikan
Ayat majmuk akan menjadi tidak gramatis jika fakta tidak berurutan
Kelapa itu tinggi dan mempunyai buah yg banyak
19
Siaran itu di hantar ke rakyat Malaysia
Ke tidak boleh digunanakan untuk FN yang merujuk kepada manusia dan binatang
Siaran itu dihantar kepada rakyat Malaysia
20
Kami datang daripada Kuala Lumpur
Daripada hanya merujuk kepada sesuatu yang bukan tempat ,masa dan arah
Kami datang dari Kuala Lumpur


Ahad, Mac 13, 2011

life IN sANYUAN


     Drama bersiri Life in San Yuan yang ditayangkan di TV2 pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 6.00. Ia memaparkan mengenai kisah 3 buah keluarga di Sanyuan yang masing-masing bergaduh untuk mencari pengikut. Drama lucu ini memaparkan dunia wushu,restoran dan terpeljar.

Ayat Terbitan

Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan semula,peluasan dan pengguguran

 Proses Penyusunan Semula

    Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini ayat akan mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap sama.Terdapat tiga proses penyusunan iaitu
a) Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
b) Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
c) Dan juga penyusunan menjadi ayat songsang.

 (a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif.

    Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya
Ayat aktif : Ali menampar adik
Ayat pasif : Adik ditampar oleh Ali
Ali menampar adik merupakan ayat aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah adik.Apabila ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut dimana adik telah menjadi subjek dalam ayat tersebut.

 (b) Penyusunan Semula Objek Sipi menjadi Objek Tepat

    Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang mempunyai dua objek.Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.
(a) Ibu memarahi Ali dan Abu.
(b) Ibu memarahi Abu dan Ali.
Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas dilakukan penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b) dimana Abu pula menjadi objek tepat dan Ali menjadi objek sipi.

 (c) Penyusunan Semula menjadi Ayat Songsang

    Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan dengan menyongsangkan ayat tersebut.Contohnya
(a) Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root.
(b) Menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root,Ali berjaya.
Jika perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b),kita akan dapat melihat kedudukan predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah bertukar menjadi di belakang ayat.Maka ayat tersebut telah di songsangkan.

 Proses Perluasan

    Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan
(a) Perluasan frasa nama sebagai objek
(b) Perluasan frasa nama sebagai predikat
(c) Perluasan dengan kata hubung
(d) Perluasan melalui proses komplementasi

 (a) Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek.

    Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya
(a) Bomba memadam kebakaran
(b)  Bomba itu abang saya
(c) Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya
Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut.

 (b) Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat

    Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a) Ibu membeli sayur
(b) Sayur itu segar
(c) Ibu membeli sayur yang segar
Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan.

 (c) Perluasan dengan Kata Hubung

    Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah
1. (a) Ali suka belajar
1.(b) Abu suka belajar
1.(c) Ali dan Abu suka belajar
Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
2.(a) Ali suka belajar
2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar
2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar
Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.
3.(a) Ali rajin
3.(b) Ali penyakit lelah
3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah
Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).

 (d) Perluasan melalui Proses Komplementasi

    Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimana contoh dibawah
(a) Kerajaan memberitahu
(b) Ekonomi Malaysia meningkat
(c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.

 Proses Pengguguran

    Proses pengguguran boleh diertikan sebagai satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek mahupun bahagian predikat.Salah satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang tetapi akan digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek yang sama.Dalam hukum bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaiatu
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek.
b) Pengguguran frasa predikat
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

 (a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek.

    Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam dua proses iaiatu
(a) Pengguguran subjek dalam ayat perintah
(b) Pengguguran subjek yang sama dalam ayat majmuk

.(a)(a). Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah.

    Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri nama kedua iaitu kamu,awak,anda dan yang sama maksud dengannya.Contoh
Ayat Perintah : Kamu kemari menjadi mari!!.

.(a)(b) Pengguguran Subjek yang sama dalam Ayat Majmuk

    Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku pengulangan subjek yang sama.Oleh itu,salah satunya perlu digugurkan.Sebagaimana contoh dibawah
(a) Ali suka Aminah
(b) Ali suka Embong
(c) Ali suka Aminah daN Embong
Dalam contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah digugurkan.

 Pengguguran Frasa Predikat

    Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu
(a) Pengguguran seluruh frasa predikat
(b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

.(a) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat

    Pengguguran seluruh frasa predikat bermaksud pengguguran seluruh sebarang predikat dalam ayat majmuk.Contohnya
(a) Ali suka memancing
(b) Abu suka memancing
(c) Abu dan Ali suka memancing
Dalam contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan menjadi sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh berlaku dengan menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa kerja predikat yang serupa,menggugurkan frasa adjektif dan juga pengguguran frasa sendi nama.

.(b) Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat

    Pengguran bahagian-bahagian frasa predikat berlaku dalam empat keadaan iaitu
i) Oleh+FN dalam ayat pasif
ii) Kata bantu yang serupa
iii) FN sebagai objek yang serupa
iv) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

(b) (i) Pengguguran Objek +FN dalam Ayat Pasif

    Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a) Perompak itu ditembak oleh pengawal keselamatan
(b) Perompak itu ditangkap
Dalam contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran objek+FN mana ia menjadi sebagaimana contoh di (b)

(b)(ii) Pengguguran Kata Bantu yang Serupa

    Dalam menggabungkan ayat tunggal yang mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu tersebut boleh digugur sehingga hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah
(a) Ali boleh melompat
(b) Ali boleh menendang
(c) Ali boleh melompat dan menendang
Dalam contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan

(b)(iii) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa

    Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek tersebut akan digugurkan sehingga tinggal satu sahaja.Contohnya
(a) Ali menangkap ular itu
(b) Ali membunuh ular itu
(c) Ali menangkap dan membunuh ular itu
Dalam contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah digugurkan.

(b)(iv) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna Adjektif

    Frasa nama objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh digugurkan.Contohnya
(a) Kemalangan itu menakutkan kami
(b) Kemalangan itu menakutkan
Dalam contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja tersebut membawa makna adjektif.

 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

    Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di relativisasikan dan digantikan dengan perkataan yang.Contohnya
(a) Bomba itu ibu saya.Bomba memakai baju seragam
(b) Bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya.
(c) Yang memakai baju seragam itu ibu saya
Dalam ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yang telah berada didepan ayat.

 Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama

    Kata nama inti yang terbina daripada KN(inti)+Penerang boleh digugurkan sehingga tertinggal bahagian penerangnya sahaja.Contohnya
(a) Kegiatan penyeludupan merugikan negara
(b) Penyeludupan merugikan negara
Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters