Pengikut

Khamis, November 25, 2010

Bola Baling

Bola Baling antara permainan yang berasal daripada benua Eropah.Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani Greek,di Harpaston di Rom dan juga Fangballspiel di Jerman.Permainan ini merupakan permainan zaman silam tetapi sebagaimana permainan lain ia mengalami proses tranformasi berdasarkan kesesuaian massa.Sekitar abad ke 19 telah lahir permainan yang seakan-akan Bola Baling di sekitar Negara Eropah seperti di Czeska Hasenka di Czehoslovakia,Handbold di Denmark,Hazena di Bohemi,Gandbol di Ukraine dan di Korball dan juga Raffbold di Negara Jerman.Walaupun permainan ini merupakan permainan zaman lampau namun sekitar abad ke 19 ia menjadi semakin popular di Negara-negara Eropah sebagaimana 
 
 
yang disebutkan diatas.Permainan Bola Baling moden pertama kalinya dimainkan di Negara Denmark,Jerman,Norway,Scandinavia dan Sweden,itupun di sekitar pengakhiran abad ke 19.Jika dilihat permainan bola baling ini lebih dikenali di kawasan Scandinavia dan juga jiran Eropahnya.
    Permainan akan mendapat pengiktirafan antarabangsa jika mempunyai undang-undang permainan dan itulah juga yang berlaku terhadap Bola Baling.Oleh itu,pada 1897,R.N.Ernst telah menggubal satu undang-undang permainan Bola Baling.Namun begitu pada 1898 Holger Nielson juga telah membuat undang-undang bagi permainan ini.Ini bermakna permainan ini semakin meningkat naik,ini dibuktikan dengan wujud 2 undang-undang permainan hanya digubal dalam masa lebih kurang setahun.Tidak hanya setakat itu,undang-undang permainan bola baling terus berlaku perubahan.Pada 1917,Max Heiser,Karl Schelenz dan juga Erich Konigh telah menggubal undang-undang permainan ini bagi menjadikan ia lebih sesuai dimainkan oleh orang ramai. Pada 1919 Karl Helenz secara sendirian telah menggubal pula undang-undang permainan ini bagi menambah baik undang-undang perlawanan.Permainan ini telah menjadi permainan antarabangsa apabila pertama kalinya diadakan pertandingan antara Negara iaitu antara Jerman dan Belgium sekitar tahun 1925 untuk pemain lelaki sahaja.Bagi perlawanan wanita pula yang paling awal diadakan pada 1930 yang mana menyaksikan perlawanan antara pasukan Jerman dan Australia.Berdasarkan perlawanan antarabangsa tadi dapatlah disimpulkan bahawa permainan Bola Baling semakin berkembang bukan sahaja diantara gender lelaki tetapi juga wanita.Kedua-dua pertandingan yang dijalankan tersebut diadakan dibawah undang-undang yang digubal oleh pakar tersebut.
Sekitar tahun 1926,telah diadakan satu jawatankuasa khas yang diwujudkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa bagi menggubal satu peraturan permainan Bola Baling bagi kegunaan di peringkat antarabangsa.Hasilnya,terbentuklah satu peraturan baru bagi permainan Bola Baling yang lebih bersifat antarabangsa berbanding yang dibuat oleh tokoh yang sebelumnya ini.Permainan ini terus berkembang,ini dibuktikan apabila pada 1928,Avery Brudge telah menubuhkan Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa ( IAHF ) di Amsterdam sempena sukan Olimpik di Negara tersebut.Pada peringkat awal ini,kesatuan ini hanya dianggotai oleh hanya 11 buah Negara.Permainan ini terus berkembang apabila ia dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik di Berlin Jerman pada 1936.Tetapi pertandingan pada tahun 1936 hanya melibatkan pasukan lelaki sahaja.Sebanyak 6 buah Negara telah mengambil perhatian dan Jerman telah mendapat gelaran juara.Jika diperhatikan,kita melihat dalam permainan Bola Baling ini,Jerman merupakan Negara yang terlibat secara langsung dan ini mungkin di Jerman bola baling sudah menjadi sukan popular dikalangan rakyat.
    Pada tahun yang berikutnya,permainan Bola Baling ini sudah dibuang daripada senarai permainan di sukan Olimpik. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik.Pertandingan ini hanya dimasukkan dalam senarai pula pada sekitar tahun 1972 iaitu dalam sukan Olimpik yang diadakan di Munich.Pembuangan Bola Baling diantara tahun berikut itu,mungkin disebabkan oleh Negara penganjur yang tidak mempunyai kekuatan dalam sukan terbabit.Selain itu,mungkin sukan ini hanya tertumpu di Negara tertentu sahaja. Perkembangan sukan Bola Baling ini,dapat dilihat apabila pasukan perempuan dibenarkan bermain dalam sukan Olimpik tahun 1976.Walaupun ia dilihat agak lewat namun ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam perkembangan permainan ini.Pada awal permainan ini,ia dimainkan oleh 11 orang pemain di padang yang luas seakan akan padang bola sepak.Namun disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah maka akhirnya menjadi sukan Indoor yang dimainkan oleh 7 orang pemain sahaja.Sehingga tahun 1960,permainan Bola Baling menjadi salah satu permainan yang di gemari oleh orang eropah samada ia dimainkan di luar ataupun secara indoor games.Pada 1965,Jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan bahawa permainan Bola Baling melibatkan hanya 7 orang pemain.

 

Puteriku Sayang




Lembutmu tak bererti,kau mudah dijual beli,
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
lembutmu bukan hiasan,bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati,
disebalik bersih wajahmu,disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi,
berpegang pada janji mengabdikan diri,

( aduhai putri ku sayang )

malumu mahkota yang tidak memerlukan singgahsana,
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
tiada sesiapa yang akan boleh merampasnya,
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri,
ketegasanmu umpama benteng negara dan agama,
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya,
wahai putri ku sayang 
kau bunga terpelihara,
mahligai syurga itulah tempatnya....

malumu mahkota yang tidak memerlukan singgahsana,
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
tiada sesiapa yang akan boleh merampasnya,
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri,
ketegasanmu umpama benteng negara dan agama,
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya,
wahai putri ku sayang 
kau bunga terpelihara,
mahligai syurga itulah tempatnya....

~ lagu yang banyak memberi makna kepada muslimah dan juga muslimin tentang peranan/sumbangan muslimah kepada perjuangan .Lagu yang wajib didengar setiap malam/hari ~

Rabu, November 24, 2010

Bola Sepak

    Bola sepak merupakan permainan yang paling popular didunia sekarang ini yang mempunyai pengikut setianya dari pelbagai lapisan masyarakat samada lelaki wanita mahupun remaja.Bola sepak sebenarnya merupakan sukan awal dan terdapat pelbagai versi tentang bola sepak ini.Di Mesir,pengkaji telah menemui lukisan permainan bola sepak oleh wanita di makam Baget iii.Walaupun sehingga sekarang belum jelas tantang perkara ini,namun ia merupakan versi bola sepak yang paling lama yang dijumpai.Selain di Mesir,permainan bola sepak ini juga telah ditemui pada zaman dinasti China terutamanya semasa dinasti Han.Permainan ini telah disebarkan oleh maharaja ke seluruh tanah jajahannya.Ia dikenali sebagai Tsu Chu.Ia diperbuatkan dengan kulit yang diisi dengan  bulu.Sebagaimana bola sepak moden,permainan ini juga menegah sama sekali penggunaan tangan.Di Jepun pula,permainan yang hamper menyerupai Bola Sepak ini dipanggil sebagai Kemari dimana ia menggunakan sebiji bola yang diisi dengan serbuk papan.Padangnya segi empat dimana setiap bucu akan diletakkan pokok yang berbeza iaitu pokok Pain,pokok Willow,pokok Sakura dan juga pokok Maple.Pemainnya antara 2 orang sehingga 12 orang.Bagi orang Yunani pula,permainan yang mirip Bola Sepak dipanggil sebagai Harpaston.Namun dalam permainan ini tangan boleh digunakan.Permainan ini telah dibawa ke England dan ia dikatakan ibu bagi permainan Bola Sepak moden. 
Permainan Bola Sepak telah menjadi popular pada kurun ke 18 di England apabila pelajar sekolah telah mencipta satu permainan yang agak baru berbanding yang dimainkan selama ini.Undang-undang juga telah diperkenalkan bagi menyeragamkan permainan.Pada tahun 1863,Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan dengan usaha beberapa kelab bola sepak.Peraturan baru yang diperkenalkan pada masa itu,telah beransur menjadi peraturan Bola Sepak zaman moden.Mengikut kajian FIFA yang dikeluarkan pada tahun 2001,seramai 240 juta orang bermain/pernah bermain Bola Sepak di lebih 200 negara didunia.

Tarbiyah Diri


     Bismillah wal Alhamdulillah,Bersyukur kepada Allah Taala dengan sebenar-benar syukur kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan khidmat kepada Agama-Nya.Namun kadang-kadang kita terlalai dengan keasyikan dunia sehingga lupa akan tujuan kita diutuskan oleh Allah kepada kita.Marilah kita sama-sama muhasabah diri menilai baik dan buruk yang telah kita lakukan dalam hidup ini.Kata saidina Umar r.a " hitunglah,hisablah diri kamu sebelum kamu dihitung,dihisab dihadapan Allah".Mungkin hati kita keras sehingga kita lupa atau mengabaikan nasihat orang-orang alim.Atau sememamngnya kita juga mempunyai hati kotor sehingga nasihat kita dan orang lain tidak masuk ke hati ini?..Demi Allah aku perlukan nasihat dan bimbingan daripada para sahabah/iah sekalian.Aku perlukan nasihat daripada para alim ulama yang akan mampu melembutkan hati ini dikala ia menjadi keras dengan dosa dan noda.
    Setiap hari aku bertanya adakah aku ini masih berada dijalan yang sepatutnya.Tidurku tersedar kerana memikirkan soalan ini.Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini.Ya Allah jadikan sebahagian penolong agama-Mu ya Allah,jadikan aku salah seorang daripada Ghuraba'.Ya Allah jadikan aku sebahagian daripada Abna' al Harakah ,Intansurullah Yansurkum....

YA ALLAH ,LEMBUTKAN HATIKU INI SEBAGAIMANA ENGKAU BERI KELEMBUTAN BESI PADA TANGAN NABI DAUD,

YA ALLAH ,JIKA HATI INI TIDAK TAKUT PADA-MU MAKA TAKUTKAN HATI INI PADA-MU SEBAGAIMANA ENGKAU BERI TAKUT MAKHLUK-MU PADA NABI SULAIMAN,

YA ALLAH,JIKA HATI INI TIDAK INSAF MAKA ENGKAU INSAFKANLAH SEBAGAIMANA ENGKAU BERI KEINSAFAN KEPADA NABI ADAM DAN NABI YUNUS,

YA ALLAH,JIKA HATI INI MATI MAKA ENGKAU BERI HIDUPKANNYA SEBAGAIMANA ENGKAU BERI HIDUP MANUSIA PADA TANGAN NABI ISA,

YA ALLAH,JIKA HATI INI TIDAK REDHA MAKA ENGKAU BERILAH REDHA SEBAGAIMANA ENGKAU BERI REDHA KEPADA NABI AYUB,
YA Allah,ampunilah dosa kami Ya Allah,Sesungguhnya Engkaulah Pemberi Nikmat dan Pemberi Keampunan..Ya Allah berkatilah janji-janji kami dan Engkau kekalkanlah janji kami Ya Allah..Ya Allah permudahkanlah urusan kami,urusan keluarga kami,urusan kaum muslimin wal muslimat,urusah ahli dakwah,urusan ahli abid,urusan ahli harakah.......

Sirru 2ala barakatillah........


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters