Terengganu merupakan antara negeri yang baru di Malaysia..Namun begitu Terengganu mengalami banyak peristiwa penting seperti pembedilan British di Bukit Puteri Kuala Terengganu.Penglibatan Sultan Mansur dalam cubaan bunuh Daeng Kemboja,Penglibatan dalam peristiwa laga ayam.Selain itu Terengganu juga pernah membantu Long Yunus mendapatkan balik negerinya bahkan dalam peristiwa lain Terengganu pernah membantu Wan Ahmad dalam merebut takhta negeri Pahang.
Sejajar dengan kehebatan Negeri Terengganu itu,maka kita dapat melihat bahawa bendera Terengganu juga mengalami beberapa perubahan....
Diatas merupakan bendera Terengganu yang pernah digunakan antara tahun 1912-1933...
Selepas itu bendera Terengganu diubah kepada seperti yang diatas pada 1933-1947.Sebagaimana kebanyakan di negeri lain,Bulan Bintang tersebut dikatakan cuba meniru bendera ottoman turki..
Bendera Terengganu yang digunakan sehingga sekarang..
Pengikut
Ahad, November 14, 2010
Jumaat, November 12, 2010
Khamis, November 11, 2010
Salam EidulAdha
Selamat hari raya Eidul Adha kepada semua muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian..Semoga Allah akan mencucuri rahmat berkah-Nya kepada kita semua.Diharapkan semua dari kita mengambil pengajaran daripada perjuangan nabi Allah Ibrahim..Demi Islam Nabi Ibrahim telah melakukan pengorbanan yang kita kenali sekarang sebagai hari raya korban...Walaupun pada mulanya Nabi Ibrahim tidak sanggup namun selepas desakan oleh Nabi Allah Ismail ,Nabi Ibrahim telah melakukannya juga..Walaupun pada mulanya baginda tidak sanggup untuk sehingga mengcampakkan pisau ditangan baginda sehinggalah pisau itu berkata2 mengingatkan semula Nabi Ibrahim tentang perintah Allah itu
Isnin, November 08, 2010
salam imtihan dari nik azrul
Exco kebajikan dan kemasyarakatan MPP daripada Mahasiswa Pendidik iaitu Nik Azrul mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua warga UPSI.Semoga usaha yang dilakukan oleh anda semua akan berjaya mengecap kemanisan kejayaan
Jumaat, November 05, 2010
Sejarah dan Pensejarahan
Ramai orang menganggap sejarah dan pensejarahan merupakan perkara yang sama sedangkan sejarah dan pensejarahan adalah berbeza sama sekali.
"Sejarah merujuk kepada keseluruhan masa yang sudah berlepas. Tiada suatu bidang yang boleh dikatakan terkeluar daripada lingkungan sejarah. Ekonomi atau sastera atau politik atau agama dan sebagainya sama ada seseorang ahli sejarah layak atau tidak layak mengendalikan satu-satu aspek pengajian itu bergantung kepada latihan yang pernah diterimanya." Apabila menyebut tentang sejarah maka skop sejarah tidak terhad kepada hal-hal politik sahaja. Sejarah juga merujuk kepada keseluruhan zaman yang sudah lepas. Oleh itu, bolehlah dikatakan segala peristiwa yang telah berlaku atau yang telah lepas sama ada ianya meliputi Ekonomi, sastera atau politik dan sebagainya yang menyentuh tentang manusia maka ia bolehlah dikatakan sebagai sejarah".
Sejarah mengandungi satu makna perjalanan kronologi masa.Sedangkan pensejarahan adalaah penulisan sejarah.Ini bermakna walaupun sejarah telah wujud namun pensejarahan belum tentu wujud.
'Pensejarahan' pula ialah penulisan sejarah. Manakala, 'Pensejarahan Malaysia' pula merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik Malaysia. Dikatakan bahawa, sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam ertikata yang lebih tepat tulisan itu pada umumnya tertumpu kepada kesultanan Melayu Melaka dan dikenali sebagai Sejarah Melayu. Dan dengan wujudnya Sejarah Melayu maka bermulanyalah yang diistilahkan sebagai Pensejarahan Malaysia walaupun sebelum itu telah wujud beberapa penulisan sejarah tentang Malaysia. Sejarah raja-raja Riau, Syair Perang Siak, Silsilah Raja-raja Brunei, Hikayat raja-raja Pasai dan Hikayat Patani merupakan karya-karya sejarah yang juga menyentuh tentang Malaysia.
Penyelidikan setakat ini menunjukkan bahawa selama beberapa kurun dari awal tahun masihi lagi sudah ada tulisan-tulisan yang sekurang-kurangnya menyentuh "Semenanjung Kencana" ini. Catitan- catitan yang dibuat oleh para pengembara dari berbagai negara seperti China, Sanskrit, Pali, Arab dan sebagainya. Namun, penulisan yang dibuat tidak dapat dipastikan kebenarnya kerana pada masa itu istilah yang digunakan tentang Semenanjung Tanah Melayu lebih kepada bahasa yang mereka gunakan iaitu seperti Langkasuka, Chin Tu, Pan-Pan dan sebagainya. Walaupun Kedah yang tertua dan pernah dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting sejak awal tahun masihi lagi yang biasa dilawati oleh pedagang dari india dan antarabangsa tetapi penulisan tentang Kedah hanya tertumpu berkenaan hal-hal perdagangan dan hal-hal kebudayaan yang wujud di lembah Bujang . Hanya sebuah negeri sahaja yang menulis tentang keseluruhan pelaksanaan di dalam negeri dan luar negeri iaitu Melaka dan Tidak keterlaluan kalau Sejarah Melayu (ada tuntutan mengatakan bahawa Sejarah Melayu telah siap dikarang pada tahun 1536 berdasarkan kajian yang diperbuat oleh sarjana menunjukkan pengambilan waktu yang amat panjang. Misalnya daripada versi awal 1535/36 menuju kepada bentuk yang panjang yang dibawa dari Goa iaitu versi 1612. ) dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama.
Pensejarahan Melayu antara abad 17 hingga 19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi kandungannya ia lebih merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan, gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata tidak pernah dipaparkan. Pada zaman dahulu ada lebih kurang dua faktor yang mendorong seseorang penulis untuk mengarang iaitu yang pertama, ingin menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama dan kedua bagi mengharumkan keagungan satu-satu wangsa atau pemerintah. Oleh itu, tidak hairanlah apabila dikatakan bahawa;
Fungsi utama pensejarahan atau tradisi lisan ialah;
1. untuk menunjukkan kesahihan kedudukan satu-satu kerabat diraja
2. untuk mengukuhkan kedudukan tradisi sosiopolitik yang perlu dipatuhi oleh masyarakat. Keperluan ini telah melahirkan banyak pensejarahan dalam bentuk salasilah.
Tiadanya penulisan sejarah berkenaan masyarakat pada masa itu adalah kerana pada masa itu semua sumber ini adalah berasaskan kepada sastera sahaja dan pada masa itu belum ada lagi konsep sejarah sebagai satu bidang ilmu yang kerana;
1. Tiada satupun istilah dalam perbendaharaan Melayu lama yang membawa konsep History sebagaimana dimengertikan zaman sekarang
2. Pensejarahan Melayu lama yang membawa unsur mitos dan lagenda dicantumkan
Maka, penulisan sejarah lebih ditumpukan kepada hal-hal istana sahaja terutamanya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada tahun 1511 maka telah wujud beberapa penulisan barat di Tanah Melayu. Walaupun tulisan itu tidak diterbitkan pada masa itu tetapi ia telah cukup membuktikan bahawa karya yang ditulis oleh rakyat tempatan adalah benar seperti tulisanan Alfonso De albuquerque. Alfonso De Albuquerque tidak hanya menakluk Melaka, beliau juga banyak menulis tentang Melaka dalam surat-suratnya kepada Raja Manuel yang menjadi bahan asas anaknya Bras De albuquerque menerbitkan buku pada tahun 1557 dan diberi judul Cammentarios De Alfonso De Albuquerque.
Setelah penaklukan Portugis ke atas melaka maka Sultan Mahmud telah lari ke Kampar dan mangkat di Kampar pada 1528 dan penerusan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Semasa di Johor inilah Sejarah Melayu dikarang oleh Bendahara Johor iaitu Tun Seri Lanang pada tahun 1612 . Setelah itu, apabila pergolakan politik yang paling genting berlaku pada awal kurun ke 18 dan melibatkan orang Minangkabau dan orang Bugis. Zaman kucar-kacir dalam sejarah Johor Lama itu menjadi bahan untuk penyusunan beberapa karya sejarah dan sesungguhnya penulisan tentang zaman inilah yang paling lengkap dalam sejarah negeri-negeri Melayu Semenanjung. Sebelum kurun ke 19 karya-karya itu ditulis oleh ketiga-tiga pihak iaitu Bugis, Minangkabau dan orang Melayu tempatan. Ada nada berat sebelah bahkan kadangkala kenyataan diputarbelitkan Pada masa ini, walaupun terdapatnya karya-karya dari tiga pihak tetapi antara abad 18 dengan abad 19 dikatakan bahawa hanya dua buah negeri Melayu telah memperlihatkan kesedaran tentang sejarah yang agak ketara iaitu Johor dan Kelantan. Namun, walau bagaimanapun wujudnya karya-karya itu yang pastinya Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam satu jenis pensejarahan Melayu yang agak unik bersama-sama dengan banyak cerita atau tradisi lisan.
Tingginya nilai pensejarahan Melayu lama sudah disedari oleh para sarjana. Banyak kitab-kitab lama telahpun dikaji dan dikupas sebagai bahan-bahan asas untuk pengkajian sejarah Tanah Melayu. Tumpuan karya terakhir dari rangkaian kronologi ialah Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Tuhfat AlNafis sebenarnya bukanlah karya yang terakhir kerana ada banyak lagi bahan yang menjadi bahan kajian Pensejarahan Malaysia seperti Misa Melayu, Sejarah dan Syair Siak, Peringatan sejarah negeri Melayu dan lain-lain lagi , yang merupakan usaha pensejarahan yang serius.
Selasa, Oktober 26, 2010
Sabtu, Oktober 23, 2010
Rukun Baiah
Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun bai'ah dengan berkata :
"rukun bai'ah kita sepuluh semuanya, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya."
1. faham
2. Ikhlas
3. amal
4. jihad
5. berkorban
6. taat
7. tetap pendirian
8. tegas
9. persaudaraan
10. percaya
Rabu, Oktober 20, 2010
awas-pengguna fb
PERHATIAN..
sila UNLIKE page ini kerana diselenggara oleh Laknatullah yg
bertujuan MENGHINA ISLAM. Sila layari utk anda nilai sendiri. SEBARKAN
PADA MUTUAL FRIEND pada group itu yg masih LIKE dan pada rakan2/family2
lain.
bertujuan MENGHINA ISLAM. Sila layari utk anda nilai sendiri. SEBARKAN
PADA MUTUAL FRIEND pada group itu yg masih LIKE dan pada rakan2/family2
lain.
...http://www.facebook.com/pages/Im-proud-t o-be-a-Muslim/46199348327
Selasa, Oktober 19, 2010
Pelajar UPSI dah boleh mengisi borang penilaian pensyarah.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Perhatian kepada semua pelajar Sarjanamuda (A101) UPSI,
anda dikehendaki (WAJIB) mengisi penilaian pembelajaran secara online melalui
Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2. Penilaian pembelajaran tersebut
adalah pada laman utama MyGuru2 di sebelah atas kiri.
Manual pengguna disediakan dalam kotak penilaian pembelajaran tersebut. Tempoh mengisi penilaian pembelajaran adalah selama 13 hari (12-24 Oktober 2010).
Kegagalan anda mengisi penilaian tersebut dalam tempoh yang ditetapkan
boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan oleh pihak IPS dan fakulti.
Sebarang pertanyaan mengenai sistem, sila hubungi 012-6784415 (En. Ahmad Wiraputra).
Sekian, terima kasih.
Wassalam
( dipetik dari MYSIS )
Isnin, Oktober 18, 2010
Jaga pemakanan
|
Jumaat, Oktober 15, 2010
Rabu, September 22, 2010
Ijtima' Tharbawi Pemuda/i Pas Peringkat Kebangsaan
Ijtima' Tharbawi Pemuda/i Pas Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 1,2,dan 3 okt ini di perkarangan Masjid Rusila Marang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru seluruh pemuda di peringkat pusat, negeri dan kawasan menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Oktober ini di perkarangan Masjid Rusila, Terengganu.
Nasrudin
berkata, amat penting untuk pemuda-pemudi menyertai ijtima' ini yang
bertujuan memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam
Dewan Pemuda di semua peringkat.
"Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadirkan diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakannya dalam Dewan Pemuda PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya," kata Nasrudin dalam blognya.
Menurutnya, setakat ini, lebih 3,000 kepimpinan pemuda di semua peringkat telah mengesahkan kehadiran ke program anjuran Akademi Tarbiyyah Pemuda itu.
Himpunan itu, katanya akan bermula pendaftarannya selepas solat Jumaat 1 Oktober dan akan berakhir dengan solat Zuhur pada 3 Oktober.
Lokasi himpunan ini ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan masjid untuk program yang bersifat outdoor.
Dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut memberikan pengisian dalam program tersebut.
Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily, Nasruddin memberitahu, program tersebut turut terbuka kepada muslimat yang berminat dan perlu mendaftar terlebih dahulu pejabat DPP negeri atau terus kepada Sekretariat DPP Pusat di Putrajaya.
"Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP, Exco DPP Negeri, AJK DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada para pemudi dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau terus kepada Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan para pemuda-pemudi menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat mengikuti segala aktiviti yang telah diatur dengan baik.
"Saya maklumkan sejak Julai lalu mengenai ijtimak ini ialah supaya semua peserta dapat membuat persiapan awal sehingga meminimumkan ruang alasan untuk tidak hadir kecuali hanya alasan yang benar-benar syarie," katanya lagi.
Ijtimak itu juga, katanya sebagai persediaan sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpunkan 30 ribu petugas dan penggerak pilihan raya pemuda pada awal tahun depan di negeri Selangor atau Kedah. -Hrkh

Sabtu, Ogos 14, 2010
Sekitar Mesyuarat Agung Permas
Pada 14 Ogos 2010 telah diadakan Musyuarat Agung PERMAS ( Persatuan Mahasiswa Sejarah ) UPSI.Ia berlangsung di Dewan Rahman Talib yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang mahasiswa sejarah daripada 700 lebih mahasiswa tersebut.Banyak perkara yang dibahaskan termasuklah ketidakaktifan mahasiswa sejarah dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.
Musyuarat Agung ini juga menyaksikan pertandingan seramai 22 orang mahasiswa bagi mengisi 20 kekosongan jawatan.Sem 5 mencatatkan menang tanpa bertanding apabila ada dari kalangan mahasiswa sem tersebut tidak hadir.Kehadiran mahasiswa yang sedikit jelas menjejaskan mesyuarat dan melahirkan rasa kecewa terutamnya kepada pihak pensyarah sejarah dan pimpinan persatuan.
Dalam Musyuarat kali ini juga menyaksikan pelancaran logo baru Permas oleh Ketua Jabatan Sejarah UPSI iaitu Dr Ahmad Zainuddin Husin.
Khamis, Ogos 12, 2010
Attorney Song and Ji
Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan hidup 2 orang peguam terkenal lewat dinasti Qing..Ia dikenali sebagai Song dan Ji.Mereka ini menuntut bela untuk rakyat yang tertindas dan mereka ini digelar sebagai Northen dan Southern Attorney diatas kehandalan mereka menyelesaikan kes...Kini drama ini dimainkan di Tv 2 jam 6 ptg
Rabu, Ogos 11, 2010
Makna Ros pada Warnanya
Melambangkan perasaan malu-malu.
Putih melambangkan kesucian dan juga sebagai lambang cintakan seseorang dalam diam-diam..ia biasanya menjadi tema perkahwinan
Merah melambangkan perasaan cinta
Ungu melambangkan cinta pandang pertama
Oren melambangkan keinginan dan kesungguhan
Deep Pink melambangkan terima kasih
Regular Pink melambang suka dengan perhubungan
Hitam melambangkan kematian
Hijau lambang ketenangan
Biru melambangkan misteri

Rabu, Julai 28, 2010
Sabtu, Julai 17, 2010
yA Rabbama dan Badratim
Ya Robbama
BADRATIM
BADRATIM
Ahad, Jun 06, 2010
Ahad, Mei 09, 2010
selamat hari ibu
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat hari ibu diucapkan kepada semua para ibu di seluruh dunia yang banyak berkhidmat dalam membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi seorang anak yang berguna.Ibuku lahir pada 19.04.1945 dan berkahwin pertama kalinya pada umur 13 tahun.Dalam kesusahan zaman dahulu dalam keadaan negara yang belum membangun,ibu bersama lagi ribuan ibu-ibu di Malaysia telah sedaya upaya untuk membesarkan anak-anak mereka.Namun sayangnya sebahagian dari kita tidak menghargai langsung jasa ibu sedangkan ibulah orang yang paling banyak berjasa dalam menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Menurut kajian seseorang anak lelaki lebih sayangkan ibunya berbanding dengan anak perempuan .Manakala anak perempuan pula lebih menyanyangi bapa berbanding ibu...Kepada ibu Malaysia ,,saya ucapkan selamat hari ibu
kepentingan fiqh aulawiyat
Fiqh aulawiyat atau fiqh keutamaan merupakan satu ilmu yang diceduk oleh syeikh yusof al qaradawi dari al Quran dan Hadith.Ia berasal dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu fiqh dan juga aula.Fiqh bermaksud pegetahuan yang mendalam dan aula ialah yang terlebih utama.
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...
Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...
Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...
Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?
Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?..Oleh itu setiap orang islam sekurang-kurangnya mengetahui tentang fiqh aulawiyat walaupun sedikit..
Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.Antara yang perlu diketahui juga dalam fiqh ini ialah persoalan hajiriyat dan dururiyat..
Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang
paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan.
Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang
mesti didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan,
sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.Atau secara mudahnya disebut sebagai mendahulukan sesuatu yang lebih penting kerana yang lebih penting iatu lebih penting daripada yang penting.Pengetahuan keatas ilmu ini amat penting dalam keadaan suasana yang sibuk yang dialami oleh kebanyakan mahasiswa.Dalam fiqh ini kita hendaklah mendahulukan yang lebih penting contohnya antara peperiksaan dan meeting maka kita hendaklah mendahulukan peperiksaan kerana jika tidak hadir maka ia akan memberi mudarat kepada kita.Perkara utama dalam fiqh ini hendaklah kita tahu bahawa ada mudhorat dan ada kebaikan..Melalui fiqh ini menutup mudhorat lebih penting dari melakukan kebaikan.
Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’
yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah
atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan.
Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan
sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu
didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak
mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...
Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...
Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...
Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?
Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?..Oleh itu setiap orang islam sekurang-kurangnya mengetahui tentang fiqh aulawiyat walaupun sedikit..
Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.Antara yang perlu diketahui juga dalam fiqh ini ialah persoalan hajiriyat dan dururiyat..
Selasa, Mei 04, 2010
selamat pulang sahabat/sahabiah sekalian...
Setelah 18 minggu berada di Tempat pengajian kini tibalah masa cuti sem selama 2 bulan..Kepada rakan-rakan sahabat-sahabiah sekalian ana ucapkan berbanyak minta maaf dan semoga kini diizinkan Allah untuk bertemu sem depan untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus sementara ini..
Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.