
Pengikut
Rabu, Januari 27, 2010
undilah mahasiswa pendidik
Walau siapapun diri anda,walau dari mana pun diri anda berasal,walau siapapun anda pangkah jangan lupa turut memangkah calon dari mahasiswa pendidik iaitu calon umum Mohd Zahar dan Nik Azrul.


wajah-wajah bakal YB
PRO KEBAJIKAN ( MAHASISWA PENDIDIK )
PRO ASPIRASI ( PIMPINAN BITARA )
Jika anda menghadapi masalah mengundi 3 orang lagi calon dari aspirasi maka saya cadangkan anda mengundi saudara faizal daan saudari shaiha.Jangan lupa pula mengundi zahar dan azrul.Selamat mengundi
Selasa, Januari 26, 2010
RAPAT UMUM MAHASISWA PENDIDIK
Sekitar jam 1100 malam tadi turut diadakan rapat umum di KAB dan Khar selepas rapat umum oleh pimpinan bitara.Semasa rapat umum di KAB berlaku sedikit konfrantasi oleh pihak lawan dengan membunyikan enjin motor.Namun konfrantasi itu tidak di layan oleh pihak mahasiswa pendidik.Kehadiran di Khar agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin di sebabkan rapat umum di adakan agak lewat.
Calon umum mewakili mahasiswa pendidik Nik Azrul.Yang sedang menyampaikan ucapannya.Sorak sorai agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin disebabkan menjaga adab.Laungan takbir bergema begitu juga dengan laungan mahasiswa pendidik.
Calon umum,Mohd Zahar.
Walaupun mahasiswa pendidik kali ini menghantar calon yang agak seikit namun gerak kerjanya agak kuat walaupun mengetahui hakikat tidak mampu menguasai MPP.Kekurangan calon yang dihantar bukan sahaja dikesali oleh mahasiswa bahkan oleh Alumni Mahasiswa Islam.
Kehadiran ke rapat umum kurang mungkin disebabkan masa kempen yang masih agak lama lagi.Rapat Umum mahasiswa pendididik banyak di hadiri oleh mereka dari Kos Pendidikan Islam.Namun kehadiran dari Program lain juga tidak mengecewakan.
SUASANA DI RAPAT UMUM PIMPINAN BITARA
Sempena pilihanraya kampus hampir setiap hari terdapat rapat umum samada di khar,KAB,mahupun di bitarasiswa.Walaupun setiap malam pentas di sediakan untuk calon mahupun wakil calon berucap namun malam tadi barulah bermula rapat umum berlangsung dengan adanya calon yang berucap.Setiap ucapan berkisar tentang manifesto yang akan cuba di buat.Ada manifesto yang agak tidak logik di utarakan,memang begitulah sifat bakal setiap YB di Malaysia.Di Khar ucapan di mulai oleh pimpinan bitara kira-kira dalam pukul 1030 malam tadi.
Mohd Faizal calon dari pimpinan bitara.Walaupiun kehadiran tidaklah terlalu ramai namun boleh dikira agak memuaskan.Dan rata-rata yang hadir ialah orang kuat atau mereka yang bersemangat dalam PRK kali ini.
SHAIHA calon dari pimpinan bitara merupakan orang terakhir yang berucap dari pihak pimpinan bitara.Beliau juga merupakan S/U PERMAS.
Priyatharsini calon tunggal dari bukan melayu yang cuba merebut kerusi umum dalam prk kali ini.
Gelagat penyokong pimpinan bitara yang memegang banner.
Pada malam tadi Mahasiswa pendidik membuat rapat umum terlebih dahulu di KAB dan kemudian khar kira-kira jam 11 lebih malam.Calon-calon dari pimpinan bitara hampir kesemuanya menyamppaikan ucapan pada malam itu.
Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.










