Gambar Hiasan |
Tajuk
yang akan saya kaji ialah mengenai perkataan “gaduh”. Saya akan mengkaji
perkataan “gaduh” dalam dielek Kelantan dan “gaduh” dalam bahasa kebangsaan.
Saya merasakan perkataan ini amat menarik untuk diulas dan dikaji kerana kerana
ejaan dan sebutan adalah sama namun mempunyai makna yang berbeza dari segi
loghat Kelantan dan juga bahasa kebangsaan. Gaduh dalam dielek Kelantan ialah
cepat, ingin cepat atau sesuatu yang bermaksud mahu cepat, sedangkan dalam
Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia, “gaduh” bermaksud berbalah, bertumbuk dan sebagainya.
Saya cuba akan mengulas maksud perkataan ini daripada segi semantik dan
pragmatik bahasa Melayu. Ulasan dan kajian saya lebih kepada ketaksaan makna
perkataan gaduh dalam dielek Kelantan dan Bahasa Melayu.
Dialek
|
· Dielek merupakan variasi bahasa
yang digunakan oleh masyarakat di kawasan tertentu mengikut kedudukan
geografinya.
|
Idiolek
|
· Variasi bahasa yang khusus
berkaitan dengan seseorang individu
· Perbezaan ketara daripada nada dan
itonasi sebutan
· Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh kecacatan anggota percakapan atau tabiat keluarga atau masyarakat.
|
Dialek kawasan
|
· . Variasi bahasa yang berkaitan
dengan pengguna dalam sesuatu kawasan
· .
Ia dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara yang
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera,
Jawa, Kalimantan dan sebagainya.
· Dialek kawasan ini diketahui umum
bagi masyarakat kita di Malaysia sebagai Dialek Utara, Dialek Selatan, Dialek
Perak, Dialek Kelantan, Dialek Terengganu, Dialek Pahang, Dialek Negeri
Sembilan, Dialek Sabah, dan Dialek Sarawak.
|
Semantik dan Pragmatik
Semantik
dalam bahasa mudah dapat dijelaskan sebagai makna sesuatu perkataan dan
pragmatik pula ialah makna sesuatu perkataan yang mendalam. Beza antara dua
perkataan ini ialah semantik hanya bermaksud luaran sahaja dan pragmatik pula
mempunyai maksud yang tersirat. Ini dalam bahasa yang mudah difahami. Namun
tokoh-tokoh bahasa telah memberi makna perkataan ini dalam ayat yang lebih
komplek sehingga kadang-kadang menyukarkan untuk kita memahaminya.
Abdullah
Hassan yang merupakan salah seorang tokoh popular dalam bidang bahasa telah
membahagikan istilah semantik kepada dua iaitu semantik dalam bahasa seharian
dan semantik dalam bahasa ilmu ( Abdullah Hassan : 2005 ). Semantik dalam
bahasa seharian ialah bermaksud makna manakala semantik dalam bidang ilmu
diertikan sebagai fenomena kajian makna dalam ilmu. Beliau menambah dalam
bukunya tersebut yang bertajuk Linguistik Am bahawa semantik berasal daripada
perkataan yunani sema yang bererti isyarat.
Pragmatik
dan semantik mempunyai makna yang hampir sahaja namun hakikatnya jurang makna
agak luas. Dr. R.Kunjana Rahardi dan M. Hum telah membawakan beberapa pendapat
tokoh bahasa barat untuk menjelaskan makna pragmatik. Antara tokoh yang dibawa
ialah Lavinson yang mendefinisikan pragmatik sebagai studi bahasa yang
mempelajari relasi dan konteks. Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd
Ra’in Shaari telah menukilkan dalam bukunya Semantik dan Pragmatik Bahasa
Melayu mengenai makna pragmatik. Makna pragmatik yang dipetik daripada kamus
dewan edisi ketiga ialah sifat atau pendirian yang lebih mementingkan kesan-kesan
sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya. Berdasarkan pendapat
ringkas ini, dapatlah kita memahami mengenai makna semantik dan juga pragmatik
serta perbezaaan antara keduanya.
Ketaksaan
Ketaksaan
boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan. Oleh
sebab saya membuat kajian atau ulasan lebih kepada ketaksaan makna maka saya
akan membawa sedikit definisi mengenai ketaksaan. Menurut Abdullah Hassan (
2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat yang lebih daripada
satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami oleh
masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd
Ra’in Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
kekaburan makna, ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan
pertentangan pada penentuan makna item.
Analisis Komponen Makna
Makna
merupakan kesatuan mental pengetahuan dan pengalaman yang terkait dengan
lambang bahasa yang diwakili. Analisi komponan makna telah diasaskan oleh Katz
dan Fodor kemudian dikembangkan lagi oleh Jackson dan juga John Lyons.
Dielek
Kelantan pada hakikatnya hampir sama dengan Bahasa Melayu namun dielek ini suka
meringkaskan perkataan bahasa Melayu contohnya:
Bil
|
Bahasa Melayu
|
Dielek Kelantan
|
1.
|
Pemandangan -
|
Pemandange
|
2.
|
Orang -
|
Ore
|
3.
|
Kuah -
|
Kuwoh
|
( Jadual 1 )
Jika
dilihat dan diperhatikan tidak banyak perbezaan antara keduanya bahasa
perturutan ini melainkan ringkasan dan beberapa penambahan dalam dielek
Kelantan sahaja. Secara ringkasnya dapat kita katakana bahawa orang yang
bertutur dalam bahasa kebangsaan juga dapat memahami atau mengagak makna dalam
dielek Kelantan. Tetapi ada juga beberapa perkataan yang mempunyai sebutan dan
makna berbeza dengan antara dielek Kelantan dan Bahasa Melayu. Contohnya :
Bil
|
Bahasa Melayu
|
Dielek Kelantan
|
1.
|
Tipu
|
Belawok
|
2
|
Perasan
|
Koya
|
3
|
Gatal
|
glenya
|
( Jadual
2 )
Apa
yang saya senaraikan dalam jadual tersebut ialah perbezaan antara perkataan
dielek Kelantan dengan bahasa Melayu. Namun ada satu lagi jenis iailah sebutan
dan ejaan sama namun mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya perkataan ialah
“gaduh”. Perkataan ini akan saya ulas untuk menjelaskan mengenai perbezaan
antara perkataan tersebut.
Makna Gaduh Dalam Bahasa Melayu.
Gaduh
dalam bahasa Melayu ialah berkelahi. Jika ditinjau dalam kamus contohnya Kamus
Pelajar Edisi Kedua telah mentakrifkan gaduh sebagai huru-hara atau gempar
kerana pengkelahian. Manakala kamus dewan edisi keempat pula mentakrifkan gaduh
sebagai gempar, huru-hara dan riuh-rendah. Apapun makna yang diberikan kita mentakrifkan
bahawa gaduh ialah satu perbuatan yang menunjukkan peristiwa yang berlaku
antara dua pihak yang terlibat.
Gaduh
Perkelahian huru – hara
Dua pihak Masyarakat/
keluarga/negara
Rajah 1
Berdasarkan
jadual ini, dapatlah kita fahami bahawa perkataan gaduh dalam bahasa Melayu
bermaksud perkelahian, huru-hara, gempar serta beberapa perkara lain yang
pastinya melibatkan dua belah pihak. Saya telah membahagikan makna gaduh kepada
dua bahagian sahaja iaitu perkelahian dan huru-hara. Perkelahian melibatkan dua
belah pihak iaitu pihak A dan pihak B dan kadang-kala lebih daripada dua pihak
yang terlibat. Manakala perkataan huru-hara biasanya merujuk kepada sesuatu
yang dikira besar atau dalam jumlah yang banyak dan ramai contohnya keluarga
huru- hara, masyarakat huru – hara dan negara huru-hara.
Makna Gaduh Dalam Dielek Kelantan.
Gaduh
dalam dielek mempunyai makna yang berbeza daripada gaduh yang digunakan dalam
bahasa Melayu. Perkataan gaduh dalam bahasa Kelantan boleh didefinisikan
sebagai cepat, ingin cepat, atau sesuatu yang menunjukkan cepat. Perkataaan gaduh
yang digunakan dalam bahasa Melayu boleh ditukarkan menjadi baloh, gocoh,
tee, katok dan sebagainya. Selain daripada perkataan gaduh, masyarakat
Kelantan juga menggunakan perkataan cepak dan lorak untuk menunjukkan perbuatan
cepat. Dan ketiga-tiga perkataan ini boleh bertukar ganti dan tidak mempunyai
tempat khusus untuk sesuatu perkataan tersebut. Contoh penggunaan dalam ayat
ialah:
a
) Gaduh nok gi mano tuh?
b
) Cepak nok gi mano tuh?
c
) Lorak nok gi mano tuh?
Kalau
diperhatikan jelas bahawa kesemua perkataan tersebut boleh diletakkan secara
berganti-ganti. Tetapi cepak dalam dielek Kelantan kadang-kala
tidak boleh boleh digantikan dengan perkataan lorak dan gaduh.
Contoh ayat ialah:
a
) Jale cepak la sikit
( betul )
b
) Jale lorak la sikit
( salah )
c
) Jale gaduh la sikit
( salah )
Dengan
penjelasan yang ringkas ini, diharapkan kita dapat untuk memahami dimana
perkataan gaduh yang dikaji itu patut berada dan dimana perkataan tersebut
tidak boleh berada. Walaupun ada sesetengah penutur dielek Kelantan yang
menggunakan perkataan gaduh untuk menunjukkan perbuatan bergaduh, namun ia
adalah perkara yang perlu dikesampingkan kerana penutur tersebut telah menggunakan
perkataaan gaduh dalam konteks bahasa Melayu.
Gaduh
cepak lorak
laju
laju
Rajah 2
Daripada
rajah 2 tersebut dapat kita fahami bahawa, perkataan gaduh dalam dielek
Kelantan bermaksud satu perbuataan yang ingin kepada cepat, gesaan untuk cepat
, meminta untuk cepat dan dipercepatkan. Disini jelaslah perbezaan antara makna
gaduh dalam bahasa Melayu dan makna gaduh dalam dielek Kelantan. Namun begitu,
perkataan gaduh untuk menunjukkan makna bertumbuk, bergaduh ada digunakan dalam
dielek Kelantan. Walaupun perkara ini
minor namun ia tetap ada. Perkataan gaduh untuk menunjukkan cepat dan
perkataan gaduh untuk menunjukkan bertumbuk dapat dibezakan dalam dielek
Kelantan dengan itonasi, nada suara yang dikeluarkan.
1.
Gaduh – cepat . Contoh ayat :
Gi
Gaduh-gaduh pun nok wat gapo?
2.
Gaaduh – bertumbuk . Contoh ayat:
Cikgu,
ado ore gaaduh di blake jambe sekoloh.
Perbezaan
ini dapat dibezakan dengan penekanan suara pada gaaduh yang menunjukkan
perbuatan bertumbuk atau bergaduh.
Perbezaan Antara Dua Perkataan Gaduh.
Saya
rasa lebih mudah untuk menunjukkan perbezaan makna perkataan gaduh ini dengan
adanya jadual.
Bahasa Melayu Dielek Kelantan
- Huru – hara
- cepat
-
Riuh- rendah
- ingin cepat
- Gempar
- gesaan untuk cepat
-
Perkelahian
Jadual 3
Berdasarkan
jadual 3, dapatlah kita ketahui secara jelas perbezaan ketara perkataan gaduh
dalam bahasa Melayu dan juga dielek Kelantan. Dalam bahasa Melayu , “gaduh”
bermaksud sesuatu yang huru-hara atau kucar-kacir, sesuatu peristiwa yang
membawa kepada kegemparan, serta perkelahian. Manakala dalam dielek Kelantan
pula, “gaduh” bermaksud sesuatu yang cepat, ingin cepat, dan sesuatu yang sama
waktu dengannya.Gaduh dalam kedua bahasa dan dielek ini boleh dikatakan sebagai
Homonim iaitu ejaan dan sebutan sama namun maksudnya adalah berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan