Pengikut

Jumaat, November 05, 2010

Sejarah dan Pensejarahan


   Ramai orang menganggap sejarah dan pensejarahan merupakan perkara yang sama sedangkan sejarah dan pensejarahan adalah berbeza sama sekali.
"Sejarah merujuk kepada keseluruhan masa yang sudah berlepas. Tiada suatu bidang yang boleh dikatakan terkeluar daripada lingkungan sejarah. Ekonomi atau sastera atau politik atau agama dan sebagainya sama ada seseorang ahli sejarah layak atau tidak layak mengendalikan satu-satu aspek pengajian itu bergantung kepada latihan yang pernah diterimanya." Apabila menyebut tentang sejarah maka skop sejarah tidak terhad kepada hal-hal politik sahaja. Sejarah juga merujuk kepada keseluruhan zaman yang sudah lepas. Oleh itu, bolehlah dikatakan segala peristiwa yang telah berlaku atau yang telah lepas sama ada ianya meliputi Ekonomi, sastera atau politik dan sebagainya yang menyentuh tentang manusia maka ia bolehlah dikatakan sebagai sejarah".
 Sejarah mengandungi satu makna perjalanan kronologi masa.Sedangkan pensejarahan adalaah penulisan sejarah.Ini bermakna walaupun sejarah telah wujud namun pensejarahan belum tentu wujud.
'Pensejarahan' pula ialah penulisan sejarah. Manakala, 'Pensejarahan Malaysia' pula merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik Malaysia. Dikatakan bahawa, sejarah Malaysia dikatakan bermula lebih kurang pada abad ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam ertikata yang lebih tepat tulisan itu pada umumnya tertumpu kepada kesultanan Melayu Melaka dan dikenali sebagai Sejarah Melayu. Dan dengan wujudnya Sejarah Melayu maka bermulanyalah yang diistilahkan sebagai Pensejarahan Malaysia walaupun sebelum itu telah wujud beberapa penulisan sejarah tentang Malaysia. Sejarah raja-raja Riau, Syair Perang Siak, Silsilah Raja-raja Brunei, Hikayat raja-raja Pasai dan Hikayat Patani merupakan karya-karya sejarah yang juga menyentuh tentang Malaysia. 
Penyelidikan setakat ini menunjukkan bahawa selama beberapa kurun dari awal tahun masihi lagi sudah ada tulisan-tulisan yang sekurang-kurangnya menyentuh "Semenanjung Kencana" ini. Catitan- catitan yang dibuat oleh para pengembara dari berbagai negara seperti China, Sanskrit, Pali, Arab dan sebagainya. Namun, penulisan yang dibuat tidak dapat dipastikan kebenarnya kerana pada masa itu istilah yang digunakan tentang Semenanjung Tanah Melayu lebih kepada bahasa yang mereka gunakan iaitu seperti Langkasuka, Chin Tu, Pan-Pan dan sebagainya. Walaupun Kedah yang tertua dan pernah dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting sejak awal tahun masihi lagi yang biasa dilawati oleh pedagang dari india dan antarabangsa tetapi penulisan tentang Kedah hanya tertumpu berkenaan hal-hal perdagangan dan hal-hal kebudayaan yang wujud di lembah Bujang . Hanya sebuah negeri sahaja yang menulis tentang keseluruhan pelaksanaan di dalam negeri dan luar negeri iaitu Melaka dan Tidak keterlaluan kalau Sejarah Melayu (ada tuntutan mengatakan bahawa Sejarah Melayu telah siap dikarang pada tahun 1536 berdasarkan kajian yang diperbuat oleh sarjana menunjukkan pengambilan waktu yang amat panjang. Misalnya daripada versi awal 1535/36 menuju kepada bentuk yang panjang yang dibawa dari Goa iaitu versi 1612. ) dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama.
Pensejarahan Melayu antara abad 17 hingga 19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi kandungannya ia lebih merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan, gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata tidak pernah dipaparkan. Pada zaman dahulu ada lebih kurang dua faktor yang mendorong seseorang penulis untuk mengarang iaitu yang pertama, ingin menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama dan kedua bagi mengharumkan keagungan satu-satu wangsa atau pemerintah. Oleh itu, tidak hairanlah apabila dikatakan bahawa;

Fungsi utama pensejarahan atau tradisi lisan ialah;
1. untuk menunjukkan kesahihan kedudukan satu-satu kerabat diraja
2. untuk mengukuhkan kedudukan tradisi sosiopolitik yang perlu dipatuhi oleh masyarakat. Keperluan ini telah melahirkan banyak pensejarahan dalam bentuk salasilah.
Tiadanya penulisan sejarah berkenaan masyarakat pada masa itu adalah kerana pada masa itu semua sumber ini adalah berasaskan kepada sastera sahaja dan pada masa itu belum ada lagi konsep sejarah sebagai satu bidang ilmu yang kerana;
1. Tiada satupun istilah dalam perbendaharaan Melayu lama yang membawa konsep History sebagaimana dimengertikan zaman sekarang
2. Pensejarahan Melayu lama yang membawa unsur mitos dan lagenda dicantumkan
Maka, penulisan sejarah lebih ditumpukan kepada hal-hal istana sahaja terutamanya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada tahun 1511 maka telah wujud beberapa penulisan barat di Tanah Melayu. Walaupun tulisan itu tidak diterbitkan pada masa itu tetapi ia telah cukup membuktikan bahawa karya yang ditulis oleh rakyat tempatan adalah benar seperti tulisanan Alfonso De albuquerque. Alfonso De Albuquerque tidak hanya menakluk Melaka, beliau juga banyak menulis tentang Melaka dalam surat-suratnya kepada Raja Manuel yang menjadi bahan asas anaknya Bras De albuquerque menerbitkan buku pada tahun 1557 dan diberi judul Cammentarios De Alfonso De Albuquerque.
Setelah penaklukan Portugis ke atas melaka maka Sultan Mahmud telah lari ke Kampar dan mangkat di Kampar pada 1528 dan penerusan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Semasa di Johor inilah Sejarah Melayu dikarang oleh Bendahara Johor iaitu Tun Seri Lanang pada tahun 1612 . Setelah itu, apabila pergolakan politik yang paling genting berlaku pada awal kurun ke 18 dan melibatkan orang Minangkabau dan orang Bugis. Zaman kucar-kacir dalam sejarah Johor Lama itu menjadi bahan untuk penyusunan beberapa karya sejarah dan sesungguhnya penulisan tentang zaman inilah yang paling lengkap dalam sejarah negeri-negeri Melayu Semenanjung. Sebelum kurun ke 19 karya-karya itu ditulis oleh ketiga-tiga pihak iaitu Bugis, Minangkabau dan orang Melayu tempatan. Ada nada berat sebelah bahkan kadangkala kenyataan diputarbelitkan Pada masa ini, walaupun terdapatnya karya-karya dari tiga pihak tetapi antara abad 18 dengan abad 19 dikatakan bahawa hanya dua buah negeri Melayu telah memperlihatkan kesedaran tentang sejarah yang agak ketara iaitu Johor dan Kelantan. Namun, walau bagaimanapun wujudnya karya-karya itu yang pastinya Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam satu jenis pensejarahan Melayu yang agak unik bersama-sama dengan banyak cerita atau tradisi lisan.
      Tingginya nilai pensejarahan Melayu lama sudah disedari oleh para sarjana. Banyak kitab-kitab lama telahpun dikaji dan dikupas sebagai bahan-bahan asas untuk pengkajian sejarah Tanah Melayu. Tumpuan karya terakhir dari rangkaian kronologi ialah Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Tuhfat AlNafis sebenarnya bukanlah karya yang terakhir kerana ada banyak lagi bahan yang menjadi bahan kajian Pensejarahan Malaysia seperti Misa Melayu, Sejarah dan Syair Siak, Peringatan sejarah negeri Melayu dan lain-lain lagi , yang merupakan usaha pensejarahan yang serius.

Salam imtihan-dari mahasiswa pendidik


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters