Sudah sekian lama tidak berkongsi. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai SELOKA PAK KADUK . Seloka ini amat sesuai digunakan sebagai set induksi didalam kelas kerana lagu dan iramanya sangat sedap setanding dengan lagu-lagu sekarang ini.
lirik tersebut :
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
saya selalu menyanyikan lagu ini didalam kelas dan kebanyakan pelajar memberi respon yang baik. Bagi cikgu-cikgu yang berminat dengan irama seloka ini, bolehlah berlatih dengan menggunakan video Roslan Madun ini..
Sesungguhnya kita sangat kaya dengan budaya namun kitalah yang bersalah kerana tidak menjaganya,,, Satu kerugian yang sangat besar. Dek kerana mengikut pengaruh luar kita telah meninggalkan budaya sendiri,, Betapa malangnya bangsa kita,....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan