Pengikut

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Rabu, Mei 30, 2012

Sumbangan Mahatma Ghandi

Mahatma Ghandi atau Ba-Pu
Mahatma Ghandi telah menggunakan method perjuangan secara tidak kekerasan yang dikenali dengan konsep Sathyagraha sehingga memaksa British akur dengan golongan yang berjuang tanpa menggunakan senjata. Pada 1919,British telah cuba untuk melaksanakan satu pembaharuan yang dikenali sebagai Montagu-Chelmsford yang mana orang India akan ditempatkan sebagai pegawai-pegawai awam dan juga memberikan penglibatan yang lebih besar dalam dewan perwakilan namun perkara ini ditentang oleh Mahatma Ghandi yang menyebut perkara ini sebagai satu kaedah “ pengebirian” yang mana masyarakat India pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa.  Malah Mahatma Ghandi telah mendorong masyarakat India untuk menjalankan program “non-kooperasi ( tidak berkerjasama ) total” yang mana bukan hanya tidak menyertai jawatan yang diberi oleh Inggeris namun turut memboikot bahasa Inggeris, sistem perundangan Inggeris,barang-barang yang berkaitan Inggeris termasuklah tekstil. Dasar yang dijalankan oleh Ghandi ini turut disokong oleh pemimpin Islam seperti Muhammad Iqbal.
Idea yang dikemukan oleh Mahatma Ghandi ini pernah ditentang oleh puak nasionalis yang lain yang mengatakan idea yang dikemukan oleh Mahatma Ghandi sebagai pengingkaran,berputus asa dan satu rancangan untuk merosakkan sistem perundangan dan cuba mewujudkan satu bentang antara pihak pemerintah British dengan masyarakat India. Pada saat nasionalis yang semakin memuncak pada tahun 1920, Parti Kogres yang merupakan parti yang terbesar di India nyaris untuk menggunakan idea Mahatma Ghandi.
Pada peringkat awal, British tidak menganggap gerakan non-kooperasi sebagai gerakan yang mengancam kekuasaannya namun apabila gerakan ini telah mendapat momentumnya, British mula merasai tekanannya British mula mengawasi gerakan yang dilakukan oleh Ghandi ini. Pada November 1921, masyarakat India telah membuktikan yang mereka telah menyahut pemikiran Mahatma Ghandi ini dengan memboikot kedatangan Tuan Wales di Bombay bahkan kedatangan pegawai British tersebut telah menyebabkan rusuhan berlaku di Bandar tersebut. Ramai anggota Parti Kongres yang ditahan oleh pemerintah sehingga parti tersebut telah meminta Ghandi untuk menjalankan dasar non-kooperasi di peringkat nasional.
Tidak lama kemudian, Ghandi telah ditangkap dan telah dijatuhi penjara selama selama 6 tahun. Namun hukuman yang dikenakan keatas Ghandi tidak lama kerana dasar non-koperasi yang dijalankan oleh Mahatma Ghandi telah menyebabkan tekanan keatas British. Beliau telah dibebaskan dan dalam masa beberapa tahun beliau tidak terlibat dengan politik.
 Sumbangan terpenting dan terbesar yang dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan  orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentiment umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Peluang pertama untuk beliau memainkan peranan penting dalam gerakan ini timbul apabila diadakan Persidangan Muslim Seluruh India di Lucknow pada 21 September 1920. Beliau telah melahirkan sokongan keatas gerakan ini dan memohon masyarakat Hindu turut menyokongnya dengan mengadakan puasa,mogok, sembahyang dan dengan itu dapat mengeratkan hubungan antara umat Islam dan Hindu bagi memperjuangankan kemerdekaan India. Namun gerakan ini telah dibubarkan apabila Khalifah Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan Kamal Attartuk.
Walaupun Mahatma Ghandi memboikot British namun beliau beberapa kali mengistiharkan bahawa beliau setia dengan kerajaan British sehingga diberi gelaran Kaiser-I-Hind oleh British pada tahun 1915. Namun sebagai bukti persahabatan antara masyarakat Hindu dan Islam, Ghandi telah berjuang untuk membebaskan Ali bersaudara yang ditahan oleh pihak British kerana menjalankan gerakan Khalifat. Beliau member jaminan kepada Liga Muslim bahawa masyarakat Hindu bersama liga tersebut untuk memperjuangkan kebebasan Ali bersaudara. Walaupun gerakan ini tidak berjaya, namun Ghandi amat konsisten untuk menyatupadukan masyarakat Islam dan Hindu sehingga beliau dituduh oleh orang Hindu sebagai lebih simpati kepada orang Islam dan orang Islam menuduh beliau sebagai tidak konsisten dalam memperjuangkan penyatupaduan masyarakat apabila beliau dipengaruhi oleh golongan ekstrim Hindu seperti Malaviya dan Lajpat Rai. Walaupun pada hakikatnya beliau tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan jika kelompok Islam dan Hindu tidak mahu bersatu. Ini dinyatakan dalam surat beliau kepada Muhammad Ali pada 18 November 1918. Menurut beliau, pemerintahan sendiri hanya akan dapat dicapai jika umat Islam dan Hindu bersatu dan mencurahkan segala tenaga untuk mewujudkan perpaduan yang kekal.
Gerakan Khalifat telah menghargai sokongan yang diberikan oleh Ghandi keatas mereka.
Gerakan Khilafat ini disertai oleh orang Islam dan Hindu sehingga gerakan ini sudah menjadi satu gerakan pada peringkat nasional bukan lagi gerakan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja. Walaupun Mahatma Ghandi memberi sokongan sepenuhnya pada perjuangan ini pada mulanya namun beliau telah menarik balik sokongan itu selepas berlakunya peperangan antara Afghanistan-British dan kebangkitan Moplah pada 1921.
  Memimpin Kogres kebangsaan India yang melibatkan orang Islam, Hindu dan juga Buddha. Mahatma Ghandi telah menjadi pemimpin Parti Kogress Nasional India ( INC) dari tahun 1920-1939. Mahatma Ghandi menjadi presiden parti hasil sokongan daripada orang Gujerat, wilayah-wilayah bersekutu dan juga daripada Punjab. Semasa beliau menjadi pengerusi parti, beliau telah berjaya menarik golongan rakyat termasuklah golongan Hufcaste untuk terlibat dalam politik sehingga berlaku perkembangan politik yang pesat di India sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an. Idea yang dikemukan oleh Ghandi telah diterima oleh INC seperti Syatayagraha dan Swadeshi. Gesaan yang dilakukan oleh Ghandi telah menyebabkan British bertindak dengan menangkap dan memenjarakan ahli INC.
Agenda yang dikemukan oleh Ghandi ini terpaksa dibatalkan apabila berlaku sengketa agama antara masyarakat Islam dan Hindu dimana masyarakat Islam Moplah telah melancarkan jihad menentang penjajah Inggeris dan tuan tanah Hindu dan dibalas pula oleh orang Hindu yang diketuai oleh Arya Samaj. Peristiwa ini telah menyebabkan Ghandi menarik sokongan beliau kepada Gerakan Khalifat. Ghandi telah menggunakan simbol mesin tenunan yang menandakan keinginan beliau untuk mendekatkan golongan atasan dengan golongan bawahan. Beliau turut memperjuangan hak golongan bawahan seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut beliau sebagai ketidakadilan sosial.

Khamis, April 26, 2012

Parti Punjabi Malaysia ( PPM )



Perhimpunan Dwi Tahunan PPM
Parti  Punjabi Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1986 namun hanya dapat didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2003. Sebagaimana namanya, parti telah memperjuangkan kepentingan kelompok Sikh dari kaum Punjabi di Malaysia. Disebabkan orang Sikh di Malaysia kecil dari segi bilangan dan kebanyakan daripada mereka menyertai parti politik lain, maka parti ini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak popular di Malaysia. Parti ini mahu menarik golongan muda Sikh Punjab untuk menyertainya terutamanya golongan professional muda. Namun parti ini bukanlah parti yang menjadi pilihan kaum Sikh kerana sentiment yang bermain dalam masyarakat kaum itu yang mengaggap bahawa parti ini kecil dan lemah. Kelemahan ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya minat orang Punjab untuk menyertai parti ini berbanding dengan parti lainnya samada Barisan Nasional seperti Gerakan atau PPP ataupun Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Kemungkinan kedua ialah keranan kegagalan parti ini untuk menyertai Barisan Nasional sehingga dianggap parti nyamuk yang tidak akan membawa kejayaan jika menyertainya. Untuk rekod, sehingga tahun 2010, Parti Punjabi Malaysia telah menghantar sebanyak 6 permohonan untuk menyertai Barisan Nasional.
Walaupun parti ini merupakan sebuah parti pembangkang yang kecil, namun pada dasarnya parti ini menyokong dasar Barisan Nasional dan berharap akan menyertainya suatu hari nanti. Namun permintaan parti yang berjumlah 3000 orang ahli itu telah disekat daripada menyertai BN oleh MIC kerana dikatakan parti ini mempunyai pengikut yang sedikit. MIC mempunyai rekod menyekat parti dari bangsa India untuk menyertai Barisan Nasional. Ini adalah gambaran yang diberikan oleh Dr Susheel Kaur mengenai kegagalan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional. Untuk pengetahuan, terdapat kira-kira 130,000 orang Sikh di Malaysia dan angka 3000 itu hanya mewakili sebanyak 5% sahaja masyarakat Sikh Malaysia.
Parti itu sekarang ini dipimpin oleh wanita iaitu Dr Susheel Kaul yang berumur 61 tahun. Beliau telah dipilih oleh 50 orang perwakilan dalam perhimpunan dwi-tahunan parti tersebut. Parti ini telah menjadi seolah-olah parti milik keluarga apabila kedudukan pengerusi parti ini banyak berlegar dalam keluarga beliau sahaja. Parti sendiripun telah diasaskan oleh bapa beliau iaitu Jeswant Singh dan sebelum itu, parti ini telah dipimpin oleh sepupunya Datuk Gurdeep Perkash Singh. Sebelum ini, beliau telah menduduki kerusi Setiausaha Agung selama 10 tahun.


Perkembangan Politik Islam di India


Gambar Hiasan

Umat Islam dan Umat Hindu di India walaupun daripada ras dan kaum yang sama namun mereka telah menganggap bahawa mereka daripada dua ras yang berlainan. Kesatuan berdasarkan bangsa kaum tidak wujud disini tetapi yang wujudnya ialah kesatuan agama. Mereka menganggap mereka daripada dua kaum iaitu kaum Islam dan kaum Hindu. Perbezaan mereka ialah daripada segi pertuturan bahasa ( Islam menganggap bahasa Urdu sebagai bahasa nasional mereka manakala masyarakat Hindu pula menganggap bahasa Hindi sebagai bahasa mereka ). Apabila umat Islam kehilangan kuasa sehingga bahasa kerajaan Islam iaitu Urdu mula dipinggirkan oleh British dan mula menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa kerajaan, ini telah menimbulkan kebimbingan dalam kalangan masyarakat Islam yang sudah sedia terpinggir itu. Dalam kekalutan ini, umat Islam telah menubuhkan Liga Muslim yang menjadi asas kepada nasionalis Islam di India.
Sebelum kewujudan Liga Muslim, kebanyakan orang Islam berjuang hak mereka melalui Parti Kogress Kebangsaan India ( INC ) yang telah ditubuhkan pada abad yang ke-19 lagi. Parti ini menjadi parti yang besar dalam negara India yang dianggotai oleh bukan hanya masyarakat Hindu tetapi juga masyarakat Islam. Pada tahun 1906, pelajar-pelajar daripada Universiti Aligarh yang diasaskan oleh Syed Ahmad Khan seorang pemikir Islam telah menubuhkan sebuah persatuan orang Islam iaitu Liga Muslim. Namun persatuan ini hanya disertai oleh kelompok elit Islam iaitu golongan Islam yang kaya dan mengabaikan masyarakat Islam yang miskin. British pernah cuba untuk memisahkan Bengal pada tahun 1905, namun impian ini terpaksa dibatalkan apabila masyarakat Hindu di Bengal yang terdiri daripada golongan kaya menentang idea ini kerana akan menghilangkan kuasa mereka kerana pemisahan itu mencatatkan penduduk Islam yang menjadi majoriti di Bengal terutamanya dikawasan utara Bengal. Jika pemisahan Bengal ini, berjaya nescaya umat Islam India akan mendapat sebuah negara sendiri sebagaimana semasa zaman kerajaan-kerajaan Islam di India.
Peranan Liga Muslim yang bersifat elit ini berakhir apabila dipimpin oleh Muhammad Ali Jinnah. Di India pada masa itu, kawasan yang mempunyai penduduk majoriti ialah Sind, Bengal dan Punjab. Namun pada pilihanraya 1937, Liga Muslim telah mengalami kekalahan yang teruk dikawasan penduduk majoriti Islam itu sendiri. Parti Kogres Nasional India dan juga parti Nasional yang lainnya telah mendapat tempat dihati penduduk India. Liga Muslim dianggap sebagai parti nyamuk dan perbincangan tentang masyarakat Islam tidak dilakukan melalui pertubuhan ini. Melihat perkara ini, Liga Muslim dibawah Muhammad Ali Jinnah merasa perlu dibuat sesuatu supaya Liga Muslim mendapat tempat dihati rakyat. Oleh itu, Muhammad Ali Jinnah telah mendesak parti Islam di kawasan majoriti Islam terutamnya bernaung dibawah liga Muslim. Liga Muslim juga mula melakukan propaganda dengan mengatakan Kogress Kebangsaan India sebagai parti Hindu yang hanya memperjuangkan masyarakat Hindu dengan mengabaikan masyarakat Islam. Propaganda yang dimainkan oleh Liga Muslim ini telah berjaya menarik umat Islam India untuk menyokong Liga Muslim. INni dibuktikan pada pilihanraya 1946 apabila Liga Muslim menang dikawasan penduduk majoriti Muslim. 
Teori Dua Bangsa ialah teori yang mula-mula diperkenalkan oleh Syed Ahmad Khan, walaupun teori ini tidak lah sebuah teori semasa Syed Ahmad Khan menyebutnya namun butir-butir mengenai teori ini secara tidak langsung telah diperkenalkan oleh beliau. Teori Dua Bangsa sebagaimana yang kita fahami pada hari ini telah dilengkapkan oleh seorang lagi pemikir Islam India iaitu Muhammad Iqbal. Beliau menuntut sebuah negara Islam yang terpisah daripada pengaruh kerajaan Hindu kerana pada beliau bangsa Hindu dan Islam merupakan sesuatu yang berbeza dan seharusnya tidak boleh ada 2 bangsa dalam satu negara. Benih-benih kewujudan Pakistan telah bermula. Semasa persidangan Liga Muslim di Lahore, Muhammad Ali Jinnah sebagai peminpin Liga Islam telah menyatakan bahawa perlu diwujudkan sebuah negara Islam untuk Umat Islam di India. 
Antara sebab kenapa British meluluskan pembentukan Pakistan ialah kerana perbalahan Komunal antara Hindu dan Islam yang semakin memuncak. Di kawasan Islam seperti di Bengal telah mencatatkan angka korban seramai 4000 orang dan 10,000 yang lain cedera. Untuk menyelesaikan masalah ini, British merasakan bahawa perlu diwujudkan sebuah lagi negara untuk masyarakat Islam. Selain itu, sebab kewujudan Pakistan ialah sebagai tanda terima kasih kepada Liga Muslim kerana menyokong British semasa British mengalami zaman kesukaran semasa perang Dunia kedua. Semasa perang ini, INC telah mengambil langkah tidak bekerjasama dengan British dan menjalankan kempen " Gerakan Meninggalkan India". Ini dirasakan kerana pada hemat INC , jika tiada British di India maka Jepun tidak akan menyerang dan jika Jepun menyerang India, penduduk India sendiri boleh mempertahankan India. Kesannya, Jawahalal Nehru, Mahatma Ghandi dan 20,000 pengikut INC telah dipenjaran oleh British. Liga Muslim pula mengambil langkah bekerjasama dengan British kerana merasakan hanya British sahaja yang boleh membantu menubuhkan sebuah negara Islam iaitu Pakistan sekaligus merialisasikan teori dua bangsa. 
Draf kemerdekaan Pakistan telah diwujudkan pada April 1947 dan pada Jun 1947 draf itu telah diluluskan . Pakistan telah merdeka pada 14 Ogos 1947 dan menariknya India telah merdeka sehari selepas Pakistan dan lebih menarik, kemerdekaan India diistiharkan pada waktu malam kerana pada pandangan kosmo masyarakat Hindu bahawa alamat tidak baik jika mengistiharkan kemerdekaan pada siang hari. 
Kewudujan Pakistan Barat dan Timur ( Bangladesh ) telah meyaksikan penghijrahan berjuta-juta penduduk. Masyarakat Islam di India berpindah ke wilayah Pakistan dan penduduk Hindu dan Sikh berpindah ke wilayah India. Dalam penghijrahan ini kira-kira seramai 200,000 penduduk muslim telah mati dibunuh oleh pengganas Hindu termasuklah tentera India..

Sabtu, April 21, 2012

Parti Bersatu Sabah - Pejuang Kristian Sabah


Bendera Parti Bersatu Sabah ( PBS )

Jika di Malaysia terutamanya di Semananjung Malaysia, PAS menjadi sebuah parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Di Sabah ada satu parti politik yang memperjuangkan survival kristian bahkan gaya perjuangan parti ini lebih keras dan ekstrim berbanding yang dilakukan oleh PAS dan juga parti yang berunsur agama yang lainnya. Parti ini telah memaksa penyerapan doktrinnya kepada rakyat di negeri Sabah sehingga semasa zaman pemerintahan parti ini, penduduk Islam Sabah mengalami satu tekanan yang amat kuat. Parti ini ialah Parti Bersatu Sabah ( PBS ). Parti Bersatu Sabah ( PBS ) sekarang ini merupakan salah satu daripada komponen dalam Barisan Nasional ( BN ).
PBS telah diasaskan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan selepas beliau telah ditendang keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah ( Berjaya ) kerana mengkritik dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pimpinan kerajaan pada masa itu yang menurut Datuk Joseph sebagai telah lari daripada dasar perjuangan parti. Parti Berjaya telah ditubuhkan oleh Datuk Haris Salleh atas pemintaan Tun Razak. Penubuhan parti Berjaya ini dilakukan untuk menandingan kuasa yang dipegang oleh Datu Mustapha sebagai ketua menteri pada waktu itu. Tun Razak bertindak demikian juga kerana Datu Mustapha cuba memisahkan Sabah daripada Malaysia. Disebabkan mendapat sokongan daripada kerajaan pusat, Parti Berjaya telah berjaya mengambil alih pemerintahan dari Datu Mustafa. Datuk Haris telah dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru. Namun Datuk Haris telah mengkhianati amanah daripada rakyat tersebut dengan menggunakan kesempatan ini untuk mengaut kekayaan luar biasa untuk dirinya.
Kegagalan terbesar Datuk Haris ialah memecat Datuk Joseph daripada kerajaan tanpa beliau sedari Datuk Joseph mampu untuk mendapatkan sentiment masyarakat Kadazan Dusun yang merupakan penduduk majoriti di Sabah. Berbekalkan semangat Kadazan Kristian, Datuk Joseph telah menubuhkan parti PBS pada 5 Mac 1985. Selepas keluar daripada parti beliau telah dipaksa untuk mengosongkan kerusi DUN Tambunan yang dipegangnya selama ini. Pada tahun 1984, beliau telah bertanding sebagai calon bebas untuk kawasan yang beliau kosongkan ini. Walaupun menghadapi jentera kerajaan yang lebih kuat, beliau akhirnya telah berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3048 undi. Kemenangan yang dikecapi oleh Datuk Joseph ini telah menyebabkan sokongan kepada beliau di seluruh negeri Sabah semakin meningkat dengan tujuan untuk menghapuskan koropsi dalam kerajaan. Masyarakat Tambunan pada masa ini amat marahkan kerajaan Berjaya kerana menghapuskan taraf daerah bagi kawasan tersebut.
Selain Berjaya, Parti PBS merupakan salah satu parti yang dikira berjaya mendapat sokongan daripada massa semasa waktu itu. Hanya 47 hari selepas ditubuhkan, PBS telah berjaya memenangi 25 kerusi daripada 48 kerusi sekaligus berjaya untuk memerintah Sabah dengan majoriti mudah dan lebih mengejutkan Datuk Haris Salleh telah tewas mengejut di kawasan beliau di Tenom. Parti Berjaya mengalami kekalahan teruk pada waktu itu. Parti PBS telah berjaya menguasai negeri tersebut dari tahun 1985-1994.  Pada pilihanraya 1994, PBS masih memenangi pilihanraya namun kerajaan ini hanya bertahan selama 2 minggu selepas kebanyakan ahli parti ini melompat menyertai BN. Walaupun parti ini dilihat parti yang berbilang kaum dan agama namun peranannya sebagai benteng Kristian Sabah tidak boleh dinafikan tambahan lagi Presidennya Datuk Joseph Pairin Kitingan merupakan pemimpin Kristian di Sabah.
Semasa pemerintahan PBS di Sabah, muallaf semasa pemerintahan parti Berjaya dan USNO  digalakkan untuk kembali murtad dan masuk kedalam agama Kristian. Bantuan diberikan kepada mubaligh-mubaligh yang yang akan menyebarkan agama Kristian di seluruh Sabah. Datuk Joseph telah meluluskan peruntukan sebanyak rm 20,000 untuk diberikan kepada mubaligh di Sabah. Setiap umat Islam di Sabah yang menganut agama Kristian akan diberikan imbuhan sebanyak rm 3000 seorang dan antara yang menerima imbuhan ini ialah keluarga Ust Farhan (  bekas paderi yang memeluk Islam ). Tumpuan pembangunan hanya untuk masyarakat Kristian bahkan kerajaan negeri telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan gereja termasuklah dikawasan orang Islam seperti di Tawau. Walaupun sekarang ini, Datuk Joseph bukan lagi memegang jawatan sebagai Ketua Menteri namun di Sabah papan label jalan banyak menunjukkan arah gereja berbanding arah masjid sebagaimana seperti di semananjung sedangkan arah masjid lebih perlu diutamakan kerana umat islam solat sebanyak 5 kali sehari. Yang paling menarik semasa pemerintahan beliau ialah, satu operasi yang dikenali sebagai “ Operasi Potong Bawang”. Operasi Potong Bawang bermaksud operasi menghapuskan ajaran Islam kerana bawang tersebut adalah simbolik kepada kubah masjid yang seakan-akan bawang.
Walaupun Sabah mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan namun dalam politik Sabah hanya ada dua golongan sahaja iaitu Islam atau Kristian..

Selasa, April 03, 2012

Sejarah Hidup King Gwanggaeto the Great

King Gwanggaeto the Conqueror
King Gwanggaeto atau Damdeok merupakan raja ke-19 dalam dinasti Goguryo/Koguryo. Goguryo merupakan dinasti yang berada di utara korea termasuk manchuria yang beribukota di Gunaesong atau sekarang ini dikenali sebagai Pyongyang Korea Utara. Dalam sejarah Korea, hanya 2 orang raja sahaja yang diberi gelaran "The Great" iaitu Raja Gwanggaeto dan Dae Joyoung ( Raja Go ) kerana kehebatannya dalam mempertahankan Korea daripada acaman China dan Jepun. Sekarang ini ditayangkan sebuah drama mengenai sejarah hidup Raja ini dengan sebanyak 80 episod dan terpaksa ditambah sebanyak 20 episod atas permintaan orang ramai. Setiap minggu pasti saya akan ternantikan drama ini. Ia sebuah drama sejarah yang terbaik yang berjaya dihasilkan selama ini.
King Gwanggaeto telah dilahirkan pada tahun 374 - 413 M. Beliau memakai gelaran Maharaja Yeongnak dengan gelaran yang agunng. Sebelum menjadi raja, beliau terpaksa bergelut dengan kekuasaan perdana menteri yang terlalu berkuasa di istana. Beliau pada mulanya bukanlah calon untuk menjadi raja namun peluang itu telah terhidang apabila abangnya iaitu putera Dammang telah terbunuh semasa sedang berburu. Disebabkan tiada putera lain, beliau telah diangkat untuk menjadi putera mahkota bagi dinasti Koguryo. Beliau telah dihantar ke Mohe ( utara China ) untuk menumpaskan suku kaum barbar tersebut. Semasa pulang daripada peperangan itu, di istana telah berlaku satu rampasan kuasa oleh Perdana Menteri Gae Yoon Soo. Namun pemberontakan tersebut berjaya dihapuskan oleh Damdeok/King Gwanggaeto dengan bantuan datuk saudaranya Komeander Ko Mu. Selepas itu beliau telah diangkat menjadi raja. Semasa kematian beliau, Goguryo menguasai semua kawasan di Sungai Amur dan Sungai Han yang sekarang ini meliputi separuh daripada Korea moden, Manchuria,Monggolia dan wilayah maritim Rusia.( Separuh lagi daripada semenanjung Korea dikuasai oleh Baekje dan Silla yang mana kedua-duanya tunduk kepada kekuasaan Goguryo. Pencapaian Gwanggaeto telah dicatatkan di pada batu bersurat yang didirikan di makamnya di Jian berdekatan sempadan korea utara dan korea selatan pada hari ini, Bati bersurat ini merupakan batu bersurat yang terbesar di dunia. 
Pelakon King Gwanggaeto the Conquerer
Goguryo bukanlah sebuah negara yang kuat semasa pemerintahan ayahnya raja Gogukyang. Semasa pemerintahan Gogukyang, boleh dikatakan yang menguasai semenanjung korea pada masa itu ialah Baekje. Namun semasa pemerintahan Yeongnak yang agung beliau telah membangunkan semula tentera berkuda dan juga tentera laut. Pada tahun 392, kempen menentang Baekje telah dimulakan dan Maharaja Yeongnak telah berjaya menawan sebanyak 10 benteng Baekje. Semasa pemerintahan Yeongnak, hampir semua kempen yang dilakukan oleh Baekje keatas Goguryo telah gagal kerana kepintaran Maharaja Yeongnak dalam strategi perang. 

Pada tahun 395, Raja Gwanggaeto/Maharaja Yeongnak telah menyerang Beili sebuah wilayah yang dikuasai oleh puak Khitan yang berpusat di tengah Manchuria berdekatan dengan sungai Song Hua. Namun kejayaan terbesar King Gwanggaeto ialah mampu mangalahkan Houyan sebuah kuasa besar pada masa itu. Houyan merupakan ancaman terbesar yang dihadapi oleh Koguryo selain daripada Baekje. Walaupun perkahwinan diraja telah dilakukan dimana adik Raja Gwanggaeto iaitu Dam Ju telah dikahwinkan dengan Murong Bao ( Maharaja Houyan ) namun itu tidak menamatkan persengketaan antara mereka. Raja Gwanggaeto telah berjaya mengambil keseluruhan Semenanjung Liaodang semasa kempen ini . Liaodang hanya jatuh semasa Mahajara Dinasti Tang iaitu Li Shimin melakukan penaklukan keatas Goguryo dengan bantuan Silla. 

Sabtu, Mac 24, 2012

Islam di Filipina dan Kemunculan Gerakan Islam


Gambar Pejuang MNLF
Penjajahan Sepanyol
Sepanjang tiga abad penjajahan Sepanyol sering kali berlakunya peperangan contohnya pada tahun 1578, yang mana Sepenyol telah bertindak menyerang Jolo untuk mengusir Sulu namun gagal. Bagi daerah utara Filipina,hampir semua penduduk menganut ajaran Kristian disebabkan tidak mampu untuk bertahan daripada serangan pasukan tentera dan para missionaris.
Pelbagai diskriminasi dan kezaliman telah dilakukan oleh Sepanyol seperti mengamalkan dasar divide and rule dan mission-sacre iaitu misi suci Kristian. Selain itu,Sepanyol telah memberikan gelaran yang buruk kepada penduduk Islam di wilayah itu iaitu memanggil mereka dengan panggilan Moor yang bermaksud mereka yang buta huruf, jahar, tidak bertuhan dan pembunuh. Mereka telah menghapuskan amalan-amalan orang Islam iaitu dengan membongkar kubur-kubur sultan bagi manghalang orang Islam mengunjunginya. Selain itu mereka juga bertindak membakar masjid dan menghalang kemasukan pengajar agama Islam ke kawasan selatan. Ini sebagaimana semasa penaklukan dilakukan di Pulau Luzon ( Manila ) berlaku penentangan oleh Raja Sulaiman dan Raja Lakandula sehingga tumpas dan Sepanyol telah bertindak dengan membakar semua tinggalan Islam.
Bukti jelas kezaliman yang dilakukan Sepanyol dalam usaha menghalang penyebaran Islam ialah bertindak menyerang Brunei. Sepanyol telah bertindak tegas dengan menyerang Brunei supaya menghentikan kegiatan penyebaran agama Islam di Filipina. Perang Moro telah menyebabkan masyarakat Islam berkurangan sehingga tidak mampu untuk memajukan ekonomi. Orang Sepanyol telah bertindak menghapuskan petempatan di Pulau Jolo sehingga memaksa penduduk melarikan diri. Selain itu,Sepanyol juga telah menghapuskan sumber ekonomi penduduk Islam dengan merosakkan kebun dan membakar kapal perdagangan.
  Amerika
Kekalahan Sepanyol kepada Amerika menandakan pendudukan Amerika di Filipina. Secara tidak adil, Sepanyol telah bertindak menjual selatan Filipina kepada Amerika walaupun tidak pernah berjaya menawan kawasan tersebut. Sepanyol telah menjualnya dengan harga $20 juta melalui Perjanjian Paris 1898. Menurut Heru Susetyo bermula daripada perjanjian ini barulah perang dengan Sepanyol mulai berkurangan.
Pada 20 Ogos tahun yang sama, Amerika dan Kesultanan Sulu telah menandatangani Perjanjian Kiram Bates telah menyebabkan Amerika dapat meluaskan pengaruhnya di Filipina. Pada 1903, Mindanau dan Sulu telah disatukan oleh Amerika menjadi sebuah kawasan yang dikenali sebagai Moroland. Kemudian pada 1915, Sultan Sulu telah dipaksa oleh Amerika untuk turun takhta tetapi baginda masih diakui sebagai ketua bagi masyarakat Islam. Kemudian, pada April 1940,Kesultanan Sulu telah dihapuskan dan menggabungkan kawasan selatan kedalam Filipina. Presiden Manuel L Queozon telah mengisytiharkan bahawa tiada lagi pengganti Sultan Jamalul Kiram II.
Selepas Kesultanan Sulu dihapuskan, Amerika telah membawa masyarakat Kristian ke selatan ( settlement policy ) dimana mereka dibenarkan untuk memiliki 16 hektar tanah dan sehingga 144 hektar tanah. Sedangkan penduduk Islam pada masa itu amat sukar untuk memiliki ta
 Zaman Pesemakmuran dan Zaman Kemerdekaan
Zaman ini ditandai dengan peralihan kekuasaan dari Amerika kepada kekuasaan kelompok Kristian Filipina Utara. Sebelum itu, Amerika telah bertindak menguatkuasakan beberapa peraturan tanah seperti Land Registration Ac No 496 (Nov 1902) dan Philipine Commission Act No 718 (April 1903). Dalam akta ini, tanah yang diberikan oleh Sultan,Datu atau Kepala Suku Islam adalah tidak sah. Tanah yang tidak didaftarkan dianggap sebagai tanah negara. Dalam undang-undang ini, setiap penduduk perlu untuk memiliki tanah secara bertulis bukannya secara lisan sebagaimana yang diamalkan oleh penduduk Islam Moro selama ini. Quino-Recto Colonization Act No 4197 adalah undang-undang tanah yang lebih agresif untuk memindahkan penduduk Kristian ke kawasan selatan.
Selepas Filipina mendepat kemerdekaan, penduduk Islam didiskriminasikan daripada segi pentadbiran. Mereka sukar untuk mendapat kerja kerajaan ataupun di sektor pertanian kerana mereka hanya seorang Islam.
Pemerintah Filipina juga tidak menghormati agama dan budaya orang Moro. Atas nama pembangunan dengan senang sahaja mereka di usir dari tanah mereka contohnya, seramai 20 orang penduduk Moro diusir untuk membina Jabatan Perikanan dan kubur-kubur orang Islam di bongkar untuk membina stesen bas dan lapangan terbang. Dalam bidang pembangunan semestinya masyarakat muslim diabaikan buktinya statistik tahun 2000 telah membuktikan bahawa 10 buah daerah termiskin di Filipina adakah kawasan yang dihuni oleh orang Islam.
 Faktor-faktor kemunculan gerakan pemisah
            Agama sememangnya merupakan faktor utama yang menyebabkan munculnya gerakan pemisah di Filipina. Namun demikian, agama bukanlah satu-satunya faktor yang mendorong masyarakat Filipina untuk bangkit menuntut hak mereka tetapi juga didorong oleh faktor sampingan yang lain. Secara umumnya, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan orang Moro di Filipina melakukan gerakan pemisah iaitu asimilasi Katolik Kristian, penghijrahan orang Kristian dari Utara ke Selatan, kekecewaan akibat kelembaban ekonomi orang muslim di Mindanao dan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Filipina.
            Faktor agama iaitu asimilasi Katolik Kristian telah menjadi punca utama kepada kebangkitan masyarakat Muslim di Filipina. Mereka bimbang agama Kristian akan menjadi penyebab kepada kejatuhan agama Islam, budaya dan politik mereka. Asimilasi ini amat berkait rapat dengan dasar Sepanyol. Sepanyol datang ke Filipina bukan sahaja untuk memperluaskan empayar kekuasaan mereka dan kepentingan ekonomi tetapi juga dengan tujuan untuk memperkenalkan agama Kristian katolik. Pihak berkuasa Sepanyol berazam untuk mewujudkan satu sistem kolonial dengan kawalan sepenuhnya ke atas penduduk peribumi terutamanya penukaran agama kepada Kristian. Secara ringkasnya, polisi Sepanyol adalah untuk mengkristiankan orang Moro. Moro merupakan gelaran bagi penduduk Muslim Filipina yang diberikan oleh Sepanyol. Bagi menjalankan polisi ini, pendakwah-pendakwah Katholik datang ke kampung-kampung untuk membina gereja dan sekolah yang bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Selain itu, pendakwah-pendakwah menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa dalam arahan, insitusi kerajaan dan perdagangan untuk menjadikan bahasa tersebut sebagai lingua franca mengatasi bahasa-bahasa lain yang terdapat di Filipina.
Aspek ritual, doktrin, dan amalan masyarakat Filipina juga diubah bagi memudahkan penukaran agama masyarakat Muslim di Filipina kepada Kristian. Hal ini termasuklah penggunaan ritual Katolik, kepercayaan kepada roh dan doktrin budaya. Pada permulaan abad ke-19, perubahan yang telah berlaku telah menyebabkan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan penduduk Muslim Filipina. Sikap dan kedegilan Sepanyol terhadap penduduk muslim di Filipina telah memperhebatkan lagi penentangan mereka terhadap Sepanyol.
            Penghijrahan orang Kristian dari Utara ke Selatan juga telah menyebabkan kebangkitan masyarakat Muslim di Filipina. Hal ini berkait rapat dengan galakan kerajaan bagi mengimbangi demografi penduduk di Selatan. Kebanjiran penduduk Kristian meningkat dengan begitu tinggi selepas tahun 1913, terutamanya ke Mindanao. Akhirnya, penduduk Islam tidak lagi menjadi majoriti di kawasan yang sebelumnya diperintah dan didominasi oleh mereka. Perubahan demografi penduduk ini telah didorong oleh migrasi besar-besaran penduduk bukan Islam ke Selatan dan perkara ini telah menjadi halangan besar kepada penduduk muslim untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Filipina. Secara umumnya, penduduk muslim di Filipina mahu menubuhkan sebuah negara muslim yang bebas. Hal ini menyebabkan penduduk Muslim bangkit untuk mempertahankan hak mereka.
            Faktor yang seterusnya ialah kelembaban ekonomi penduduk Muslim terutamanya di Mindanao. Diskriminasi dalam bidang ekonomi tampak jelas apabila aktiviti pertanian yang diperkenalkan oleh kerajaan Filipina kepada orang Kristian telah menimbulkan konflik dalam hal pemilikan tanah. Penduduk Muslim menganggap bahawa mereka bukan sahaja dipinggirkan dari kawasan tradisi mereka malah ditindas kerana harta nenek moyang dan kaum mereka telah diberikan kepada penduduk Kristian. Keutamaan yang diberikan kepada penduduk Kristian dalam bidang pertanian telah menyebabkan ekonomi orang muslim tidak dapat berkembang. Masalah yang dihadapi oleh komuniti Muslim adalah diskriminasi, kemiskinan dan ketidakadilan terutamanya pengusiran dari tanah mereka oleh orang-orang Kristian. Hal ini menyebabkan penduduk muslim bangkit menunutut hak mereka.
            Masalah sosial yang berlaku juga berlaku dalam kalangan masyarakat di Filipina juga telah mendorong masyarakat muslim untuk menuntut hak mereka. Hal ini berkaitan rapat antara hubungan dingin antara masyarakat Muslim dan Kristian di Filipina. Pendudukan Sepanyol di Filipina telah menyebabkan penduduk berpecah kepada dua bahagian. Penduduk yang menukar agamanya kepada Kristian akan menjadi dilindungi Sepanyol manakala penduduk yang enggan menerima Kristian akan dianggap sebagai musuh. Sikap bias dan prejudis pihak Sepanyol ini telah mewujudkan sentimen permusuhan dan hubungan antara penduduk Muslim dan Kristian menjadi bermasalah. Pihak sepanyol juga menggelar Moro (penduduk muslim Filipina) sebagai lanun, pengkhianat dan juramentados. Stereotaip ini hanya memburukkan lagi persepsi antara penduduk Muslim dan Kristian. Perkara ini telah membangkitkan semangat penduduk muslim untuk melakukan gerakan pemisahan.
  Gerakan Pemisah
Gerakan pemisah adalah satu gerakan yang cuba mendapatkan hak dan kemerdekaan untuk mewujudkan sebuah negara ke arah pemerintahan sendiri. Gerakan pemisah berlaku kesan daripada dasar penjajahan yang menyebabkan wilayah-wilayah autonomi Islam kehilangan kuasa. Golongan ini menganggap perjuangan ini lebih mampu atau mempercepatkan lagi proses membebaskan wilayah daripada ditadbir oleh kerajaan pusat yang menguasainya yang dianggap tidak adil atau tidak memuaskan hati mereka terutama bagi wilayah-wilayah yang ditadbir.

  Muslim Independece Movement (MIM)
Pertubuhan Muslim Independece Movement (MIM) ditubuhkan pada tahun 1 Mei 1968 oleh Datu Udtog Matalan. Kemerdekaan Mindanao daripada  Kerajaan  Filipina dijadikan sebagai  agenda perjuangan utama dalam perjuangan MIM ini. Sebagai tindak balas kepada tuntutan kemerdekaan yang dilakukan oleh MIM, golongan Katolik telah menubuhkan pergerakan anti Moro ILAGA  iaitu sebuah gerakan anti Muslim yang bertanggungjawab terhadap  pembunuhan beramai-ramai 70 orang Muslim di sebuah masjid di Utara Cotabato. Sementara itu banyak pemimpin pergerakan ini telah dibeli oleh kerajaan Filipina apabila mereka disogokkan dengan jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan matlamat perjuangan asal mereka telah terpesong. Datu Matalan sendiri telah diberikan jawatan datu oleh kerajaan Filipina. Keadaan yang berlaku ini telah mengecewakan pemimpin-pemimpin muda dan mereka mula membentuk Moro National Liberation Front (MNLF).

  Moro National Liberation Front (MNLF)
Moro National Liberation Front diasaskan oleh Nur Misuari seorang ahli MIM yang berpendidikan universiti  pada tahun 1971 di Tausug. MNLF telah mendefinisikan pergerakan mereka kepada tiga perkara utama iaitu menjadikan orang Moro mempunyai sejarah Islam yang spesifik dan identiti budaya yang tersendiri, MNLF bertegas bahawa bangsa Moro mempunyai hak yang sah untuk menentukan masa depan mereka dan di samping itu juga,  MNLF bertanggungjawab untuk melancarkan jihad terhadap kerajaan Filipina dan mewujudkan sebuah kerajaan autonomi walaupun tidak mendapat kemerdekaan sepenuhnya.
Pada tahun 1973, pasukan militan Bangsa Moro Army (BMA) ditubuhkan dan seringkali  melancarkan perang secara gerila ke atas tentera Filipina dan serangan  yang dilakukan oleh MNLF ini telah menyebabkan Presiden Marcos terpaksa mengisytiharkan undang-undang tentera pada tahun 1972. Pada masa yang sama, perjuangan yang dilakukan oleh MNLF ini telah mendapat perhatian daripada Pertubuhan Negara Islam iaitu OIC. Dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini empat orang Menteri Luar Pertubuhan Negara Islam (OIC) dari Libya, Somalia, Arab Saudi dan Senegal telah dihantar ke  Filipina untuk meninjau mengenai masalah ini. Kemuncaknya pada pada 23 Disember 1976 termetarai perjanjian Tripoli di mana kerajaan Filipina didesak oleh OIC untuk memberikan hak autonomi dan mewujudkan suasana aman di Selatan Filipina. Namun begitu perjanjian ini gagal kerana Filipina menyatakan bahawa masalah yang sedang dihadapi dengan masyarakat Muslim adalah masalah dalaman mereka dan tidak perlu campurtangan pihak asing. Kegagalan Nur Misuari untuk mengambil kesempatan daripada Perjanjian Tripoli ini telah menyebabkan kredibiliti kepimpinan Nur Misuari mula tergugat di kalangan ahli MNLF. Senario ini membawa kepada pergolakan dalaman MNLF sendiri.

  Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Moro Islamic Liberation Front atau MILF telah ditubuhkan oleh Hashim Selamat iatu seorang pelajar Universiti Al Azhar pada tahun 1980. Hashim Selamat telah menuduh Nur Misuari sebagai seorang yang yang mengamalkan rasuah, pengikut komunis, pemimpin yang gagal dan seorang reformis sekular. MILF bercita-cita untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang dikenali sebagai Republik Islam Mindanao (MIR) yang berpegang teguh kepada syariat Islam. Matlamat ini akan tercapai melalui dakwah, tarbiyyah dan jihad. Kumpulan ini dilatih oleh pejuang-pejuang yang pernah menganggotai pergerakan Mujahidin di Afghanistan dalam pengeboman, serangan berani mati, sabotaj dan banyak lagi dan mendapat bantuan kewangan daripada negara-negara asing. Dalam usaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berautonomi, Hashim Selamat menegaskan bahawa mereka  perlu mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan Filipina dan ia hanya akan dapat dilakukan melalui pemberontakan bersenjata. MILF juga pernah mengadakan rundingan damai dengan kerajaan Filipina tetapi gagal apabila Filipina menolak tuntutan MILF agar tentera kerajaan berundur dari Mindanao.
  Abu Sayyaf
Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan pda 1991 oleh Abdul Razak Jan Jalani. Abu Sayyaf merupakan kumpulan serpihan daripada MNLF yang ekstremis dan sering kali dikaitkan dengan kegiatan keganasan. Matlamat mereka yang jelas adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang bebas di Mindanao. Ahli mereka kebanyakannya terdiri daripada pejuang yang pernah terlibat dalam perang Afghanistan menentang Soviet Union. Disamping itu juga kumpulan ini sering kali dikaitkan rangkaian pengganas antarabangsa seperti al Qaeda dan kumpulan militan yang terdapat di Malaysia dan Thailand.

Khamis, Januari 05, 2012

Tan Sri A Samad Ismail. Sejarah Hidup dan Sumbangan


A Samad Ismail bersama keluarga

Abdul Samad Ismail telah dilahirkan pada 24 April 1925 tetapi tarikh lahirnya beliau telah diubah kepada 18 April 1924 oleh ayahnya sendiri disebabkan oleh kemampuan beliau untuk lulus dalam Senior Cambridge dalam usia yang begitu muda. Untuk mengelakkan orang ramai syak mengenai kelulusan dalam Senior Cambridge itu,ayahnya yang merupakan seorang guru besar telah bertindak menukar tarikh kelahiran itu dengan surat sumpah. Ramai daripada penulis dan pengkaji Tan Sri A.Samad Ismail beranggapan bahawa beliau dilahirkan pada 18 April 1924. Tan Sri A.Samad Ismail merupakan anak yang ke-8 daripada 16 orang adik beradik. Bapanya bernama Ismail Shairazi dan ibunya bernama Aida Abdul Majid. Kedua ibu bapanya merupakan keturunan Jawa yang menetap di Singapura. Selepas menamatkan Senior Cambridge pada usia seawal 16 tahun,beliau telah bekerja dengan Utusan Melayu yang pada masa itu di pimpin oleh Rahim Kajai dan juga Yusof Ishak. Beliau mula berkhidmat disini pada tahun 1941. Untuk bekerja disini beliau telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training Collage ( SITC ) untuk dilatih menjadi nazir sekolah-sekolah Melayu. Di sini,beliau telah banyak belajar mengenai kewartawanan dan cara hidup masyarakat Melayu yang moden. Semasa bekerja di Berita Malai,beliau telah berkahwin dengan isterinya iaitu Hamidah Hasan yang berasal dari Pulau Pinang dan pernah menjadi orang bawahannya semasa di Berita Malai. Sejak daripada kecil lagi,A Samad Ismail menyimpan duit untuk membeli akhbar atau majalah atau setidaknya akan membaca akhbar di rumah jirannya. Setiap hari beliau akan diberi wang saku sebanyak 13 sen dan dengan duit itulah beliau akan membeli akhbar atau majalah. Bermula daripada minatnya pada zaman kecilnya ini,telah membentuk peribadinya untuk menjadi seorang wartawan akhbar yang telah memberi sumbangan dan jasa yang besar kepada aktiviti kewartawanan negara.
Kisah Hidup A.Samad Ismail
Kisah hidup A.Samad Ismail boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu sejak beliau bekerja dengan Utusan Melayu selepas tamat sekolah,bekerja di akhbar Berita Malai semasa zaman perang dan keterlibatan dalam politik. Kisah hidup tokoh kewartawanan ini menarik untuk dikaji oleh masyarakat Malaysia kerana Tan Sri A.Samad Ismail mempunyai pelbagai rintangan dalam menempuhi hidupnya sebelum menjadi seorang yang terkenal dalam lapangan kewartanan di Singapura dan juga di Malaysia.

Bekerja Di Utusan Melayu
Penerbitan akhbar Utusan Melayu ini sebenarnya terbahagi kepada dua peringkat. Utusan Melayu peringkat pertama adalah milik seorang Inggeris yang kemudiannya dijual kepada beberapa orang yang berbangsa Melayu. Akhbar ini terbit dalam lingkungan tahun 1907-1921. Utusan Melayu peringkat awal ini dimiliki oleh William Makepeace yang dijadikan kembar kepada akhbarnya iaitu Singapore Free Press. Kemudian akhbar tersebut telah dibeli oleh Muhammad Yunus Abdullah dengan harga RM 5000. Antara ahli lembaga pengarahnya ialah Haji Muhammad bin Muhammad Hakin,Haji Abdul Kadir bin Abdul Aziz,Iwad Sa dan Muhammad Yunus Abdullah serta William Makepeace sebagai pemegang saham. Namun akhbar ini tidak mampu bertahan lama kerana masalah kewangan yang dihadapi sehingga terpaksa menghentikan operasi pada tahun 1921.
Syarikat Utusan Melayu yang kedua telah ditubuhkan pada tahun 1939. Yusof Ishak dan kawannya dalam Kesatuan Melayu Singapura telah menubuhkan Syarikat Utusan Melayu dan menerbitkan akhbar Utusan Melayu. Uniknya penubuhan akhbar ini ialah ia melalui pungutan derma daripada masyarakat. Ramai wartawan yang hebat telah berkampung dalam akhbar ini antaranya Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad. Tidak lama daripada penubuhan akhbar ini, A.Samad Ismail telah bekerja di akhbar ini.
Sebenarnya, A Samad Ismail merupakan penerima biasiswa Kesatuan Melayu Singapura. Beliau berkerja dengan Utusan Melayu pun kerana diminta oleh kesatuan tersebut walhal pada awalnya beliau lebih berminat untuk bekerja sebagai kerani yang meraih gaji yang lebih tinggi berbanding dengan gaji seorang wartawan. Semasa awal-awal bekerja di utusan,beliau tidak mendapat gaji langsung tetapi dengan berbekalkan wang diberikan oleh ibu dan kakaknya beliau berbelanja. Pada awalnya,beliau tidak diberi tugasan melainkan hanya pergi mendengar kes mahkamah dan melihat cara penghasilan akhbar itu sahaja. Rahim Kajai amat menitikberatkan kandungan yang terdapat dalam akhbarnya, sehingga jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pekerjanya,beliau akan menyumpah dan mencarut kepada pekerja tersebut. Pernah suatu hari, A. Samad Ismail menulis sebuah rencara kira-kira 5 muka surat kemudian diserahkan kepada Rahim Kajai untuk dinilai sebelum disiarkan di Utusan Melayu. Selepas beberapa hari menyerahkan rencana tersebut kepada Rahim Kajai namun masih tiada respon maka beliau pergi berjumpa dengan Rahim Kajai untuk mengetahui mengenai rencana tersebut. Namun Rahim Kajai tanpa membaca  rencana tersebut terus menggumpal dan meludah rencana tersebut sebelum membuang kedalam tong sampah. Sebagai seorang yang amat mementingkan dunia kewartawanan, beliau amat menitik beratkan mengenai nilai sesebuah rencana.
Semasa masyarakat Tanah Melayu sibuk berbicara mengenai kemerdekaan, A Samad Ismail telah memainkan peranan dengan menjadi juru bicara kemerdekaan dan lantang menyuarakan kehendak orang Melayu melalui Utusan Melayu.
A.Samad Ismail telah bertindak berhenti daripada Utusan Melayu pada bulan November 1958 selepas tidak sanggup lagi untuk bekerja di Jakarta. Beliau dihantar ke Jakarta kerana Yusof Ishak mengatakan bahawa Tunku Abdul Rahman tidak mahu beliau bekerja di Kuala Lumpur sedangkan ramai sahabatnya di Utusan Melayu telah berpindah ke pejabat di Kuala Lumpur seperti Usman Awang,Said Zahari,Tajudin Kahar,Salim Kajai,Awam-il-Sarkam dan beberapa orang lagi anggota kanan di pejabat pengarang Utusan Melayu. Pada tahun 1959,Pak Samad telah dilantik untuk menjadi pengarang pertama di Berita Harian.

Berita Malai
Selepas kekalahan British di Tanah Melayu dan Singapura, Jepun telah mengambil alih pemerintahan semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dan meletakkannya dibawah pentadbiran tentera. Walaupun dalam keadaan yang masih belum tenang dimana gejala mencuri semakin menjadi-jadi, Jepun tetap meminta Yusof Ishak,Ishak Haji Muhammad untuk terus membuka syarikat akhbar. Yusof Ishak yang mempunyai hubungan baik dengan A.Samad Ismail telah meminta A.Samad Ismail untuk bersamanya membuka syarikat akhbar. Selepas beberapa lama,pada 1 Januari 1943, Jepun telah bertindak menggabungkan Warta Malaya dengan Utusan Melayu yang dikenali sebagai Berita Malai yang diterbitkan dalam tulisan rumi. Dalam Memoir A.Samad Ismail di Singapura,beliau menjelaskan bahawa Jepun menyebarkan dakyah wawasan Timur Raya melalui akhbar ini. Isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti takrif Melayu telah tidak dimainkan tetapi akhbar ini masih memainkan peranan penting dalam meniup semangat nasionalis Melayu. Berita Malai banyak memainkan peranan dalam perkembangan sastera Melayu moden dengan menyiarkan sajak dan carpen yang dihasilkan oleh Kesatuan Melayu Muda dan angkatan sasterawan Indonesia.
Berita Malai sudah boleh dikatakan sebagai sebuah akhbar yang lengkap dan mempunyai teknologi yang canggih. Jepun telah bertindak menghimpunkan wartawan daripada pelbagai akhbar untuk bekerja di sini. Antaranya ialah Ibrahim Mahmud ( penyunting di akhbar Warta Malaya ),Mohamed Sallehuddin ( bekas pengarang Majlis ), Othman Kalam ( bekas pengarang Warta Malaya dan beberapa orang lagi.
Yusof Ishak yang tidak mampu menghadapi tekanan Jepun pada masa itu telah bertindak melarikan diri ke Pulau Bintan dan menjadi petani. Ini telah memaksa,A.Samad Ismail menggantikan tempat beliau dalam usia yang begitu muda. Semasa menjadi editor di Berita Malai, perwatakan beliau berubah daripada kebiasaan sehingga dikatakan bahawa beliau seorang yang garang,perengus dan tidak bertimbang rasa. Banyak penulis di Berita Malai yang tersinggung dengan beliau antaranya ialah Said Dahari.
Zaman Selepas Perang
Selepas Jepun menyerah kalah kepada British, orang-orang yang bekerja  dengan Jepun akan didakwa dan A.Samad Ismail tidak terlepas kerana pernah menjadi orang kuat Berita Malai. Beliau telah dipenjarakan di penjara Outram. Beliau telah di siasat oleh Jabatan Perisikan Tentera British dan juga Cawangan Khas ( SB ) . Beliau ditahan kerana dituduh terlibat dalam gerakan menentang kerajaan British dan keterlibatan dengan golongan politik kiri seperti KMM dan KRIS selain daripada beberapa rencana yang dianggap sebagai menentang British.
Keluarga A.Samad Ismail telah mencari seorang peguam India Muslim untuk membela A.Samad Ismail.  Beberapa hujah telah disediakan untuk membela A.Samad Ismail iaitu, beliau hanya menjadi orang suruhan Jepun untuk menulis artikel anti-British dan anti-Amerika kerana ketua sebenarnya ialah seorang Censor Jepun yang mengarah dan menilai penulisan didalam akhbar Berita Malai,Semangat Asia dan Fajar Asia. Selain itu,faktor umur turut dibangkitkan iaitu umur beliau yang masih begitu muda semasa memimpin Berita Malai iaitu sekitar 20 tahun sahaja dan mustahil dengan umur yang sebegitu muda,Jepun akan memberikan kebebasan untuk menulis tajuk rencana. Alasan lain yang diberikan ialah kenapa hanya A.Samad Ismail seorang sahaja yang ditangkap dan kenapa pengarang lain di Berita Malai tidak ditangkap oleh British. Hujah yang diberikan oleh peguam tersebut dikira masuk akal dan beliau dibebeskan tanpa lepas atau dalam istilah Inggeris di sebut sebagai “discharged not amounting to an acquittal”.
A.Samad Ismail atau lebih dikenali masyarakat sebagai Pak Samad pernah di penjara sebanyak 2 kali semasa zaman British dan pada tahun 1976 semasa pemerintahan Tun Hussien Onn beliau sekali lagi dipenjarakan ( ISA ) kerana dituduh bersimpati dengan Komunis. Beliau hanya dibebaskan pada 1981 semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.  Beliau ditahan pada 22 Jun 1976 bersama dengan Samani Mohd.Amin yang merupakan penolong editor Berita Harian. Tindakan ISA yang dikenakan keatas beliau ini mungkin disebabkan oleh kebimbangan akan menggugat keamanan negara dan mungkin juga boleh menggugat politik pemerintah. A.Samad Ismail dipetik dalam buku Akhbar Politik dan Politik Akhbar berkata,sistem politik yang terancam samada dari dalam atau luar negara akan mengambil tindakan terhadap kebebasan akhbar untuk mengelakkan rakyat bersuara yang mana boleh menyebabkan sistem politik goyah dan keseluruhan fabric social runtuh dibawah tekanan. 
 Dalam Dunia Politik dan Bahasa
Dalam bidang politik A.Samad Ismail pernah terlibat dengan PAP dan UMNO manakala dalam perjuangan bahasa beliau pernah terlibat secara tidak langsung dengan Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 disebabkan bekerja di Utusan Melayu. ASAS 50 ditubuhkan di Singpura pada tahun 1950 merupakan sebuah badan sastera dan bahasa tetapi ASAS 50 juga bertindak untuk menyedarkan orang Melayu mengenai kepentingan politik Melayu. Ia dapatlah dilihat sebangai penerus daripada kebangkitan nasionalis Melayu. ASAS 50 tidaklah disenangi oleh semua pejuang bahasa Melayu di Singapura pada masa itu seperti Majalah Hiboran dan beberapa pejuang bahasa yang lain sehingga menuduh ASAS 50 sebagai munafik,kufur dan murtad. Akhbar Utusan Melayu merupakan akhbar yang membela perjuangan ASAS 50 sehingga menurut A.Samad Ismail, hubungannya dengan mereka yang berada di luar kelompok ASAS 50 terjejas disebabkan masalah aliran.
Selain itu, pada 1947,Pak Samad bersama dengan Abdul Aziz Ishak telah menubuhkan Gerakan Angkatan Muda ( Geram ) yang turut bergabung dalam Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) dibawah pimpinan Dr Burhanuddin al Helmi dan AMCJA ( All Malayan People Council of Joint Action ) dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Selain daripada itu,Pak Samad juga pernah menganggotai Anti-British League bersama dengan PB Sharma,JJ Putucheary,Devan Nair dan John Eber.
Penglibatan Pak Samad yang terpenting adalah peranan yang dimainkan oleh beliau untuk menubuhkan People Action Parti atau PAP pada tahun 1954. Lee Kuan Yew merupakan Setiusaha Agong PAP yang pertama. Beliau suka mengumpul para wartawan untuk berdamping dengannya mungkin disebabkan para wartawan ini mampu memberi pengaruh kepadanya. Wartawan yang pertama sekali menyertai Lee Kuan Yew ialah A.Samad Ismail yang pada masa itu baru keluar daripada tahanan. A.Samad Ismail bersama dengan Lim Chin Siong,Dr Toh Chin Chye,Dr Goh Kheng Swee dan Rajaratnam telah menubuhkan PAP. Selain beliau banyak lagi wartawan yang menyertai PAP antaranya ialah Said Zahari. Pada tahun 1956,A.Samad Ismail telah bertindak keluar daripada PAP meninggalkan Lee Kuan Yew. Mengikut surat yang diutus oleh Lee Kuan Yew semasa kematian A.Samad Ismail,Lee Kuan Yew berkata bahawa mereka tidak bertemu sejak tahun 1957 selepas A.Samad Ismail berpindah ke Kuala Lumpur kerana pejabat Utusan Melayu berpindah ke sana.
Pada tahun 1958, iaitu 4 tahun selepas PAP ditubuhkan, A.Samad Ismail menganggotai UMNO di Singapura. Pak Samad telah mengisi boring UMNO untuk cawangan Kampong Melayu pada 6 April 1958. Yuran keahlian UMNO pada masa ini ialah sebanyak $1.90 dimana $ 1 untuk pendaftaran,$0.50 untuk wang pilihanraya UMNO Malaya dan $ 0.40 untuk wang pingat dan kad. Dalam UMNO,A.samad Ismail merupakan salah seorang tokoh yang disegani. Buktinya,pada 14 Disember 1968, pejabat Setiausaha Agong UMNO telah menghantar surat kepada beliau untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia 1968/1969. Tugas jawatankuasa ini ialah mengkaji dan merancangkan masalah penerangan untuk menghadapi pilihanraya yang akan berlaku.
 Sumbangan
Mengadakan Kursus Kewartawanan
Selepas berpuluh tahun dalam bidang kewartawanan,akhirnya A.Samad Ismail telah berjaya menempa nama dalam bidang ini. Masalah utama kepada wartawan muda pada era pertengahan abad ke-20 ialah kurangnya rujukan mengenai wartawan sekaligus agak sukar untuk melahirkan seorang wartawan yang berjaya. Oleh demikian, sebagai salah seorang perintis dunia kewartawanan, A.Samad Ismail telah bertindak mengadakan kursus kewartawanan kepada golongan yang berjinak untuk menjadi wartawan. Dalam kursus ini,buku Kursus Wartawan adalah antara judul yang paling menarik yang dibentangkan. Buku yang beliau tulis ini adalah kembangan daripada catatan dan nota beliau. Catatan yang terdapat pada buku itu adalah catatan yang dilakukan semasa memberi kursus kewartawan kepada penduduk di Singapura atas anjuran Kaum Ibu Umno di pulau tersebut.
Buku kecil Kursus Wartawan tersebut banyak memberi semangat kepada bakal wartawan kerana banyak memuatkan kisah-kisah penulis kampong yang akhirnya berjaya menjadi penulis terkenal seperti Alias Ali. Buku ini juga memuatkan mengenai cara membuat berita yang mampu untuk menarik minat pembaca untuk membacanya. Yang menariknya, dalam bukunya ini juga turut memuatkan mengenai etika kewartawanan dan boleh dikira antara panduan etika kewartawan yang terawal di Malaya.

 Sumbangan Dalam Dunia Penulisan
Kejayaan terbesar A.Samad Ismail ( Tan Sri ) ialah menjadi ketua pengarang kumpulan New Street Times yang amat berpengaruh. Beliau mengetahui secara mendalam mengenai tokoh politik pada zaman sebelum dan selepas merdeka sehingga membolehkan beliau menulis dengan tajam dalam akhbar mahupun carpen yang dihasilkan. Sepanjang hidup,beliau banyak menghasilkan novel dan carpen untuk bacaan orang ramai. Antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Kail Panjang Sejengkal ( 1963 ), Patah Sayap Terbang Jua ( 1966 ), Mengasah Bakat ( 1966 ),Kursus Wartawan ( 1966 ), Tembok Tidak Tinggi ( 1967 ), Orang Jauh ( 1967 ), Bimbingan Penulis ( 1967 ), Menduga Lautan Dalam ( 1968 ),Menimba Yang Jernih ( 1968 ), Detik-Detik Cemas ( 1969 ),Orang Lama ( 1969 ),Hussien Zet ( 1970 ),Sutinah ( 1975 ),Memoir A.Samad Ismail di Singapura ( 1993 ),Hud ( 1995 ), Mekar dan Segar ( 1959 ),Karangan Bunga Dari Selatan ( 1963 ),Temasya Tinta ( 1967 ), Mastura ( 1967 ). Selain daripada mengarang banyak karya,beliau merupakan seorang pejuang bahasa yang unggul. Walaupun berpendidikan Inggeris namun beliau tidak sesekali melupakan kepentingan bahasa Melayu. Buktinya, beliau sering menjadi penterjemah kepada tulisan Yusof Ishak yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Sumbangan Dalam Bidang Intelektual
Profesor David J Banks daripada Universiti Buffalo telah membuat kajian mengenai Pak Samad dari segi karya,pemikiran dan sumbangannya kepada keintelektualan. Pak Samad selain terlibat dalam politik,kewartawanan dan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu,beliau juga banyak memnyumbang kepada pemikiran dalam masyarakat Malaysia. Seorang Novelis Amerika yang terkenal iaitu James A Mitchener mengagumi Pak Samad sebagai seorang intelektual Melayu yang terulung. Keintelektualan Pak Samad bukan hanya dikagumi oleh orang luar negara bahkan ahli-ahli akademik didalam negara turut mengagumi beliau sebagai ahli intelektual. Pada tahun 1997, Allahyarham A.Karim Abdullah telah menyelengara sebuah buku yang didedikasikan khas untuk Pak Samad yang bertajuk “Antara Pemikiran A.Samad Ismail” yang mana buku ini memuatkan esei dan tulisan Pak Samad sepanjang tahun 1980-1997 yang meliputi pelbagai aspek seperti kewartawanan,politik,sosial mahupun ekonomi. Keintelektualan Pak Samad anyak dibentuk melalui pengalaman yang bercampur baur sepanjang hidupnya. Bermula daripada seorang biasa yang menjadi wartawan muda, sehingga meminpin akhbar,ditangkap,menubuhkan persatuan dan parti politik sememangnya mematangkan beliau untuk menjadi seorang penulis,pengarang dan wartawan yang hebat. Bekas Naib Canselor UKM pernah berkata bahawa Pak Samad merupakan seorang wartawan yang pintar,intelektual,pemikiran yang tajam,nasionalis tulen,pejuang bahasa,pembimbang yang mana perjuangannya ini begitu kompleks dan tidak akan dilupakan dalam sejarah keintelektualan negara. Ucapan Tan Sri Prof Dr. Abd Hamid Abd Rahman itu dibuat semasa Pak Samad menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu pada 1987.

 Sumbangan Dalam Bidang Politik
A.Samad Ismail bukan hanya seorang pejuang bahasa yang hanya tahu menulis dan bekarya sahaja tetapi beliau juga merupakan seorang pejuang yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Banyak gerakan politik yang beliau terlibat. Antara yang terpenting ialah menubuhkan PAP atau PETIR bersama dengan beberapa yang lain kemudian menubuhkan Gerakan Angkatan Muda ( GERAM ) yang kemudiannya bergabung dalam komponen PUTERA yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga pernah menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya      ( PKMM ) dan kemudiannya menyertai UMNO pada 1958. Perjuangannya dalam UMNO dipandang tinggi apabila dijemput untuk menjadi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia. Banyak jasa yang ditaburkan oleh beliau sepanjang hidup kearah perjuangan memartabatkan bahasa dan bangsa dan perjuangan untuk memerdekan Malaya.

Ahad, Oktober 16, 2011

Dahagi Supai di Singapura

Julius Lauterbach
Pada 15 Febuari 1915 berlaku satu pemberontakan dalam kalangan tentera India dalam angkatan tentera British di Singapura pada masa itu. Dahagi Supai ini berlaku disebabkan oleh tersebarnya sentimen agama. Buktinya apabila yang melancarkan dahagi ini merupakan dalam kalangan tentera yang beragama Islam. Bukti lain ialah,mereka telah bertindak membebaskan tawanan Jerman yang dipenjara di Tanglin. Anak kapal Jerman,emden terbabit sebelum ini telah kalah dalam pertempuran di cocos island dan kemudiannya dipenjarakan. Tentera Jerman tersebut sebelum ini bertindak menyerang Pulau Pinang pada Oktober 1914. Kenapa tawanan Jerman dibebaskan?. Kita perlu melihat apa yang berlaku di eropah dan dunia pada masa itu. Turki dan Jerman pada masa itu merupakan sekutu yang menentang British dan seangkatannya. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan golongan supai tersebut telah melancarkan dahagi dan telah membunuh beberapa orang pegawai Inggeris. Tentera Islam ini dikatakan sebelum itu telah mengadakan hubungan baik dengan ketua kapal Jerman tersebut iaitu Oberleutnant Julius Lauterbach dan Julius Lauterbach telah mempengaruhi tentera Islam ini supaya memberontak. Alasan agama telah dijadikan modal untuk memecahkan kesetiaan 5th Light Infantry Regiment. 
Selain daripada dorongan pihak Jerman sendiri, seorang lagi yang terlibat dalam pemujukan ini ialah Kasim Ismail Mansur yang berasal daripada Surat India yang merupakan seorang saudagar yang berdagang di Singapura. Askar 5th Light Infantry Regiment sering mengadakan hubungan dengan tentera tersebut. Apabila berjaya mengambil keyakinan tentera tersebut. Ismail Mansur telah menghantar surat kepada Konsul Turki yang mana surat tersebut adalah daripada dua orang anggota Malay State Guide ( MSG ). Tetapi malangnya surat ini telah berjaya dipintas oleh British sehingga Kasim Ismail telah ditangkap. Dalam surat tersebut yang dihantar kepada anaknya di Rangoon telah meminta Turki supaya menghantar sebuah kapal untuk memuatkan MSG ke Singapura untuk berperang dengan British. Kasim Ismail Mansur telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung. Namun akhbar pada masa itu tidak menyiarkan tentang berita tersebut kerana dihalang oleh British.

Selasa, September 20, 2011

Paradoks - Karya Afifuddin Omar


 Novel ini menceritakan kisah mengenai golongan Aristokrat,korporat,golongan pemerintah dalam negara. Ia menceritakan bagaimana cara para menteri,menteri besar,ahli pernigaan melarikan duit ke luar negara terutamanya di sebuah bank di Singapura yang mana tidak akan dapat diokesan oleh orang lain. Mereka yang "menyeludup" keluar duit negara ini akan singgah terlebih dahulu di Singapura sebelum melanjutkan perjalanan ke negara yang lain. Ia turut memuatkan pelbagai skandal dalam kerajaan seperti rasuah,penggelapan duit rakyat,projek Ali baba,kronisme,nepotisme dan segala macam penyelewengan yang tidak diketahui umum. Ia juga turut memuatkan mengenai peragai para datuk yang suka menghisap "madu" di luar dan juga bagaimana para datin yang digelar "tante girang" ini bersama dengan "anak ikan" mereka di Thailand mahupun di Dubai. 
  Pengarang telah menggunakan watak Arifin sebagai watak utama dalam novel ini. Arifin merupakan seorang ahli politik "kerajaan" yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat di dalam kawasannya. Daripada menjadi ahli korporat yang bergaji rm 15,000 sebulan akhirnya beliau telah berhenti untuk bertanding dalam satu pilihanraya dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut untuk meraih gelaran sebagai Yang Berhormat. Namun begitu, sifat Arifin yang suka menolong rakyat tidak disukai oleh King Maker atau pembuat keputusan partinya di Alor Star bahkan ada usaha untuk membunuh karier politiknya di peringkat pusat. Namun beliau hadapinya dengan tabah sehingga bersara dari menjadi seorang Ahli Yang Berhormat.
   Noraini yang memegang watak isteri Arifin merupakan seorang ahli perwakilan parti "kerajaan" daripada Terengganu berkahwin dengan Arifin setelah beberapa tahun menjalin hubungan. Sifat Noraini yang terlalu suka menggunakan bomoh dalam menentukan jawatan suaminya turut digambarkan. Selepas Arifin berhenti daripada menjadi ahli politik dan menjadi ahli korporat,hubungan mereka ini telah menjadi semakin renggang sehingga Noraini telah masuk kedalam kumpulan "tante girang" yang dikelola oleh Datin Salmah. Disebabkan ghairah bermain dengan "anak ikan" Noraini telah mengalami kekejangan otot dan akhirnya telah dijangkiti penyakit kelamin. Arifin masih mengharapkan Noraini akan kembali kesisinya tetapi Noraini malu untuk kembali kepangkuan Arifin kerana penyakit kelamin yang dialaminya kerana hubungan dengan Adam Silcock.
   Mahmud merupakan salah seorang kawan baik kepada Arifin bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri sehinggalah beliau hanya menang tipis dalam pilihanraya 1990 dengan majoriti kurang daripada seratus undi. Mahmud merupakan seorang kaki betina walaupun telah berkahwin dua. Beliau sering "menghisap madu" Catherina Chin yang beragama Khatolik. Selepas pendedahan skandal mereka berdua,akhirnya Chaterina Chin telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Chaterina Chin.
    Subramaniam merupakan seorang pemegang kepada sebuah koperasi partinya. Subra telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil komisen 6 juta diatas pembelian sebuah bangunan. Wang hasil "komisen haram" itu telah disimpan didalam bank sulit di Singapura. Subra juga telah menjalin hubungan dengan Usha yang merupakan setiausahanya tetapi sudah berkahwin,. 
     Dalam novel ini banyak mendedahkan penyelewangan,kekurangan moral dalam golongan elit dalam negara dan amat sesuai untuk dibawa oleh semua peringkat usia kerana menyedarkan kita apa sebenarnya yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.

Khamis, Januari 20, 2011

Pro - M Unisel Menang

Kehangatan Pilihanraya Kampus semakin menghampiri ambang kehangatan dengan bermulanya proses pilihanraya di sebuah kampus di Lembah Klang hari ini.

Hari ini (Isnin), Universiti Industri Selangor (Unisel) merupakan universiti pertama tahun ini yang telah pun mengadakan sesi penamaan calon (Pagi tadi) sehingga 26 Januari ini.

Menurut sumber, Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Hilman Idham berkata, Unisel menjadi universiti awal kepada pilihan raya kampus dengan keseluruhan 16 kerusi akan dipertandingkan di sana nanti.

Daripada 16 kerusi itu, 12 daripadanya adalah kerusi umum manakala empat lagi kerusi universiti.

“Unisel membuka tirai dengan memulakan proses penamaan calon awal pagi tadi. Ini akan diikuti universiti-universiti lain.

“Penamaan calon hari ini bermula dengan perarakan seramai 100 orang mahasiswa mengiringi calon yang bertanding. Perarakan bermula daripada Dewan Biru ke Canselori,” katanya ketika dihubungi.

Diberitakan selain Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), turut hadir ketika penamaan calon berlangsung adalah pimpinan SMM termasuk Pengerusinya, Shazni Munir, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul, Majlis Politik Nasional GAMIS, Shukri Abd Razab dan bekas pemimpin Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Unisel.

Setakat jam tengahari tadi, seramai 14 calon umum dan 4 calon falkulti telah dikhabarkan bakal bertanding ketika penamaan calon sebentar tadi dan kesemua calon tersebut adalah daripada Pro-Mahasiswa Unisel.

Dimaklumkan, proses pengundian tetap akan dijalankan memandangkan hanya 12 kerusi diperuntukkan untuk kerusi umum dan 4 fakulti.

Dengan situasi pihak lawan tidak menghantar seorang pun calon untuk bertanding, Pro-Mahasiswa telah diisytiharkan menang sebelum bertanding.

Pro-M Unisel sebelum ini telah pun memegang tampuk pemerintahan di kampus berkenaan tahun lalu.

“Semua dalam keadaan baik. Empat kerusi dipertandingan bagi kerusi universiti; terdiri daripada fakulti kejuruteraan, bioteknologi, pendidikan dan sains sosial dan teknologi maklumat,” katanya.

Beliau turut menyeru mahasiswa untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam proses penamaan calon ini.

“Harapan kami agar para mahasiswa dapat menjalankan tanggunjawab mereka untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai agar dapat menerajui pimpinan mahasiswa di Unisel ini,” katanya yang turut mewakili persatuan mahasiswa lain.

Sementara itu, Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berharap momentum kemenangan Pro-M di Unisel dapat dibawa ke kampus lain.

“Permulaan kita sudah berjaya menang, jadi saya harap Pro-M di seluruh kampus lain dapat menjadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat.”

“Yang penting kita jangan berada dalam keadaan selesa lagi, perjuangan masih awal, banyak lagi yang perlu kita buat untuk terus mengubah landskap kepimpinan akan datang di semua kampus.”, jelasnya ketika dihubungi.

-sebagaimana yang diMESEJ oleh Pro-M UPM
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters