Pengikut

Ahad, November 27, 2011

Kata Keterangan Terbitan se-


Terdapat sejumlah kata keterangan yang boleh terbentuk dengan salah satu daripada salah satu cara yang berikut: i) awalan se- yang diimbuhkan kepada kata dasar kata selapis atau kata ganda yang tertentu, ii) awalan se- yang diakhiri oleh akhiran –nya atau -an, iii) akhiran –nya atau –an sahaja. Kata keterangan  yang diterbitkan dengan cara demikian dapat mengambil salah satu daripada bentuk-bentuk berikut:
a)      Se + kata dasar.
Misalnya: sekali, selalu, selama, sesudah, sebelum, sehari dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
                                i.            Si Ahmad itu baik sekali orangnya.
                              ii.            Budak-budak itu selalu datang ke rumah saya.
b)     Se + kata dasar + nya
Misalnya: sesungguhnya, sebenarnya, sayugianya, selamanya, seberapa baiknya dan sebagainya.
c)      Se + kata dasar ganda
Misalnya: setinggi-tinggi, sebaik-baik, sepandai-pandai, secerdik-cerdik, sekuat-kuat dan sebagainya.
d)     Se + kata dasar ganda+ nya
Misalnya: sedapat-dapatnya, seboleh-bolehnya, sebaik-baiknya, selebih-lebihnya dan sebagainya.
e)      Se + kata dasar + an
Misalnya seharian, sebilangan, seorangan dan sebagainya. Contoh ayat aadalah seperti berikut:
                                i.            Dia tinggal seharian dirumah.
                              ii.            Mereka akan menyambut sebilangan besar pelajar-pelajar.
f)       Se + dasar  ganda + an
Misalnya: sehari-harian, semalam-malaman dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
                                i.            Ayah bekerja sehari-hari tidak berhenti.
                              ii.            Anakku tidak dapat tidur semalam-malaman.
g)      Kata dasar + nya
Misalnya: rupanya, agaknya, akhirnya, hendaknya, biasanya, selalunya, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kata kerja terbitan boleh boleh berfungsi sebagai kata keterangan dengan alasan ia hendaklah menerangkan kata kerja tertentu yang lain dalam predikat sesuatu ayat. Misalnya:
Kata kerja
Kata keterangan
Budak itu berseorangan di sana.
Budak itu duduk berseorangan di sana.
Ibu keseorangan setelah ayah meninggal dunia.
Ibu tinggal keseorangan setelah ayah meninggal dunia.
Pasangan itu berdua-duaan di hujung padang sana.
Pasangan itu berjalan berdua-duaan di sekolah.
Ali sedang berdengkur di bawah pokok itu.
Ali sedang tidur berdengkur di biliknya.

Selasa, November 22, 2011

Konfrantasi Gambar Sukan Sea 26- Malaysia vs Indonesia

Semua gambar yang dipaparkan mungkin tidak disukai oleh sesetengah pihak. Di harapkan dapat melihatnya dengan budi bicara masing-masing. Semua gambar yang ditayangkan ini diambil daripada Facebook Timnas Indonesia .

DI PIHAK MALAYSIA.









































DI PIHAK INDONESIA




















The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters