Kami bertolak ke Gunung Senyum lebih kurang pada pukul 915 pagi.Kami bertolak bersama dengan 5 buah bas Upsi yang terdiri dari 167 pelajar,3 orang fasi,dan juga 4 orang pensyarah serta en. Faizol.Seramai 6 orang pelajar tidak dapat pergi atas beberpa faktor yang tidak dapat di elakkan.
Persinggahan kami yang pertama ialah Batang Kali hulu Selangor.
Kami tiba disana agak awal dalam lebih kurang pukul 3 30 petang.Jadual perjalanan agak merehatkan dimana kami hanya mula aktiviti pada keesokan pagi menuju ke kompleks jebak puyuh.Selepas pulang lebih kurang pukul 3 petang kami hanya berehat sehinggalah pagi keesokan pula.Pada malam terakhir itu kami mengadakan beberapa persembahan yang agak santai.Sebenarnya kami hanya mengadakan secara ad hoc terutamanya lelaki yang hanya membincangkan apa yang perlu dilakukan hanya selepas beberapa puluh minit sebelum bermula.Pasukan lelaki kami mempersembahkan 3 buah nasyid yang tak ingat liriknya iaitu ayah dan ibu,sepohon kayu,dan teman sejati.Mungkin disebabkan tidak ingat lirik maka ia menjadi agak melucukan.
persembahan nasyid lelaki yang agak melucukan. yang berlatih hanya beberapa orang yang naiknya lebih ramai berganda.
seorang penonton menjadi juling akibat persembahan nasyid yang melucukan itu.
penonton yang tidak mampu membuka mata akibat terlalu lucu
prof yang terlalu takjub dengan persembahan.
penonton kusyuk melihat persembahan.
ketika latihan
bersama pengarah program RAJLEN
Pada keesokan harinya,kami pun mendaki gunung senyum untuk melihat sejarah dan tinggalannya.Antara yang kami lawati ialah Gua Kolam Tujuh ( sebenarnya kolam hanya enam,tetapi tetapi nama tujuh itu lebih cantik dan sama dengan dengan Kompleks Kota Gelanggi,,sebenarnya nama gua disini banyak bersamaan dengan di kompleks kota gelanggi ).,Gua angin,Gua Taman Satu,Gua Terang Bulan,dan juga gua makam Tok Long.Kami hanya boleh melawat beberapa buah gua sahaja disebabkan hanya mempunyai masa 3 jam sahaja untuk melawati gua.Antara banyak gua yang dilewati makam tok long adalah gua ( saya tidak pasti samada gua atau rock shelter ).
Di Gua Terang Bulan,ada satu pancaran matahari yang akan menghasilkan warna pelangi apabila pukul 11130-1200 pagi.Di gua ini jalan disediakan dengan cantik kerana untuk menyambut kedatangan Raja Perempuan Pahang.
suasana lampu dimana pelajar berpusu melihat ketam laut yang idup digua akibat kemasinan tahi kelawar.Selepas pulang dari Gua kami bersiap untuk bertolak ke UPSI kembali