Pengikut

Selasa, Oktober 06, 2009

KUPREX BERJAYA.

             Kuprex merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi meningkatkan keupayaan rakan exco (rexco).Pada kali ini Khar telah mengadakan kuprex bermula pada malam jumaat sehingga ahad malam.
Kursus kuprex diuruskan oleh jawatankuasa mahasiswa kolej (jmk).Pengarah bagi program ini ialah ialah rusdi bin muji atau lebih popular dengan panggilan wak.Manakala kem komanden bagi kuprex kali ini ialah mohammad syukri bin talib (syuk).Program ini bermula dengan aktiviti ice breaking dimana diuruskan oleh abu handholah (abu) yang mengmbil jurusan kaunseling.




(peserta kuprex)

Kelihatan Abu yang memakai kopiah hijau.Dia juga bertindak sebagai
exco latihan dan pembangunan sahsiah bersama dengan kak una.Peserta kebanyakannya gembira dengan program ini walaupun ada yang malu-malu untuk terlibat secara aktif.

 
(proses memperkenalkan diri untuk dilantik ketua)

Aktiviti sepanjang kuprex amat menarik walaupun aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang
yang biasa dilakukan di setiap kem lain.

Pada keesokan hari diadakan senam robik dan ceramah.Dan aktiviti pada hari kedua agak padat sedikit.


Pada sebelah malam ceramah disampaikan oleh en.ghazali din salah seorang felo khar.



(pencarian penghulu wati)

Pada hari ahad juga diadakan senam robik.Majlis penutup yang diadakan pada sebelah malamnya
amat meriah.Selepas itu rexco dan exco melihat gimit pesta tanglung yang diadakan di padang khar.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.



simulasi koko

      Simulasi kokorikulum bagi kumpulan saya telah diadakan sebayak 2 kali.Pada hari sabtu lalu saya tidak dapat hadir dan pada kali ini saya dapat hadir.Kelas bermula pada pukul 9 pagi namun aktiviti hanya diadakan setelah hampir pukul 10 pagi.Kalau dilihat secara halus simulasi ini amat baik dan memang amat baik tetapi jika
unsur-unsur tidak baik maka ia tetap tidak baik.Ada yang baik dalam simulasi ini dan ada juga yang tidak baiknya.


(gambar yang diambil dari belakang semasa kelas)

Kelihatan pelajar sedang gelisah menunggu bermulanya kelas.Yang berbaju hijau berdiri merupakan pensyarah kami.



(Jowo sedang menunggu persembahan bermula)

Pada simulasi pertama semuanya bermula dengan baik.Segala persembahan dilihat biasa sahaja
tanpa ada perkara yang pelik berlaku.



(sesudah simulasi)

Tapi apabila persembahan kedua maka bermulalah
kecacamerbaan.Tarian dan joget entah apa-apa mula imasukkan dalam pengisian.Suasana dewan dengan hiruk pikuk dengan lolongan daripada pelajar.Saya rasa pada masa itu seperti berada didalam hutan.Nak bercakap pun tak dengar dah lah pilih pelakon tak cukup sifat.Kadang-kadang adegannya menggelikan.



(antara persembahan:gambar kurang jelas)



(antara pelakon)



(pelakon sedang melakonkan aksi)

Lakonan ini mengisahkan tentang anak seorang petani
yang mencari jodoh pilihan sendiri namun kekasihnya curang dan dia cuba membunuh diri tetapi diselamatkan oleh pasukan bomba.



(akwaliza dan the geng)

Ramai yang mengenakan uniform pada hari tu.Yang bomba,palapes,
serata tidak ketinggalan pbsm.



                                                         (dah rebah)

       Yang ni dah rebah sebab terlalu kusyuk melihat simulasi.

APA KATA PELAJAR???



(SYAFIQ)

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang diucap oleh dia.
Saya ingat dia ditemuramah rupanya tidak.Saya dah letak ganbar dia jadi saya malas rasanya nak padam.Biarkan ia disitu.



(yang blogger muhdafifi)

Menurut afifi yang juga pengarah program untuk yang besaran punya.Majlis simulasi yang diadakan adalah maksiat semuanya dan buktinya pada pagi itu cuaca amat buruk.Dan akhir sekali dia berharap semua akan mendapat keredhaan Allah.



(hafiz melaka)

Menurut hafiz melaka pula majlis hari itu perlu diadakan kerana tidak ada maksiat.Kalau ikut dia ni semua tak maksiat.Maklumlah orang laki suka tengok yang pelik-pelik.

Program pada hari itu sebenarnya tidak diikuti habis oleh saya.Saya meminta keizinan pensyarah untuk pulang awal.Mungkin kerana bosan rasanya.



The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters