“Tidak
boleh,,kita mesti menyiasat perkara ini dan jika perkara ini dapat diselesaikan
dengan cara yang baik maka semuanya akan selesai” bantah Tengku Lian.
Di
istana Song, Menteri Phang dan Tengku Lian merupakan menteri yang paling
berkuasa kerana masing-masing memiliki kekuatan ketenteraan. Menteri Phang
merupakan guru kepada maharaja Renzong manakala Tengku Lian merupakan bapa
saudara maharaja yang telah menjaga maharaja sejak dari kecil. Dalam
menyelesaikan kes ini maharaja tidak dapat membuat satu keputusan muktamad
samada perang ataupun menyelesaikan kes tersebut dengan baik. Kao Li
sememangnya menanti peluang untuk menyerang Negara Song dan kerana itulah
puteri Kao Li dijodohkan dengan Maharaja Song bagi mengelakkan berlakunya
peperangan antara 2 negara. Dalam pada itu,penyiasatan terus dilakukan.
“Ya,ini
dia,malam itu memang dia minum arak disini,lalu bergaduh dengan seorang yang
mabuk,selepas itu pemabuk berkenaan telah menyiram air panas kepada orang itu”
kata pelayan kedai
“ Saya
tidak mahu hidup lagi,,saya ingin bunuh diri” tiba-tiba terdengar pekikan
perempuan tersebut. tetapi gadis tersebut sempat diselamatkan oleh seseorang.
“Kenapa
engkau begitu bodoh sekali sehingga mahu bunuh diri..hutang akan dibayar
hutang,,aku tidak akan sesekali menjualmu” kata ayah gadis tersebut
“Bagus..bagus..hutang
dibayar hutang..tempoh hari kamu telah berhutang 20 tahil..jika tidak mampu
membayar hutang maka anakmu akan dijadikan pelacur” kata pemiutang tersebut
Tiba-tiba
seorang dalam tandu telah memerintahkan pengawalnya untuk membayar hutang
lelaki tersebut. Namun ditolak oleh pemiutang tersebut. Ini telah menyebabkan
penduduk marah dengan pemiutang terbabit yang tidak mahu bertolak ansur. Kes
ini telah diselesaikan apabila Bao Zheng berjaya meyelesaikan tipu muslihat
yang digunakan oleh pemiutang. Lelaki yang berhutang tersebut perlu meneka yang
mana dadu putih dan yang mana dadu hitam tetapu lelaki tersebut telah
menggunakan dadu hitam keduanya dan kes tersebut telah dibongkarkan oleh Bao
Zheng.
“Tuan,tuan
saya mahu bicara” kata pengawal kepada orang bertandu tersebut
“Nama
saya Bao Zheng”
Tiba-tiba
terdengar pekikan pengangkat tandu dari belakang.
“Ketepi,tuan
besar mahu lalu” kata pengawal kepada lelaki yang mengangkat tandu lelaki
tersebut. Disebabkan pengawal tandu dihadapan tidak mahu berganjak. Tuan
Kungsun telah menjadi marah dan telah membuka pintu tandu lelaki tersebut dan
serta merta Tuan Kungsun telah melutut kerana lelaki tersebut adalah Tengku
Lian yang telah diutuskan oleh istana untuk menyelesaikan kes tersebut dalam
masa 5 hari sahaja.
“Maafkan
saya,saya tidak tahu kamu raja,saya memang patut dihukum” rayu Tuan Kungsun.
Selepas
itu semua penduduk yang berada disitu telah sujud kepada Tengku Lian sebagai
tanda hormat.
“Saya
telah diperintah untuk menyiasat punca kematian Tengku Kao Li supaya kedua-dua
buah negara saling tidak menyalahkan satu sama lain” kata Tengku Lian
“Penduduk
telah menemui Siang Ai” beritahu seorang pengawal
Mereka
semua bergegas ketempat kejadian. Siang Ai didapati pengsan didalam hutan
Syaitan tetapi yang peliknya ialah disekeliling Siang Ai tidak mempunyai tapak
kaki seperti sahaja Siang Ai diterbangkan oleh sesuatu.
“Kalau
yang berilmu tinggi sekalipun tidak mungkin terbang dari kota kesini tanpa meninggalkan jejak
sedikitpun” kata Pengawal Sem menjelaskan keadaan tersebut.
“Cuba pengawal
Sem bayangkan,adakah ilmu sehebat itu didunia?” soal Bao Zheng
“Ilmu
yang sehebat itu tidak pernah saya lihat” kata pengawal Sem
Bao
Zheng lantas melihat disekeliling tempat kejadian jika ada bukti yang
tertinggal. Beliau telah melihat satu batang buluh ditempat kejadian dan
tiba-tiba ada kanak-kanak yang melastik mereka sehingga Bao Zheng memikirkan
sesuatu bahawa kemungkinan yang berlaku adalah silap mata. Hasil daripada
perbuatan kanak-kanak tersebut Bao Zheng mendapati bahawa buluh yang
dipegangnya pernah digunakan oleh seseorang untuk meletakkan Siang Ai dikawasan
padang tanpa
meninggalkan jejak kaki. Bao Zheng mencari dikawasan sekitar dan menjumpai tali
yang digunakan untuk meletakkan Siang Ai tersebut.
“Saya
sudah ketemu siapa syaitan wanita itu” kata Bao Zheng dengan yakin. Bao Zheng
telah bertindak mengekori Siang Ai untuk mengetahui rahsia syaitan wanita
tersebut. Bao Zheng,pengawal Sem dan Gongsu Ce mengekori Siang Ai sehingga ke
sebuah sungai yang mengalir ke kawasan hutan syaitan.
“Sekarang
sudah 30 Julai,bukankah sudah membakar lampion pada malam tadi,,kenapa kamu
berada disini” tegur Bao Zheng kepada Siang Ai yang tidak menyedari kehadiran
mereka di sungai itu.
“Pengawal
Sem,sungai ini mengalir ke mana?” tanya Bao Zheng
“Sungai
ini mengalir ke hutan syaitan wanita” jawab pengawal Sem
Tidak
lama kemudian muncul bayangan sebagaimana yang berlaku keatas Tengku Kao Li.
Tetapi muslihat yang digunakan oleh bayangan tersebut sudah diketahui oleh Bao
Zheng menyebabkan pengawal Sem dapat menangkapnya dengan mudah. Bayangan
tersebut telah menggunakan tali untuk menerbangkan dirinya.
“Kau
tidak boleh lari lagi,aku sudah menangkap kau,aku sudah tahu bahawa Siang Ai
sering menghantar makanan melalui lampion kepada kamu” kata Bao Zheng
“ooooo
.. kamu pengemis cilik,,Len Chu Chu rupanya syaitan wanita itu” kata Bao Zheng
setelah melihat bayangan wanita terbang tersebut.
Kemudiannya
Chu Chu telah dihadapkan ke mahkamah namun Chu Chu didapati tidak bersalah
dalam kes bunuh berkenaan. Chu Chu hanya bertindk menolong Siang Ai daripada
dirogol oleh Tengku Kao Li namun pembunuhnya masih bebas. Tengku Lian yang
terkenal dengan sifat keadilah telah buat-buat mengantuk bagi mengelakkan Chu
Chu dihukum kerana kesalahan yang tidak diakuinya. Persidangan telah
ditangguhkan untuk menyiasat lebih lanjut siapa dalang disebalik kes pembunuhan
tersebut. Chu Chu telah dipenjarakan bersama dengan Siang Ai namun pada
malamnya muncul lelaki yang memakai baju hitam menyelamatkan Chu Chu dan Siang
Ai didalam penjara. Namun apabila keluar saja daripada penjara mereka bertiga
telah dikepung oleh Tengku ke 7 Kao Li bersama dengan pengikutnya.
“Saya
sudah tahu kamu semua mesti melakukan perkara ini,jadi saya telah susun
strategi untuk menangkap kamu” kata Tengku ke 7 dengan tegas. Selepas itu
berlaku pertarungan antara mereka dan dalam pertandingan itu Chu Chu hampir
dibunuh oleh Jeneral namun sempat dihalang oleh Bao Zheng dan Gongsu Ce.
“
Berhenti... rencana ini telah saya susun,pengawal Sem telah disuruh untuk
membantu kamu berdua melepas diri daripada penjara” kata Bao Zheng
“Tengku
Kao Li mempunyai ilmu yan tinggi namun dalam masa yang singkat terdapat 40
tusukan pada tubuhnya dan ini membuktikan bahawa pembunuhnya adalah seorang
yang mempunyai ilmu persilatan yang lebih hebat daripadanya..ini sudah cukup
untuk membuktikan bahawa mereka berdua bukannya yang membunuh Tengku Kao Li
tetapi orang lain” tambah Bao Zheng. Selepas peristiwa tersebut Chu Chu dan
Siang Ai telah dibebaskan. Kesempatan ini terus digunakan oleh Bao Zheng untuk
menanyakan Chu Chu mengenai keadaan dalam bilik semasa Chu Chu menyelamatkan
Siang Ai.
“Waktu
diluar jendela samar-samar,saya telah melihat bayangan huruf sepuluh ( dalam
tulisan cina ialah + ) tergantung di tiang
kira-kira sebesar 2 kali 2 meter tetapi saya juga tidak jelas” kata Chu Chu.
“Tengku
mati dengan meninggalkan tanda huruf sepuluh,sekarang juga huruf
sepuluh..apakah huruf sepuluh senjata yang digantung di tiang?” soal Bao Zheng
sendirian memikirkan kes tersebut. Bao Zheng telah memfokuskan siasatannya
kepada 3 perkara perkara pertama mengenai huruf sepuluh,kedua mengenai
gerombolan orang yang berpakaian hitam yang menyerang rombongan Kao Li dan
orang yang ke sidang yang mungkin berbohong.
Pada
malamnya.pertemuan antara lelaki yang memakai baju hitam yang menyerang
rombongan Tengku tersebut berlangsung disebuah tokong lama.