Kedah sebuah negeri di
utara Tanah Melayu sering menghadapi ancaman Siam dalam
pemerintahannya.Disebabkan takut ancaman Siam tersebut maka Pulau Pinang telah
ditawar oleh Sultan Abdullah Mukarram kepada British.Penyerahan Pulau Pinang
kerana British telah menyebabkan kemarahan Siam kerana Siam menganggap Kedah
sebagai negari naungannya dan penyerahan Pulau Pinang menyebabkan Siam tidak
dapat meluaskan kawasan taklukannya selain terpaksa pula bersaing dengan kuasa
British.Bagi membuktikan kuasanya,Siam telah mengarahkan Kedah menyerang Perak
pada 1818 kerana tidak membayar bunga emas kepada Siam.Sultan Ahmad Tajudin 11
pada masa itu,terpaksa melakukan serangan ke atas Perak.Namun begitu Siam masih
tidak berpuas hati terhadap Kedah yang semakin tidak mendengar arahannya.Siam
telah memanggil Sultan Kedah ke Bangkok bagi menjawab beberapa persolan seperti
Kedah membantu Burma dan juga pemberian Pulau Pinang kepada British.Keingkaran
Sultan Ahmad Tajudin ini semestinya menyebabkan kemarahan Siam kerana Sultan
Ahmad Tajudin naik takhta atas pertolongan Raja Rama 1 yang menghantar tentera
ke Kedah untuk menjatuhkan Sultan Dhiauddin.
Sultan Kedah enggan untuk ke Bangkok
menyebabkan Siam merasa marah.Seterusnya,Siam mengarahkan Raja Ligor untuk
menyerang Kedah.Sultan Kedah telah meminta bantuan British sebagaimana
perjanjian yang ditandatangani dulu.namun British tidak mahu campur tangan
kerana ingin menjaga hubungan dengan Siam kerana pada masa itu,Burma dan
British mengalami krisis.British bimbang jika Siam dan Burma berpakat untuk
menentang British.Siam merupakan pembekal utama kayu balak kepada
eropah.Walaupun Siam berjaya menawan Kedah namun Perak tidak berjaya ditawan
bahkan pada 1822,Perak dengan Selangor telah berjaya mengusir Siam.Namun kerana
bimbang Perak dan Selangor berkrisis maka ditandatangani satu perjanjian yang
menetapkan Sungai Bernam sebagai sempada antara kedua negeri.Pada 1821,satu
utusan British yang diketuai oelh John Crawford telah tiba ke Siam untuk
berunding.Antara perkara yang dirundingkan ialah meminta Siam mengiktiraf
pendudukan British di Pulau Pinang,Meluaskan hubungan dengan Siam dan mendapat
jaminan keluar masuk hasil dari Kedah,meminta Siam mengembalikan takhta
kerajaan Kedah dan yang paling penting sekali ialah mengintip kekuatan
ketenteraan Siam kerana sememangnya British tidak tahu tentang kekuatan
Siam.Utusan ini gagal kerana Putera Kromciat dan Menteri Perdagangan Prahklang
tidak mahu bertolak ansur dengan soal perdagangan dan kedudukan Kedah.
Dari maklumat yang diterima,Siam bukanlah
sebuah kuasa yang kuat sehingga boleh menggugat British.Maklumat ini
sememangnya penting kerana ia untuk menjaga kepentingan British di Tanah
Melayu.Antara tahun 1823-1824,Siam cuba memperluaskan kuasa ke Selangor selain
berjaya meletakkan Perak dan Kedah dibawah pengaruhnya.Ini tentu sekali
menyebabkan kebimbangan British kerana British mempunyai banyak kepentingan di
Tanah Melayu.Oleh itu,British berhasrat untuk menyekat pengaruh Siam yang
semakin mara ke selatan Tanah Melayu.Pada tahun tersebut juga,2 perutusan
British dihantar ke Ligor untuk meminta bantuan Ligor bagi menentang
Burma.Namun kedua-dua utusan tersebut gagal kerana Ligor hanya mendengar arahan
dari Siam.Pada Ogos 1924,Gabenor Negeri-Negeri Selat baru dilantik iaitu Robert
Fullerton yang terkenal dengan sifat anti-Siam.Pada Jun 1825,Fullerton mendapat
tahu bahawa Ligor telah bersiap sedia menyerang Perak dan Selangor.Sebanya 300
buah perahu telah bersiap sedia di Sungai Trang untuk melakukan tugas
tersebut.Fullerton telah mengarahkan kapal bersenjata mengawal di sepanjang
pantai bagi menyekat kemaraan Siam.Fullerton juga telah memberi amaran bahawa serangan
Siam itu bermakna mengistiharkan perang keatas British menyebabkan Siam menarik
balik tenteranya.Kapten Burney telah dihantar oleh Fullerton ke India bagi
meyakinkan pihak British bahawa perlu menghantar utusan ke Siam.Pada 1825,Gabenor
di India telah setuju dan Burney telah ke Ligor untuk berunding.Sesampainya di
Ligor,Raja Ligor telah membuat persediaan untuk menyerang Perak dan Selangor
sekali lagi.Burney memberi amaran akan campur tangan dalam masalah ini.
Akhirnya Raja Ligor menandatangani satu
perjanjian sementara dengan British bagi mengelakkan Siam diserang.Perjanjian
itu,ditandatangani pada Julai 1852.Antara isi perjanjian tersebut ialah,Raja
Ligor perlu memberi pilihan kepada Perak dan Selangor samada perlu membayar
bunga emas atau tidak,Raja Ligor perlu berjanji bahawa tidak akan menyerang
Kedah dan British akan menyelesaikan pertingkaian antara negeri tersebut,Sultan
Kedah dibenar kembali ke Kedah dan perlu mengahantar bunga emas 3 tahun sekali
selain perlu membayar 4000 dolar setahun sebagai tanah jajahan Siam dan akhir
sekali Raja Ligor berjanji bahawa jika Siam bersetuju dengna perjanjian itu
maka beliau tidak akan menyerang Kedah.Raja Ligor menjadi wakil British untuk
berunding di Bangkok.Rundingan dilakukan selama enam bulan.Perjanjian tersebut
ditandatangani pada Jun 1826.Antara isi kandungannya ialah Kedah kekal sebagai
jajahan takluk Siam dan British beretuju untuk tidak campurtangan dalam uruan
Kedah atau cuba mengembalikan takhta kerajaan Kedah,Sultan Kedah juga tidak
dibenarkan tinggal di Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan juga
dibawah jajahan takluk Burma,British juga tidak akan membenarkan Sultan Kedah
atau penyokongnya menyerang Kedah atau jajahan takluk Siam,Siam mengakui
kedaulatan Perak,British tidak akan menyekat Perak dari menghantar bunga emas
jika baginda mahu,British dibenarkan menghantar perwakilan ke Perak,Siam
mengiktiraf kedudukan British di Pulau Pinang dan Kedah,Siam tidak akan
menyekat perdagangan dengan Terengganu dan Kelantan.
Namun begitu,Perjanjian Burney tetap
dikritik oleh Fullerton apabila Sultan Kedah tidak mendapat layanan yang
sepatutnya bahkan warga Pulau Pinang pada masa itu juga turut bersimpati dengan
Sultan Kedah.Bagi Kedah perjanjian Burney merupakan pengkhianatan
kepadanya.Baginda tetap tidak mahu keluar dari Pulau Pinang walaupun British
menghentikan bayaran sebanyak 10000 dolar setahun kepadanya.Dengan Bantuan
Terengganu dan Kelantan,Sultan Ahmad Tajudin 11 telah menyerang Kedah pada
1831,1836 dan 1838.Kegagalan dalam serangan terbabit kerana British menyekat
kemaraan baginda.Sultan Ahmad Tajudin 11 telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Melaka dan dilarang dari meninggalkannya.Pada tahun 1841,Gabenor telah
menghantar Putera Kedah iaitu Tengku Daei ke Bangkok untuk berunding disamping
membawa surat sokongan dari Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru bernama
Samuel Goerge Bonham.Bonham memberi amaran bahawa British tidak akan membantu
Siam lagi jika berlaku pemberontakan jika Siam tidak mengembalikan takhta
Kedah.Perjanjian tersebut dipersetujui dengan syarat bahawa Kedah tetap berada
dibawah kekuasaan Siam dan perlu menghantar bung emas setiap 3 tahun,Perlis
perlu dipisahkan dan Siam akan mengambil wilayah Setul.