Gambar Pejuang MNLF |
Penjajahan Sepanyol
Sepanjang tiga abad penjajahan Sepanyol sering
kali berlakunya peperangan contohnya pada tahun 1578, yang mana Sepenyol telah
bertindak menyerang Jolo untuk mengusir Sulu namun gagal. Bagi daerah utara
Filipina,hampir semua penduduk menganut ajaran Kristian disebabkan tidak mampu
untuk bertahan daripada serangan pasukan tentera dan para missionaris.
Pelbagai diskriminasi dan kezaliman telah
dilakukan oleh Sepanyol seperti mengamalkan dasar divide and rule dan mission-sacre
iaitu misi suci Kristian. Selain itu,Sepanyol telah memberikan gelaran yang
buruk kepada penduduk Islam di wilayah itu iaitu memanggil mereka dengan
panggilan Moor yang bermaksud mereka
yang buta huruf, jahar, tidak bertuhan dan pembunuh. Mereka telah menghapuskan
amalan-amalan orang Islam iaitu dengan membongkar kubur-kubur sultan bagi
manghalang orang Islam mengunjunginya. Selain itu mereka juga bertindak
membakar masjid dan menghalang kemasukan pengajar agama Islam ke kawasan
selatan. Ini sebagaimana semasa penaklukan dilakukan di Pulau Luzon ( Manila )
berlaku penentangan oleh Raja Sulaiman dan Raja Lakandula sehingga tumpas dan
Sepanyol telah bertindak dengan membakar semua tinggalan Islam.
Bukti jelas kezaliman yang dilakukan
Sepanyol dalam usaha menghalang penyebaran Islam ialah bertindak menyerang
Brunei. Sepanyol telah bertindak tegas dengan menyerang Brunei supaya
menghentikan kegiatan penyebaran agama Islam di Filipina. Perang Moro telah
menyebabkan masyarakat Islam berkurangan sehingga tidak mampu untuk memajukan
ekonomi. Orang Sepanyol telah bertindak menghapuskan petempatan di Pulau Jolo
sehingga memaksa penduduk melarikan diri. Selain itu,Sepanyol juga telah
menghapuskan sumber ekonomi penduduk Islam dengan merosakkan kebun dan membakar
kapal perdagangan.
Kekalahan Sepanyol kepada Amerika
menandakan pendudukan Amerika di Filipina. Secara tidak adil, Sepanyol telah
bertindak menjual selatan Filipina kepada Amerika walaupun tidak pernah berjaya
menawan kawasan tersebut. Sepanyol telah menjualnya dengan harga $20 juta
melalui Perjanjian Paris 1898. Menurut Heru Susetyo bermula daripada perjanjian
ini barulah perang dengan Sepanyol mulai berkurangan.
Pada 20 Ogos tahun yang sama, Amerika dan
Kesultanan Sulu telah menandatangani Perjanjian Kiram Bates telah menyebabkan
Amerika dapat meluaskan pengaruhnya di Filipina. Pada 1903, Mindanau dan Sulu
telah disatukan oleh Amerika menjadi sebuah kawasan yang dikenali sebagai
Moroland. Kemudian pada 1915, Sultan Sulu telah dipaksa oleh Amerika untuk
turun takhta tetapi baginda masih diakui sebagai ketua bagi masyarakat Islam.
Kemudian, pada April 1940,Kesultanan Sulu telah dihapuskan dan menggabungkan
kawasan selatan kedalam Filipina. Presiden Manuel L Queozon telah
mengisytiharkan bahawa tiada lagi pengganti Sultan Jamalul Kiram II.
Selepas Kesultanan Sulu dihapuskan,
Amerika telah membawa masyarakat Kristian ke selatan ( settlement policy )
dimana mereka dibenarkan untuk memiliki 16 hektar tanah dan sehingga 144 hektar
tanah. Sedangkan penduduk Islam pada masa itu amat sukar untuk memiliki ta
Zaman Pesemakmuran dan
Zaman Kemerdekaan
Zaman ini ditandai dengan peralihan
kekuasaan dari Amerika kepada kekuasaan kelompok Kristian Filipina Utara.
Sebelum itu, Amerika telah bertindak menguatkuasakan beberapa peraturan tanah
seperti Land Registration Ac No 496 (Nov 1902) dan Philipine Commission Act No
718 (April 1903). Dalam akta ini, tanah yang diberikan oleh Sultan,Datu atau
Kepala Suku Islam adalah tidak sah. Tanah yang tidak didaftarkan dianggap
sebagai tanah negara. Dalam undang-undang ini, setiap penduduk perlu untuk
memiliki tanah secara bertulis bukannya secara lisan sebagaimana yang diamalkan
oleh penduduk Islam Moro selama ini. Quino-Recto Colonization Act No 4197
adalah undang-undang tanah yang lebih agresif untuk memindahkan penduduk
Kristian ke kawasan selatan.
Selepas Filipina mendepat kemerdekaan,
penduduk Islam didiskriminasikan daripada segi pentadbiran. Mereka sukar untuk
mendapat kerja kerajaan ataupun di sektor pertanian kerana mereka hanya seorang
Islam.
Pemerintah Filipina juga tidak menghormati
agama dan budaya orang Moro. Atas nama pembangunan dengan senang sahaja mereka
di usir dari tanah mereka contohnya, seramai 20 orang penduduk Moro diusir
untuk membina Jabatan Perikanan dan kubur-kubur orang Islam di bongkar untuk
membina stesen bas dan lapangan terbang. Dalam bidang pembangunan semestinya masyarakat
muslim diabaikan buktinya statistik tahun 2000 telah membuktikan bahawa 10 buah
daerah termiskin di Filipina adakah kawasan yang dihuni oleh orang Islam.
Agama
sememangnya merupakan faktor utama yang menyebabkan munculnya gerakan pemisah
di Filipina. Namun demikian, agama bukanlah satu-satunya faktor yang mendorong
masyarakat Filipina untuk bangkit menuntut hak mereka tetapi juga didorong oleh
faktor sampingan yang lain. Secara umumnya, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan
orang Moro di Filipina melakukan gerakan pemisah iaitu asimilasi Katolik
Kristian, penghijrahan orang Kristian dari Utara ke Selatan, kekecewaan akibat
kelembaban ekonomi orang muslim di Mindanao dan masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan masyarakat di Filipina.
Faktor agama iaitu asimilasi Katolik Kristian telah menjadi punca utama
kepada kebangkitan masyarakat Muslim di Filipina. Mereka bimbang agama Kristian
akan menjadi penyebab kepada kejatuhan agama Islam, budaya dan politik mereka. Asimilasi
ini amat berkait rapat dengan dasar Sepanyol. Sepanyol datang ke Filipina bukan
sahaja untuk memperluaskan empayar kekuasaan mereka dan kepentingan ekonomi
tetapi juga dengan tujuan untuk memperkenalkan agama Kristian katolik. Pihak
berkuasa Sepanyol berazam untuk mewujudkan satu sistem kolonial dengan kawalan
sepenuhnya ke atas penduduk peribumi terutamanya penukaran agama kepada Kristian.
Secara ringkasnya, polisi Sepanyol adalah untuk mengkristiankan orang Moro.
Moro merupakan gelaran bagi penduduk Muslim Filipina yang diberikan oleh
Sepanyol. Bagi menjalankan polisi ini, pendakwah-pendakwah Katholik datang ke
kampung-kampung untuk membina gereja dan sekolah yang bertujuan untuk
menyebarkan agama Kristian. Selain itu, pendakwah-pendakwah menggunakan bahasa
Sepanyol sebagai bahasa dalam arahan, insitusi kerajaan dan perdagangan untuk
menjadikan bahasa tersebut sebagai lingua franca mengatasi bahasa-bahasa lain
yang terdapat di Filipina.
Aspek ritual, doktrin, dan amalan masyarakat
Filipina juga diubah bagi memudahkan penukaran agama masyarakat Muslim di
Filipina kepada Kristian. Hal ini termasuklah penggunaan ritual Katolik,
kepercayaan kepada roh dan doktrin budaya. Pada permulaan abad ke-19, perubahan
yang telah berlaku telah menyebabkan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan
penduduk Muslim Filipina. Sikap dan kedegilan Sepanyol terhadap penduduk muslim
di Filipina telah memperhebatkan lagi penentangan mereka terhadap Sepanyol.
Penghijrahan
orang Kristian dari Utara ke Selatan juga telah menyebabkan kebangkitan
masyarakat Muslim di Filipina. Hal ini berkait rapat dengan galakan kerajaan
bagi mengimbangi demografi penduduk di Selatan. Kebanjiran penduduk Kristian
meningkat dengan begitu tinggi selepas tahun 1913, terutamanya ke Mindanao. Akhirnya,
penduduk Islam tidak lagi menjadi majoriti di kawasan yang sebelumnya
diperintah dan didominasi oleh mereka. Perubahan demografi penduduk ini telah
didorong oleh migrasi besar-besaran penduduk bukan Islam ke Selatan dan perkara
ini telah menjadi halangan besar kepada penduduk muslim untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi Filipina. Secara umumnya, penduduk muslim di Filipina mahu
menubuhkan sebuah negara muslim yang bebas. Hal ini menyebabkan penduduk Muslim
bangkit untuk mempertahankan hak mereka.
Faktor
yang seterusnya ialah kelembaban ekonomi penduduk Muslim terutamanya di
Mindanao. Diskriminasi dalam bidang ekonomi tampak jelas apabila aktiviti
pertanian yang diperkenalkan oleh kerajaan Filipina kepada orang Kristian telah
menimbulkan konflik dalam hal pemilikan tanah. Penduduk Muslim menganggap
bahawa mereka bukan sahaja dipinggirkan dari kawasan tradisi mereka malah
ditindas kerana harta nenek moyang dan kaum mereka telah diberikan kepada
penduduk Kristian. Keutamaan yang diberikan kepada penduduk Kristian dalam
bidang pertanian telah menyebabkan ekonomi orang muslim tidak dapat berkembang.
Masalah yang dihadapi oleh komuniti Muslim adalah diskriminasi, kemiskinan dan
ketidakadilan terutamanya pengusiran dari tanah mereka oleh orang-orang
Kristian. Hal ini menyebabkan penduduk muslim bangkit menunutut hak mereka.
Masalah
sosial yang berlaku juga berlaku dalam kalangan masyarakat di Filipina juga
telah mendorong masyarakat muslim untuk menuntut hak mereka. Hal ini berkaitan
rapat antara hubungan dingin antara masyarakat Muslim dan Kristian di Filipina.
Pendudukan Sepanyol di Filipina telah menyebabkan penduduk berpecah kepada dua
bahagian. Penduduk yang menukar agamanya kepada Kristian akan menjadi
dilindungi Sepanyol manakala penduduk yang enggan menerima Kristian akan
dianggap sebagai musuh. Sikap bias dan prejudis pihak Sepanyol ini telah
mewujudkan sentimen permusuhan dan hubungan antara penduduk Muslim dan Kristian
menjadi bermasalah. Pihak sepanyol juga menggelar Moro (penduduk muslim
Filipina) sebagai lanun, pengkhianat dan juramentados.
Stereotaip ini hanya memburukkan lagi persepsi antara penduduk Muslim dan
Kristian. Perkara ini telah membangkitkan semangat penduduk muslim untuk
melakukan gerakan pemisahan.
Gerakan Pemisah
Gerakan
pemisah adalah satu gerakan yang cuba mendapatkan hak dan kemerdekaan
untuk mewujudkan sebuah negara ke arah pemerintahan sendiri. Gerakan pemisah
berlaku kesan daripada dasar penjajahan yang menyebabkan wilayah-wilayah autonomi
Islam kehilangan kuasa. Golongan ini menganggap perjuangan ini lebih mampu atau
mempercepatkan lagi proses membebaskan wilayah daripada ditadbir oleh kerajaan
pusat yang menguasainya yang dianggap tidak adil atau tidak memuaskan hati
mereka terutama bagi wilayah-wilayah yang ditadbir.
Muslim Independece
Movement (MIM)
Pertubuhan Muslim
Independece Movement (MIM) ditubuhkan pada tahun 1 Mei 1968 oleh Datu Udtog
Matalan. Kemerdekaan Mindanao daripada
Kerajaan Filipina dijadikan sebagai agenda perjuangan utama dalam
perjuangan MIM ini. Sebagai tindak balas kepada tuntutan kemerdekaan yang
dilakukan oleh MIM, golongan Katolik telah menubuhkan pergerakan anti Moro
ILAGA iaitu sebuah gerakan anti Muslim yang bertanggungjawab terhadap
pembunuhan beramai-ramai 70 orang Muslim di sebuah masjid di Utara
Cotabato. Sementara itu banyak pemimpin pergerakan
ini telah dibeli oleh kerajaan Filipina apabila mereka disogokkan dengan
jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan matlamat perjuangan
asal mereka telah terpesong. Datu Matalan sendiri telah diberikan jawatan datu oleh
kerajaan Filipina. Keadaan yang berlaku ini telah mengecewakan pemimpin-pemimpin
muda dan mereka mula membentuk Moro National Liberation Front (MNLF).
Moro National Liberation Front (MNLF)
Moro National Liberation Front
diasaskan oleh Nur Misuari seorang ahli MIM yang berpendidikan universiti
pada tahun 1971 di Tausug. MNLF telah
mendefinisikan pergerakan mereka kepada tiga perkara utama iaitu menjadikan
orang Moro mempunyai sejarah Islam yang spesifik dan identiti budaya yang
tersendiri, MNLF bertegas bahawa bangsa Moro mempunyai hak yang sah untuk
menentukan masa depan mereka dan di samping itu juga, MNLF
bertanggungjawab untuk melancarkan jihad terhadap kerajaan Filipina dan mewujudkan
sebuah kerajaan autonomi walaupun tidak mendapat kemerdekaan sepenuhnya.
Pada tahun 1973, pasukan militan
Bangsa Moro Army (BMA) ditubuhkan dan seringkali melancarkan perang
secara gerila ke atas tentera Filipina dan
serangan yang dilakukan oleh MNLF ini telah menyebabkan Presiden Marcos
terpaksa mengisytiharkan undang-undang tentera pada tahun 1972. Pada masa yang sama, perjuangan yang dilakukan oleh MNLF
ini telah mendapat perhatian daripada Pertubuhan Negara Islam iaitu OIC. Dalam
usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini empat orang Menteri Luar Pertubuhan
Negara Islam (OIC) dari Libya, Somalia, Arab Saudi dan Senegal telah dihantar
ke Filipina untuk meninjau mengenai masalah ini. Kemuncaknya pada pada 23
Disember 1976 termetarai perjanjian Tripoli di mana kerajaan Filipina didesak
oleh OIC untuk memberikan hak autonomi dan mewujudkan suasana aman di Selatan
Filipina. Namun begitu perjanjian ini gagal kerana
Filipina menyatakan bahawa masalah yang sedang dihadapi dengan masyarakat
Muslim adalah masalah dalaman mereka dan tidak perlu campurtangan pihak asing. Kegagalan Nur Misuari untuk mengambil kesempatan
daripada Perjanjian Tripoli
ini telah menyebabkan kredibiliti kepimpinan Nur Misuari mula tergugat di
kalangan ahli MNLF. Senario ini membawa kepada pergolakan dalaman MNLF
sendiri.
Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Moro Islamic Liberation Front atau MILF telah
ditubuhkan oleh Hashim Selamat iatu seorang pelajar Universiti Al Azhar pada
tahun 1980. Hashim Selamat telah menuduh Nur Misuari
sebagai seorang yang yang mengamalkan rasuah, pengikut komunis, pemimpin yang
gagal dan seorang reformis sekular. MILF bercita-cita untuk mewujudkan
sebuah kerajaan Islam yang dikenali sebagai Republik Islam Mindanao (MIR) yang
berpegang teguh kepada syariat Islam. Matlamat ini akan tercapai melalui
dakwah, tarbiyyah dan jihad. Kumpulan ini dilatih oleh pejuang-pejuang yang
pernah menganggotai pergerakan Mujahidin di Afghanistan dalam pengeboman,
serangan berani mati, sabotaj dan banyak lagi dan
mendapat bantuan kewangan daripada negara-negara asing. Dalam usaha untuk
mewujudkan sebuah kerajaan yang berautonomi, Hashim Selamat menegaskan bahawa
mereka perlu mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan Filipina dan ia
hanya akan dapat dilakukan melalui pemberontakan bersenjata. MILF
juga pernah mengadakan rundingan damai dengan kerajaan Filipina tetapi gagal
apabila Filipina menolak tuntutan MILF agar tentera kerajaan berundur dari
Mindanao.
Abu Sayyaf
Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan pda
1991 oleh Abdul Razak Jan Jalani. Abu Sayyaf merupakan
kumpulan serpihan daripada MNLF yang ekstremis dan sering kali dikaitkan dengan
kegiatan keganasan. Matlamat mereka yang jelas adalah untuk mewujudkan sebuah
kerajaan Islam yang bebas di Mindanao .
Ahli mereka kebanyakannya terdiri daripada pejuang yang pernah terlibat dalam
perang Afghanistan menentang
Soviet Union . Disamping itu juga kumpulan ini
sering kali dikaitkan rangkaian pengganas antarabangsa seperti al Qaeda dan kumpulan
militan yang terdapat di Malaysia dan Thailand.