Gambar Hiasan |
Ekonomi
merupakan sektor yang cukup penting untuk pembangunan sesebuah negara. Di Jepun
telah wujud beberapa sektor ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Jepun feudal.
Antara ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah pertanian, perikanan,
perlombongan, perusahaan tempatan dan perdagangan.
Pertanian
adalah penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi Jepun. Ia telah menyumbang
sebanyak 80% daripada perekonomian Jepun. Antara tanaman utama yang ditanam
oleh masyarakat Jepun pada zaman dahulu ialah gandum, barli, padi, the serta
kapas. Untuk memastikan tanaman yang ditanam subur, mereka telah mula
menggunakan sistem perairan semula jadi. Sistem pengairan ini amat penting
untuk memastikan air sungai yang mengandungi nutrien dibekalkan kepada padi
sekaligus mengurangkan penggunaan baja. Sistem ini juga memastikan kesuburan
tanah adalah optimum tanpa perlu merehatkan tanah. Walaupun 80% daripada sumber
ekonomi penduduk Jepun ialah berasal daripada pertanian namun mereka tetap
menghadapi beberapa masalah besar seperti masalah iklim. Jepun mempunyai iklim
yang sedarhana yang tidak membolehkan mereka untuk menanam padi sepanjang
tahun. Mereka hanya dapat menanam padi pasa musim luruh dan musim bunga sahaja.
Selain masalah itu, mereka juga menghadapi masalah kekurangan tanah ekoran
bentuk muka bumi Jepun yang berbukit dan bergunung-ganang. Untuk mengatasi
masalah kekurangan tanah ini. Petani Jepun telah menggunakan kaedah pertanian
bertingkat. Pertanian Jepun berlaku lonjakan dengan ditandai oleh zaman Yayoi.
Ini kerana pada zaman Yayoi peralatan pertanian daripada China mula masuk ke
Jepun.
Selain
itu, masyarakat Jepun juga menjana ekonomi melalui perusahaan tempatan. Sistem
perusahaan tempatan ini seolah-olah konsep yang cuba dilakukan oleh Kerajaan
Malaysia iaitu “Satu Daerah Satu Produk”. Di Jepun juga keadaan sedemikian
telah lama berlaku dimana setiap daerah mengeluarkan hasil yang berlainan
contohnya daerah Kinai mengeluarkan barangan kain kapas, daerah Fukushima dan
Yamanashi pula mengeluarkan produk berasaskan ulat sutera dan tenunan dan
daerah Satsuma pula menjadi pusat pengeluaran gula. Daripada industri yang
kecil ini, akhirnya berkembang menjadi satu industri yang besar. Daerah-daerah
ini akhirnya menjadi banda besar. Contohnya ialah Bandar Seto, Kunwana, Sakai
serta Ise.
Sistem
ekonomi lain ialah ekonomi perikanan. Jepun merupakan negara yang kaya dengan
pelbagai jenis ikan. Pertembungan arus panas dan arus sejuk iaitu ayoshio dan
kuroshio telah menjadikan kawasan Jepun amat popular dengan industri perikanan.
Dengan 3000 buah pulau yang ada di Jepun menggalakkan lagi industri perikanan
di Jepun. Kehebatan industri perikanan di Jepun telah dibuktikan hari ini
apabila orang Jepun mampu untuk melakukan industri penangkapan ikan paus serta
ikan yu dimana tidak semua negara mempunyai pengalaman tersebut.
Bandar
Osaka merupakan bandar yang cukup terkenal di Jepun. Bandar ini telah
berkembang disebabkan oleh perkembangan industri perlombongan yang berlaku di
Jepun. Walaupun mempunyai tanah yang berbukit dan bergunung, Jepun mempunyai
bahan mentah atau bahan galian logam yang banyak. Jepun merupakan antara
pengeluar emas, perak serta tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobunaga ,
industri perlombongan ini semakin rancak.
Rakan
luar pertama Jepun. Oleh itu, tidak pelik jika hubungan antara kedua buah
negara ini agak rapat dalam perdagangan. Ekonomi Jepun menjadi bertambah pesat
apabila wujud hubungan perdagangan antara 2 buah negara ini di zaman Putera
Shotoku. Jepun mengimport barang dari China. Pada masa tersebut Jepun telah
menjadi pelabuhan dunia yang menjadi tempat berkumpul para pedagang. Pada masa
itu, Jepun mendapatkan barangan tropika asia tenggara di China. Jepun telah
mengimport barang seperti tembikar, porselin, sutera, buku ,lukisan , sulfur ,
emas dan sebangainya. Dalam masa yang sama, Jepun juga mengeksport barangnya
kepada negara luar. Antara barang yang dieksport ialah pedang, kipas berlipat
serta pemidang yang mendapat permintaan tinggi di negara China. Selepas itu,
Jepun mula mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal . Sekitar tahun
1550, ramai pedagang Portugis telah masuk ke Jepun. Kemasukan Portugis turut
membawa perubahan kepada teknologi Jepun
dimana Portugal telah membawa teknologi perkapalan, teknik perang, persenjataan
serta agama Kristian. Pada 1570 , Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan
Portugal bagi membolehkan pedagang Portugal di kawasan Nagasaki. Surat yang
dikeluarkan oleh Ashikaga amat penting kepada pedagang Portugal untuk berdagang
di Jepun.