Pengikut

Khamis, Disember 02, 2010

Konflik Pembunuhan Birch di Perak

( James Wheeler Woodford Birch )
Sistem Residen yang diperkenalkan British di Perak juga telah menimbulkan konflik antara Sultan Abdullah dan juga British.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah membawa kepada pengenalan sistem residen di Perak pada bulan November 1874. British pada masa itu diwakili oleh Sir Andrew Clark. Sememangnya pemerintahan Sultan Abdullah adalah lemah apabila baginda terpaksa berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Kerian.Selain itu,baginda juga telah memajakkan hak memungut cukai kepada sahabat baginda iaitu Lee Cheng Tee 26 000 dolar.Ramai pembesar pada zaman baginda tidak taat antaranya ialah Ngah Ibrahim bahkan alat kebesaran diraja juga masih berada ditangan Sultan Ismail apabila Sultan Ismail masih mengakui dirinya sebagai Sultan.Residen Perak yang pertama bernama J.W.W Birch yang pernah berkhidmat di Ceylon Sri Lanka.Semasa tiba di Perak,Birch berpendapat Perak merupakan negeri yang mundur dan perlu dimajukan segera demi kepentingan British.Pembaharuan yang cuba dibawa oleh Birch inilah yang telah mengguris hati orang Melayu dan menimbulkan dendam dalam kalangan pembesar Perak pada masa itu.Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh Birch antaranya ialah penghapusan hamba abdi,hak memungut cukai sehingga wujud konflik dan pertelingkahan.
    Perkara yang pertama dilakukan oleh J.W.W.Birch ialah mendapatkan hak memungut cukai.Birch mahu cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri bukannya oleh wakil sultan.Tujuan utama dilakukan perkara begini ialah bagi memperbaiki kewangan Perak yang gawat,menjelaskan hutang Perak dan juga membayar gaji kakitangan kerajaan termasuklah juga Residen.Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh Birch sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu ialah menghapuskan amalan hamba abdi yang mana selama ini telah menjadi tunjang kepada adat masyarakat Melayu.Beberapa hamba hutang telah melarikan diri kerumahnya dan sebahagiannya adalah hamba wanita.Birch berpendapat bahawa keadaan hamba abdi di Perak amat buruk dan perlu dihapuskan Sikap Birch berlawanan dengan arahan Gabenor Andrew Clarke yang memerintahkan supaya sabar melayani karenah orang Melayu terutamnya pembesar.
    Tindakan gopoh dan melulu J.W.W.Birch telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara British dan sistem Kesultanan.Selepas lebih kurang 3 bulan memegang jawatan Residen,Birch telah memaksa Sultan Abdullah supaya menandatangani satu pengistiharan supaya beliau dapat memungut cukai.Pada 20 Januari 1875,Birch telah memberi amaran kepada Sultan Abdullah supaya menandatangani pengistiharan tersebut jika tidak baginda akan dilucutkan dari takhta.Sultan Abdullah telah menulis surat kepada Andrew Clarke supaya Birch ditukar ataupun dihadkan kuasanya dan tindakan.Sultan Abdullah juga cuba menulis surat kepada gabenor namun dihalang oleh Andrew Clarke kecuali surat tersebut melalui Birch.Akhirnya pada 24 Julai 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani surat pengistiharan yang membolehkan British memungut cukai.Walaupun baginda menandatangani sengistiharan tersebut,namun baginda dan pembesar mersakan hak yang selama ini dipegang oleh Sultan telah dicabul.Selepas Andrew Clarke,William Jervois menjadi gabenor dan cuba menguasai Perak sepenuhkan.Oleh itu,pada September 1875,William Jervois telah melawat Perak dan memaksa Sultan Abdullah bersetuju dengan cadangan British itu.Sultan Abdullah dan para pembearnya tidak bersetuju berlainan pula dengan Raja Yusuf dan Raja Idris yang akhirnya diangkat menjadi hakim.British terus mendesak Sultan Abdullah supaya bersetuju dengan cadangannya dalam masa 15 hari sahaja.Pada 2 Oktober 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani 2 pengistiharan untuk melantik hakim British serta menyerahkan semua aspek pentadbiran kepada British termasuklah dalam bab melantik penghulu.Sebelum dari itu,iaitu 21 Julai 1875,Sultan Abdullah bersama pembesarnya telah mengadakan perbincangan di Kampung Durian Sebatang bagi menyekat pengaruh British.Dalam perbincangan itu,Datuk Maharaja Lela dan Dato Sagor telah bersetuju unutk membunuh Birch.Wakil juga dihantar ke Pulau Pinang untuk mendapat senjata.Ini bermakna walaupun British bertindak jauh terhadap negeri Perak,Sultan Abdullah sudahpun bersedia untuk menggunakan kekerasan terhadap British.
    Dengan pengistiharan bertarikh 21 Oktober 1875 itu,British gembira kerana berjaya menjadi pentadbir Perak secara sepenuhnya.Frank Swetteham telah ditugaskan untuk memberitahu rakyat Perak tentang pengistiharan itu.Pengistiharan tersebut juga turut ditampal di hadapan kediaman Residen British.Ini telah menyebabkan kemarahan pembesar Perak.Pada 11 November 1875,Birch telah tiba di Pasir Salak bersama dengan pembantunya Mat Arshad.Mat Arshad diperintah oleh Birch supaya menampal pengistiharan itu sementara dia pergi mandi.Datuk Maharaja Lela telah melarang Mat Arshad menampal pengistiharan tersebut tetapi Mat Arshad tetap berkeras sehingga dibunuh.Sementara itu,sekumpulan orang Melayu lagi ke tempat Birch mandi untu membunuhnya.Seputum telah mengambil tindakan dengan merejam Birch dengan lembing kemudian menetaknya.Dengan tindakan itu,British telah membawa ramai tentera dari India dan Hong Kong dan berjaya menawan Pasir Salak.Perintah tentera berlarutan sehingga Mac 1876.Pihak British menawarkan 6000 dolar kepada orang yang berjaya menangkap Datuk Maharaja Lela dan masing-masing 3000 dolar kepada yang berjaya menagkap 2 orang lagi yang terlibat.Perang Perak yang berlaku ini hanya bertahan selama setengah tahun sehingga pemimpin Melayu tersebut berjaya ditangkap.Semua pembesar negeri Perak terlibat dalam peristiwa ini kecuali Raja Yusuf dan Raja Idris.Datuk Maharaja Lela,Dato Sagor Pandak Enduk beserta 3 orang lagi dihukum gantung di Matangpada 1876.Manakala Sultan Abdullah,Menteri Larut,Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dihukum dibuang ke Pulau Seychelles.Manakala Raja Ismail dibuang ke Johor.


Sejarah Ringkas perebutan Takhta Perak abad ke-19

( Sultan Abdullah )

Masalah hura-hara di Perak bertambah teruk apabila berlaku juga perebutan Takhta antara kerabat di Raja Perak.Ia bermula selepas kemangkatan Sultan Ali pada 1871,maka Raja Bendahara iaitu Sultan Ismail telah dilantik sebagai pemerintah sekaligus menepikan Sultan Abdullah selaku Raja Muda.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Raja Abdullah dan Raja Yusof. Raja Abdullah menentang kerana sepatutnya baginda yang menaiki takhta dan Raja Yusof menentang kerana baginda tidak disukai oleh pembesar.Dengan sokongan daripada pembesar Di Hilir seperti Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor,Raja Abdullah telah melakukan penentangan.Raja Abdullah tetap berkuasa di kawasan Hilir manakala Sultan Ismail dikawasan Hulu Perak sahaja. Sistem giliran anak Sultan di Perak telah berlarutan sehingga tahun 1958.
     Seseorang yang ingin menjadi Sultan perlu mendapat perkenan dari menteri dan juga keturunan dari pihak lelaki.Sultan Ali hanya berhak menjadi Raja Bendahara tetapi tidak berhak untuk mendapat lebih dari itu kerana ayahnya berasal dari Siak.Maka Raja Abdullah dilantik sebagai Raja Muda.Tetapi sepatutnya jawatan itu dipegang oleh Raja Yusuf yang 2 kali telah disingkirkan kerana para pembesar tidak berkenan.Selepas kemangkatan Sultan Ali,Raja Abdullah tidak berada di Sayung Perak Utara semasa upacara pemakaman maka para pembesar melantik Raja Ismail sebagai Sultan.Mengikut adat melayu,seseorang raja perlu dilantik sebelum bekas raja dimakamkan.Para pembesar menunggu kedatangan Raja Abdullah selama 32 hari sebelum upacara pemakaman dilakukan.Untuk pergi ke Sayong,Raja Abdullah perlu melalui Senggang tempat Raja Yusuf.Sedangkan sebelum itu,Raja Yusuf telah berjanji untuk mengambil takhta kerajaan Perak walaupun dengan menggunakan kekerasan.Selain itu,Raja Abdullah juga tidak disukai oleh pembesar Perak Utara.Ini kerana Raja Daud dari Selangor pernah melarikan Raja Latifah iaitu isteri Raja Abdullah.Namun Raja Abdullah hanya berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Antara mereka yang terlibat dalam perlantikan Sultan Ismail adalah Ngah Ibrahim.Oleh itu Raja Abdullah amat benci kepada Ngah Ibrahim sehingga menolong puak Gee Hin dalam perang Larut ke empat.Ini terbukti apabila Raja Abdullah menemui puak Gee Hin di Pulau Pinang pada Januari 1873.Namun akibat daripada pembunuhan J.W.W.Birch Raja Yusuf telh dilantik menjadi Sultan kepada negeri Perak bagi mengantikan Sultan Abdullah.Tetapi sebelum itu,Sultan Abdullah telah dilantik menjadi Sultan oleh British selepas menandatangani perjanjian Pangkor 1784 yang mana Perak akan menerima seorang Residen..

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters