Mangsa yang Terbunuh |
Peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam
sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam
kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik
seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan
perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang
pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman
ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak
akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti
Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.
Dalam
peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat bermain
dengan sentiment perkauman. Walaupun Parti Gerakan cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya
namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga
penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP
memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur ( Dulu Selangor ). Pilihanraya tersebut
berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong
parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam
12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan
yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”,
“Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau
Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan
oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya
perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga
malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale (
sekarang Jalan Raja Abdullah menghala masuk ke Kampung Baharu yang merupakan
kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh
itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan
parti pembangkang.
Dalam
pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding
dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali
ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja. Namun
keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah menyebabkan Perikatan
masih berkuasa di Negeri Selangor.
Perarakan
yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah
menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula
mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat perarakan
yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang Melayu risau
dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah mengambil
keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak
pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya diadakan
satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan perarakan ini
mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan Menteri Besar
Selangor.
Rumah
Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar
angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang
Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata bersama
mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi
sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak dengan cepat telah merebak
ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai
yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa
mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur.
Keadaan
yang genting tersebut, telah menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah
mengistiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu
Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik
Tun Abdul Razak sebagai pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr
Ismail sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam
keadaan uzur dan cuba mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan
apabila Tun Razak meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan
tersebut. Parlimen kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi
mula dipulihkan. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan
jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga
slogan Malaysia Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22
bulan.