Bao Zheng/Bao Qingtian |
Selepas
menyelesaikan kes babi yang mencuri,Bao Zheng bergegas ke tempat ibunya membuat
autopsy seorang mayat isteri lelaki yang kaya. Ibu Bao Cheng yang merupakan
seorang tabib memeriksa mayat tersebut dan mendapati isteri saudagar tersebut
dibunuh bukannya mati kerana penyakit jantung yang dialaminya.
“Saya
mendapati mayat ini telah dicekik dan ia mati dalam keadaan yang terseksa” kata
ibu Bao Zheng kepada penyiasat pegawai daerah. Dengan tidak semena-mena saudagar
kaya tersebut telah meluru masuk ke kawasan pemeriksaan mayat seolah-olah tidak
mengetahui punca kematian isterinya.
“Puan,Puan”
saudagar tersebut menjerit.
Namun
ibu Bao Zheng melarang saudagar tersebut daripada mendekati mayat kerana takut
segala bukti berkenaan kejadian tersebut akan hilang. Ibu Bao Zheng lantas
menepuk belakang mayat tersebut dan mendapati terdapat cecair yang keluar
daripada mulut mangsa yang dipercayai sebagai ubat penyakit jantung.
Tidak
lama kemudian Bao Zheng ampai dan terus menanyakan kepada ibunya hasil autopsy
yang dilakukan. Bao Zheng telah menguatkan lagi hujah bahawa perempuan tersebut
dibunuh. Buktinya leher mangsa tersebut mempunyai kesan digantung selepas
dibunuh oleh pembunuhnya.
Soal
siasat terus dijalankan oleh pegawai di pejabat daerah tersebut.
“Saya
tidak tahu. Semalam saya telah pergi mengutip hutang,dan apabila pulang melihat
isteri saya sudah meninggal” kata saudagar Kun.
“
Bagaimana dengan kamu pula” tanya pegawai terbabit kepada seorang pembantu
rumah.
“
Sebelum kekuil,puan telah mnyuruh saya membeli cangkir untuk sembanhyang.
Tetapi selepas itu saya telah melihat pua sudah meninggal” kata pembantu rumah
tersebut.
Pegawai
penyiasat tersebut buntu untuk mencari jawapan kerana semua pekerja termasuk
saudagar tersebut mempunyai alasan dan alibi masing-masing. Tiba-tiba Bao Zheng
telah melihat dua orang pembantu rumah perempuan dan terus bertanya
“
Berapa lama kamu bekerja di sini? “
“
Saya disini telah bekerja disini selama tujuh tahun” kata salah seorang pembantu
tersebut.
“Kamu
pula?”
“Saya
telah bekerja disini selama setengah tahun” kata seorang pembantu lagi.
Bao
Zheng lantas tersenyum dan berkata “ kalau begitu saya sudah tahu siapa
pembunuhnya”.
Bao
Zheng lantas menunjukkan tangan kepada saudagar tersebut. “ Kamulah pembunuh”
katanya.
“Bukan
saya,bukan saya” saudagar tersebut cuba menafikan tuduhan Bao Zheng.
“Tadi
bukanlah kamu kata kamu mengutip hutang diluar dan baru sahaja sampai disini?”
kata Bao Zheng.
“
Betul,betul” kata saudagar tersebut mengiakan kenyataan Bao Zheng.
“Tapi
saya melihat kasut kamu bersih,bukan seperti orang yang berjalan jauh.
Melainkan engkau telah balik malam tadi dan membunuh isteri engkau”.
“Bukan
saya,bukan saya,saya betul-betul tidak melakukannya” kata saudagar tersebut
tegas.
“Baik
kamu masih tidak mahu mengaku ya,aku akan kemukakan bukti” kata Bao Zheng
lantas menakutkan saudagar tersebut.
“Bukti
apa?” kata saudagar tersebut dengan suara yang gementar.
“
Saya melihat cap jari kamu di leher isteri kamu. Lehernya ada lekukan yang
dicekik oleh orang yang memakai cincin dan disini hanya kamu yang memakai
cincin” kata Bao Zheng tegas.
“Jadi
kamulah pembunuhnya,pengawal tangkap dia” tambah Bao Zheng.
“Jadi
adakah kamu tahu kenapakah isterinya dibunuh” tanya ibu Bao Zheng.
Bao
Zheng lantas menunjukkan tangan kearah seorang pembantu rumah yang baru bekerja
selama setengah tahun tersebut jika ingin mengetahui sebab isteri saudagar
tersebut dibunuh.
“Saya,saya,saya
tiada urusan dengannya,kenapa harus saya bunuhnya,saya tidak tahu siapa pembunuhnya”
kata pembantu rumah tersebut dengan nada yang takut bercampur gementar.
“Saya
juga tidak tahu... Tapi kenapa yang sudah tujuh tahun bekerja tetapi masih
memakai baju yang buruk tetapi kamu yang baru bekerja setengah tahun sudah
memakai baju yang cantik” sindir Bao Zheng.
Ibu
Bao Zheng terus pergi dekat dengan pembantu rumah tersebut dan mendapati
pembantu rumah tersebut menyimpan sejenis ubat untuk menggugurkan janin dalam
perut. Ibu Bao Zheng lantas memeriksa nadi pembantu rumah tersebut dan mendapati
perempuan tersebut telah hamil angkara hubungan sulit yang dilakukan dengan
saudagar tersebut. Selepas rahsianya tersingkap,pembantu rumah tersebut terus
melutut dan mendedahkan rahsianya. Dalam nada kesal dan penuh tangisan pembantu
rumah tersebut berkata
“Ini
bukan urusan saya, tapi tuan besar berjanji jika puan mati saya akan
menggantikan tempatnya,kamu tolonglah jangan tangkap saya,saya merayu” rayu
perempuan tersebut.
Pengakuan
yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut sudah cukup untuk merungkai kes
tersebut. Kedua-dua penjenayah tersebut telah dihukum gantung oleh mahkamah
atau Yamen. Pegawai penyiasat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Bao
Zheng dan ibunya kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kerana dengan akal
yang dimilikinya adalah mustahil kes tersebut diselesaikan olehnya.
Semasa
pulang dari tempat kejadian penduduk pekan tersebut telah riuh dengan kehebatan
seorang pengawal daerah tersebut yang berjaya membunuh seekor harimau di Hutan
Syaitan Perempuan. Hutan Syaitan Perempuan adalah hutan yang paling ditakuti
oleh penduduk kerana mereka mempercayai ada syaitan didalam hutan tersebut.
Namun dalam hutan tersebut tinggal seorang perempuan yang disisihkan oleh
masyarakat kerana ibu perempuan tersebut telah dijangkiti penyakit anjing gila
dan memakan daging manusia.