Pengikut

Isnin, September 28, 2009

SIAPAKAH IMAM NAWAWI ?


         Imam Nawawi merupakan seorang ulama yang agung pada daulah umayyah.Nama sebenarnya ialah Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya,beliau di lahirkan di nawa dan kemudiannya
nama tersebut digunakan untuk dirinya.Beliau wafat pada 24 rajab 676H.
      Antara kehebatannya yang terselah ialah peristiwa pemindahan perpustakaan Masjid Umawi.Beliau antara yang kuat menentang perancangan khalifah untuk memindahkan perpustakaan itu.Disebabkan itu beliau telah di panggil ke istana,apabila beliau masuk ke istana khalifah telah mengugut beliau lantas beliau menunjukkan jarinya kearah hamparan permaidani daripada kulit binatang.Permaidani tadi telah menjadi harimau dan beberapa jenis haiwan liar lain.Harimau tadi cuba menerkam pemerintah tetapi pemerintah sempat meminta maaf dan mencium kaki Imam Nawawi.Peristiwa ini berlaku disebabkan Imam Nawawi mengamalkan hizib Nawawi iaitu hizib yang diwariskan oleh nabi kepada Anas Bin Malik dan terus diwarisi sehingga kepada Imam Nawawi.
        Satu lagi peristiwa penting zamannya ialah peperangan yang berlaku antara daulah umayyah dengan tentera monggol.Semasa peperangan negara kehabisan wang dan pemerintah ingin menaikkan cukai.Semua ulama menyokong usaha pemerintah kecuali Imam Nawawi yang menentangnya.Setelah mendapat kemurkaan raja akhirnya beliau menghantar surat kepada raja itu.....
        Antara isi surat itu ialah menceritakan tentang kemewahan raja,Raja mempunyai 1000 orang gundik dan setiap satu mempunyai pakaian yang mahal dan beberapa ketul emas.Raja juga mempunyai 200 jariah yang mempunyai harta yang mahal-mahal.Maka kata Imam Nawawi,bahawa sudah sudah cukup dengan harta hambanya saja untuk biayai perang.Jika tidak cukup baru beliau akan keluarkan fatwa untuk membayar cukai.Akhirnya beliau telah diusir keluar dari Damsyik dengan diiringi tangisan anak muridnya.

PEMILIHAN KETUA PENGAWAS...SIAPA DALANG DI SEBALIKNYA?


( Bukti ariff menyokong Najah)

            Gambar ini telah didedahkan oleh kem pija kepada umum kira-kira 2 jam yang lepas dalam pukul 8.00 pagi pada 28 september.Berikutan dengan itu Pija bersama kumpulannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Jabi.Pendedahan gambar ini membuktikan bahawa Ariff terlibat dalam konflik perebutan jawatan Ketua Pengawas.Najah telah dijadikannya sebagai boneka bagi mendapatkan kuasa.Dia juga telah mempengaruhi seorang guru di sekolah (nama guru itu dirahsiakan kerana dalam siasatan polis) untuk memudahkan aktivitinya.

        Menurut satu sumber yang sahih,Ariff dikatakan sentiasa dilihat berkeliaran di rumah Najah dan sekolah.Apakah motifnya di rumah Najah?Adakah dia dalang kepada kegiatan perebutan kuasa di sekolah.? Jika di lihat pada gambar ini telah jelas bahawa ariff bersekedudukan dengan najah.Dikirinya ialah samseng Bukit Beruntung yang diupah olehnya untuk ,menjaga keselamatan mereka berdua.Samseng ini amat ditakuti oleh pelajar smk Renek kerana kejahatannya.Menurut imam Masjid Renek,dia pernah melihat samseng ini memakan kelapa tanpa sudu,bahkan menurutnya lagi,dia pernah melihat samseng ini membunuh kerengga sambil berjoget.
                                                         
                                                                       


 (gambar yang menunjukkan ariff mempunyai hubungan dengan Najah.Yang di sebelahnya ialah amir:jurutera)

            Ini merupakan satu lagi gambar yang mendedahkan Ariff mempunyai hubungan dengan Najah.Gambar ini telah diambil oleh paparazi dan gambar ini telah sampai kepada saya pada malam 28 september.Saya telah menghubungi pihak kem pija bagi mendapatkan pandangannya. "Sek-sek kawe ake ambik tindoke bagi mengatasi masoeloh ni.Kito tok akan berkrompomi denge perkara ini.Hambo ake hata ore untuk siasak bendo ni"beritahu pija lanjut.Dalam gambar ini Najah dilihat mengangkat tangan tanda bagus kerana dapat mempengaruhi seorang jurutera dalam perancangannya.Ariff kelihatan memujuk amir untuk program jahatnya.
              Hari juga memperlihatkan suasana yang agak panas apabila Najah melantik seorang penolong baru atas nasihat ariff.

 (MAT PEK:Exco pembangunan dan pengagihan wanita)

Mat pek telah dilantik oleh najah sebagai exco pembangunan dan pengagihan wanita.Ini bagi menyaingi pija yang mempergunakan wanita.Mat pek dilantik kerana mempunyai dwifungsi,jika wanita habis maka matpek akan menjadi wanita terbabit.




 
(satu lagi pendedahan..kelihatan kelibat Ariff bersama guru semekar)                

Ini merupakan satu lagi pendedahan yang menunjukkan perbuatan rasuah yang diamalkan oleh ariff (kelibat yang berbaju hijau,,di kiri sekali).Ariff didapati melakukan rasuah bagi pihak Najah dengan mengajak guru ke jamuannya.....Apa motifnya yang sebenarnya.......ikhlas @ rasuah............



(pija (separa bogel) dilihat tidak berpuas hati dan cuba menyerang Ariff yng berbaju putih dan bertopi).

    Bilakah krisis ini akan berakhir???????????????????????????????????

Ahad, September 27, 2009

Kerusi Ketua Pengawas Renek Hangat.

    Kerusi ketua Pengawas Sekolah Menengah Renek  dikatakan hangat setelah pengawas hanya mempunyai 2 orang tokoh untuk merebut jawatan Ketua Pengawas.Masing-masing dikatakan mencari pengaruh dengan membodek guru-guru bagi mendapatkan jawatan tersebut.

                Tokoh yang terlibat dalam perebutan itu ialah Najah Hassan dan Hafizal Hussien.Masing mempergunakan pengaruh yang ada.Najah menggunakan pengaruh ayahnya yang merupakan seorang guru yang hebat bagi merebut jawatan itu.Selain itu,pija juga menggunakan pengaruh kewangan yang dia miliki bagi merasuah pengawas yang ada,ini berikutan persediaannya jika berlaku pengundian bagi memilih Ketua Pengawas.
( pija:cuba merebut jawatan)
( najah:akan berjuang habisan)

Ada khabar angin juga yang tersebar luas mengatakan Najah mungkin terpilih dalam memegang jawatan Ketua,ini kerana beliau merupakan orang yang paling lama dalam lembaga pengawas.Namun pija juga dikatakan menyebarkan khabar angin dengan menyatakan ayah Najah tidak mengizinkan Najah menjadi ketua.Khabar angin tersebut telah di nafikan sekeras-kerasnya oleh Najah "Jikalau ayah saya tidak mengizinkan saya menjadi ketua,kenapa pula dia mengizinkan saya menjadi pengawas selama 5 tahun berturut-turut.Saya sedar ini perancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya"ujar Najah lagi.
Najah juga menunjukkan sebuah foto yang menunjukkan pija meletakkan agen didalam asrama iaitu adiknya sendiri.
(suhaimi:agen pija diasrama.ini merupakan gambar yang didedahkan oleh Najah)

Sehubungan dengan itu Najah telah mendesak pihak pengurusan asrama untuk mengambil tindakan keatas agen pija ini.Sehingga artikel ini ditulis sudah 2 pucuk surat di hantar kepada pihak pengurusan asrama namun tiada tindakan yang diambil.Bagi meneruskan desakan ini Najah dikatakan akan mengambil tindakan drastik dengan mengumpulkan penyokongnya dan mengadakan demontrasi di hadapan tapak perhimpunan sekolah.






     
(gelagat penyokong najah semasa mesyuarat)

Menurut penyokong najah,perhimpunan terpaksa diadakan berikutan pihak pentadbiran tidak mengambil endah akan tuntutan yang dibuat.Seorang penyokong kuat Najah iaitu Arif telah menegaskan sedemikian "kita telah berkali-kali mendesak pihak pentadbiran supaya mengambil tindakan,tetapi sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil.Saya amat kecewa dengan perkara ini.Saya masih memberi peluang kepada pentadbiran untuk berubah,.Jika tidak tunjuk perasaan akan tetap diadakan".
 (Arif:gambar dirakam semasa musyuarat kerusi sofa di rumah Najah)


(Brehim tanpa batu:lawan tetap lawan)


Kehangatan krisis ini semakin terasa berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kem pija melalui ketua setiausahanya iaitu Brehim tanpa batu.Berikut adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh Brehim tanpa Batu "Kami akan memberi respon atas apa yang dilakukan oleh kem Najah.Mereka menyatakan akan melakukan tunjuk perasaan pada 3 haribulan ini,Saya ingin tegaskan yang kami tidak akan berdiam diri atas perkara ini.Kami akan mengerahkan segala penyokong kami untuk turut turun bagi menunjukkan kepada najah bahawa kami juga mempunyai pengaruh yang kuat.Jangan cabar kami.Saya juga melihat pada hari ini bahawa pihak pengurusan juga menyokong kami"



(kita akan ambil langkah berjaga-jaga)
Pihak polis juga dilihat cuba campur tangan bagi meredakan krisis yang hebat melanda.Bagi mengawal demontrasi yang dijangka berlaku pada 3 haribulan ini.Polis telah meminta bantuan FRU.Dijangkakan 500 orang FRU akan dikerahkan untuk mengawal keadaan yang berlaku.Menurut pihak polis lagi,mereka mempunyai pengalaman dalm menangani demontrasi itu.

    Kem Najah juga sekarang ini runsing mengenai cara pija menarik sokongan.Menurut sumber terbaru pija cuba menggunakan wanita untuk menarik sokongan.Antara wanita yang di kesan di gunakan pija ialah seorang mat sallah yang bernama mrs.bungawes.

 (miss bungawes)

Taktik kotor ini mula dikesan digunakan sejak seminggu lepas.Laporan polis juga telah dibuat oleh kem Najah.Polis juga telah berjanji akan menyiasat perkara ini.Polis Bukit Aman dipercayai telah turun untuk menyiasat.
(Najah bersama penyokongnya poksu kocak)

Ini merupakan gambar terbaru yang diambil.Kebimbangan jelas terpancar di wajah Najah.Namun dia tawakkal dalam menghadapi segala ujian ini.
(arif cuba mencari sokongan untuk NAJAH)

Namun Najah dilihat tidak berputus asa,agennya iaitu arif cuba mencari sokongan dari OKU iaitu niklam buta dan khairul kuro.Perjuangan  Najah masih panjang dalam merebut kerusi Ketua Pengawas.Saya selaku pengarang akan memerhatikan segala perkembangan yang berlaku dan akan cuba melaporkan kepada anda.
 




Ronda-ronda kampung

Gambar masjid hadhari jerteh yang diambil pada waktu malam.Masjid ini mempunyai 2 tingkat,tingkat atas untuk sembahyang dan yang bawah dewan.Masjid ini juga mempunyai 2 buah lif untuk ke dewan sembahyang.

Majlis picnic yang diadakan di rumah Najah.Antara yang terdapat didalam gambar ialah amir (um),arif (uitm) borhan (uitm).Majlis ini diadakan bagi menemukn rakan seperjuangan yang berada berjauhan.

Masjid kg.Benting Lintang berdekatan dengan taman ilmu dan kampus UDM yang di bina di besut.

Kawan-kawan yang turut serta ke pantai budu (benting lintang).dari kanan Zul,Epul,Arif dan Amir.Ini sebahagian daripada aktiviti riadah yang kami lakukan sebelum pulang.


Gelagat kawan-kawan di pantai budu.Turut kelihatan bangsal tempat budu di proses.

Keadaan paya bakau yang memukau.Gambar ini turut diambil di pantai budu.Tempat ini juga merupakan tempat orang mencari longkang,udang,dan ikan seperti siakap.
                                                                                              

Pija kelihatan tidak sabar untuk mandi pantai.Beliau merupakan calon ketua pengawas sekolah bersama dengan najah.Maaf kerana dia berpakaian separa bogel.

Baru sudah selesai solat jumaat.kami nak bertolak ke belatan pula.

Papan lebel yang mengigatkan pengunjung supaya tidak membuat maksiat di pusat peranginan Lata Belatan.Tempatnya sungguh menarik.Ada masa pergilah.

Peta untuk ke gunung tebu.Sebuah gunung yang menarik dan penuh mistik.

Melepaskan penat lelah di Belatan.
   

Selasa, September 01, 2009

Fadilat Selawat keatas Nabi.

Selawat Allah keatas nabi ialah rahmat.Manakala selawat para malaikat dan selainnya adalah doa'.Berkata syeikh Fasi bagi mereka yang berselawat keatas nabi ada 10 keramat:

1.Berselawat keatasnya Malikul Jabbar.
2.Mensyafaat keatasnya oleh Nabi.
3.Mengikut akan malaikatul Akhyar.
4.Menyalahi akan munafik dan kafir.
5.Menghapuskan kesalahan dan aryar.
6.Menolong baginya menyampaikan hajat dan autar.
7.Bercahaya dan cemerlang zahirnya dan asrar.
8.Terlepas huru-hara hari akhirat.
9.Memasuk akan negeri darul qurar.
10.Salam daripada tuhan.

Jadi sempena ramadhan ini marilah kita sama-sama berselawat keatas nabi dan semoga kita akan mendapat syafaat nabi.

Qiamullail dan pencarian Ulama'

Lailatul Qadar pada IMAM As Safie ialah r.a ialah terhimpun ia di dalam sepuluh malam yang akhirdaripada bulan Ramadhan tetapi pada malam kasar itu terlebih harap.Daripada malam yang kasar itu terlebih harap pada malam yang kedua puluh satu dan malam yang kedua puluh tiga.Dan yang rojihnya(yang kuat) iaitu pada malam tertentu maka tiada berpindah ia sebagaimana kata Ibnu Abbas iaitu malam Lailatulqadar tetap pada malam yang kedua puluh tujuh sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Qadr bahawasanya perkataan hai ada dua puluh tujuh kali.Tetapi ada setengah kaul mengatakan malam lailatul Qadar berubah dan ini di jalani akan orang sufi.Dan disebut kaedahnya jika puasa hari jumaat maka lailatul qadar pada malam 29.Dan jika awal puasa pada hari sabtu maka lailatul qadar pada malam 21.Jika awal puasa pada hari ahad maka malam 27.Jika awal puasa hari maka iaitu malam 29.Jika awal puasa malam selasa maka lailtu qadar pada malam 25.Jika awal puasa hari rabu maka malam lailatul qadar pada malam 27.Dan jika puasa pada hari khamis maka lailatul qadar pada malam dua puluh satu.Telah memilih Imam Nawawi dalam majmuk bahawa malamnya berubah.Jika puasa pada hari rabu atau ahad maka malam lilatul qadar pada malam 29.Jika puasa pada hari puasa hari isnin maka pada malam 21.Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam 27.Jika awal puasa pada hari khamis maka pada malam 25.Awal puasa hari sabtu maka malam 23.Ini dinyatakan akan pendapat para ulama,namaun kita perlulah mencari lailatul qadar bermula pada malam yang pertama lagi.Sekian,,artikel ini disiapkan pada 3:22 malam,1 september 2009.

Fadhilat puasa menurut Kitab Al jauhar Mauhubu wa Minhatil Qulub.

Bab yang ke-13 menyatakan tentang kelebihan berpuasa.Dan adalah puasa itu dari rukun islam yang lima.Riwayat daripada Anas r.a bahawasanya Nabi bersabda "Tiada seorang hamba melihat akan sehari dari bulan maka ia memuji akan Allah kemudian membaca Al-fatihah tujuh kali melainkan di jauhi oleh Allah akan sakit mata pada bulan tersebut".Dan kata Ali k.r.m bahawasanya Nabi S.A.W bersabda "jika kamu melihat sehari bulan maka mengucap engkau akan Takbir 3 kali".Daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi bersabda bahawasanya surga itu berlikang2 dan berhias ia daripada satu haul ke satu haul (tahun) kerana masuk bulan ramadhan dan apabila adalah dari awal malam bulan ramadhan bertiup anginnya daripada bawah arasy dikatakan baginya masiroh maka bertiup akan segala daun kayu surga dan akan pintunya maka didengarkan daripada demikian itu dengunya tiada mendengar orang yang mendengar terlebih elok daripadanya (tiada bunyi yang lebih elok daripadanya) maka berhiaslah segala bidadari hingga berdirilah mereka diatas setanggi-setanggi surga maka menyeru mereka itu adakah orang yang hendak meminang kepada Allah maka ialah yang mengkahwinkan dia akan kami kemudian berkata bidadari itu "Hai Ridwan apakah malam ini?'maka menjawab Ridwan inilah awal malam daripada bulan ramadhan.Maka berfirman Allah S.W.T hai Ridwan bukalah olehmu akan pintu surga bagi orang yang berpuasa dari umat Muhammad.Dan firmanNya lagi Hai Malik tutup olehmu akan segala pintu neraka dari umat Muhammad.Hai Jibril turun olehmu kebumi dan beratkan olehmu picitkan olehmu akan belenggu syaitan dan belenggukan mereka itu dengan belenggunya.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters